Saturday, September 14, 2013

Surat Thani - Krabi - Phuket Trip - Part 3

Salam

Maaf, penyakit malas melanda seakan-akan tsunami..tu sebab tak sambung cerita

Bersambung kita daripada part 2..

Pada hari kedua bercadang untuk ke Railay beach memandangkan bot ke island hoping semua penuh. Bangun pagi-pagi terus bersiap dan keluar. Sekali bila keluar hujan pula. Mula-mula hujan tu macam renyai-renyai je. Cubalah jalan kaki nak ke arah pantai. Sekali baru jalan dalam 3 minit hujan turun dengan lebat. Patah balik hotel dan bercadang nak naik songtheaw. Dapat juga songtheaw ni. Kalau setakat jalan dalam kawasan krabi ni, tambang dia tetap iaitu THB20.

Seperti biasa jika dah bangun awal mestilah cari sarapan dulu. Matlamat malam tadi yang tidak tercapai mesti diteruskan iaitu mencari pancake. Ingatkan mereka jual waktu malam je, rupanya dari pagi dah mula jual sampai malam nanti. Gigihnyalah manusia mencari duit. Tempat ditujui adalah dihadapan McD. Pagi tu dah banyak juga kedai dah buka. Gigih nak makan pancake juga walaupun hujan-hujan. Rasanya memang super sedap. Kenapalah kat Malaysia tiada. Harga dia kadang-kadang berbeza mengikut perisa apa yang diambil . Aku masa tu amik banana + nutella seperti yang digembar-gemburkan tu THB30 kalau tak silap. Nak meleleh air liur lagi sekali ni. TAPI.. kalau kira KALORI dia..memang pengsan

Yang ni kawan aku punya. egg + cashew + susu pekat kot..Sedap juga

Yang ni banana + nutella.(kalori roti canai +kalori pisang + kalori coklat..mendapat)

Selepas menikmati sarapan, kami terus ke kaunter yang menjual tiket ke Railay beach. Kaunter ni dekat je dari McD tadi. Railay beach ni sebenarnya sebelah je dengan pantai Ao Nang ni. Tapi disebabkan terdapat bukit yang tinggi, jadinya pantai ni tidak boleh pergi dengan menggunakan kendaraan darat. Terpaksalah pergi dengan menggunakan bot. Tiket untuk bot beharga THB100 sehala. Bot akan bergerak sekiranya bilangan mencukupi dan kita boleh balik ke Aonang semula mengikut masa yang kita kehendaki.

Peta ni menunjukkan kedudukan hotel yang aku duduk, tempat pancake yang sedap nyum-nyum dan tempat penjualan tiket ke Railay beach.

Tempat parking bot ke Railay beach

Perjalan ke Railay beach ni mengambil masa lebih kurang 15 minit sambil dihidangkan dengan pemandangan yang cantik dan laut menghijau serta bukit batu kapur yang terjojol ditengah laut. Pantai dia memang sangat cantik tapi tidak berapa ramai sangat orang mandi di kawasan ni walaupun boleh. Mungkin dari pemerhatian aku macam kurang fasiliti untuk tukar baju dan mandi untuk membilas air laut. Jadinya, kami tidak bercadang untuk mandi laut dan bercadang untuk meneroka pulau ini.






Antara pemandangan di Railay beach

Banyak juga penginapan dan juga kedai makanan serta cenderahati di pantai ni. Aku juga pelik sebab banyak bot mendarat di pantai ni tapi macam tak ramai pulak manusia berkeliaran atau terdampar ditepi pantai. Apa lagi, aku carilah ke mana sebenarnya manusia-manusia ini pergi. Pusing punya pusing rupanya baru tau yang pantai ni bercantum dengan banyak pantai yang lain. Rupanya kebanyakan manusia pergi ke Phranang beach yang boleh ditembusi dengan jalan kaki sahaja. 

Garisan merah tu menunjukkan cara nak pergi ke Phranang beach dari Railay beach

Apa yang menarik dekat Phranang beach ni? Kat sini pun ada pantai yang mempunyai pemandangan yang cantik. Pada masa yang sama banyak orang yang bermandi manda disini. Mat Salleh pun banyak yang menunjuk kehebatan dengan wall Climbing bukit batu kapur dekat situ. Memang kagumlah dengan mereka sebab memang susah tu nak panjat. Tapi yang paling unik dekat pantai ni adalah ada phrannag cave. Gua ni memang pelik sebab banyak benda berunsur lucah dalam kawasan ni. Orang tempatan biasalah mesti ada mitos dia berkenaan gua ni. Aku malas nak cerita, silalah google sendiri kenapa gua ni banyak bahan-bahan berunsur lucah.





Haa. semua nak tunjuk hebat.. Tapi memang hebat pun

(Sila tuutp mata jika dibawah umur..sungguh-sungguh berdoa kat kayu bentuk lucah tu..ape korang expect??)

Semua gigih berjalan nak pergi Pharanang beach


Melalui kawasan gua batu kapur 

Bila dah rasa boring tu, apalagi rasa macam nak balik lah. terpaksalah menapak balik ke tempat bot tadi. Sebelum bertolak balik tu rehat-rehat kejap di persisisran pantai Railay beach tu. Habis puas tengok orang terdampar, kami pun pelang. Waktu tu dalam pukul 12 tengah hari. Nak balik tu, tunjuk je tiket kat khemah tempat parking bot masa datang tu. Terus je dia bawak kitorang balik.

