Thursday, July 30, 2009

UMRAH 3

salam..

sambungan dari episod 2..

kali ni aku nak sambung cerita pasal tempat-tempat yang perlu ziarah di Madinah. Madinah merupakan pusat pemerintahan semasa zaman nabi Muahmmad dan para sahabat. memandangkan Nabi tinggal di Madinah ni agak lama dan Madinah merupakan tempat beliau berhijrah, maka banyaklah peristiwa yang belaku di Madinah. Setiap satu kawasan ziarah mempunyai sejarahnya tersendiri.

perkuburan Baqi' terletak bersebelahan dengan masjid Nabawi. Kubur ni juga menempatkan ramai para sahabat, alim ulama' serta keluarga dan isteri-isteri nabi. antaranya saidina Osman, saidatina Fatimah, Saad bin Abi Waqqas dll. perkuburan Baqi' ni tak sama macam perkuburan di Malaysia. takde batu nisan yang kerawang-kerawang. dia cuma batu sebagai tanda dan takde pun tulis apa-apa. perkuburan ni hanya dibuka jika berlaku kematian. perkuburan Baqi' ni kaum wanita tak boleh masuk. tengok dari luar je. almaklumlah wanita ni kuat meraung dan meratap bagai, tu yang dia tak bagi masuk. Apa yang aku kagum di sini, orang dekat sini berebut-rebut nak mengusung mayat, boleh 'passing2' mayat tu, seram gak sebab takut mayat tu jatuh. tapi pahala orang yang mengikuti mayat ke kubur tu kan besar. tu yang diorang berebut-rebut tu.
ni gambar perkuburan Baqi'..ni bukan dari album aku tapi aku search je kat internet.

kemudian kitorang pergi melawat ke Masjid Quba. Masjid Quba ni merupakan masjid pertama yang dibina oleh nabi Muhammad sewaktu peristiwa hijrah. dalam satu hadis:
"sesiapa yang berwudhuk, kemudian menuju ke Masjid Quba, lalu mengerjakan satu solat di situ, untuknya pahala seperti pahala umrah"
masa datang tu memang ramai orang ziarah masjid ni. almaklumlah nak dapat pahala buat umrah. masjid ni sangatlah cantiknya. dari jauh dah nampak, sebab warna putih yang memang putih masjid ni sangatlah memancar. dekat luar masjid ni banyak orang jual-jual. antara yang menariknya kurma muda yang disejuk bekukan. tersangatlah sedapnya.

ni gambar masjid Quba..cantik tak? putih bersih kan..

sempat berposing depan masjid Quba bersama mak, paklang, maklong dan anak saudara..

Masjid Qiblatain antara masjid lain yang menarik di Madinah. Qiblatain sendiri bermakna dua kiblat. waktu nabi Muhammad sembahyang dekat masjid nilah Allah menurunkan wahyu supaya menukar kiblat dari Baitulmaqdis ke arah Kaabah. dalam masjid ni juga ada signboard tunjuk arah kiblat lama dan kiblat baru. bagaimana cara Rasulullah menukar kiblat tu, aku pun tak tau. masjid ni juga sangatlah cantik. warnanya pun putih yang berseri-seri
ni gambar masjid Qiblatain..

Bukit Uhud juga antara tempat yang perlu diziarah. bukit Uhud ni tempat berlakunya perang Uhud. perang yang sangat sengit antara kaum muslimin dan kaum quraisy. bukit uhud ni merupakan bukit yang terpanjang di Madinah. bukit ni pun warna tanahnya seakan-akan merah. di kawasan bukit Uhud ni terdapatnya para syahid perang Uhud antanya Saidina Hamzah iaitu bapa saudara Rasulullah. di kawasan bukit uhud ni juga boleh kita lihat kawasan bukit untuk tentera memanah sewaktu di perang Uhud. Rasulullah SAW perda berbda:
"Bukit Uhud adalah bukit daripada bukit-bukit syurga"

ni gambar bukit tempat tentera memanah masa perang Uhud..

bersama Mak ngah berlatar-belakangkan Bukit Uhud..

tempat terakhir yang kitorang lawat adalah kebun kurma. kat sini adalah kawasan kebun-kebun kurma, tapi takdelah banyak sangat pun pokok kurma kat sini. waktu kitorang datang tu kurma yang berada di pokok ni belum masak lagi. tapi stok kurma memang sentiasa ada. kat kawasan kebun ni ade satu kedai. dalam kedai tu bukan jual kurma je tapi macam-macam ada. apa yang penting, banyak coklat. tapi coklat dia takdelah sesedap kinder bueno ke hershey tu, tapi layan jelah. kurma kat sini bagi aku agak mahal jugak. tapi sebenarnya nak beli kurma paling best dekat kawasan pasar kurma dekat bahagian depan masjid Nabawi. kat situ kurma dia lagi macam-macam dan murah-murah. Madinah ni memang famous dengan kurmanya. lagi-lagi kurma Ajwa, iaitu kurma nabi. kurmanya kecil je saiznya tapi memang berkhasiat. ni kat dalam kedai dekat kebun kurma..jangan komen gambar please..hehe

pokok kurma yang buahnya belum matang...

ok tamatlah peristiwa di Madinah. aku dekat Madinah ni lebih kurang 3 hari jer. sebelum bertolak kitorang pun buat doa selamat sebelum menunaikan umrah di Mekah. waktu ni dah siap-siap pakai baju ihram. sebenarnya sepanjang 3 hari ni aku di uji oleh Allah dengan demam. tapi buat tak tau je. telan je paracetamol hari-hari. kalau nak diikutkan demam tu, semua benda tak larat nak buat. tapi aku nasihatkan semua orang dan diri aku, kalau sakit sikit-sikit tu, gagahkan jelah. kita datang sini tah-tah sekali je seumur hidup. gunakanlah peluang sepenuhnya.
ni sebelum bertolak menunaikan umrah di Mekah..

aku nak nasihatkan kalau pergi umrah, beli kurma belilah dekat Madinah. tapi kalau nak beli barang-barang lain dekat Mekah lagi murah. lagi satu, dekat arab ni duitnya semua genap, takde syilling. semua 1 riyal, 2 riyal. benda yang paling teringat-ingat dekat Madinah ni adalah air jus buah-buahannya. jus yang dalam botol tu macam twister, peel fresh tu. tapi kat sini sedap sangat dan yang paling sedap sekali jus mangga dia. Ya Allah sedap-sesedap-sedapnya. pekat, creamy, lelehnye lah bila dah minum. sedap sampai otak. over hyperbola kejap. sekali bila sampai Mekah jus ni ada jugak. haa.. boleh kata hari-hari aku sebat jus ni. tak leh teringat lebih-lebih ni, karang meleleh air liur. kepada sesiapa yagn hendak menunaikan umrah atau haji yang membaca entry ni, tolong sampaikan salam aku buat Nabi Muhammad dan para sahabat bila korang dekat Madinah nanti.ok cukup.

bersambung ke episod 4..ni tak tau lagi bila nak sambung..lepas ni nak kerja.. tak taulah kat Melaka tu ada internet ke tak. InsyaAllah jika panjang umur aku, aku akan cuba sedaya upaya juga sambung cerita di Mekah pula..doakan aku dipermudahkan segala urusan aku di Melaka.

Rujukan:
1. Rahsia Kota Madinah dan Masjidin Nabawi, olehHaji Muhammad Fadli Ismail, keluaran Darul Nu'man.