Monday, November 30, 2009

Mana Milik Kita

Salam

Baru-baru ni asyik terdengar je lagu 'Mana milik kita' nyanyian semula kumpulan Rabbani. Lagu asal adalah nyanyian kumpulan Nadamurni. Lagu ni sayup dan makna dia amat mendalam. bila dengar lagu ni, banyak juga terkena batang hidung sendiri. kerana diam tak diam kita selalu lupa tentang hidup di dunia ni hanya sementara dan yang sementara inilah yang kita kejar-kejarkan. Muhasabah untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yang hayati lagu ni. Oleh itu sedarlah bahawa hidup ini hanya pinjaman dan jadilah hamba yang bersyukur.



Mana Milik Kita

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

DOWNLOAD lagu ni..

Thursday, November 19, 2009

....AMPUN2....

Salam..

bertemu semula kita..hari ini ter'free' pula nak sambung episod 2..hari ni auto off sebab semalam buat A&E call..pada kesempatan ini bolehlah aku ceritakan secara ringkas apa yaang aku nak cerita dulu tapi malas taip.. (siapa suruh buat isi kandungan..kan dah terasa macam hutang bila tak cerita..)

4) Perkahwinan Tika

Siapa Tika? makhluk asing mane ni? artis ke?.. sebenarnya Tika ni kakak aku. kakak yang ke-2. umur dah 26, makanya memang patutlah kahwin. bertempat di depan rumah aku, beberapa buat khemah mencucuk langit telah didirikan bagi menyambut kedatangan tetamu pada 17 oktober lalu bersamaan hari keraiian kaum hindu..

Maka telah menjadi suami isteri yang sahlah si Tika ni dengan suaminya (nickname: aceed) selepas dinikahkan pada 16 oktober di Masjid At-Taqwa Banting (lepas ni ko pula SURYA). Dengan pernikahan ini jugalah, secara automatiknya aku menjadi anak tunggal yang tak berapa tunggal yang kesepian (sedih ayat..). Ini kerana cuma aku seorang sahaja yang masih teruna dalam family aku.

Majlis berjalan dengan lancar dan tiada sebarang hujan. Memandangkan keluarga pengantin adalah berketurunan 'java', makanya majlis telah berlansung sejak selepas tamat majlis akad nikah dan tetamu telah mula hadir sejak dari titik masa itu. ramai tetamu yang hadir adalah terdiri daripada kaum keluarga pengantin, sahabat-sahabat pengantin, jiran-jiran dan beberapa orang sahabat adik pengantin (macam ayat dalam majalah 'pengantin'). Majlis ini ditaja oleh kedua ibubapa mempelai dan makanan tidak ditaja oleh Cik Imah catering. menu pada majlis ini adalah berkonsepkan masakan kampung. Antara menu-menu yang disediakan adalah:
- nasi putih - gulai masam batang keladi
- ikan keli masak sambal - ayam masak palembang
- sambal sotong - ulam + sambal belacan
- lemak nangka -ikan masin

Disebabkan Cik Imah catering adalah all in one (khemah, makanan, penanggah, basuh pinggan etc semua dia buat), makanya aku dan saudara-saudara ku kepenatan melihat tetamu dan sedaya-upaya menghabiskan makanan tetapi gagal. dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabah yang hadir bagi memriahkan majlis ini.

antara rakan2 uitm + hosp M yang hadir..
ni dia 2 orang jiran + kawan sek ren + kawan sek men...tak cukup korum ni..

Adik beradik aku




5) Konvo day

Pada 27 Oktober 2009, dengan secara rasminya aku telah dinobatkan sebagai graduan UITM yang memegang Ijazah Sarjana Muda Farmasi. setelah menunggu selama hampir 5 bulan selepas tamat belajar dan setelah bekerja tanpa berbekalkan segulung ijazah akhirnya dapat juga aku melihat dengan 'naked eyes' aku sendiri segulung ijazah yang mematerikan nama aku.

Dengan melihat ijazah tersebut maka terubatlah segala pahit getir, lurah badai, suka duka aku belajar selama 4 taun di UiTM dengan bersungguh-sungguh (ye ke?). Hari mengambil jubah adalah pada Jumaat 23 okt. makanya aku mengambil time off pada petang itu semata-mata untuk mengambil jubah yang disewa di UiTM. Bestnya jumpa kengkawan dan borak-borak. Topik yang paling kerap dibincangkan adalah penindasan terhadap PRP dan kerja yang sangat penat di hospital.

Kami dipaksa untuk berkumpul di UiTM sejak pukul 7 pagi lagi. malangnya aku sampai pada pukul 730 tapi yang baiknya tiada sebarang perbazaan. kami dipaksa untuk memakai mask untuk mengelak penyebaran H1N1 (lemas tu). aku merupakan graduan yang ke 48 yang akan menerima ijazah. majlis yang penuh adat istiadat itu bermula pada pykul 7. Dan apa yang paling malang sekali kerja keras kami selama 4 tahun dibayar hanya dengan 5 saat berada diatas pentas.haha..

Apa yang penting konvo ini adalah dapat jumpa rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa. habis semua cerita keluar. majlis konvo hanya beberapa jam. tak sempat nak jumpa semua. dan ada yang jumpa pun tak puas nak borak..bila lah nak dapat jumpa macam ni lagi..semua orang dah busy dengan hal masing2..mudah-mudahan korang semua hidup dengan gembira dan sihat walaafiat..






6) Musim Haji Kembali lagi

Seperti biasa setiap tahun musim haji akan tiba. Gembiranya tengok orang-orang dipanggil untuk beribadat di Tanah Suci untuk melengkapkan rukun Islam ke lima. rasanya macam nak masuk jer dalam beg diorang sebab teringin sesangat nak buat haji. Aku ni teringin sesangat tapi duit tak kumpul.

Mengikut perhitungan tabung haji, aku akan pergi haji pada tahun 2023. lama lagi tu. Apakah cara yang paling cepat nak pergi sana? Ya Allah mudahkan hamba Mu ini menunaikan haji dan menjadi haji muda..Amiin

Raya Haji tahun ni adalah pada 27 Nov bersamaan hari jumaat. Apa yang sedih raya haji tahun ni, aku kene kerja pada 28 & 29 Nov tu. tak adil betul. Nak juga raya lama sikit. tapi Alhamdulillah dapat juga beraya..

Thursday, October 29, 2009

....AMPUN....

salam

Ampun ya blog, lama tak bagi makan...macam-macam nak kongsi cerita tapi apakan daya..malas + penat meng'endositosis' kerajinan aku...

mintak maaf jika entry kali ini membuatkan anda muntah@loya@GERD@IBD(melampau)..

isi kandungan:
1) raya dan raya
2) kereta baruku
3) inpatient yang memenatkan + tension
4) perkahwinan tika
5) konvo day
6) musim haji kembali lagi
--------------------------------------------------------------------------------------------------

1) raya dan raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin..rasenya masih belum terlambat utk aku mengucapkannya sebab hari ni baru 10 zulqaeda..huhu.. tahun ni tahun ke-23 aku sambut hari raya..seperti biasa setiap tahun akan sambut raya dekat kampung batu laut banting iaitu kampung belah mak aku. walaupun dah tiada atuk dan nenek lagi tapi Alhamdulillah masih lagi beraya dekat kampung.

tahun ni raya berlainan sikit. sebab rumah kampung dulu dah diruntuhkan diganti dengan rumah batu yang baru. tapi aktiviti raya tetap disambut seperti biasa. Banyak peristiwa malang berlaku sehari sebelum raya dan malam raya. sehari sebelum raya, kelonkong (silinder yg bawah jambatan tu) kat kampung pecah dan air longkang tak boleh mengalir. nasib baik umah tu dah tambak tinggi, tapi kalau 1 kali hujan lagi confirm banjir rumah tu. masalah kelongkong selesai maghrib sebelum raya tu juga.

walaupun kelongkong dah ditukar dengan yang baru, tapi tanah atas kelongkong tu tak berapa padat, makanya dengan mudahnya tayar kereta akan tersangkut dekat pasir yang baru di tambak tu. sedang lena tidur, dalam pukul 12tghmalam aku dikejutkan dan di paksa menolak kereta pak jang yang sangkut dekat tanah lembik. tolak punya tolak..akhirnya terkeluar jugak kereta dia. baru je nk sambung baring, orang panggil balik suruh tolak kereta pak jang lagi sekali sebab satu tayar dia masuk longkang..ya ampun, waktu tu pukul 2 lebih. tolak punya tolak..tapi kali ni tak berjaya. sampai lah dah nak pukul 4 pagi 1 syawal ada orang datang tolong tarik kereta..masalah selesai..legaa..

tahun ni dapat cuti raya seminggu. tapi malangnya buka rumah hanya 1 hari jer. yang selebihnya pergi beraya. dan raya kali ni dihabiskan dengan mengantar kad jemputan kakak aku. maaf ye kengkawan tak dapat nak datang raya dan tak sempat nak ikut beraya dan tak sempat korang nk beraya umah aku...




2) kereta baruku..

Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikanNya..dapatlah aku beli kerete.. ko beli kereta ape wan? (soalan lazim)..jawapan: kereta nasional..kereta pesona se. dah dapat sebelum raya. kenapa beli pesona? please private msg kalo nk tau..malas nk tulis panjang-panjang.

tujuan utama beli kereta:
1) senang balik banting (malas naik bas n tak nak nyusahkan orang)..biar tup2 terus sampai depan pintu umah.
2)kurangkan masa sampai umah (3-4 jam -> 1jam +) tp tingkatkan kos (bankrup aku).
2) kalau hujan senang pergi kerja
3) senang beli + bawa barang banyak dan besar..ape tu?

bayaran bulan2 rm6##, 0 downpayment for 10 years. loan: bank Islam (jauhkan riba')
no plat: BKM 5##3 (sila hon bila selisih)..
gambar hiasan..

