Tuesday, April 13, 2010

Walimah + H1N1

Salam

minggu lepas, balik rumah Banting. sebenarnya hampir 2 bulan aku dah tak buat weekend oncall. mungkin sekarang dah agak senior dan telah kumpul banyak time off (80+ jam je). makanya kerja-kerja weekend diberikan kepada yang baru untuk mereka kumpul time off.



aku diberikan kesempatan untuk menghadiri walimatul urus ex-roomate aku di matrikulasi, Nik Syam. Setelah menerima SMS jemputan ke majlis perkahwinan dia 2 minggu sebelum tu, aku amat terkejut. tak sangka si dia ni dah nak kahwin. lebih kurang 5 tahun jugaklah tak jumpa. aku terus cakap tak dapat datang. sebab si Nik ni kelahiran Kelantan. Tak mampulah aku nak travel ke Kelantan. nak naik bas pun dah macam terlambat nak beli tiket. aku pun balas SMS cakap tak dapat datang. tiba-tiba dapat berita dari sumber-sumber yg boleh dipercayai (muzamir-CNN) yang nik ni kahwin dekat Ampang jer. So, terus setuju nak pergi.
mata aku memang sensitif kat flash (photofobia ke?)

Perjalanan ke rumah pengantin seperti yang dijangka, memang sesat. pukul 2 lebih baru sampai rumah pengantin. Seronok aku tengok kawan-kawan dah kahwin. moga cepat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah serta rumah tangga yang mawaddah wa rahmah.Amiin. Ko bila lagi Hazwan? Serahkan pada takdir jelah..

------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni amik vaccine H1N1. ADUHH!! tak berapa sakit. asyik menginject je keje aku. baru-baru ni je ambil vaccine Hep B. aku tak kesahlah. cucuk lah apa pun asalkan aku tak kene penyakit yang boleh bawa maut ni. dulu agak kecohlah yang vaccine H1N1 ni tak effective lah banyak side effectlah terus semua macam tak nak ambil. Sekali bila dekat hospital sendiri dah 2 orang meninggal H1N1 positif, terus semua menggelabah nak inject. bagi aku H1N1 tu lagi bahaya dari side effect. so, benefit outweigh risk. kenapa tak nak inject?

Marilah sama-sama kita doa agar virus H1N1 ni tak merebak dan mudah-mudahan Allah melindungi keluarga dan rakan-rakan kita dari wabak ni. sila, ambil perhatian tentang simptom-simmtom H1N1 dan jangan sampai dah teruk baru datang hospital. ~wassalam~

Saturday, April 10, 2010

Denyut Kasih Medik


Salam

Lama sungguh tak mengulas pasal buku. haha. sebenarnya bukan pasal buku je, update blog pun jarang. almaklumlah, hari-hari bangun je siap-siap pergi kerja. balik kerja rehat-rehat kejap, buat kerja sikit lepas tu terus tidur (alasan je..nak seribu daya..haha). Hari ni tiba-tiba terasa ada masa lapang pula nak update blog.

merujuk tajuk entry kali ini jelaslah yang aku hari ni nak mengulas buku. kerana tajuk buku tu adalah sama dengan tajuk entry. baru habis baca pagi tadi. mengambil masa 1 minggu untuk habiskan. sebenarnya boleh je nk habiskan cepat tapi ter'busy' dan termengantuk. jadinya baca sikit-sikit jelah.

buku ini berunsurkan novel islamik. lain daripada yang lain. aku ni memang tak minat novel sebenarnya. tapi kalau novel itu yang stereotaip je yang memang daripada tajuk dah menggelikan memang aku tak belilah. lagi-lagi cerita pasal cinta yang mengarut-ngarut tu. agak membuang duit kalau beli. aku hanya akan beli novel yang mengutamakan fakta dan tiada kisah cinta pakwe makwe sebagai isi utama.

Novel ni aku tak tau adakah ditulis berdasarkan pengalaman penulis sepenuhnya ataupun tidak. tapi gaya cerita macam ya. Memandangkan aku pun kerja hospital, setiap aspek penceritaan dia adalah memang senario sebenar hospital dan kehidupan seorang doktor HO. Novel menceritakan tentang kehidupan seorang doktor pelatih (housemanship@HO) yang dikenali sebagai Dr Muslih. Dr Muslih menjalani housemaship di hospital Selayang. Dalam kehidupan yang sibuk sebagai seorang doktor beliau juga sempat menerapkan unsur-unsur dakwah terhadap orang yang pesakit, rakan-rakan serta orang sekelilingnya.

Dr Muslih cuba menerapkan kehidupan sebagai seorang muslim sepenuhnya dan sering dipandang sinis oleh rakan dan orang sekeliling. Tetapi beliau tetap dengan caranya tersendiri. cuba memberikan nasihat dan selebihnya berserah kepada Allah serta berdoa. kerana kita kena yakin bahawa hanya Allah sahaja yang mampu memberikan hidayah. apa yang aku kagum dengan watak Dr Muslih ni, beliau seorang yang berani menegakkan kebenaran tidak kiralah seberapa besar pun pangkat orang tu kerana dia yakin bahawa sesungguhnya tiada yang lagi besar dan lagi hebat dari Allah.

Selain itu, Dr Muslih sentiasa redha dengan apa yang berlaku keatasnya serta membuat sesuatu dengan berfikir menggunakan akal. Dia juga tidak melalaikan tanggungjawabnya kepada Allah walau sesibuk manapun. dan yang paling penting, dia sentiasa ingat setiap perbuatan kita akan dicatat dan akan dipersoalkan dihadapan Allah di akhirat kelak.

Dalam novel ini juga diterapkan beberapa fakta dan usul fiqh perubatan yang sering kita ambil bena tak bena je sedangkan perkara itu melanggar perintah Allah tanpa kita sedari. Antaranya; info haid dan istihadah, info khatan anak perempuan, info mahar dll. Novel ini juga menceritakan tentang Dr ini hanya menyerahkan takdir untuk jodohnya dan hanya mencari wanita yang beragama sebagai ciri utama selain paras rupa, harta dan keturunan. Akhirnya dia berkahwin dengan isteri yang tidak pernah bersua muka dengannya melainkan pada hari pernikahannya. beliau juga berjaya menepis hasutan syaitan dan berjaya mengelakkan diri dari bercinta sebelum berkahwin.

Buku ini sesuai untuk mereka yang akan bergelar Dr Ho, berminat dalam perubatan ataupun yang bekerja di hospital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut macam mana kehidupan seorang Dr HO, kisah cinta serta cabaran dakwah Dr Muslih. dapatkan novel ini tulisan Dr Farhan Hadi. harga Rm23 keluaran Telaga Biru. Dijamin tak rugi.~Wassalam~