Monday, November 30, 2009

Mana Milik Kita

Salam

Baru-baru ni asyik terdengar je lagu 'Mana milik kita' nyanyian semula kumpulan Rabbani. Lagu asal adalah nyanyian kumpulan Nadamurni. Lagu ni sayup dan makna dia amat mendalam. bila dengar lagu ni, banyak juga terkena batang hidung sendiri. kerana diam tak diam kita selalu lupa tentang hidup di dunia ni hanya sementara dan yang sementara inilah yang kita kejar-kejarkan. Muhasabah untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yang hayati lagu ni. Oleh itu sedarlah bahawa hidup ini hanya pinjaman dan jadilah hamba yang bersyukur.



Mana Milik Kita

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

DOWNLOAD lagu ni..

Thursday, November 19, 2009

....AMPUN2....

Salam..

bertemu semula kita..hari ini ter'free' pula nak sambung episod 2..hari ni auto off sebab semalam buat A&E call..pada kesempatan ini bolehlah aku ceritakan secara ringkas apa yaang aku nak cerita dulu tapi malas taip.. (siapa suruh buat isi kandungan..kan dah terasa macam hutang bila tak cerita..)

4) Perkahwinan Tika

Siapa Tika? makhluk asing mane ni? artis ke?.. sebenarnya Tika ni kakak aku. kakak yang ke-2. umur dah 26, makanya memang patutlah kahwin. bertempat di depan rumah aku, beberapa buat khemah mencucuk langit telah didirikan bagi menyambut kedatangan tetamu pada 17 oktober lalu bersamaan hari keraiian kaum hindu..

Maka telah menjadi suami isteri yang sahlah si Tika ni dengan suaminya (nickname: aceed) selepas dinikahkan pada 16 oktober di Masjid At-Taqwa Banting (lepas ni ko pula SURYA). Dengan pernikahan ini jugalah, secara automatiknya aku menjadi anak tunggal yang tak berapa tunggal yang kesepian (sedih ayat..). Ini kerana cuma aku seorang sahaja yang masih teruna dalam family aku.

Majlis berjalan dengan lancar dan tiada sebarang hujan. Memandangkan keluarga pengantin adalah berketurunan 'java', makanya majlis telah berlansung sejak selepas tamat majlis akad nikah dan tetamu telah mula hadir sejak dari titik masa itu. ramai tetamu yang hadir adalah terdiri daripada kaum keluarga pengantin, sahabat-sahabat pengantin, jiran-jiran dan beberapa orang sahabat adik pengantin (macam ayat dalam majalah 'pengantin'). Majlis ini ditaja oleh kedua ibubapa mempelai dan makanan tidak ditaja oleh Cik Imah catering. menu pada majlis ini adalah berkonsepkan masakan kampung. Antara menu-menu yang disediakan adalah:
- nasi putih - gulai masam batang keladi
- ikan keli masak sambal - ayam masak palembang
- sambal sotong - ulam + sambal belacan
- lemak nangka -ikan masin

Disebabkan Cik Imah catering adalah all in one (khemah, makanan, penanggah, basuh pinggan etc semua dia buat), makanya aku dan saudara-saudara ku kepenatan melihat tetamu dan sedaya-upaya menghabiskan makanan tetapi gagal. dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabah yang hadir bagi memriahkan majlis ini.

antara rakan2 uitm + hosp M yang hadir..
ni dia 2 orang jiran + kawan sek ren + kawan sek men...tak cukup korum ni..

Adik beradik aku




5) Konvo day

Pada 27 Oktober 2009, dengan secara rasminya aku telah dinobatkan sebagai graduan UITM yang memegang Ijazah Sarjana Muda Farmasi. setelah menunggu selama hampir 5 bulan selepas tamat belajar dan setelah bekerja tanpa berbekalkan segulung ijazah akhirnya dapat juga aku melihat dengan 'naked eyes' aku sendiri segulung ijazah yang mematerikan nama aku.