3) In patient yang memenatkan

1 bulan yang lalu aku berada di in patient. In patient yang aku bayangkan merupakan satu department yang merehatkan dan menyeronokkan. tetapi apa yang terjadi di hospital M adalah sebaliknya. bukan sahaja penat waktu kerja, tapi balik rumah sambung lagi kerja 'sekolah'.
ape yang aku buat?
1) pagi-pagi kene isi prescription dan indent wad..(hari2 blh indent tu..)
2) petang-petang kene buat kaunseling: 1 hari 3 kaunseling. nak pergi kaunseling kene bawa FRP(fully registered pharmacist). senang ke nk cari FRP? pastu kalau patient tak paham kene buat follow up. 1 kaunseling paling cepat 30 min.
3) setiap minggu ada 2-3 wad check.(pergi wad, lepas tu kira bil. ubat lebih atau kurang n check expiry date). setiap minggu wad check kene hantar khamis pagi dimana wad check itu mestilah ditaip menggunakan excel(kerja sekolah). masa utk buat 2/3 wad check hanya 3 hari.kene bawa FRP bersama. sentiasa freekah FRP?. total wad check dalam masa 4 minggu di inpatient:9.(paling tension)
4) DD (dangerous drug) day. dalam masa 1 bulan mesti ada 1 minggu kene jaga DD. indent DD hari selasa dan jumaat. yang melecehkan DD ni kerana terlalu banyak nak kene rekod dan kene kira ampule kosong satu persatu.tak boleh buat salah.after dah habis seminggu kene buat microaccounting pulak.

tak taulah kenapa aku rasa inpatient lagi memenatkan daripada out patient..ni tak cerita kalau kerja inpatient weekend..penat yang memenatkan..ni semua dugaan kerja..

motivasi kekuatan: biarlah berpenat n belajar banyak waktu PRP, nanti kalau kene transfer mana pun senang..kalau PRP rehat tiba-tiba kene transfer dekat hospital busy..mcm mane?

Bersambung...

Sunday, September 13, 2009

TPM

Salam

Konvokesyen UiTM untuk fakulti farmasi pada 27 oktober.iaitu sidang akhir..yeay. aku tau ni dari facebook. tak tau pun nak tengok dekat mana jadual sidang ni. main sebar je apa yang ada dalam facebook tanpa mengetahui kesahihannya. lantaklah, yang penting itu berita gembira.

sabtu lepas, waktu aku dekat Banting, dapatlah satu surat dari UiTM. maka bergembiralah aku kerana menyangkakan surat konvo dah sampai. bila surat konvo dah sampai, makanya cuti sudah boleh di'apply', yuran sudah boleh dibayar dan pakaian konvo sudah boleh dibeli.

tetapi, berita baik atau malang (aku pun tak tau), yang aku dapat. Aku dapat tawaran Tenaga Pengajar Muda dari UiTM. iaitu tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana (master) yang dibiayaai oleh UiTM. yang mana selepas tamat belajar, aku akan menjadi pensyarah sepenuh masa. UiTm meminta aku datang ke temuduga pada 5 okt dengan menyediakan slide presentation selama 10 min.

Dalam benak hati sudah berasa serba salah. aku memang nak sambung belajar. tapi rasanya bukan sekarang. kenapa tawaran tu datang awal sangat sedangkan aku baru bekerja 1 bulan ++. pahit dan manis bekerja belum sempat di rasa. kenapalah tak datang lagi 6 bulan ke yang mana aku mungkin sudah 'fade up' bekerja di hospital..

aku sangat nak sambung belajar, tapi nak jadi pensyarah tu, tersangatlah macam tiada bakat. kenapa UiTM memilih aku? apa ciri-ciri yang ada pada aku sampai terpilih ni. aku bukannya scorer pun masa belajar dulu. ni buat aku serba salah. kenapa tawaran terlalu awal sedangkan aku baru hendak memulakan hidup baru sebagai orang berkerjaya..

kalau sambung pun, aku nak sambung course apa? couse work ke research? dekat universiti mane? local ke oversea?..ahh..adakah aku stay dan menunggu tawaran KKM (kementerian kesihatan Malaysia) menawarkan peluang untuk sambung belajar dalam beberapa tahun akan datang? ataupun menangguhkan tawaran TPM ni? boleh ke?..

cuti pun dah takde.cuti sampai hujung tahun ni cuma tinggal 9 hari jer.cuti dah diperuntukkan untuk raya, konvo dan kakak kahwin tahun ni. mak ai..perlu ke fikir pasal sambung belajar ni..ataupun abaikan dan fikir waktu aku dah boring kerja hospital nanti..emm...malas nak fikir..fikir pasal raya lagi bagus..haha~N~

Saturday, September 5, 2009

DIS --> Satelit 5 OPD

Salam

sebelum memulakan apa-apa cerita. aku rasa belum terlambat lagi untuk menugucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..ramadhan kareem. Moga-moga ramadhan kali ni bukan ramadhan terakhir buat kita. Mudah-mudahan kita memperolehi keampunan dan rahmat darinya di bulan mulia ni.Amiin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada 2/9 aku telah berhijrah ke department satelit 5 OPD (out patient department) setelah 4 minggu bersandiwara, berehat, termenung dan buat kerja (paling penting) di DIS. Hosp Melaka ada 2 OPD. Satu Main OPD dan lagi satu Satelit 5 OPD. Ya Allah memang dugaan aku bila bulan puasa ditempatkan dekat OPD. Sat 5 ni biasenya utk patient yg datang dari psychiatric ward, ortopedik, pediatric dll. Tang psyciatric tu yg buat pening.

Hari pertama aku disuruh buat filling. Biaselah untuk budak baru, memang jarang sekali terus-terus buat screening dan dispensing. seharian aku buat filling dan diajar untuk buat screening n dispensing sikit-sikit. alasan diorang ajar aku adalah sebab esok 2 orang PRP senior ni akan cuti. cuma aku dan 1 FRP je yang akan jaga kaunter esoknya. diorang juga ajar nk dispense DD (Dangerous Drugs) yang banyak sangat nak record n cara indent DD.

Hari kedua merupakan hari PSY. iaitu, psyciatric patient akan datang buat check. Makanya tugas aku adalah bagi nombor, screening, record DD, dispense dan angkat telefon. Hari tu hampir 300 priscription (PS) yg semuanya aku screening. mamat FRP ni pun selalu menghilangkan diri. sebab dia macam ketua lah kat situ, so dia pun ada kerja lain. bila dia menghilang aku sorang jelah yg kene dispens. aku bukan reti sangat pun ubat psy ni, main baca je kat label. acah-acah professional. Hari tu memang hari menduga puasa aku. rasanya nak bernafas pun tak sempat. bayangkanlah sambil nak bagi nombor dekat org yang beratur panjang tu, nak kene check jugak PS dia dan pada masa yang sama yang ada DD tu nak kene ambilkan, nak kene kira dan lepas tu record.

Penat yang teramat penat. almaklumlah aku dah lah baru, bukan cekap sangat. lepas tu memang sifat semula jagi ni menggelabah. makin huru hara. lepas tu waktu nak balik tu, aku buat aha check and found dan yang paling terkejut T. clonazepam 0.5mg kurang 80 biji. macam nk mati hari tu juga. DD mana boleh short. aku cuba mengabaikan dan balik. tapi kepala tak henti pikir, mana nk cari clona lg 80 biji tu. aku tanya Huda sebab hari sebelum tu dia yang buat check & found. dia cakap cukup.lagi pening kepala. Balik tu, sembahyang siap2 dan terus pergi bazar ramadhan. nak jalan pun tak larat. bukan jalan je, tapi nk bercakap pun rasenya pun malas. habis semua mitokondria aku kecut.sampai je rumah tak ingat dunia. bantal je aku nampak. letak beg pastu tak sampai 1 minit aku dah tidur.walaupun lepas asar tak elok tidur, tapi terpaksa. lepas tu tak beragak, terlajak 5 minit buka. tak sedar, nasib baik 5 minit. kalo sampai tgh malam macam mane..haha

Keesokan harinya, aku bagitau senior PRP sorang tu. nasib baik dia cool. dia tolong ambil dan carikan PS semalam lepas tu check satu-satu patient yang ambil clona. sekali ade 4 PS yang tak record dalam buku. lega teramatlah lega.tak taulah salah aku, PRP yang jaga waktu rehat tu ke atau FRP sorang tu..tapi tak baik tuduh..aku mengaku jelah yang aku tak record..haha

Nuzul quran ni Melaka tak cuti. sedih tul..dan minggu ni yang paling best family aku datang Melaka. menghabiskan masa bersama family..tinggal 2 minggu je lagi nak raya. mari sama-sama kita tingkatkan amal ibadat kita..~N~

Monday, August 17, 2009

DIS & balik

Salam

DIS tempat untuk rehat. Tulah kata rangsangan dari senior PRP. So aku rehat secukup-cukupnya. Asyik termenung je. Pastu jadi dispatch. Mana tak bestnya. Hantar satu benda pastu borak. Pharmacist kat DIS tu suruh key in data dan buat newsletter. Pastu pun meronda-ronda. Nampaknya gaji pertama aku makan gaji buta jelah. Tiba-tiba org stor telefon DIS mintak hantar sorang PRP tolong stor. Aku dengan rela hati menawarkan diri pergi stor. Almaklumlah dah tersangatlah boring duduk DIS, kat stor bukannya banyak kerja. Kerja aku borak jer. Pastu call supplier suruh reserve n check dokumen untuk mintak LPO )local purchase order).

