Thursday, January 27, 2011

Bermusafir & Bersillaturrahim..

Salam

berjalan bermusafirlah melihat keagungan Allah
meninjau menitilah rahsia ciptaan Allah
ziarahilah makam kekasih Allah
kenangilah Rasulullah
bangunkan jiwa jihad Islami
semangat syuhada' Ilahi

marilah bermusafir laksanakan tuntutan jiwa
bermusafir berkelana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkelana, kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x

.....hingga akhir



teringat aku lagu nyanyian nada murni ni. memberikan aku kekuatan untuk berjalan-jalan merantau dinegeri di bawah bayu ni. memandangkan aku tak boleh nak balik kampung setiap minggu, aku akan merancang untuk berjalan tengok-tengok Sabah ni.

minggu lepas aku telah bermusafir yang boleh dikirakan jauhlah juga.

Ranau-Kinabatangan-Sandakan-Beluran-Ranau

Jumlah jarak perjalanan untuk 2 1/2 hari = ~800km

Bertolak dari Ranau dengan menaiki kereta yang meter minyaknya tak berfungsi seorang diri terus ke kinabatangan. Jauh tu. walaupun jalan tidak banyak kereta, tapi jalannya tidaklah secantik mana. tu yang agak sukar untuk memecut sebab tidak boleh nak agak keadaan jalan. agak beberapa kali juga lah bawah kereta aku terseret. fuhh. masa perjalan 3jam+. Di kinabatangan tinggal dirumah hanip+jat. lawak tengok rumah diorang. speechless.haha. hospital kinabatangan agak 2/3 kali lah lagi besar dari hosp Ranau. Ranau-Kinabatangan: ~200km

Keesokan harinya, bertolak ke Sandakan. agak lewatlah. terus pergi rumah saudara yang aku tak berapa kenal nak bersillaturrahim. saudara ni ntah macam mana ntah boleh berkait dengan bapa aku. aku pergi jelah sebab dia dah jemput datang rumah dia dari sebelum aku datang Sabah lagi. borak punya borak, tetiba dia mula buka topic yang tak best. topic: terpaksa dirahsiakan. tapi yang paling best adalah makanan dia. dah lama aku tak rasa makanan semenajung, bantai cukup2. semua orang tambah walau tak dijemput.haha
Kinabatangan-Sandakan: 100km.

pastu aku pergilah jalan-jalan dekat bandar Sandakan. berpusing-pusinglah aku menengok tempat menarik yang tak berapa nak menarik sekitar sandakan ni. bandar yang agak lama dan sepertinya majoriti adalah kaum cina. orang kata bandar sandakan ni bestnya seafood. memang banyak seafood tapi nak jumpa yang muslim punya kedai yang sedap hampir tiada. so, kesimpulannya bandar sandakan bagi aku biasa-biasa jer. cuma pemandangan dia yang menarik. sangat-sangat cantik sebab bersebelahan dengan laut.

habis jalan sandakan, kami balik semula ke Kinabatangan. tak sempat nak tengok orang hutan dan monyet probosis yang hanya terdapat di borneo je ni. pergh..balik terus pengsan. esok pagi-pagi lepas sembahyang subuh, borak-borak tetiba si hanip ni ajak pi beluran. aku memang tau yang beluran ni memang famous dengan udangnya. terus start enjin kereta jalan terus. sampai sana, terus pergi pasar nak tengok udang galah. harga udang galah dekat sini dalam rm13-16 sekilo bagi saiz sederhana. yang besar tu dalam rm20+. murah tak? kerang dia pun yang besar gila tu, memang aku tak pernah tengok kat semenanjung lah.tapi kerang ni aku pernah tengok kat pasar di kota kinabalu. belilah kami udang dan kerang. best2..lepas pergi pasar terus balik kinabatangan. Kinabatangan-Beluran: 60km++

Selepas itu, Rehat + tidor balik hilangkan penat. recharge balik tenaga. sebab nak start drive balik semula ke Ranau. waktu tu macam malas betul nak drive memikirkan jarak perjalanan. tapi terpaksalah balik juga memandangkan esoknya kena kerja. walaupun tak pergi tempat menarik, tapi berpuas hati dapat berjalan tengok-tengok tempat orang..

kalau aku dekat sememnajung ni, jangan harap aku nak berjalan sorang-sorang sejauh ni dan plan last minute macam ni..
next trip..tungguuuu..wassalam..

p/s: tiada gambar disisipkan pada entry kali ni..penulis masa ni dalam mood malas bergambar..haha

Thursday, January 20, 2011

Terlebih cepat..