Dengan melihat ijazah tersebut maka terubatlah segala pahit getir, lurah badai, suka duka aku belajar selama 4 taun di UiTM dengan bersungguh-sungguh (ye ke?). Hari mengambil jubah adalah pada Jumaat 23 okt. makanya aku mengambil time off pada petang itu semata-mata untuk mengambil jubah yang disewa di UiTM. Bestnya jumpa kengkawan dan borak-borak. Topik yang paling kerap dibincangkan adalah penindasan terhadap PRP dan kerja yang sangat penat di hospital.

Kami dipaksa untuk berkumpul di UiTM sejak pukul 7 pagi lagi. malangnya aku sampai pada pukul 730 tapi yang baiknya tiada sebarang perbazaan. kami dipaksa untuk memakai mask untuk mengelak penyebaran H1N1 (lemas tu). aku merupakan graduan yang ke 48 yang akan menerima ijazah. majlis yang penuh adat istiadat itu bermula pada pykul 7. Dan apa yang paling malang sekali kerja keras kami selama 4 tahun dibayar hanya dengan 5 saat berada diatas pentas.haha..

Apa yang penting konvo ini adalah dapat jumpa rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa. habis semua cerita keluar. majlis konvo hanya beberapa jam. tak sempat nak jumpa semua. dan ada yang jumpa pun tak puas nak borak..bila lah nak dapat jumpa macam ni lagi..semua orang dah busy dengan hal masing2..mudah-mudahan korang semua hidup dengan gembira dan sihat walaafiat..






6) Musim Haji Kembali lagi

Seperti biasa setiap tahun musim haji akan tiba. Gembiranya tengok orang-orang dipanggil untuk beribadat di Tanah Suci untuk melengkapkan rukun Islam ke lima. rasanya macam nak masuk jer dalam beg diorang sebab teringin sesangat nak buat haji. Aku ni teringin sesangat tapi duit tak kumpul.

Mengikut perhitungan tabung haji, aku akan pergi haji pada tahun 2023. lama lagi tu. Apakah cara yang paling cepat nak pergi sana? Ya Allah mudahkan hamba Mu ini menunaikan haji dan menjadi haji muda..Amiin

Raya Haji tahun ni adalah pada 27 Nov bersamaan hari jumaat. Apa yang sedih raya haji tahun ni, aku kene kerja pada 28 & 29 Nov tu. tak adil betul. Nak juga raya lama sikit. tapi Alhamdulillah dapat juga beraya..

Thursday, October 29, 2009

....AMPUN....

salam

Ampun ya blog, lama tak bagi makan...macam-macam nak kongsi cerita tapi apakan daya..malas + penat meng'endositosis' kerajinan aku...

mintak maaf jika entry kali ini membuatkan anda muntah@loya@GERD@IBD(melampau)..

isi kandungan:
1) raya dan raya
2) kereta baruku
3) inpatient yang memenatkan + tension
4) perkahwinan tika
5) konvo day
6) musim haji kembali lagi
--------------------------------------------------------------------------------------------------

1) raya dan raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin..rasenya masih belum terlambat utk aku mengucapkannya sebab hari ni baru 10 zulqaeda..huhu.. tahun ni tahun ke-23 aku sambut hari raya..seperti biasa setiap tahun akan sambut raya dekat kampung batu laut banting iaitu kampung belah mak aku. walaupun dah tiada atuk dan nenek lagi tapi Alhamdulillah masih lagi beraya dekat kampung.

tahun ni raya berlainan sikit. sebab rumah kampung dulu dah diruntuhkan diganti dengan rumah batu yang baru. tapi aktiviti raya tetap disambut seperti biasa. Banyak peristiwa malang berlaku sehari sebelum raya dan malam raya. sehari sebelum raya, kelonkong (silinder yg bawah jambatan tu) kat kampung pecah dan air longkang tak boleh mengalir. nasib baik umah tu dah tambak tinggi, tapi kalau 1 kali hujan lagi confirm banjir rumah tu. masalah kelongkong selesai maghrib sebelum raya tu juga.