Khamis lepas ada perhimpunan bulanan hospital melaka. Sehari sblm tu, waktu petang, tiba-tiba orang admin call cakap nak jumpa aku. Aku teruslah pergi, ingatkan nak kasi name tag ke ape. Rupanya dia suruh baca ikrar aku janji tu. Dia suruh aku mewakili semua staff baru yang semuanya seramai 28 orang. Aku dengan selamba Tanya, kenapa saya ye puan? Dia pun cakap, dalam semua senarai ni saya tengok awakalah paling layak untuk mengetuai aku janji ni. Ish akak ni, bila ke masanya aku kenal akak ni. Ni baru first time aku jumpa dia. Lepas tu, macam mane aku paling layak sedangkan nama dia pun aku tak tau. Mana perginya doctor-doktor yang ramai tu?? Makanya pada hari kejadian, berdebar-debar + ketar-ketar aku baca ikrar mula-mula tu lepas tu semuanya berjalan lancer.. Mana taknya, tak pernah jadi ketua baca ikrar sebelum ni. Dah lah panjang pulak tu.

Weekend lepas aku balik banting. Habis kerja terus gi Melaka sentral. Motor pun tinggalkan dekat hospital. Aku takkan berweekend seorang diri di Melaka ni. Teramatlah bosannya kalau sorang-dekat sini. Tak kesahlah berapa harga tiket.yang penting balik. Bestnya lah. Tiket bas pergi shah alam habis. Maka aku amiklah tiket terus pergi kuala Lumpur. Dah nak pukul 11 baru sampai banting. Balik rumah pun banyak tidur. Kononnya penat bekerja lah.

Bas balik Melaka pukul 330 petang. Tiba-tiba dalam kereta on the way nak sampai shah alam tu, hujan selebat-lebatnya. Jalan pun tak nampak. Bayangkanlah dah samapi area shahlam kul 3 tapi sampai ke bus stand tu pukul 330 tepat. Jalan banyak banjir. Orang pun banyak pasang double signal. Sampai Melaka dah nak pukul 6. ingatkan nak naik teksi sampai hospital. Sebab motor dekat hospital. Jarak melaka sentral tu dengna hospital cuma lebih kurang 3 km jer. Boleh orang teksi tu nak ketuk aku rm8 sampai hospital. Sengal betul driver teksi kat Melaka ni, bukannya nak pakai meter. Lepas tu aku amik keputusan nak naik bas dalm Bandar, orang situ cakap nak sampai hospital tu tambangnya 60sen jer. Skali tengah tunggu bas zarul sms, Tanya aku kat mana, skali aku ajak dia gi makan malam sekali dan tak payahlah aku naik bas buruk tu.

Tengah tunggu zarul, tiba-tiba hujan turun lebat tersangat macam kat shah alam tadi. Ape lagi masuklah dalam mydin 24hours kat melaka sentral tu. Pastu gi makan dalam hujan lebat. Dalam kul 9 malam baru aku ambil motor dekat hospital.sebab nak tunggu hujan reda. Masa merempit balik rumah tu, aku bawak motor takdelah laju snagat. Cuma aku ni macam rabun-rabun ayam sikit waktu malam. Tengah syok-syok merempit tiba-tiba ada pulak pakcik tua bawak motor arah bertentangan. Haa, terkejut beruk aku, brek emergencylah. Tadi kan hujan lebat, confirm2lah jalan licin. Tergesek tayar depan dan belakang aku. Ya Allah rasa amcam nak tercabut nyawa. Nasib baik berjaya control motor dengan jayanya tanpa jatuh dan tak terlanggar pak cik naik basikal tu. Tapi kalau ada lampu suluh muka aku, confirm orang ingat hantu, sebab semua adrenalin aku tersembur keluar dan muka aku pucat habis. Pak cik ni pun agak-agaklah. Memanglah lebih selamat lalu bertentangan arah. Tapi janganlah sampai ketengah sangat lepas tu malam pulak tu, manelah orang nampak. Bukannya basikal ada lampu pun. Kalau accident, aku masuk longkang, tak siapa tau. Dahlah aku duduk sorang-sorang. Kalau masuk hospital pun takde orang nak melawat.

Minggu lepas, Ustaz Asri Rabbani meninggal. Tak sangka tiba-tiba dia meninggal. Baru 40 tahun. Bila-bila masa je Allah boleh cabut nyawa. Tak kiralah muda ke tua. Ustaz asri tu meniggal meninggalkan lagu-lagu dakwah, zikir, azan yang menjadi medan dakwah malah menjadi sahamnya di akhirat. Kita kalau meninggal secara tiba-tiba macam tu, apa yang kita nak bawa? Renung-renungkanlah..

Sunday, August 9, 2009

Masih Bernafas di Melaka

Salam..

Entry kali ni sangatlah panjang. sila tarik nafas panjang-panjang dan sediakan pepedem di sebelah anda.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah sebab semua urusan dipermudahkanNya. Sedar tak sedar dah sampai juga Melaka. Hari selasa pagi dah bertolak dari rumah dengan perasaan sedih meninggalkan anak buah yang aku jaga@dera selama 3 bulan. mana taknya hari-hari gaduh, buli, tengok kartun sama-sama dan tiba-tiba pak su pergi meninggalkan 2 orang anak buahnya ni. haha

Sebenarnya Melaka dengan Banting tak jauh. naik kereta lebih kurang 1 jam suku. dekat kan? kalau dulu balik dari shah alam campur jam lagi kadang-kadang pun dah 1 jam setengah. so sampai-sampai teruslah menuju ke batu berendam melihat rumah sewa yang aku cari dekat internet tu. dia cakap town house sewa rm250. terus aku tengok. sekali rumah town house dia tidak seperti yang aku gambarkan serta berlainan sungguh dengan town house yg ada dekat Selangor. agak buruk dan menakutkan. dan aku berjalan-jalan sekitar town house tu nampak pula rumah teres untuk disewa yang agak ok dan terus telefon. tapi tak confirm lagi sebab kalo baoleh nak cari yang dekat.

pusing punya pusing dan macam-macam rumah yang ditelefon, maka aku ambik jelah rumah teres dekat batu berendam ni. kakak dan mak aku dah bising sebab dah nak pukul 4 petang tak masuk-masuk lagi rumah. bayangkan dari pagi sampai petang dalam kerete jer. umah lain yang dekat dengan hospital banyak je tapi semua tak ada no contact. so rumah sewa aku ni disewa sebnayak rm350/bulan. masuk rumah 1+1. jarak rumah ke hospital lebih kurang 8km. merempitlah aku pagi-pagi. rumah ni ada 3 bilik dan 2 bilik air. bayangkan rumah besar ni aku duduk sorang-sorang. dan paling penting takda perabot pun lagi. tidur beralaskan toto. kiranya sesiapa yang nak suggest kru bersamamu datang umah aku memang layaklah dapat bantuan.

rumah yang mula-mula aku nak sewa. yang belah atas tu.

rumah sewa yang aku duduk sorang yang kosong tu.

ok cukup pasal aku, rumah, kesedihan dan kemiskinan.

sekarang nak cerita pasal kerja.

pada hari rabu, aku pun daftar ke jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKN). JKN ni dekat bandar Melaka. habis aku sesat pusing-pusing cari JKN ni. Melaka ni tersangatlah banyaknya jalam sehala dan jalan yamg kecil. lepas tu, dah bagi surat tu dia suruh tunggu sebab dia nak keluarkan surat lain. aku pun pergilah minum dekat bandar. sekali tengah minum hujan punyalah lebat. bayangkan dah nak sejam aku kat seberang jalan dan tak dapat nk melintas masuk JKN tu balik. last skali hujan reda sikit redah je. amik kau, lencun hari pertama lapor diri. 5 orang budak kuliah aku dapat Melaka. widi, ajid, ain, huda dan aku the only guys..

Lepas tu kitorang pergilah jumpa timbalan pengarah farmasi negeri Melaka, pastu isi borang dekat admin dan last sekali jumpa ketua pegawai farmasi. maka hari pertama kitorang diisi dengan membuang masa mengisi borang dan mengambil masa tunggu satu sama lain memandangkan nak daftar sama-sama.

Hari kedua kerja, pagi-pagi dah pergi KWSP. pastu meng'ular' buat lambat-lambat masuk kerja. masuk kerja hari tu dalam pukul 11 lah. merah lah punch kad tu. pastu kami smeua diberi depatment yang berlainan dan aku dapat department DIS (drug information system kot). dan waktu lunch hour tu aku diarah pergi ke Continuous Pharmacy education (CPE). yang bestnya, company yang present hari tu belanja makan pizza. wow tak pernah aku nampak CPE bagi makan pizza. biasenya nasi je. dan waktu petang kerja aku tolong fiiling dekat OPD.

Hari ketiga kerja, ni paling best. mana taknya. satu hari kerja aku membuang masa. sangat banyaklah termenung nya. dia suruh key in kedatangan untuk CPE semalam. tu dalam kul 9 aku dah siap. pastu dia suruh aku cari higher dose for oseltamivir (the only drugs used for H1N1). sebab kat hospital melaka ni ada patient dah habis course oseltamivir tapi tak baik-baik macam resitance lah. dia bagi masa aku sampai lunch hour. bayangkan dari kul 9 sampai 1215 aku ngadap komputer.sebenarnya dag lama jumpa tapi buat-buat tak jumpa. sebab nanti tak tau nak buat apa lepas tu. lepas jumaat aku duduk termenung sampai pukul 430. lepas tu baru dia kasi aku kerja suruh buat jadual untuk PRP ni. pastu tak sempat siap sebab dah kul 5. maka kerja rumah lah.

ok skrang nak cerita pulak pasal hospital Melaka.

