salam
buat kali keempat aku akan keluar selangor lagi setelah menjelajah menuntut ilmu di negeri sembilan, terengganu dan kedah. kali ni aku kan ke melaka bandar bersejarah untuk memikul tanggungjawab sebagai pegawai farmasi kat sana dan maybe hospital besar melaka. memang aku harap kalau tak dapat selangor aku akan merantau ke area selatan. Alhamdulillah. aku bersyukur juga sebab tak di hantar ke sabah dan Sarawak.
tahniah jugak kepada rakan-rakan lain yang banyak dapat hometown masing-masing. terutama sekali budak kelantan dan kedah. selamat menabur bakti di tanah air masing-masing. yang tak dapat first choice seperti aku, marilah bersama-sama kita bersabar.
melaka tu pilihan kedua aku lepas selangor. aku memang tak expect dapat Selangor sebab aku ni kan candidate last mase interview. awal-awal dia dah cakap selangor penuh. lama rasanya tak merantau pergi negeri orang. tapi yang tak best nya setakat yang aku dengar cuma aku dan widi je dapat melaka. macam sedih gak dapat melaka. sebab macam takde je classmate lelaki yang dapat sama. lepas tu aku bukannya familiar sangat dengan melaka ni n aku tak ada pun saudara kat melaka(saudara semua kat selangor).tapi aku di Melaka ni cuma 1 tahun sebagai 'provisionally registered pharmacist' (PRP) iaitu masa untuk nak dapat lesen. lepas 1 tahun aku akan bergelar 'fully registered pharmacist'(FRP) dan boleh minta untuk pindah kat hospital lain. InsyaAllah.
seperti biase dengan keadaan aku yg mempunyai masalah obsessive compulsive disorder (diagnose sendiri), hati asyik gelisah jer. 1001 persoalan bermain dalam kepala aku. antaranya
1. kat mana sebenarnya nak daftar ni?
2. berapa hari bulan nak daftar ni?
3. hospital ni dekat mana?
4. baik tak aku punya preceptor nanti?
5. aku nak duduk mana ni?
6. nak gi kerja naik ape?
7. nak sewa rumah ngan sape?
8. nak makan kat mane?
9. orang kat sana ni nanti suka ke kat aku?
10. macam mana nak balik banting?
(cukuplah 10 jer soalan aku bagitau..sebenarnya banyak lagi)
InsyaAllah. ni semua takdir Allah.Allah maha mengetahui. ada hikmahnya aku dapat Melaka ni. doakan aku hidup aman damai dan bahagia kat Melaka nanti.~N~
9 comments:
kedengaran seperti kerisauan yang hebat..mula2 memang lah..lame2,insyaAllah ok..ada hikmah ko dapat jauh 'sikit' dari Banting..
Apepun, all the best di tempat org ye..hehe
Selamat menjadi pharmacist muslim yang baik dan beretika..
thanks for the support!!
InsyaAllah..
sementara jauh ni gunakan sebaik mungkin utk berdikari..hehe
Melaka is a nice place...org Melaka walaupun terkenal dgn bahasa yg agak kasar tp bahasa jer kasar...org Melaka baik dan pemurah =)
Selamat Bekerja!
wah risau nampaknya...takdenya ko sesat kat melaka tu..senang je jalnnya..
thanks manar for the support..
sesat tu tak menjadi masalah bg aku..aku lagi suka sesat..senang ingat tempat n jalan..yang risaunya hendak memulakan hidup baru sbg pekerja..sblm ni hidup sebagai pelajar je..
huhu ko ade mslh compulsive disorder rupenye..br aku tau..huhu
sbenanye aku gelisah gak..cume ko nyer kebimbangan melebihi aku kot,sbb melibatkan tmpt tgl,transpot etc..
aku tlh meluahkn kate2 kerisauan aku pd sorg kwn ni.n ni die bls kat aku, "insyaAllah..ape yg Allah tentukan pasti yg terbaik utk kau"
so insya Allah..kte bleh adapt...
bg aku kate2 smgt gak!haha
-ewa-
betul tu ewa..
aku selalu sangat fikir benda yang kecil2 n sometimes mengarut..aku rase org lain tak pernah pikir macam amne aku pikir..
dan bila samapi hari kejadian semuanya dipermudahkan Allah..so, jadinya kita kene yakin Allah akan mudahkan semua takdir yang ditetapkan. tapi masalah OCD ni mmg tak boleh nak buang..
Salam :)
kawan sy Laila pun akan posting kt melaka..
bila kena lapor diri sebenarnya?
anonymous: owh ye, lapor diri InsyaAllah 3hb rasanya..dia suruh 1 hb tapi sabtu kan..takde ke kawan lelaki ke melaka wahai kawan kepada laila?hehe
Post a Comment