Salam

Memandangkan aku sekarang memangku jawatan @ part time clinical, makanya kerja aku sudah tentu setengah hari di wad. Walaupun begitu, aku hanya ikut ward round sahaja. Langsung aku tak pernah isi CP1, CP2, CP3 dll yang merupakan requirement clinical pharmacist..minta maaflah kerajaan, saya busy tak sempat nak buat benda-benda tu sebab banyak lagi department lain aku kena jaga juga.

Ok nak ceritalah pasal satu patient ni. bukan nak ceritakan keaiban tapi jadikan pengajaran. Pagi-pagi lagi aku masuk wad, depan pintu dah nampak patient ni kena intubate, biasanya kalau intubate tu memang tak sedar dirilah sebab patient dah diberi ubat tidur midamorphine tu. masa round untuk patient ni, aku macam tak ambil part sangat, sebab aku memang tak reti bab intensive care, intubate, ventilator ni..jujur memang tak tau macam mana management dia..

so, doktor dah inform DIL (Death in line) untuk patient ni. dah siap bagi kaunseling semua kepada family member, sebab macam dah tiada harapan. Pastu ahli keluarga dah nangis-nangis dah dalam wad sambil berpeluk-pelukan. aku malas nak pandang, silap-silap aku join sekali diorang peluk-peluk sambil nangis.. ;)

Pastu doktor wad aku tu suruh family member bincang tentang sama ada nak cabut ventilator ke tak. pastu tak sampai 10 min, terus family member setuju nak cabut ventilator, bermakna keluarga redha dengan pemergian patient ni.

Tiba-tiba sorang doktor ni datang, dia kata kenapa nak cabut ventilator terlalu awal sebab patient normal malam tadi, masih boleh gerak-gerak. oklah, lepas tu terus tak jadi cabut ventilator, biarkan sementara mungkin masih ada harapan sebab jodoh dan ajal semua dah ditetapkan Allah.

Makanya setelah habis wad round aku pun balik farmasi aku buat kerja aku macam biasalah. Sampai jam 5, macam biasa aku akan berdiri depan punch card untuk mengetik kad aku menandakan masa pulang telah sampai. Berhadapan dengan mesin punch kad, ternampak ada van jenazah yang telah membuka 'boot' vannya untuk mengambil jenazah. oh, aku cakap dalam hati "agaknya patient tadi dah meninggal..Innalillah". aku tengok didepan wad pun sudah ramai orang berkumpul. mungkin betullah sangkaan aku.



Tiba-tiba aku nampak sister wad tu, aku tanyalah dia.." sister2, patient tadi tu dah meninggal ye? ni dah ada kereta jenazah ni..". Sister terus jawab " Eh takdelah, patient tu hidup lagi, belum extubate pun lagi.." aku pun bingung "ait..ni van jenazah siapa pulak?" sister tu pun jawab " Eh entahlah, family mereka kot yang panggil, tapi patient belum meninggal lagi". Tiba-tiba, tak sampai 10 minint, van jenazah tu hidupakn enjin dan terus beredar.

Sah-sah van jenazah tadi dah bersedia nak ambil patient tu sedangkan patient belum meninggal lagi. terlebih cepat lah pulak. Aku taulah dalam Islam sangat menyuruh kita mempercepatkan proses pengurusan jenazah. tapi agak-agaklah, janganlah sediakan van jenazah dulu sebelum patient meninggal. walaupun patient baru meninggal, banyak lagi proses nak kena settle lepas dia meninggal tu. Akhirnya patient tu meniggal pada pukul 10 malam hari yang sama juga. Al-fatihah..mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita..ada pengajaran tak?