Hospital melaka ni punyalah besar. ada bangunan baru dan bangunan lama. dan masalah paling besar dekat hosp Melaka dan hospital-hospital lain adalah parking dia. sangatlah susah. nasib baik naik motor. confirm ada parking. cafe dia ada satu jer. dan agak tak brapa sedap.hehe. lepas tu, pharmacist dalam hosp ni mostly chinese dan yang kebanyakkannya adalah perempuan. skrang ni kes H1N1 kat Melaka ni sangatlah critical. bayangkan pergi supermarket mana-mana pun, banyak orang pakai mask. khutbah jumaat pun cerita pasal H1N1. dan yang paling malang adalah pekerja di hospital. pharmacy department terpaksalah menambah pekerja sebab patient semakin ramai datang. nasib baik aku punye on call, kerja waktu lunch n kerja extra time tu belum start lagi. pharmacist tu cakap mungkin bulan depan baru mula. Alhamdulillah lega. diorang boleh cakap " you all come on the the right time"..perlu ke? dan diorang juga cakap "it's to late to regret"..haha. siapa suruh ko jadi pahrmacist hazwan.. mungkin ada hikmah. mungkin Allah lahirkan aku untuk tolong orang. kan banyak pahala tu. Anngap je kerja sebagai satu ibadat.

Soalan yang paling lazim aku dapat pada hujung minggu ni: "Hazwan ko tak balik ke? hehe" almaklumlah aku kan masa belajar dulu juara balik setiap minggu. takkanlah nak balik baru datang hari selasa. minggu depan jelah aku balik. dan yang penting muzamir dan gg sanggup datang dari UTM JB sebab nk temankan aku kat sini. apa lagi meronggenglah. habis satu Melaka kitorang pusing. dan yang paling penting skali aku dah beli broadband celcom (Surya aku pun beli jugak). sebab bila balik kerja je aku tak tau nak buat ape.mati kutu. bayangkan TV takde, perabot tak de, internet takde,tak tau nk cakap dengan siapa, macam mane nak hidup?. kitorang pusing ayer keroh, mahkota parade, padang pahlawan dll dan yang paling penting makan seafood dekat Umbai. Ya Allah sedapnya. lagi sedap bila orang belanja (terima kasih kerajaan sebab bagi muzamir biasiswa yang banyak, mudah2an dimurahkan rezeki). dan aku telah membuat kesimpulan, hujung minggu di Melaka sangatlah bosan. kalau tak ada orang nak datang melawat dan tak kerja, makanya aku akan balik ke rumah. tak kira lah berapa tambangnya. Bilalah nak gaji ni? haha

Kepada sesiapa yang nak datang Melaka bagitaulah aku. dan nak lepak rumah kosong aku ni pun takda masalah. malah lagi dialu-alaukan.

Ok dah tak larat nak tulis..dah melimpah ruah dah ni..marilah kita sama-sama berdoa agar kita, keluarga dan rakan-rakan kita dijauhi H1N1 ni dan mudah-mudahan Allah menyembuhkan semua pesakit H1N1 ni.Amiin

Monday, August 3, 2009

meninggalkan..

salam..

Esok (selasa) InsyaAllah aku akan meninggalkan bumi bertuah Selangor darul Ehsan yang lebih kurang 4 tahun tidak ditinggalkan. aku juga akan meninggalkan keluarga, saudara mara, rumah, bilik dll di selangor. dan yang paling penting meninggalkan streamyx di rumah. lepas ni tak tau macam mana nak hidup tanpa berbekalkan internet.

Di Melaka hidup baru perlu dimulakan. sememangnya semuanya baru. Tapi syukur sebab lebih baik dapat Melaka daripada dapat HKL yang sememangnya sesak tu (sory ewa). mungkin hari Rabu baru aku lapor diri di JKN Melaka. hari selasa nak pergi cari rumah dan menyediakan kelengkapan2 lain. beg pun belum habis 'packing'. semua benda nak kene bawa. rasa sangat malas nak kemas mungkin sebab dah seronok sangat cuti di rumah yang lebih kurang 3 bulan lah.

tinggal beberapa hari je lagi nak puasa. mesti sayup puasa kali ni buka sorang-sorang dan sahur sorang-sorang. harap-harap bertukar jadi best lah. Raya lagi satu, harap-harap jangan lah kami dibuli dan dipaksa bekerja. nak balik raya. sibuk fikir pasal raya, padahal lambat lagi.

Hari ni nak pergi pejabat pos laju nak hantar motor buruk tu dan nak buat akaun CIMB Islamic-Masih boleh berfoya-foya walhal kawan-kawan lain dah lapor diri dan mula kerja- Harap-harap motor ni sampai lah dulu sebelum aku mula kerja. kalau tak sampai, pergi kerja naik bas lah agaknya. haha. Kepada kawan-kawan yang lain yang baru juga memulakan kerja, selamat bekerja dan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mendapat berkat.~N~

Friday, July 31, 2009

Cermin mata kepatahan

salam..

ni entry berbentuk karangan autobiografi yang sedih..

akhirnya tercabut juga nyawa spek mata aku. spek kesayangan aku. dah 4 tahun aku guna spek ni. aku tukar spek ni waktu sem 1. agaknya spek ni memang digunakan untuk degree je agaknya. habis degree, nyawa dia pun terputus. spek ni dari cantik sampai lah usang, dari warna biru bertukar menjadi warna silver secara semula jadi disebabkan catnya terkopek, aku tetap pakai spek ni.selesa rasanya. walaupun spek ni aku pakai waktu malam je, tapi ia tetap berjasa. tapi kenapa spek ni patah dengan tiba-tiba. aku pegang je waktu nak pakai tu, terus tercabut.tension betul. aku tau lah murah. tapi bagi tanda-tanda dulu nk tinggalkan aku. kenapalah dizaman kefakiran aku ni ko baru buat hal.
ni gambar spek yang pergi meniggalkan aku buat selama-lamanya..

Nasib baik aku ada spek simpanan. spek ni aku buat waktu sem 6 dulu masa JPA baru naik tu, tapi baru sekali dua pakai. macam kurang selesa sebab tu tak pakai. mungkin sebab power dia tak cukup kot.spek yang ni mahal sikit. walaupun tak semahal spek esprit, adidas dll. tapi dia tetap mahal. bukan spek nya mahal. tapi cermin nya yang mahal. almaklumlah rabunnya tinggi maka kos nya pun tinggi. buat sementara waktu, pakai jelah spek ni dulu. nanti bila dah berduit barulah buat spek lain. ~N~
ni spek simpanan yang sedang digunakan

Thursday, July 30, 2009

UMRAH 3

salam..

sambungan dari episod 2..

kali ni aku nak sambung cerita pasal tempat-tempat yang perlu ziarah di Madinah. Madinah merupakan pusat pemerintahan semasa zaman nabi Muahmmad dan para sahabat. memandangkan Nabi tinggal di Madinah ni agak lama dan Madinah merupakan tempat beliau berhijrah, maka banyaklah peristiwa yang belaku di Madinah. Setiap satu kawasan ziarah mempunyai sejarahnya tersendiri.

perkuburan Baqi' terletak bersebelahan dengan masjid Nabawi. Kubur ni juga menempatkan ramai para sahabat, alim ulama' serta keluarga dan isteri-isteri nabi. antaranya saidina Osman, saidatina Fatimah, Saad bin Abi Waqqas dll. perkuburan Baqi' ni tak sama macam perkuburan di Malaysia. takde batu nisan yang kerawang-kerawang. dia cuma batu sebagai tanda dan takde pun tulis apa-apa. perkuburan ni hanya dibuka jika berlaku kematian. perkuburan Baqi' ni kaum wanita tak boleh masuk. tengok dari luar je. almaklumlah wanita ni kuat meraung dan meratap bagai, tu yang dia tak bagi masuk. Apa yang aku kagum di sini, orang dekat sini berebut-rebut nak mengusung mayat, boleh 'passing2' mayat tu, seram gak sebab takut mayat tu jatuh. tapi pahala orang yang mengikuti mayat ke kubur tu kan besar. tu yang diorang berebut-rebut tu.
ni gambar perkuburan Baqi'..ni bukan dari album aku tapi aku search je kat internet.

kemudian kitorang pergi melawat ke Masjid Quba. Masjid Quba ni merupakan masjid pertama yang dibina oleh nabi Muhammad sewaktu peristiwa hijrah. dalam satu hadis:
"sesiapa yang berwudhuk, kemudian menuju ke Masjid Quba, lalu mengerjakan satu solat di situ, untuknya pahala seperti pahala umrah"
masa datang tu memang ramai orang ziarah masjid ni. almaklumlah nak dapat pahala buat umrah. masjid ni sangatlah cantiknya. dari jauh dah nampak, sebab warna putih yang memang putih masjid ni sangatlah memancar. dekat luar masjid ni banyak orang jual-jual. antara yang menariknya kurma muda yang disejuk bekukan. tersangatlah sedapnya.

ni gambar masjid Quba..cantik tak? putih bersih kan..

sempat berposing depan masjid Quba bersama mak, paklang, maklong dan anak saudara..