walaupun kelongkong dah ditukar dengan yang baru, tapi tanah atas kelongkong tu tak berapa padat, makanya dengan mudahnya tayar kereta akan tersangkut dekat pasir yang baru di tambak tu. sedang lena tidur, dalam pukul 12tghmalam aku dikejutkan dan di paksa menolak kereta pak jang yang sangkut dekat tanah lembik. tolak punya tolak..akhirnya terkeluar jugak kereta dia. baru je nk sambung baring, orang panggil balik suruh tolak kereta pak jang lagi sekali sebab satu tayar dia masuk longkang..ya ampun, waktu tu pukul 2 lebih. tolak punya tolak..tapi kali ni tak berjaya. sampai lah dah nak pukul 4 pagi 1 syawal ada orang datang tolong tarik kereta..masalah selesai..legaa..

tahun ni dapat cuti raya seminggu. tapi malangnya buka rumah hanya 1 hari jer. yang selebihnya pergi beraya. dan raya kali ni dihabiskan dengan mengantar kad jemputan kakak aku. maaf ye kengkawan tak dapat nak datang raya dan tak sempat nak ikut beraya dan tak sempat korang nk beraya umah aku...




2) kereta baruku..

Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikanNya..dapatlah aku beli kerete.. ko beli kereta ape wan? (soalan lazim)..jawapan: kereta nasional..kereta pesona se. dah dapat sebelum raya. kenapa beli pesona? please private msg kalo nk tau..malas nk tulis panjang-panjang.

tujuan utama beli kereta:
1) senang balik banting (malas naik bas n tak nak nyusahkan orang)..biar tup2 terus sampai depan pintu umah.
2)kurangkan masa sampai umah (3-4 jam -> 1jam +) tp tingkatkan kos (bankrup aku).
2) kalau hujan senang pergi kerja
3) senang beli + bawa barang banyak dan besar..ape tu?

bayaran bulan2 rm6##, 0 downpayment for 10 years. loan: bank Islam (jauhkan riba')
no plat: BKM 5##3 (sila hon bila selisih)..
gambar hiasan..

3) In patient yang memenatkan

1 bulan yang lalu aku berada di in patient. In patient yang aku bayangkan merupakan satu department yang merehatkan dan menyeronokkan. tetapi apa yang terjadi di hospital M adalah sebaliknya. bukan sahaja penat waktu kerja, tapi balik rumah sambung lagi kerja 'sekolah'.
ape yang aku buat?
1) pagi-pagi kene isi prescription dan indent wad..(hari2 blh indent tu..)
2) petang-petang kene buat kaunseling: 1 hari 3 kaunseling. nak pergi kaunseling kene bawa FRP(fully registered pharmacist). senang ke nk cari FRP? pastu kalau patient tak paham kene buat follow up. 1 kaunseling paling cepat 30 min.
3) setiap minggu ada 2-3 wad check.(pergi wad, lepas tu kira bil. ubat lebih atau kurang n check expiry date). setiap minggu wad check kene hantar khamis pagi dimana wad check itu mestilah ditaip menggunakan excel(kerja sekolah). masa utk buat 2/3 wad check hanya 3 hari.kene bawa FRP bersama. sentiasa freekah FRP?. total wad check dalam masa 4 minggu di inpatient:9.(paling tension)
4) DD (dangerous drug) day. dalam masa 1 bulan mesti ada 1 minggu kene jaga DD. indent DD hari selasa dan jumaat. yang melecehkan DD ni kerana terlalu banyak nak kene rekod dan kene kira ampule kosong satu persatu.tak boleh buat salah.after dah habis seminggu kene buat microaccounting pulak.

tak taulah kenapa aku rasa inpatient lagi memenatkan daripada out patient..ni tak cerita kalau kerja inpatient weekend..penat yang memenatkan..ni semua dugaan kerja..

motivasi kekuatan: biarlah berpenat n belajar banyak waktu PRP, nanti kalau kene transfer mana pun senang..kalau PRP rehat tiba-tiba kene transfer dekat hospital busy..mcm mane?

Bersambung...