Sampai je jeti dekat di Ao Nang waktu awal lagi, jadinya bercadang untuk sewa motor. Sewa motor dekat Krabi ni agak murah juga THB200/24hours. Ngam dah tu. Boleh pusing kawasan tanda tempat. Boleh tahan jauh jugalah kami pusing. Waktu nak sewa motor ni, kita kena tinggalkan pasport original dengan kedai. Kalau rasa tak nak balik Malaysia bolehlah curi motor tu. Dia bagi sekali dengan topi keledar, jadinya tak perlu risau. Mula-mula gigihlah nak pakai topi keledar, sekali kami je yang skema. Mat Salleh dan orang tempatan semua tak pakai topi keledar. Lama-lama kami pun tak pakai juga. Tauke kedai motor tu bagitahu yang polis selalu saman orang asing je daripada rakyat tempatan. Tu sebab kami berani tak pakai sebab bajet muka macam orang Thai. Jika perasan muka macam Brad Pitt atau Angelina Jolie tu baiklah pakai topi keledar.


Antara kawasan yang aku ingin cadangkan korang lawat adalah Marine Animal Breed Station. Aku rasa ramai yang pergi Krabi tak singgah tempat ni. Kedudukannya berdekatan dengan Gastropod Fossil. Cerita sekejap Pasal Gastropod Fossil ni. Sebenarnya aku singgah kejap dekat kawasan ni, tapi malangnya bagi aku tiada yang menarik. sepertinya terdapat batu-batuan yang mengunjur ke laut. Mungkin dekat atas batuan tu banyak fossil-fossil boleh dilihat sebab nak masuk kawasan tu kena extra bayaran. Mahal juga rasanya untuk pelancong. Tak berminat aku nak tengok lagi pun aku bukan geologist. Di kawasan gastropod fossil ni juga banyak kedai cenderahati dan jual bermacam-macam jenis t-shirt. Dekat kawasan ni juga banyak restoran muslim. Banyak juga yang jual seafood. Waktu tu kami dah kenyang, tak larat lagi dah nak merasa.

Berkenaan Marine Animal Breed Station ni, mula mula kami dah terlajak dan tak rancang pun nak melawat tempat ni. Lagi pun tiada papan tanda atau pintu gerbang yang tulis tempat ni tempat yang menarik. Tiba-tiba tengok banyak teksi dan kereta masuk tempat ni. Kami pun ikut jelah. Alang-alang dah tak ada hala tujuan tu. Kami bukan tau pun ada apa dekat situ. Pasrah je kalau kena halau, kami patah baik jelah. Sekali masuk nampak banyak kolam-kolam macam kolam udang dekat Malaysia. Teruja jugalah nak tengok

Sekali tengok rupanya dekat kolam tu banyak ikan besar-besar diorang ternak. Ada ikan kerapu, ikan pari dan lain-lain yang aku tak tau nama dia. Tapi serius menarik. Ikan besar saiz orang tu. Pada masa sama ada kawasan kolam kecil-kecil tempat diorang membiakkan hidupan laut. Namapun Breed station. Waktu datang tu pun tiba-tiba waktu diorang bagi ikan besar tu makan, nampaklah ikan-ikan besar ni berkumpul. Sekali dia baling makanan, semua kejar macam buaya kelaparan. 


Ni pintu masuk Marine Animal Breed Station. Tak ada sebarang bukti baitau tempat ni best cuma ada tembok nemo belah kiri tu.

Dalam ni banyak ikan besar.

Penyu pun diorang ternak. Save duit tak payah pi diving

Ikan pari ni dalam gambar kecil. Tapi sebenarnya besar. Sekali dia libas air boleh basah.

Kami teruskan perjalanan dengan meronda-ronda tanpa hala tujuan. Sekali nampak pasar dekat kawasan kampung. Mesti kena singgah. Banyak juga orang muslim berniaga dalam ni. Tengok bahan mentah dia terutama seklai seafood dia memang murah macam dekat Sabah. Aah teruja. Nasib baik tak ada dapur. Buah-buah dia pun murah juga, lagi pun buah-buah kat Malaysia pun banyak import dari siamkan.

Ni salah satu makanan yang dibeli di pasar tu. Macam apam balik tapi inti dia sedap. Kat Malaysia tu kalau apam balik semua inti sama. Kat sini bab makanan diorang sangat kreatif.

Lepas dah penat pusing satu Krabi, balik hotel lah. Lagi pun dah petang belum solat jamak lagi. Tapi sesat jugalah nak patah balik cari hotel waktu tu. Belah malam pula tiada aktiviti spesifik. Cuma beli barang cenderahati, makan malam dan Foot Massage. Foot sahaja ye sila jangan berprasangka buruk. Tapi massage dekat sini memang murah. Lupa lah berapa harga dia. Jika nak dibandingkan dengan Phuket, Krabi punya massage lagi kampung ah. Pakai t-shirt je tukang urut. Kalau dekat phuket siap ada uniform dan kebanyakkannya maknyah junior tapi ada juga senior. Tahap nenek punya. Ntah nenek ntah atok. Rasa nak lempang je tengok maknyah kalo dah tua ni. Tak sedar diri kubur tu dah memanggil-manggil. Pegilah kelas agama ke, jaga cucu ke, ni sibuk jaga anak ikan. haha. 

Malam tu juga kami dah pulangkan motor.Tak sampai 24 jam pun. Sebab esok pagi-pagi dah nak bertolak ke PhiPhi Island. Rugi jugalah rasanya massage tadi sebab nak kena menapak dari tempat sewa motor tu balik hotel. Sekali masa dalam perjalanan tu nampak pula orang jual padthai. Sejenis mee goreng/kueh teaw goreng orang thailand. Sedap jugalah kedai tu buat. Banyak lauk.  Seterusnya, sampai juga hotel. Masa untuk berehat.

Bersambung..