Masjid Qiblatain antara masjid lain yang menarik di Madinah. Qiblatain sendiri bermakna dua kiblat. waktu nabi Muhammad sembahyang dekat masjid nilah Allah menurunkan wahyu supaya menukar kiblat dari Baitulmaqdis ke arah Kaabah. dalam masjid ni juga ada signboard tunjuk arah kiblat lama dan kiblat baru. bagaimana cara Rasulullah menukar kiblat tu, aku pun tak tau. masjid ni juga sangatlah cantik. warnanya pun putih yang berseri-seri
ni gambar masjid Qiblatain..

Bukit Uhud juga antara tempat yang perlu diziarah. bukit Uhud ni tempat berlakunya perang Uhud. perang yang sangat sengit antara kaum muslimin dan kaum quraisy. bukit uhud ni merupakan bukit yang terpanjang di Madinah. bukit ni pun warna tanahnya seakan-akan merah. di kawasan bukit Uhud ni terdapatnya para syahid perang Uhud antanya Saidina Hamzah iaitu bapa saudara Rasulullah. di kawasan bukit uhud ni juga boleh kita lihat kawasan bukit untuk tentera memanah sewaktu di perang Uhud. Rasulullah SAW perda berbda:
"Bukit Uhud adalah bukit daripada bukit-bukit syurga"

ni gambar bukit tempat tentera memanah masa perang Uhud..

bersama Mak ngah berlatar-belakangkan Bukit Uhud..

tempat terakhir yang kitorang lawat adalah kebun kurma. kat sini adalah kawasan kebun-kebun kurma, tapi takdelah banyak sangat pun pokok kurma kat sini. waktu kitorang datang tu kurma yang berada di pokok ni belum masak lagi. tapi stok kurma memang sentiasa ada. kat kawasan kebun ni ade satu kedai. dalam kedai tu bukan jual kurma je tapi macam-macam ada. apa yang penting, banyak coklat. tapi coklat dia takdelah sesedap kinder bueno ke hershey tu, tapi layan jelah. kurma kat sini bagi aku agak mahal jugak. tapi sebenarnya nak beli kurma paling best dekat kawasan pasar kurma dekat bahagian depan masjid Nabawi. kat situ kurma dia lagi macam-macam dan murah-murah. Madinah ni memang famous dengan kurmanya. lagi-lagi kurma Ajwa, iaitu kurma nabi. kurmanya kecil je saiznya tapi memang berkhasiat. ni kat dalam kedai dekat kebun kurma..jangan komen gambar please..hehe

pokok kurma yang buahnya belum matang...

ok tamatlah peristiwa di Madinah. aku dekat Madinah ni lebih kurang 3 hari jer. sebelum bertolak kitorang pun buat doa selamat sebelum menunaikan umrah di Mekah. waktu ni dah siap-siap pakai baju ihram. sebenarnya sepanjang 3 hari ni aku di uji oleh Allah dengan demam. tapi buat tak tau je. telan je paracetamol hari-hari. kalau nak diikutkan demam tu, semua benda tak larat nak buat. tapi aku nasihatkan semua orang dan diri aku, kalau sakit sikit-sikit tu, gagahkan jelah. kita datang sini tah-tah sekali je seumur hidup. gunakanlah peluang sepenuhnya.
ni sebelum bertolak menunaikan umrah di Mekah..

aku nak nasihatkan kalau pergi umrah, beli kurma belilah dekat Madinah. tapi kalau nak beli barang-barang lain dekat Mekah lagi murah. lagi satu, dekat arab ni duitnya semua genap, takde syilling. semua 1 riyal, 2 riyal. benda yang paling teringat-ingat dekat Madinah ni adalah air jus buah-buahannya. jus yang dalam botol tu macam twister, peel fresh tu. tapi kat sini sedap sangat dan yang paling sedap sekali jus mangga dia. Ya Allah sedap-sesedap-sedapnya. pekat, creamy, lelehnye lah bila dah minum. sedap sampai otak. over hyperbola kejap. sekali bila sampai Mekah jus ni ada jugak. haa.. boleh kata hari-hari aku sebat jus ni. tak leh teringat lebih-lebih ni, karang meleleh air liur. kepada sesiapa yagn hendak menunaikan umrah atau haji yang membaca entry ni, tolong sampaikan salam aku buat Nabi Muhammad dan para sahabat bila korang dekat Madinah nanti.ok cukup.

bersambung ke episod 4..ni tak tau lagi bila nak sambung..lepas ni nak kerja.. tak taulah kat Melaka tu ada internet ke tak. InsyaAllah jika panjang umur aku, aku akan cuba sedaya upaya juga sambung cerita di Mekah pula..doakan aku dipermudahkan segala urusan aku di Melaka.

Rujukan:
1. Rahsia Kota Madinah dan Masjidin Nabawi, olehHaji Muhammad Fadli Ismail, keluaran Darul Nu'man.

Wednesday, July 29, 2009

Bila waktu telah berakhir

salam..

kali ni nak share satu lagu dan video yang menarik. Liriknya amat menusuk jiwa. rasa insaf dengan mengingati mati. lagu ni ada sangkut-paut dengan hidup kita sekarang dan menyedarkan kita tentang hidup ini hanya sementara. untuk direnung2kan dan dihayati. dan mudah-mudahan insaf.



Bila Waktu Tlah Berakhir
Album : Istighfar
Munsyid : Opick
http://liriknasyid.com

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagai manakah bila semua
hilang dan mati meninggla kan diri mu
bagimanakah bila saat nya
waktu terhenti takkau sadari
masikah ada jalan bagi mu untuk kembali
mengulang ke masa lalu
dunia....dipunuhi dengan hiasan
semua..dan sgala yang ada
akan kembali pada nya
bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah
bila waktu tlah terhenti
teman sejati tianggalah sepi...


siapa berminat untuk download, sila klik disini: DOWNLOAD

Tuesday, July 28, 2009

UMRAH 2

Salam..

sambungan dari episod 1..

masa dalam bas nak masuk kawasan Madinah, jantung tiba-tiba berdengup kencang. mungkin berdebar-debar nak tengok Masjid Nabawi. sebelum ni cuma dapat tengok dalam tv jer. sekali bila dah dekat dan nampak menara masjid Nabawi ni rase macam nak mencurah-curah airmata. mungkin terasa dekatnya dengan Nabi Muhammad dan para Sahabat dan mungkin juga rasa betapa besarnya kuasa Allah sehingga aku dapat sampai di bumi yng aman damai ni.

aku sampai Madinah dah nak maghrib. hotel yang kami menginap d Hotel Zaini Arif. hotel yang agak dah lama. kita datang beribadat ni tak payah membazir sangat. tak perlulah duduk di hotel 5 bintang ke ape. yang penting selesa untuk kita tidur dan senang untuk pergi Sembahyang dan dekat dengan masjid. aku rasa hotel ni pun dah tak wujud sebab sekarangkan kerajaan saudi tengah runtuhkan hotel-hotel yang lama dan diganti dengan hotel baru yang cantik lagi mewah.

hotel aku ni berhadapan dengn perkuburan Baqi'. tak sampai 100 meter rasanya dengan masjid Nabawi. Aku pun dapatlah merasa buat pertama kalinya bersembahyang di Masjid Nabawi iaitu masjid yang mana 1 solat disini bersamaan dengan seribu solat dari masjid lain selain masjidil Haram. waktu balik tu dapatlah lalu depan Makam nabi Muhammad, Abu Bakr dan Umar. wah..sayup sungguh.

Ape yang menarik di masjid Nabawi ni adalah terdapatnya kawasan bernama Raudhah iaitu terletak antara rumah nabi dan mimbarnya. Raudhah ini juga dikenali dengan kebun-kebun syurga. Raudhah ni adalah antara tempat yang paling mustajab doa. kawasan ni tak adelah besar mana. tapi paham-pahamlah kalau kawasan kecil tapi yang nak masuk ramai. siapa yang tak nak doa dia dimakbulkan. InsyaAllah banyakkan berdoa, dan adalah rezeki kita untuk beribadat dikawasan Raudhah ni.

masjid Nabawi ini juga bagi aku merupakan masjid yang sangat cantik. bumbungnya juga boleh buka tutup pulak tu. aku jamin siapa yang datang Masjid Nabawi ni mesti hatinya tidak pernah padam untuk datang kembali dan merinduinya. dalam masjid Nabawi ni juga, air zam-zamnya 'free flow'. sentiasa ada. masjid ni juga ada gilirannya untuk ziarah makam nabi. aku tak ingatlah jadual dia. tapi yang penting ada masa untuk lelaki dan ada juga masa untuk perempuan ziarah makam nabi.

Madinah ni bagi aku merupakan kawasan yang sangat tenang dan aman damai. Orang-orang madinah juga sangatlah baik dan lemah lembut. tak mustahillah jika Allah memerintahkan Nabi Muhammad berhijrah ke sini sebab orang madinah ni memang berhati mulia. Dan tidak mustahillah mereka antara orang yang menerima Islam dengan hati terbuka dan tidak mengkhianati Nabi.

bersambung ke episod 3..ikuti kawasan ziarah area Madinah..hehe

ni bahagian hadapan masjid Nabawi..bawah kubah hijau tu lah terletaknya makam Nabi Muhammad, abu bakar dan Umar..

aku dan abah di kawasan masjid Nabawi..waktu ni baru balik makan ais krim tengah malam..hehe

aku depan masjid Nabawi..ni tengah hari tengah panas..temp:~40c

ni Hotel yang aku duduk kat Madinah..

gambar arwah atuk dengan Pak Lang dalam hotel..my roomate..hehe

Saturday, July 25, 2009

UMRAH 1

salam..