Sunday, September 13, 2009

TPM

Salam

Konvokesyen UiTM untuk fakulti farmasi pada 27 oktober.iaitu sidang akhir..yeay. aku tau ni dari facebook. tak tau pun nak tengok dekat mana jadual sidang ni. main sebar je apa yang ada dalam facebook tanpa mengetahui kesahihannya. lantaklah, yang penting itu berita gembira.

sabtu lepas, waktu aku dekat Banting, dapatlah satu surat dari UiTM. maka bergembiralah aku kerana menyangkakan surat konvo dah sampai. bila surat konvo dah sampai, makanya cuti sudah boleh di'apply', yuran sudah boleh dibayar dan pakaian konvo sudah boleh dibeli.

tetapi, berita baik atau malang (aku pun tak tau), yang aku dapat. Aku dapat tawaran Tenaga Pengajar Muda dari UiTM. iaitu tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana (master) yang dibiayaai oleh UiTM. yang mana selepas tamat belajar, aku akan menjadi pensyarah sepenuh masa. UiTm meminta aku datang ke temuduga pada 5 okt dengan menyediakan slide presentation selama 10 min.

Dalam benak hati sudah berasa serba salah. aku memang nak sambung belajar. tapi rasanya bukan sekarang. kenapa tawaran tu datang awal sangat sedangkan aku baru bekerja 1 bulan ++. pahit dan manis bekerja belum sempat di rasa. kenapalah tak datang lagi 6 bulan ke yang mana aku mungkin sudah 'fade up' bekerja di hospital..

aku sangat nak sambung belajar, tapi nak jadi pensyarah tu, tersangatlah macam tiada bakat. kenapa UiTM memilih aku? apa ciri-ciri yang ada pada aku sampai terpilih ni. aku bukannya scorer pun masa belajar dulu. ni buat aku serba salah. kenapa tawaran terlalu awal sedangkan aku baru hendak memulakan hidup baru sebagai orang berkerjaya..

kalau sambung pun, aku nak sambung course apa? couse work ke research? dekat universiti mane? local ke oversea?..ahh..adakah aku stay dan menunggu tawaran KKM (kementerian kesihatan Malaysia) menawarkan peluang untuk sambung belajar dalam beberapa tahun akan datang? ataupun menangguhkan tawaran TPM ni? boleh ke?..

cuti pun dah takde.cuti sampai hujung tahun ni cuma tinggal 9 hari jer.cuti dah diperuntukkan untuk raya, konvo dan kakak kahwin tahun ni. mak ai..perlu ke fikir pasal sambung belajar ni..ataupun abaikan dan fikir waktu aku dah boring kerja hospital nanti..emm...malas nak fikir..fikir pasal raya lagi bagus..haha~N~

Saturday, September 5, 2009

DIS --> Satelit 5 OPD

Salam

sebelum memulakan apa-apa cerita. aku rasa belum terlambat lagi untuk menugucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..ramadhan kareem. Moga-moga ramadhan kali ni bukan ramadhan terakhir buat kita. Mudah-mudahan kita memperolehi keampunan dan rahmat darinya di bulan mulia ni.Amiin.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada 2/9 aku telah berhijrah ke department satelit 5 OPD (out patient department) setelah 4 minggu bersandiwara, berehat, termenung dan buat kerja (paling penting) di DIS. Hosp Melaka ada 2 OPD. Satu Main OPD dan lagi satu Satelit 5 OPD. Ya Allah memang dugaan aku bila bulan puasa ditempatkan dekat OPD. Sat 5 ni biasenya utk patient yg datang dari psychiatric ward, ortopedik, pediatric dll. Tang psyciatric tu yg buat pening.

Hari pertama aku disuruh buat filling. Biaselah untuk budak baru, memang jarang sekali terus-terus buat screening dan dispensing. seharian aku buat filling dan diajar untuk buat screening n dispensing sikit-sikit. alasan diorang ajar aku adalah sebab esok 2 orang PRP senior ni akan cuti. cuma aku dan 1 FRP je yang akan jaga kaunter esoknya. diorang juga ajar nk dispense DD (Dangerous Drugs) yang banyak sangat nak record n cara indent DD.

