Wednesday, March 25, 2009

Karamah Mujahideen di Perang Gaza



Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera
Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari
udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula
infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.

Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang
membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar
Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid
Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin,
Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru
ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang
sampai kepada saya :
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada
bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel.
Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka.
Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah
ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung
tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut.
Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil
oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera
Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat
mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak
dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh
dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang
dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi
(sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak
ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya
melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket
bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua
belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila
ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan
apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut
masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa
matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian
putih dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang
mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai
pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa
kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam
Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang
lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih
ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.
Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan
yang lebih ramai.


Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama
serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya,
Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad
Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain
kafannya masih putih bersih. Beliau adalah salah seorang pengasas dan
pemimpin HAMAS.


"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk
dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia
adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi
segala sesuatu. " (Fussilat:52) .


Ustaz Abdul Halim (IniJalanku)
(copy from email)

Sunday, March 22, 2009

5 perkara..

Salam..(sila Play sebelum baca)..

Doa Perpisahan - Brothers


1. Clark Case..

hari terakhir di hosp. Selayang

Selesai..setelah 8 minggu meng'clark' case di 5 buah hospital akhirnya habis juga. lepas ni dah tak payah bangun seawal pagi utk bersiap-siap semata-mata nak kejar bas kul 7 pagi. banyak pengalaman yang dapat. seronok, sedih, geram, sakit hati, berdebar dll semuanya ada. biarlah semuanya menjadi pengalaman manis sewaktu belajar. Cuma nasihat aku kepada kawan-kawan, kalau dah jadi pharmacist nanti, jangan sombong dengan student. kalau kita tak suka orang buat dekat kita, kita jangan buat dekat orang. kesimpulan dari setiap hospital:

- Hosp. sungai buloh: hosp yang paling banyak belajar, Mr long rescue, ward round yang lama, a lot of antibiotic, baju busuk lepas pergi makan.
- Hosp. Selayang: relax, sembang, makan dan terus makan, always busy
- Hosp. Putrajaya: sembang, bosan, berdebar, byk sindiran, 'kakak Apes' yang mendebarkan
- Hosp. Klang (HTAR): debaran Prof Mansur, sakit kaki berdiri, paling byk clark case, panas.
- Hosp. Serdang: takde kesempatan utk pergi

2. Interview

Selesai..interview yang paling mendebarkan.kakak aku sampai sound 'ko ni bersungguh2 study tuk interview knape? kan dah confirm dapat keje'.iya tak ye jugak kan...1st time dalam hidup. iaitu interview SPA di Putrajaya. aku adalah orang yang paling last antara semua. penantian itu satu penyiksaan. Mr Lim Kar Keng name yang paling digeruni sebelum interview. dah abis interview..lega..antara soalan cepu emas:
- ape perasaan nak masuk kerja?
- nak mintak hospital mane?
- ape perancangan lepas ni?
- apa maksud 'contract'? dll

3. MPG 09 (malam pra-Graduan)



Selesai..MPG ialah dinner untuk menyambut bakal2 graduan..sebelum dinner semua malas nak pergi, malas nk fikir pasal persembahan..sekali dah last minute baru semua bg cadangan macam-macam..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..sampai batch kami digelar 'batch last minute'..sebab semua kerja buat last minute tp semuanya jd..ape yang aku buat ye?..naga sakti..nasib baik dikeluarkan dari pasukan naga sakti..dan aku menjadi penjaga pentas..makanan biase jer takde yang gempak..biaselah masakan melayu. tp goodies aku suka..thanx to part 4 kerana bersusah payah utk dinner.

4. PBL (problem base learning)

Belum selesai..lagi satu minggu untuk habiskan..dah tak larat dah nak buat slide..tapi ku gagahkan juga..keyword utk PBL: Mr Hadi, SOAP, pening, compile, LCD, laptop, asyik aku je, dll..hanya orang yang melalui PBL je yg tau maksud keyword itu.

5. Final exam

Belum selesai..bermula pada 26 april hingga 7 mei..ada 3 paper je..tp semuanya killer paper..6+6+4=16 credit hour hanya utk 3 paper.tak study lagi..insaflah hazwan..sibuk bersuka ria..

dah abis final exam bermakna berakhirlah kehidupan aku sebagai student undergrad(insyaAllah)..berakhirlah bersama pelajar-pelajar fakulti farmasi 05-09...berakhirlah aku di UiTM..berakhirlah zaman ketak'professional'an..berakhirlah zaman remaja..