Umrah bagi aku adalah kenangan yang paling tak boleh dilupakan dan paling seronok sekali. mana taknya, hari-hari kerjayanya pergi masjid, balik hotel tidor, makan shopping, jalan-jalan. tu je.. yang penting ibadat ye. yg lain tu jangan ikut ape yang aku buat. aku buat umrah masa tu ramai gak dengan pakcik dan makcik belah mak aku + arwah atuk aku. lebih kurang 18 oranglah keturunan aku. cuma ade 3 org luar. so rombongan kami lebih kurang 21 orang sahaja.

mungkin ramai rakan-rakan yang tak tau..aku pernah pergi umrah. hehe..malas nak kecoh-kecoh. mase tu tahun 2006 bulan 6 rasanya. waktu cuti semester nak masuk semester 3 masa kat uitm. pergi dengan menaiki Yamen airline (yg baru-baru ni terhempas tu). waktu tu ntah kenapa ntah Saudi airline semua tak jalan. pastu singgah lah dekat Sanaa, Yamen untuk transit kapal terbang. Airpot dia horror. bagi aku lagi buruk dari airport kedah yang lama tu. pastu xmesra pelanggan. asyik naik turun tangga kapal terbang jer. kesian arwah atuk aku waktu tu. bukannya boleh jalan sangat.

pastu sampai kat airport jeddah. airport jeddah pun blh tahan gak ah tak brape maju. maju lagi airport subang tu (dulu lah, skrang tak tau). pastu kitorang terus pergi Madinah. jauh gak ntah brape KM tah. tak ingat. tapi lebih kurang 7 jam jugaklah nak sampai madinah. menyelusuri padang pasir. haha. kejap jer dapat tengok padang pasir..masa lebih banyak dipenuhi dengan tidur. almaklumlah penat naik kapal terbang.

malas nak cerita panjang-panjang...nntilah bila rajin aku sambung episod 2..

sblm bertolak..me with my parents..kakak semua tinggal..

sblm bertolak juga..dengan sepupu..


arwah atuk dengan pakcik2

aku di lapangan terbang Sanaa, Yamen

surau or masjid dekat RnR on the way gi madinah..

Thursday, July 23, 2009

Pasrah

salam

buat kali keempat aku akan keluar selangor lagi setelah menjelajah menuntut ilmu di negeri sembilan, terengganu dan kedah. kali ni aku kan ke melaka bandar bersejarah untuk memikul tanggungjawab sebagai pegawai farmasi kat sana dan maybe hospital besar melaka. memang aku harap kalau tak dapat selangor aku akan merantau ke area selatan. Alhamdulillah. aku bersyukur juga sebab tak di hantar ke sabah dan Sarawak.

tahniah jugak kepada rakan-rakan lain yang banyak dapat hometown masing-masing. terutama sekali budak kelantan dan kedah. selamat menabur bakti di tanah air masing-masing. yang tak dapat first choice seperti aku, marilah bersama-sama kita bersabar.

melaka tu pilihan kedua aku lepas selangor. aku memang tak expect dapat Selangor sebab aku ni kan candidate last mase interview. awal-awal dia dah cakap selangor penuh. lama rasanya tak merantau pergi negeri orang. tapi yang tak best nya setakat yang aku dengar cuma aku dan widi je dapat melaka. macam sedih gak dapat melaka. sebab macam takde je classmate lelaki yang dapat sama. lepas tu aku bukannya familiar sangat dengan melaka ni n aku tak ada pun saudara kat melaka(saudara semua kat selangor).tapi aku di Melaka ni cuma 1 tahun sebagai 'provisionally registered pharmacist' (PRP) iaitu masa untuk nak dapat lesen. lepas 1 tahun aku akan bergelar 'fully registered pharmacist'(FRP) dan boleh minta untuk pindah kat hospital lain. InsyaAllah.

seperti biase dengan keadaan aku yg mempunyai masalah obsessive compulsive disorder (diagnose sendiri), hati asyik gelisah jer. 1001 persoalan bermain dalam kepala aku. antaranya

1. kat mana sebenarnya nak daftar ni?
2. berapa hari bulan nak daftar ni?
3. hospital ni dekat mana?
4. baik tak aku punya preceptor nanti?
5. aku nak duduk mana ni?
6. nak gi kerja naik ape?
7. nak sewa rumah ngan sape?
8. nak makan kat mane?
9. orang kat sana ni nanti suka ke kat aku?
10. macam mana nak balik banting?
(cukuplah 10 jer soalan aku bagitau..sebenarnya banyak lagi)

InsyaAllah. ni semua takdir Allah.Allah maha mengetahui. ada hikmahnya aku dapat Melaka ni. doakan aku hidup aman damai dan bahagia kat Melaka nanti.~N~

Tuesday, July 14, 2009

Insurans

salam

entry kali ini berbentuk perasaan tidak puas hati..

satu-satunya harta yang aku ade iaitu motor buruk SRV tu. buruk-buruk motor ni pun dia yang bawak aku gi kelas setiap hari, pergi me'ronggeng' area shah alam, pergi makan dll. motor ni aku beli cash masa nak masuk sem 3 dulu tanpa bantuan dari mana-mana peminjam wang berlesen, along ataupun mak bapa. mampu beli cash sebab tak brapa mahal almaklumlah second hand. tak mahal pun ribuan jugak ok.

dah namanya motor mestilah nak kene ada roadtax ngan insurans. bukan insurans nyawa atau insurans kesihatan atau insurans pendidikan tapi insurans kenderaan. masa baru beli confirmlah orang kedai tu buatkan road tax. tapi lepas dah beli ni kenelah buat sendiri.

kali pertama buat roadtax dan insurans adalah selepas 1 tahun guna motor ni. ok roadtax motor tetap ye rm2 dan tak pernah naik. tapi yang menjadi masalahnya sekarang adalah insurans. mula-mula buat insurans lebih kurang rm58 lah.masa ni aku buat kat kedai cina insurans kat banting ni. insurans 'third party' lah. mana mampu nak beli 'first party'. masa tu pun biasiswa sikit, nak makan pun tak cukup. lagi pun motor ni dah lama buat apa nak buat yang mahal.

kali kedua aku buat insuran, aku buat dekat pejabat pos dalam JJ bukit raja. pekerja dekat kaunter tu suruh buat kurnia insurans sebab senang dan cepat sikit. layan jelah. masa tu pun beli insurans 'third party'. pastu dia cakap kurnia insurans ni dah naik harga jadi rm90+. mahalnya seganda naik(terkejut dalam hati). tapi beli jelah dah terpaksa. nasib baik masa ni ada rebat ape tah yang kerajaan bagi tu. dapat lah rm150. jadinya aku untung +-rm50.

tapi 2 minggu lepas aku buat insurans kali ketiga dekat agen insurans melayu ni. dia cakap ada guideline baru dari JPJ ke syarikat insurans ke aku pun tak tau. dia cakap motor yang kurang dari 10 tahun wajib beli insurans first party. dengan muka senyum dan hati yang memberontak berkata takkan lah motor buruk aku tu nak beli first party. jual kat kedai pun baru berapa ringgit. dengan keadaan terpaksa aku setuju jelah. harganya adalah rm189. mahal gila. pada zaman-zaman gawat ni lah dia nak pau aku. nasib baik aku ni pakar ekonomi (bak kata sorang kawan aku) pandai menabung masa belajar dulu. kalau tak abis bapak aku kene pau. daripada takda inusrans langsung. lagi satu yang buat aku geram, dari start aku datang aku cakap aku nak buat takaful insurans. aku rasa dah lebih 10 kali aku cakap nak takaful insurans. sejak tau yang takaful je yang berlandaskan syariah ni, aku takde dah teringin nak beli inusrans lain. pastu bila ambil kat kedai tu bawa balik umah tengok-tengok dia bagi kurnia insurans. geramnya aku. tak paham bahasa melayu ke? siapa nak tanggung dosa aku. tapi dengan keadaan sabar aku cuba terima dengan seadanya. adakah patut aku pasrah?? ush dalam dilema..

pengajaran: lepas ni kalau nak buat insurans takaful pergi je dekat syarikat takaful. tak payah guna agen-agen ni lagi. menyesal tak sudah..

------------------------------------------------------------------------
ni ada lagu best.sebagai penenang hati..layan jer

Abdul Karim Mubarrak - Waqofat Hurufi

Saturday, July 11, 2009

UiTM Puncak Alam

Salam

Hari Khamis (9/7/09) yang lalu, aku, Rahmat dan Ahmad pergi ke Uitm Shah Alam untuk mengambil transkrip ijazah sebab SPA ni nak. dia sebenarnya nak skrol ijazah tapi belum konvo terpaksalah ambil transkrip sementara ni. lepas siapkan isi borang yang lebih kurang 10 orang punya, si Rahmat ni tiba-tiba ajak pergi UiTM Puncak Alam. Almaklumlah fakulti farmasi dah pindah kat Puncak Alam ni.

so, aku sebagai driver pun pegi jelah sebab aku pun tak pernah masuk. cuma skali jer lalu tu pun tengok dari jauh. so pusing-pusinglah kitorang kat dalam uitm tu. tersangatlah besar dan canggih. tapi malangnya terlalu ceruk dan susah nak berhubung dengan dunia luar. lepas tu makan tengah hari kat situ juga. makan kat cafe anggerik. cafe anggerik ni cafe favourite masa kat shah alam dulu. walaupun menu dia sama dengan cafe shah alam, tapi yang kat shah alam lagi sedap.

niat di hati nak makan tengah hari jer, tapi tengah beratur nampak pulak Mr long, Mr hadi dan Ms Syaz. dah terpaksa lah makan sama-sama. kelu lidah nak speaking, memandangkan duduk rumah asyik cakap melayu jer (bukan jawa ok). pastu diorang ajak datang bilik diorang tengok-tengok dan lawat-lawat dan sambung borak. habis semua cerita keluar.haha..ms yap dah sambung belajar, mr long sambung belajar mungkin bulan september ni dan mr hadi akan meninggalkan malaysia dan berkhidmat untuk negara tercinta dia iaitu Pakistan. habis borak aku pun balik dan menghantar rahmat dan ahmad ke stesen komuter. pastu jalan sorang-sorang kat area shah alam untuk mengimbau kenangan silam. sedih, pilu dan rindunya nak jumpa semua orang.~N~

ni antara gambar-gambar yang aku ambik kat area puncak alam..