Hari kedua merupakan hari PSY. iaitu, psyciatric patient akan datang buat check. Makanya tugas aku adalah bagi nombor, screening, record DD, dispense dan angkat telefon. Hari tu hampir 300 priscription (PS) yg semuanya aku screening. mamat FRP ni pun selalu menghilangkan diri. sebab dia macam ketua lah kat situ, so dia pun ada kerja lain. bila dia menghilang aku sorang jelah yg kene dispens. aku bukan reti sangat pun ubat psy ni, main baca je kat label. acah-acah professional. Hari tu memang hari menduga puasa aku. rasanya nak bernafas pun tak sempat. bayangkanlah sambil nak bagi nombor dekat org yang beratur panjang tu, nak kene check jugak PS dia dan pada masa yang sama yang ada DD tu nak kene ambilkan, nak kene kira dan lepas tu record.

Penat yang teramat penat. almaklumlah aku dah lah baru, bukan cekap sangat. lepas tu memang sifat semula jagi ni menggelabah. makin huru hara. lepas tu waktu nak balik tu, aku buat aha check and found dan yang paling terkejut T. clonazepam 0.5mg kurang 80 biji. macam nk mati hari tu juga. DD mana boleh short. aku cuba mengabaikan dan balik. tapi kepala tak henti pikir, mana nk cari clona lg 80 biji tu. aku tanya Huda sebab hari sebelum tu dia yang buat check & found. dia cakap cukup.lagi pening kepala. Balik tu, sembahyang siap2 dan terus pergi bazar ramadhan. nak jalan pun tak larat. bukan jalan je, tapi nk bercakap pun rasenya pun malas. habis semua mitokondria aku kecut.sampai je rumah tak ingat dunia. bantal je aku nampak. letak beg pastu tak sampai 1 minit aku dah tidur.walaupun lepas asar tak elok tidur, tapi terpaksa. lepas tu tak beragak, terlajak 5 minit buka. tak sedar, nasib baik 5 minit. kalo sampai tgh malam macam mane..haha

Keesokan harinya, aku bagitau senior PRP sorang tu. nasib baik dia cool. dia tolong ambil dan carikan PS semalam lepas tu check satu-satu patient yang ambil clona. sekali ade 4 PS yang tak record dalam buku. lega teramatlah lega.tak taulah salah aku, PRP yang jaga waktu rehat tu ke atau FRP sorang tu..tapi tak baik tuduh..aku mengaku jelah yang aku tak record..haha

Nuzul quran ni Melaka tak cuti. sedih tul..dan minggu ni yang paling best family aku datang Melaka. menghabiskan masa bersama family..tinggal 2 minggu je lagi nak raya. mari sama-sama kita tingkatkan amal ibadat kita..~N~

Monday, August 17, 2009

DIS & balik

Salam

DIS tempat untuk rehat. Tulah kata rangsangan dari senior PRP. So aku rehat secukup-cukupnya. Asyik termenung je. Pastu jadi dispatch. Mana tak bestnya. Hantar satu benda pastu borak. Pharmacist kat DIS tu suruh key in data dan buat newsletter. Pastu pun meronda-ronda. Nampaknya gaji pertama aku makan gaji buta jelah. Tiba-tiba org stor telefon DIS mintak hantar sorang PRP tolong stor. Aku dengan rela hati menawarkan diri pergi stor. Almaklumlah dah tersangatlah boring duduk DIS, kat stor bukannya banyak kerja. Kerja aku borak jer. Pastu call supplier suruh reserve n check dokumen untuk mintak LPO )local purchase order).

Khamis lepas ada perhimpunan bulanan hospital melaka. Sehari sblm tu, waktu petang, tiba-tiba orang admin call cakap nak jumpa aku. Aku teruslah pergi, ingatkan nak kasi name tag ke ape. Rupanya dia suruh baca ikrar aku janji tu. Dia suruh aku mewakili semua staff baru yang semuanya seramai 28 orang. Aku dengan selamba Tanya, kenapa saya ye puan? Dia pun cakap, dalam semua senarai ni saya tengok awakalah paling layak untuk mengetuai aku janji ni. Ish akak ni, bila ke masanya aku kenal akak ni. Ni baru first time aku jumpa dia. Lepas tu, macam mane aku paling layak sedangkan nama dia pun aku tak tau. Mana perginya doctor-doktor yang ramai tu?? Makanya pada hari kejadian, berdebar-debar + ketar-ketar aku baca ikrar mula-mula tu lepas tu semuanya berjalan lancer.. Mana taknya, tak pernah jadi ketua baca ikrar sebelum ni. Dah lah panjang pulak tu.