Saturday, January 15, 2011

Penantian itu satu penyiksaaan

Salam

Aku sebenarnya sangat-sangat tension kalau nak cerita pasal satu masalah ni yang tak settle-settle lagi lebih dari 3 bulan. Kalau nak cerita dari A-Z memang boleh buat novel sebiji, nak cerita pasal benda ni.. sangat-sangat menguji kesabaran.

Sebenarnya, sepanjang 4 bulan aku dah kat Sabah ni, aku masih lagi tiada kenderaan. cuba bayangkan kalau korang semua ada pada tempat aku. 4 bulan korang merantau kat sini, tiada sedara mara, kawan-kawan yang ada pun jauh dan datang sekangkang kera bawa beg pakaian sahaja untuk bekerja tanpa ada kenderaan..

macam mana nak pergi kerja? macam mana nak beli barang? macam mana nak pergi makan?
macam mana nak pergi airport kalau nak balik?

Kerajaan sedap-sedap je nak pindahkan aku kat tempat yang aku tak minta, tapi bila aku minta benda yang sepatutnya aku 'deserve' (hantar kereta), macam ni diorang buat..Lebih dari 3 bulan aku settlekan masalah penghantaran kereta ni. kawan aku yang lain senang je bila nak hantar kereta, tak payah kusut-kusut macam aku

Ni dari siapa yang nak bayar untuk penghantaran kereta, sampai kereta ni nak parking depan umah ni semua aku settle kan sendiri. Dan yang paling malang setiap peringkat tu ada je masalah dia. dan setiap orang yang terlibat dengan proses penghantaran ni, nak kena marah, nak kena paksa dan nak kena maki baru reti buat kerja. Ni tak kira berapa banyak duit aku habis duk asyik telefon sana, telefon sini.

Macam dah terbuktilah orang cakap "Orang kerja gov ni memang lembap dan banyak birokrasi". Walaupun bukan semua, tapi yang terasa tu tolanglah berubah. Aku pun kerja gov gak, tapi cubalah buktikan yang statement ni tak betul. Susah betul orang yang tak reti bahasa dan buat kerja lembap ni. Macam tak boleh nak fikir kelembapan diorang tu menyusahkan orang lain.

aku bukan nak mendoakan keburukan kepada orang lain. tapi aku cuma harap, kepada orang yang terlibat ni, suatu hari nanti korang kenalah macam mana aku kena sekarang, untuk bagi insaf dan pengajaran.

Tapi Alhamdulillah juga, dengan kebesaran Allah aku masih lagi dapat hidup. walaupun susah, aku berjaya menempuhi 4bulan yang penuh dugaan. Segala puji hanya bagi Allah..

Friday, January 14, 2011

Tahun Baru Wajah Baru

Salam

Anda sekarang berada di www.hazwanali.blogspot.com .jangan tukar address anda jika anda rasa anda tersesat keblog lain. anda berada dijalan yang benar.

bukan sahaja stesen tv sahaja yang yang berwajah baru dengan pentas dan prop yang baru, blog aku pun nak juga berwajah baru..

baru aku perasan sebelum ni blog aku hidup dalam kegelapan seperti tiada cahaya yang meneranginya. orang pun macam malas nak baca sebab malap je.

makanya dengan azam baru yang mahukan hidup lebih ceria dan sentiasa disuluh dengan cahaya petunjuk, makanya aku telah menukarkan blog ni kepada warna yang lebih ceria dan warna kesukaan aku, iaitu putih..

laptop putih, earphone putih, handphone putih, muka putih (yang ni tipu..haha)..blog juga akan mengekori keputihan mereka..

masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2011..moga tahun ni menjadikan aku lebih rajin untuk menulis blog dan berkongsi ape yang tercetus difikiran aku..Wassalam