Wednesday, July 8, 2009

SPA..

Salam..

Akhirnya aku berjaya juga mengubah wajah blog aku yg agak lama juga dalam keadaan streotype dgn warna biru lautan yang mengantukkan..haha..sejak dari pagi sampai ketengah malam aku cuba bermain dengan coding2 yang sememangnya aku sangat tak pakar. kejayaan mengubah blog ini juga adalah hasil dari ilmu yang aku aplikasikan waktu belajar matematik dulu iaitu kaedah 'cuba jaya'. dan akhirnya berjaya dengan berpuluh-puluh kali cobaan..ok habis

Sekarang nak cerita pulak pasal SPA. SPA singkatan bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ok bagi rakan-rakan seangkatan lain, maybe topik ni dah basi. orang lain dah cerita pasal benda ni minggu lepas ko baru nak post kat blog ko hazwan. setelah menunggu posmen berbulan-bulan, akhirnya surat pelantikan jawatan sebagai pegawai farmasi u41 sampai juga dalam 'letter box' aku. maka timbullah perasaan lega sikit. lega sebab kebosanan duduk rumah lebih kurang 2 bulan akan terubat juga sebab nak kerja. hazwan ko duduk umah tak buat apa-apa sampai sangat bosan tapi kenapa tak update blog? jawapannya bermula dengan huruf M.

kelegaan dan keseronokkan tu hanya sementara. kerana dengan beberapa helai kertas dalam surat tu maka banyak kerja yang perlu dilakukan. terpaksalah buat, kalo tak buat macam mana nak kerja. antaranya:

1. Surat setuju-terima pelantikan
satu copy dank kene hantar kat SPA balik nk confirmkan kita setuju ke tak nak keje.(mestilah setuju..xpayah reply pun takpe sepatutnya). aku beli setem 50 sen pastu beli sampul surat saiz A4. pastu hantar.settle

2. Surat Akuan sumpah
Surat akuan sumpah ini perlulah ditandatangani oleh hakim mahkamah seksyen/majistret/pesuruhjaya sumpah. dah mana pulak aku nak cari orang-orang ni. Intan shafiza bagitau yang dia buat kat mahkamah kene rm12. Kakak aku yang second tu cakap pergi dekat kompleks PKNS kat situ ada pesuruhjaya sumpah tapi kene bayarlah rm8. jauh sangat nak gi PKNS, duit minyak lagi mahal. pastu kakak aku yang first tu tepon kawan dia dan cakap kat banting pun ade. so aku buat je kat Banting dekat syarikat Persistra dan bayarannya cuma rm4 je. Alhamdulillah Allah mudahkan kerja aku dan menjimatkan duit aku.

3. Medical check up
ahh..ni benda paling malas sekali aku nak buat. malam tu berlaku perdebatan hebat sama ada nk buat kat swasta ataupun hospital gov. ikutkan hati nk buat swasta jer sebab cepat sikit tp takut dia nk gov hosp. so buat lah kat hosp banting. datang 2/7 pastu dia ambil sample urine n check gigi jer. yang selebihnya kene buat appointment bertarikh 8/7. nasib baik seminggu jer. tapi leceh tul..lame nak menunggu. soalan lazim kalau gi satu department tu: 'dapat hospital mana?', 'dah lapor diri?'..haha..dan salah check yang paling mendebarkan adalah pemeriksaan urojantina (untuk laki-laki sahaja perempuan jika perlu)..dan doktor tu tak tanya dan tak check apa2..lega rasanya..(berlucah pula)..

4. Skrol ijazah
dah mana pula nak cari. konvo dah lah bulan 11 mana pulak nak cari ni. pastu budak2 ni bgtau boleh ambil trascript kat UiTM pastu bayar rm 10 kot. alamak satu kerja pulak nak gi Shah Alam. tapi aku gagahkan jugak untuk pergi ahah alam esok sebab rindu kat shah alam dan yang paling penting rahmat dan ahmad turun sekali..yeay ada kawan..lama tak borak-borak..

setelah surat SPA sampai maka penantian yang paling mendebarkan adalah surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). maka dengan surat tibanya surat ni, maka akan ketahuilah hospital mana yang aku akan berkhidmat. orang SPA masa taklimat dulu ada bagitau yang kursus induksi diorang nak buat sebelum kitorang kerja, tapi takde pun surat. lambat sikit kot. dan yang paling malas adalah nak memcari dan membuka dan membaca nota, jurnal atau guidelines yang tidak tahu dimanakah lokasi sebenarnya =).

Ya Allah sekiranya yang dekat itu baik bagi aku maka Kau bagilah aku yang dekat tapi jika jauh itu baik bagi aku maka Kau bagilah aku jauh. sesungguhnya aku bertawakkal kepadaMu dengan sebenar-benar tawakal. sesungguhnya kami merancang dan engkau merancang. dan Engkau adalah sebaik-baik perancang.Amiin.~N~

Monday, July 6, 2009

Kenapa nak dengki?



Salam..

Situasi 1

pelajar A: minggu lepas aku balik umah, pastu aku temankan mak aku berubat kampung. pakcik tu tengok aku, dia cakap ada orang yang macam 'mandrem' aku.
pelajar B: ish.. kenapa pulak dia nak 'mandrem' ko?
pelajar A: entahlah..pakcik tu cakap, orang tu dengki dengan aku sebab aku ni selalu 'score' exam..
pelajar B: ko ade rase ke macam ade orang 'mandrem'?
Pelajar A: aku rase orang tu 'mandrem' aku, buat selalu ngantuk kat kuliah, tak boleh nak fokus dengan cepat lupa

*mandrem = seakan-akan mensihir

Situasi 2

Si suami baru menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. perniagaan yang dijalankan adalah secara 'part time'. perniagaannya semakin hari semakin menguntungkan. tapi disebalik kejayaan si suami berniaga, dia semakin hari semakin mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak-anak. bahkan apa yang lebih teruk, dia sanggup memaki isteri dan sanggup memukul isteri disebabkan kesalahan kecil. Maka si isteri tidak tahan dan cuba berikhtiar untuk mengubat si suami yang dirasakan perangai barannya semakin tidak terkawal. maka si pengamal perubatan pun berkata yang suaminya telah di'sihir' oleh sahabat karibnya yang mahu porak-perandakan rumah tangganya kerana dengki dengan kejayaan perniagaan si suami.

Pengajaran:

1. Apa yang aku nak tekankan dalam kedua-dua situasi sekarang adalah sifat dengki sesama manusia. lebih-lebih lagi dengki sesama orang melayu. kenapa sifat dengki yang membawa keburukan kepada orang lain tu perlu ada dan diternak, lebih-lebih dalam diri orang melayu. apa yang lebih buruk lagi, sifat dengki yang membuak-buak ini sanggup menjuruskan diri ke arah mensyirikkan Allah. sanggup jumpa tok bomoh yang menggunakan jin dan syaitan semata-mata untuk memuaskan hati atas ape yang telah ditetapkan Allah kepada seseorang.
Dalam sunan Ahmad, bab zuhud diriwayatkan bahawa Allah s.w.t berfirman:
"Sungguh menghairankan apa yang kamu lakukan wahai anak Adam! Aku mendapatimu dan kamu menyembah selain Aku, Aku memberi rezeki kepadamu dan kamu berterima kasih selain Aku, Aku memperlihatkan kasih sayangKu kepadamu dengan memberimu nikmat dan kamu memperlihatkan kebencian kepadaKu dengan melakukan maksiat, Aku merasa cukup atasmu dan kamu memerlukanKu, Aku turunkan kebaikan kepadamu dan aku angkat kejelekanmu"(diambil dari buku La Tahzan)


2. Sedarlah kita bahawa rezeki tu datangnya dari Allah. banyak ke sedikit ke, kita perlu bersyukur kerana Allah maha mengetahui dengan setiap apa yang dikurniakannya. cuba kita fikir ya, Dalam situasi 1, kenapa orang yang dengki tu sibuk nak bomohkan pelajar A dan kenapa tak bomohkan untuk diri sendiri untuk mendapat keputusan yang cemerlang. dalam situasi 2 pula, kenapa si pendengki sibuk nak jatuhkan orang tapi tidak membomohkan diri sendiri kasi dia kaya raya tanpa buat bisnes. pelik kan?? Apa yang aku dapat lihat disini, rezeki tu sememangnya datang dari Allah, jin dan syaitan ni dapat mengganggu hidup orang tanpa dapat menyekat rezeki yang telah ditetapkan Allah. cuba kita fikir, kenapa tok bomoh yang mereka jumpa tu pun kais pagi makan pagi je, kenapa tok bomoh tak duduk dekat banglo mewah? hidup hanya harapkan jin je nak dapat makan.