Weekend lepas aku balik banting. Habis kerja terus gi Melaka sentral. Motor pun tinggalkan dekat hospital. Aku takkan berweekend seorang diri di Melaka ni. Teramatlah bosannya kalau sorang-dekat sini. Tak kesahlah berapa harga tiket.yang penting balik. Bestnya lah. Tiket bas pergi shah alam habis. Maka aku amiklah tiket terus pergi kuala Lumpur. Dah nak pukul 11 baru sampai banting. Balik rumah pun banyak tidur. Kononnya penat bekerja lah.

Bas balik Melaka pukul 330 petang. Tiba-tiba dalam kereta on the way nak sampai shah alam tu, hujan selebat-lebatnya. Jalan pun tak nampak. Bayangkanlah dah samapi area shahlam kul 3 tapi sampai ke bus stand tu pukul 330 tepat. Jalan banyak banjir. Orang pun banyak pasang double signal. Sampai Melaka dah nak pukul 6. ingatkan nak naik teksi sampai hospital. Sebab motor dekat hospital. Jarak melaka sentral tu dengna hospital cuma lebih kurang 3 km jer. Boleh orang teksi tu nak ketuk aku rm8 sampai hospital. Sengal betul driver teksi kat Melaka ni, bukannya nak pakai meter. Lepas tu aku amik keputusan nak naik bas dalm Bandar, orang situ cakap nak sampai hospital tu tambangnya 60sen jer. Skali tengah tunggu bas zarul sms, Tanya aku kat mana, skali aku ajak dia gi makan malam sekali dan tak payahlah aku naik bas buruk tu.

Tengah tunggu zarul, tiba-tiba hujan turun lebat tersangat macam kat shah alam tadi. Ape lagi masuklah dalam mydin 24hours kat melaka sentral tu. Pastu gi makan dalam hujan lebat. Dalam kul 9 malam baru aku ambil motor dekat hospital.sebab nak tunggu hujan reda. Masa merempit balik rumah tu, aku bawak motor takdelah laju snagat. Cuma aku ni macam rabun-rabun ayam sikit waktu malam. Tengah syok-syok merempit tiba-tiba ada pulak pakcik tua bawak motor arah bertentangan. Haa, terkejut beruk aku, brek emergencylah. Tadi kan hujan lebat, confirm2lah jalan licin. Tergesek tayar depan dan belakang aku. Ya Allah rasa amcam nak tercabut nyawa. Nasib baik berjaya control motor dengan jayanya tanpa jatuh dan tak terlanggar pak cik naik basikal tu. Tapi kalau ada lampu suluh muka aku, confirm orang ingat hantu, sebab semua adrenalin aku tersembur keluar dan muka aku pucat habis. Pak cik ni pun agak-agaklah. Memanglah lebih selamat lalu bertentangan arah. Tapi janganlah sampai ketengah sangat lepas tu malam pulak tu, manelah orang nampak. Bukannya basikal ada lampu pun. Kalau accident, aku masuk longkang, tak siapa tau. Dahlah aku duduk sorang-sorang. Kalau masuk hospital pun takde orang nak melawat.

Minggu lepas, Ustaz Asri Rabbani meninggal. Tak sangka tiba-tiba dia meninggal. Baru 40 tahun. Bila-bila masa je Allah boleh cabut nyawa. Tak kiralah muda ke tua. Ustaz asri tu meniggal meninggalkan lagu-lagu dakwah, zikir, azan yang menjadi medan dakwah malah menjadi sahamnya di akhirat. Kita kalau meninggal secara tiba-tiba macam tu, apa yang kita nak bawa? Renung-renungkanlah..

Sunday, August 9, 2009

Masih Bernafas di Melaka

Salam..

