Saturday, June 6, 2009

Ayam Tandoori

Salam.

Dengar je tajuk macam terliur. Inilah realitinya. Aku telah cuba untuk masak ayam tandoori. Kenapa mesti ayam tandoori? Entah, aku pun tak tau. Mungkin terliur tengok ayam tandoori kat kedai mamak yang tergantung-gantung tu takpun dah lama tak pegi gerai mamak (kembang tekak lepas baca macam-macam email). Tiba-tiba nampak ayam dalam peti dan tak ada lauk untuk makan malam, So, aku dengan ‘volunteer’ mengambil posisi sebagai tukang masak. Apa lagi buka computer terus search internet nak cari resepi ayam tandoori.

Macam mane jadi tak? Tak taulah jadi ke tak. Dari segi rupa macam tak berapa jadi. Ayam tandoori kat mamak tu entah macam mana tah boleh warna merah. Letak pewarna agaknya. Kalo nak ikutkan logik, memang susah ayam tu nak berwarna merah hanya dengan memerap bahan-bahannya. Tapi yang aku buat ni, ayamnya dibakar dalam oven tapi tak taulah kalau kat kedai tu kalau dia goreng atau bakar pakai arang. Yang aku peliknya, dalam internet tempat aku ambil resepinya pun ayam dia warna merah. Dari segi rasa ayamnya, aku rasa 87% rasa ayam tandoori (berangan, sedapkan hati).


inilah rupa ayam tandoori aku..(tension tak merah)

Walaupun ayam tandoori aku tak berapa nak jadi, tapi sekali hadap licin. Mungkin semua orang agak kelaparan mennggu ayam tu masak. Antara kesalahan yang aku kenal pasti punca ‘ketakajaian ayam tandoori aku adalah:
1. Ayam tak cukup perap. Aku perap ayam dalam 1jam setengah. Mungkin nak jadi merah kena perap lagi lama agaknya(sehari semalam kot).
2. waktu mengisar bahan-bahan perap aku guna banyak sangat air. Jadinya bahan perapan agak cair.

Lepas ni entah bila lagi nak buat ayam tandoori. Mungkin lagi 5 tahun kot. Bagi siapa yang nak cuba, bawah ni aku letakkan resepi:

AYAM TANDOORI

Bahan
1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Perap:
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1 cawan yogurt
1 inci halia..........................]
1 labu bawang besar............]
3 ulas bawang putih.............]
2 biji tomato buah................] mesinkan dan gaul rata semua ini
1 pokok daun ketumbar........]
1 sudu besar madu/gula.......]
1 sudu besar minyak............]
garam secukupnya...............]

Cara:
1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
2. Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.


Sumber resepi: http://hanieliza.fotopages.com/

6 comments:

ckin said...

wah2...rajinnye en.hazwan masak ayam tandoori...
ade samosa x? nak...tetibe mntk samosa..hehe

manar said...

wa....hazwan telah mengalahkan manar dalam bab2 belajar memasak nih....antaq mai sini sket...hehe

Al-Ibrah said...

ckin: dah pencen lah buat samosa..dah lame tak buat..tah ingat lg tah tidak..
manar:takdelah..manar lg hebat..nk rase 'king of puddings..

SuryaRahman said...

err.sori bang salah masuk blog lah.

eh.
eh.

betul la ni blog hazwan. haha.

Al-Ibrah said...

surya..anda masih dijalan yang lurus..

SuryaRahman said...

Aiseh. Nasib baik aku dah berpunya. Kalau tak confirm aku ngurat emak kau suruh minang aku. HAHA.