Maka sudah mulalah episod kesedihan..(bersambung)

Thursday, March 12, 2009

Petua Pelik??


salam..

kali ni aku nak cerita pasal majlis walimatul urus (majlis perkahwinan) lagi. kali ni lagi pelik daripada artikel yang aku post sebelum ni. biasalahkan kalau dah ramai sangat orang datang majlis perkahwinan, makanya makin banyaklah pendapat keluar. masing-masing mengeluarkan petua sendiri. Petua pelik ni aku dapat dari majlis perkahwinan yang aku datang minggu lepas. Petua ni memang pertama kali aku dengar..tak tau pula dah menjadi kebiasaan..

Ceritanya bermula disini..

"Man, ko cuba balingkan baju pengantin (perempuan) yang dia pakai semalam ni kat atas bumbung..ni hari nak hujan ni" kata emak pengantin

"Eh kenapa pulak?" aku dengan selamba tanya.

"Entah..makcik ikut je..nenek yang suruh buat..dia cakap tak kasi hujan" sambung mak pengantin..

tepat jam 1245, pihak lelaki pun datang betandang..maka bersandinglah sang pengantin..masuk je pengantin dalam rumah untuk bersanding di atas pelamin..maka hujan turun dengan lebatnya..dimanakah aku?..aku berada di khemah basuh pinggan..

"haa..kan dah hujan lebat..tak boleh nak buat kerja...apesal lah tak baling 'seluar dalam' pengantin perempuan kat atas bumbung?" mengeluh Abang N.

dalam hati aku.. "lagi ganas petua ni"

Dalam hujan-hujan aku berlari ke khemah lauk-pauk..dan sampai je aku kat khemah tu..

"Laa..pengantin perempuan ni tak baling ke 'seluar dalam' kat atas bumbung? kan dah hujan lebat" Mak cik W

So, aku terkejut lagi..aku ingatkan abang N tu gurau-gurau dan nak buat lawak je..rupa-rupanya petua ni ramai juga yang tahu..maksudnya ade majlis-majlis sebelum ni memang ada yang buat benda pelik ni..

Apa aku nak simpulkan dekat sini..sedarlah orang melayu beragama Islam..cukup-cukuplah percaya perkara mengarut ni..Hujan tu turun semuanya atas takdir Allah..bukannya dengan membaling benda mengarut-mengarut ni atas bumbung..setiap yang terjadi tu semua takdir Allah dan ada hikmah disebalik sesuatu kejadian..hukum mempercayai petua mengarut ni aku tak nak komen..tu lebih baik tanya org yang pakar..tapi personally, aku tak percaya pada petua mengarut ni dan percayalah pada ketentuan Allah..

p/s: why not before majlis tu buat sembahyang hajat atau berdoa minta jangan diturunkan hujan..bukannya susah sangat kan..

Thursday, March 5, 2009

Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam bersabda,

"Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan
dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia
dengan tempat duduknya di Neraka." (Hadis Riwayat
Ahmad, hadis sahih)


Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu berkata,

"Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para
sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa
Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu
'alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk
beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau
membenci perkara tersebut." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi,
hadis sahih)

Yang dimaksudkan dengan berdiri di dalam hadis ini adalah
berdiri dengan tujuan untuk mengagungkan seseorang. Iaitu
dengan cara berdiri di (dari) tempat duduknya dan dia tidak
berganjak dari tempat duduk asalnya. Iaitu sekadar berdiri
sebagai tanda hormat.

Adapun berdiri dan bergegas (menuju kepada seseorang)
dengan sebab untuk menyambut tetamu atau memberi pertolongan
kepada orang yang hadir, maka itu tidak termasuk di dalam
ancaman daripada hadis di atas.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka
dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu
majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu
di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara
kamu." (Al-Hujurat: 13)

Mungkin ada yang berkata, "Jika kita tidak berdiri
untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam
hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang
duduk."

Kita menjawab, "Kita menjelaskan kepada orang yang
datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati..
Dan kita meneladani Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa
Salam yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga
meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan
kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk
Neraka."

Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan
yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu
diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Salam,

"Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan
dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia
dengan tempat duduknya di Neraka." (Hadis Riwayat
Ahmad, hadis sahih)

Disunting dari buku: Golongan Yang Selamat, Syaikh Muhammad
Jamil Zainu.