Entry kali ni sangatlah panjang. sila tarik nafas panjang-panjang dan sediakan pepedem di sebelah anda.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah sebab semua urusan dipermudahkanNya. Sedar tak sedar dah sampai juga Melaka. Hari selasa pagi dah bertolak dari rumah dengan perasaan sedih meninggalkan anak buah yang aku jaga@dera selama 3 bulan. mana taknya hari-hari gaduh, buli, tengok kartun sama-sama dan tiba-tiba pak su pergi meninggalkan 2 orang anak buahnya ni. haha

Sebenarnya Melaka dengan Banting tak jauh. naik kereta lebih kurang 1 jam suku. dekat kan? kalau dulu balik dari shah alam campur jam lagi kadang-kadang pun dah 1 jam setengah. so sampai-sampai teruslah menuju ke batu berendam melihat rumah sewa yang aku cari dekat internet tu. dia cakap town house sewa rm250. terus aku tengok. sekali rumah town house dia tidak seperti yang aku gambarkan serta berlainan sungguh dengan town house yg ada dekat Selangor. agak buruk dan menakutkan. dan aku berjalan-jalan sekitar town house tu nampak pula rumah teres untuk disewa yang agak ok dan terus telefon. tapi tak confirm lagi sebab kalo baoleh nak cari yang dekat.

pusing punya pusing dan macam-macam rumah yang ditelefon, maka aku ambik jelah rumah teres dekat batu berendam ni. kakak dan mak aku dah bising sebab dah nak pukul 4 petang tak masuk-masuk lagi rumah. bayangkan dari pagi sampai petang dalam kerete jer. umah lain yang dekat dengan hospital banyak je tapi semua tak ada no contact. so rumah sewa aku ni disewa sebnayak rm350/bulan. masuk rumah 1+1. jarak rumah ke hospital lebih kurang 8km. merempitlah aku pagi-pagi. rumah ni ada 3 bilik dan 2 bilik air. bayangkan rumah besar ni aku duduk sorang-sorang. dan paling penting takda perabot pun lagi. tidur beralaskan toto. kiranya sesiapa yang nak suggest kru bersamamu datang umah aku memang layaklah dapat bantuan.

rumah yang mula-mula aku nak sewa. yang belah atas tu.

rumah sewa yang aku duduk sorang yang kosong tu.

ok cukup pasal aku, rumah, kesedihan dan kemiskinan.

sekarang nak cerita pasal kerja.

pada hari rabu, aku pun daftar ke jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKN). JKN ni dekat bandar Melaka. habis aku sesat pusing-pusing cari JKN ni. Melaka ni tersangatlah banyaknya jalam sehala dan jalan yamg kecil. lepas tu, dah bagi surat tu dia suruh tunggu sebab dia nak keluarkan surat lain. aku pun pergilah minum dekat bandar. sekali tengah minum hujan punyalah lebat. bayangkan dah nak sejam aku kat seberang jalan dan tak dapat nk melintas masuk JKN tu balik. last skali hujan reda sikit redah je. amik kau, lencun hari pertama lapor diri. 5 orang budak kuliah aku dapat Melaka. widi, ajid, ain, huda dan aku the only guys..

Lepas tu kitorang pergilah jumpa timbalan pengarah farmasi negeri Melaka, pastu isi borang dekat admin dan last sekali jumpa ketua pegawai farmasi. maka hari pertama kitorang diisi dengan membuang masa mengisi borang dan mengambil masa tunggu satu sama lain memandangkan nak daftar sama-sama.

Hari kedua kerja, pagi-pagi dah pergi KWSP. pastu meng'ular' buat lambat-lambat masuk kerja. masuk kerja hari tu dalam pukul 11 lah. merah lah punch kad tu. pastu kami smeua diberi depatment yang berlainan dan aku dapat department DIS (drug information system kot). dan waktu lunch hour tu aku diarah pergi ke Continuous Pharmacy education (CPE). yang bestnya, company yang present hari tu belanja makan pizza. wow tak pernah aku nampak CPE bagi makan pizza. biasenya nasi je. dan waktu petang kerja aku tolong fiiling dekat OPD.

