Wednesday, January 23, 2008

12 GOLONGAN DI HARI QIAMAT

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Naba’ ayat 18:- “iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok”.
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh saidina Muaz bin Jabal, katanya, “ya Rasulullah, apakah maksud ini?”
Maka Rasulullah pun menjawab soalan tersebut kerana itulah yang dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:”Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga.
Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti
hati jiran tetangga.
2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan
solat 5 waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular dan kala. Inilah balasan bagi
mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan bagi mereka yang berdusta.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan bagi mereka yang mengaut
keuntungan dalam jual beli atas penipuan
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang
menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan
bagi mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya di atas. Ini
adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9. Mereka yang berwajah hitam,bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang
memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka yang kulitnaya penuh kudis dan penyakit-penyakit yang menjijikan. Ini adalah
balasan mereka yang berani melawan kedua ibu-bapanya.
11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke
perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan bagi mereka yang minum
minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk syurga ialah:
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim
laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta
mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

Kacang soya dan produknye..

Kacang soya dan produknya seperti tofu dan tempe mempunyai paling kurang lima bahan sebatian yang berfungsi mencegah kanser. Diantara bahan yang dikenal pasti adalah genistein dan diadzein yang mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Disamping itu, ahli-ahli sains menemui satu lagi bahan di dalam kacang soya yang mempunyai formula kimia yang sama dengan ubat tamoxifen yang digunakan secara rutin pada hari ini bagi merawat sebahagian besar pesakit kanser payu dara. Kajian yang dilakukan ke atas binatang-binatang mendapati, kesemua bahan-bahan ini mampu menghalang pertumbuhan sel-sel barah di kulit dan usus besar.(sumber: perubatan Islam dan bukti sains moden m/s 52 oleh Dr. Danial Zainal Abidin)



p/s: kacang soya byk kandungan protein. marilah kita banyakkan ambil kacang soya especially tempe...