Friday, July 8, 2011

Bertemu dan berpisah kerana Allah

Salam

Ya Allah berikanlah aku kekuatan..itu saja yang mampu aku berdoa. Hidup diperantauan ni, kawan itu adalah kawan, kawan itu adalah keluarga dan kawan itulah pengubat luka tempat berkongsi suka duka. Bukan satu, bukan dua tapi tiga orang kawan aku yang akan berpindah serentak.

Itu kawan yang memang confirm dapat pindah. Ni yang dah tinggal tunggu tempat nak pindah dah ada beberapa orang. Adakah aku orang yang akan menjadi pemerhati setiap seorang kawan aku ni pergi meninggalkan bumi Ranau? Tak sanggupnya nak menghadapi kesedihan ini.

Masih adakah rakan nak berborak dan bertukar-tukar cerita. Tempat meluah perasaan, pengubat kebosanan dan mengisi masa lapang ketika hari cuti. Tak taulah ada lagi kah kemanisan tinggal disini bila orang yang rapat dengan aku semuanya pergi meninggalkan.

Bersabar, bersabar, bersabar..tu je yang mampu aku buat. Ya Allah berikanlah kekuatan aku untuk teruskan hidup. Walau kita tidak suka macam mana pun perpisahan itu, perpisahan tetap akan terjadi. InsyaAllah yang pergi akan ada pengganti. Cuma memberi tumpuan dan ikhlas pada kerja. Hidup perlu diteruskan. Aku masih ada Allah sebagai peneman hidupku. Ya Allah aku redha dengan perpisahan ini, maka aku mohon keredhaaaMu ya Allah, jadikanlah kecintaan aku kepada Mu mengatasi segala bentuk kecintaan.Amiin

Hadis daripada Abu Hurairah,Rasulullah S.A.W bersabda...

Apabila akhirat nanti, ada 7 orang yang akan mendapat naungan Allah.Mereka adalah:

-imam yang adil
-pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah
-lelaki yang hatinya terikat kepada masjid
-dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah dgn mengharapkan keredhaanNya
-lelaki yang menolak pelawaan wanita yang rupawan lagi bangsawan dan hartawan yg mengajaknya untuk melakukan kemungkaran
-lelaki yang bersedekah secara diam-diam
-lelaki yang mengingati Allah, lalu menitis air matanya


Saturday, July 2, 2011

Kualiti Filem

Salam

Aku ni sekarang nak memberikan sedikit komen tentang dunia perfileman negara kita. Bila cerita pasal filem ni memang sedih tengok kualiti yang cuba ditonjolkan oleh syarikat perfileman negara kita. Tema cerita semua stereotaip yang boring, tiada pengajaran yang dapat diambil dan cerita yang menghampakan. Cerita-cerita hantu yang seram, kisah cinta yang mengarut dan kisah gangster yang merosakkan fikiran antara tema-tema yang asyik-asyik diulang-ulang oleh filem negara kita ini.

Negara jiran kita, seperti Indonesia yang terkenal dengan cerita sinetron 24/7 pun, masih banyak filem-filem yang berkualiti dapat mereka hasilkan. Tulah sebabnya aku lebih gemar menonton filem Indonesia yang banyak pengajarannya. Buat masa sekarang ni aku masih belum jumpa satu filem Malaysia yang benar-benar memberikan kepuasan selepas menonton. Cukup sedih. Kalau nak buat cerita cinta pun tak jadi masalah, tapi cuba buat cerita cinta yang berlandaskan syariah seperti yang cuba ditonjolkan oleh Habiburrahman dalam semua novel yang telah dijadikan filem.

Jom kita jelajah cerita dari negara lain yang pernah aku tengok yang bagi aku mempunyai kualiti tersendiri:

INDONESIA

1) Emak Ingin Naik Haji


2) Ketika Cinta Bertasbih


3) Dalam Mihrab Cinta


4) Ayat-ayat Cinta


5) Laskar Pelangi


6) Perempuan Berkalung Serban


7) Sang Murabbi


8) Kun Fayakun


HINDUSTAN

1) Taare Zameen Par


2) Kabhi Kushi Kabhi Gam


IRAN

1) Children of Heaven


FRANCE

1) Le Grand Voyage


Nak komen setiap satu cerita memang aku malas. makanya siapa yang berminat nak tau lebih lanjut, adalah lebih baik untuk google ataupun paling senang tengok 'trailer' di youtube. tapi kalau tengok di youtube biasanya tak berapa puas. kalau susah nak dapat vcd original, bolehlah download di internet. Dan sesiapa yang mempunyai cerita yang seangkatan dengan cerita macam yang aku listkan di atas, tolonglah bagi cadangan. Sekian ~N~