Hari ketiga kerja, ni paling best. mana taknya. satu hari kerja aku membuang masa. sangat banyaklah termenung nya. dia suruh key in kedatangan untuk CPE semalam. tu dalam kul 9 aku dah siap. pastu dia suruh aku cari higher dose for oseltamivir (the only drugs used for H1N1). sebab kat hospital melaka ni ada patient dah habis course oseltamivir tapi tak baik-baik macam resitance lah. dia bagi masa aku sampai lunch hour. bayangkan dari kul 9 sampai 1215 aku ngadap komputer.sebenarnya dag lama jumpa tapi buat-buat tak jumpa. sebab nanti tak tau nak buat apa lepas tu. lepas jumaat aku duduk termenung sampai pukul 430. lepas tu baru dia kasi aku kerja suruh buat jadual untuk PRP ni. pastu tak sempat siap sebab dah kul 5. maka kerja rumah lah.

ok skrang nak cerita pulak pasal hospital Melaka.

Hospital melaka ni punyalah besar. ada bangunan baru dan bangunan lama. dan masalah paling besar dekat hosp Melaka dan hospital-hospital lain adalah parking dia. sangatlah susah. nasib baik naik motor. confirm ada parking. cafe dia ada satu jer. dan agak tak brapa sedap.hehe. lepas tu, pharmacist dalam hosp ni mostly chinese dan yang kebanyakkannya adalah perempuan. skrang ni kes H1N1 kat Melaka ni sangatlah critical. bayangkan pergi supermarket mana-mana pun, banyak orang pakai mask. khutbah jumaat pun cerita pasal H1N1. dan yang paling malang adalah pekerja di hospital. pharmacy department terpaksalah menambah pekerja sebab patient semakin ramai datang. nasib baik aku punye on call, kerja waktu lunch n kerja extra time tu belum start lagi. pharmacist tu cakap mungkin bulan depan baru mula. Alhamdulillah lega. diorang boleh cakap " you all come on the the right time"..perlu ke? dan diorang juga cakap "it's to late to regret"..haha. siapa suruh ko jadi pahrmacist hazwan.. mungkin ada hikmah. mungkin Allah lahirkan aku untuk tolong orang. kan banyak pahala tu. Anngap je kerja sebagai satu ibadat.

Soalan yang paling lazim aku dapat pada hujung minggu ni: "Hazwan ko tak balik ke? hehe" almaklumlah aku kan masa belajar dulu juara balik setiap minggu. takkanlah nak balik baru datang hari selasa. minggu depan jelah aku balik. dan yang penting muzamir dan gg sanggup datang dari UTM JB sebab nk temankan aku kat sini. apa lagi meronggenglah. habis satu Melaka kitorang pusing. dan yang paling penting skali aku dah beli broadband celcom (Surya aku pun beli jugak). sebab bila balik kerja je aku tak tau nak buat ape.mati kutu. bayangkan TV takde, perabot tak de, internet takde,tak tau nk cakap dengan siapa, macam mane nak hidup?. kitorang pusing ayer keroh, mahkota parade, padang pahlawan dll dan yang paling penting makan seafood dekat Umbai. Ya Allah sedapnya. lagi sedap bila orang belanja (terima kasih kerajaan sebab bagi muzamir biasiswa yang banyak, mudah2an dimurahkan rezeki). dan aku telah membuat kesimpulan, hujung minggu di Melaka sangatlah bosan. kalau tak ada orang nak datang melawat dan tak kerja, makanya aku akan balik ke rumah. tak kira lah berapa tambangnya. Bilalah nak gaji ni? haha

Kepada sesiapa yang nak datang Melaka bagitaulah aku. dan nak lepak rumah kosong aku ni pun takda masalah. malah lagi dialu-alaukan.

Ok dah tak larat nak tulis..dah melimpah ruah dah ni..marilah kita sama-sama berdoa agar kita, keluarga dan rakan-rakan kita dijauhi H1N1 ni dan mudah-mudahan Allah menyembuhkan semua pesakit H1N1 ni.Amiin