3. Sebagai manusia biasa, kita janganlah percaya perkara syirik semata-mata ingin memuaskan nafsu kita yang sememangnya buas tu. Siapkanlah diri dengan tidak meninggalkan solat dan mengaji al-Quran yang mana boleh menjadi pendinding kita dari sifat hasad dengki dan sihir. Jika rezeki tu dilebihkan Allah, anggaplah itu ujian Allah bagi menduga keimanan kita. janganlanlah kita lupa untuk membayar zakat dan bersedekah atas rezeki yang diturnkan Allah dan jadilah hamba Allah yang bersyukur. wassalam ~N~

Monday, June 8, 2009

Ketika cinta bertasbih the movie


Salam..

ketika cinta bertasbih the movie akan keluar. Sebelum ni aku pernah beri ulasan tentang novel ketika cinta bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy. kini novel ini telah diadaptasikan untuk menjadi filem pula. Filem ini akan mula ditayangkan pada 11 jun 2009. tetapi pada tarikh ini filem ini hanya ditayangkan di Indonesia sahaja (hanya Tuhan je yang tahu perasaan hati ini menunggu filem ini untuk memasuki Malaysia).

Ketika cinta bertasbih merupakan novel kedua karangan Habiburrahman yang diadaptasi menjadi filem selepas filem Ayat-ayat cinta. Apa yang membezakan Ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih adalah penulis novel ini terlibat secara keseluruhan dalam pembikinan filem ini. Dan penerbit menjanjikan kepada pembaca novel yang mereka tidak akan hampa setelah menonton filem ini. ini kerana pada filem ayat-ayat cinta, para pembaca novel agak hampa dengan filemnya kerana agak terpesong dari cerita asal seperti dalam novel. apa yang menarik tentang filem ini, para pelakonnya adalah hasil daripada audition yang ditelah dibuat sebelum pembikinan filem ini.

Kepada sesiapa peminat novel atau peminat filem, aku sarankan supaya membaca novel ketika cinta bertasbih dulu sebelum menonton filemnya. Diharapkan supaya filem ini tidak menghampakan aku dan semua pembaca novel ini. Bawah ni aku ada selitkan beberapa 'trailer' filem ketika cinta bertasbih.







OST ketika cinta bertasbih:


downloah Ketika cinta bertasbih Mp3: Download

Website rasmi filem ketika cinta bertasbih: www.filmketikacintabertasbih.com

Mutiara kata


Pada yang empunya harta yang melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat
Pada yang berbakat dan cengekiawan
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman
Semua kita harus pemurah
memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Tuhan
semai kebaikan dan tuailah keredhaan


sumber:kulit belakang majalah solusi #8

Saturday, June 6, 2009

Ayam Tandoori

Salam.

Dengar je tajuk macam terliur. Inilah realitinya. Aku telah cuba untuk masak ayam tandoori. Kenapa mesti ayam tandoori? Entah, aku pun tak tau. Mungkin terliur tengok ayam tandoori kat kedai mamak yang tergantung-gantung tu takpun dah lama tak pegi gerai mamak (kembang tekak lepas baca macam-macam email). Tiba-tiba nampak ayam dalam peti dan tak ada lauk untuk makan malam, So, aku dengan ‘volunteer’ mengambil posisi sebagai tukang masak. Apa lagi buka computer terus search internet nak cari resepi ayam tandoori.

Macam mane jadi tak? Tak taulah jadi ke tak. Dari segi rupa macam tak berapa jadi. Ayam tandoori kat mamak tu entah macam mana tah boleh warna merah. Letak pewarna agaknya. Kalo nak ikutkan logik, memang susah ayam tu nak berwarna merah hanya dengan memerap bahan-bahannya. Tapi yang aku buat ni, ayamnya dibakar dalam oven tapi tak taulah kalau kat kedai tu kalau dia goreng atau bakar pakai arang. Yang aku peliknya, dalam internet tempat aku ambil resepinya pun ayam dia warna merah. Dari segi rasa ayamnya, aku rasa 87% rasa ayam tandoori (berangan, sedapkan hati).


inilah rupa ayam tandoori aku..(tension tak merah)

Walaupun ayam tandoori aku tak berapa nak jadi, tapi sekali hadap licin. Mungkin semua orang agak kelaparan mennggu ayam tu masak. Antara kesalahan yang aku kenal pasti punca ‘ketakajaian ayam tandoori aku adalah:
1. Ayam tak cukup perap. Aku perap ayam dalam 1jam setengah. Mungkin nak jadi merah kena perap lagi lama agaknya(sehari semalam kot).
2. waktu mengisar bahan-bahan perap aku guna banyak sangat air. Jadinya bahan perapan agak cair.

Lepas ni entah bila lagi nak buat ayam tandoori. Mungkin lagi 5 tahun kot. Bagi siapa yang nak cuba, bawah ni aku letakkan resepi:

AYAM TANDOORI

Bahan
1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Perap:
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1 cawan yogurt
1 inci halia..........................]
1 labu bawang besar............]
3 ulas bawang putih.............]
2 biji tomato buah................] mesinkan dan gaul rata semua ini
1 pokok daun ketumbar........]
1 sudu besar madu/gula.......]
1 sudu besar minyak............]
garam secukupnya...............]

Cara:
1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
2. Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.


Sumber resepi: http://hanieliza.fotopages.com/

Monday, June 1, 2009

Bertunang juga..






Salam

Alhamdulillah akhirnya bertunang juga. Bukan aku tapi kakak aku. Majlis pertunangan berlangsung pada 29/5/09 selepas Isya'. Rombongan pihak 'sebelah' sampai dalam pukul 9.30 mlm (still lepas isya'). Perbincangan lebih kurang setengah jam yang agak tidak berapa lama mungkin kerana semua orang telah lapar. Majlis yang happening telah dihadiri oleh jiran-jiran, saudara-mara dan kawan-kawan kakak aku. Makanan semua 'catering' memandangkan semua orang tak larat nak masak. Ramai juga yang datang dan berpusu-pusu yang datang masuk dalam rumah menyebabkan keadaan dalam rumah menjadi panas (Nasib baik aku duduk luar).

Pihak lelaki telah membawa 13 dulang dan pihak kami membalas dengan 19 dulang. mungkin jauh beza dulangnya tapi lebihan dulang adalah hasil sumbangan saudara-saudara yang ikhlas menyumbang. Terima kasih kepada yang telah menyumbang isi2 dulang.

Diakhir majlis, ada upacara memotong kek tunang dan kek besday makngah merangkap kek bersara Pak Cik Mi yang bersara pada hari itu jugak. Terima kasih juga kepada kakak aku yang patuh kepada 'perjanjian'..haha

Thursday, May 21, 2009

Bidadari Dari Timur


“Aku bukan wanita kafir atau yang leka dan lalai dalam arus dunia. Suka mempamerkan keindahan tanpa batas, pemakaian melampau bagaikan barangan lambak yang murah lagi tidak laku, kemudian dijajakan di kebanyakkan tempat, dapat dilihat dimerata-rata, tanpa nilai dan kehormatan nilai agama”.


Itu adalah antara kata-kata Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku ini merupakan epilog bahagia seorang isteri kepada Ulama serta pemimpin berjiwa besar yang menyentuh nurani. Buku ini menekankan tentang disetiap kejayaan lelaki tentulah terdapat wanita dibelakangnya. Wanita itu tidak kiralah sama ada ibu mahupun isteri.

Buku ini disarankan untuk dibaca lebih-lebih lagi kaum wanita yang mengidamkan kehidupan bahagia. Buku ini menerapkan tentang tanggungjawab seorang wanita terhadap suami dalam mencari redha Illahi disamping tanggungjawab sebagai seorang ibu. Kaum Adam juga disarankan untuk membaca kerana daripada buku ini kita dapat menghargai kaum Hawa yang mungkin perit jerihnya tidak kita nampak terutama sekali ibu kita.

Tuan Sabariah telah dilamar menjadi isteri kepada Nik Aziz sejak umurnya 14 tahun. Beliau mengorbankan masa remajanya yang mana bagi kebanyakan wanita lain pada umur itu sebagai masa untuk menikmati kemanisan dunia demi menjadi isteri lantas mencari redha Allah. Beliau bukan sahaja sebagai isteri kepada seorang ulama dan juga pemerintah, malah merupakan ibu kepada 10 orang anak yang didik dengan kedua belah tangannya sendiri.

“Tidak perlulah pembantu rumah untuk memastikan rumah tangga kami ini aman, teratur kemas dan bersistem. Aku senang melakukannya sendiri. Dengan dua tangan ini. Bukan bibik yang mengharapkan redha Allah SWT dengan redhanya suami ke atas pengorbanan dirinya, tetapi akulah yang mendambakan redha itu saban waktu. Aku selaku seorang isteri yang syurganya terletak di bawah tapak kaki suaminya”.


Bergelar ‘Datin’ bukanlah bermakna kehidupan mestilah bergaya dan sentiasa mewah seperti yang dipaparkan dalam cerita-cerita dalam tv. Kehidupan beliau serba sederhana seperti suri rumah yang lain tanpa memerlukan banglo mewah, menghabiskan wang dengan ‘shopping’, bersolek dll. Beliau lebih gemar bergaul bersama jiran tetangga, melakukan kerja-kerja rumah, mendidik anak dan membela haiwan ternakan seperti ayam serta bercucuk tanam.

Buku yang kecil dan ringkas ini menceritakan tentang kehidupan Tuan Sabariah sejak beliau remaja, bergelar isteri sejak Tok Guru menjari guru sehingglah menjadi menteri besar. Buku ini diterbitkan oleh Anbakri Publika Sdn Bhd berharga RM12.90 (KLIBF 09 berharga RM10 shj). Ditulis oleh Datin Tuan Sabariah sendiri dan disusun oleh Illi Sarah Annual Bakri seta mempunyai 107 muka surat..Wallahu’alam.