Monday, June 8, 2009

Ketika cinta bertasbih the movie


Salam..

ketika cinta bertasbih the movie akan keluar. Sebelum ni aku pernah beri ulasan tentang novel ketika cinta bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy. kini novel ini telah diadaptasikan untuk menjadi filem pula. Filem ini akan mula ditayangkan pada 11 jun 2009. tetapi pada tarikh ini filem ini hanya ditayangkan di Indonesia sahaja (hanya Tuhan je yang tahu perasaan hati ini menunggu filem ini untuk memasuki Malaysia).

Ketika cinta bertasbih merupakan novel kedua karangan Habiburrahman yang diadaptasi menjadi filem selepas filem Ayat-ayat cinta. Apa yang membezakan Ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih adalah penulis novel ini terlibat secara keseluruhan dalam pembikinan filem ini. Dan penerbit menjanjikan kepada pembaca novel yang mereka tidak akan hampa setelah menonton filem ini. ini kerana pada filem ayat-ayat cinta, para pembaca novel agak hampa dengan filemnya kerana agak terpesong dari cerita asal seperti dalam novel. apa yang menarik tentang filem ini, para pelakonnya adalah hasil daripada audition yang ditelah dibuat sebelum pembikinan filem ini.

Kepada sesiapa peminat novel atau peminat filem, aku sarankan supaya membaca novel ketika cinta bertasbih dulu sebelum menonton filemnya. Diharapkan supaya filem ini tidak menghampakan aku dan semua pembaca novel ini. Bawah ni aku ada selitkan beberapa 'trailer' filem ketika cinta bertasbih.







OST ketika cinta bertasbih:


downloah Ketika cinta bertasbih Mp3: Download

Website rasmi filem ketika cinta bertasbih: www.filmketikacintabertasbih.com

Mutiara kata


Pada yang empunya harta yang melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat
Pada yang berbakat dan cengekiawan
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman
Semua kita harus pemurah
memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Tuhan
semai kebaikan dan tuailah keredhaan


sumber:kulit belakang majalah solusi #8

Saturday, June 6, 2009

Ayam Tandoori

Salam.

Dengar je tajuk macam terliur. Inilah realitinya. Aku telah cuba untuk masak ayam tandoori. Kenapa mesti ayam tandoori? Entah, aku pun tak tau. Mungkin terliur tengok ayam tandoori kat kedai mamak yang tergantung-gantung tu takpun dah lama tak pegi gerai mamak (kembang tekak lepas baca macam-macam email). Tiba-tiba nampak ayam dalam peti dan tak ada lauk untuk makan malam, So, aku dengan ‘volunteer’ mengambil posisi sebagai tukang masak. Apa lagi buka computer terus search internet nak cari resepi ayam tandoori.

Macam mane jadi tak? Tak taulah jadi ke tak. Dari segi rupa macam tak berapa jadi. Ayam tandoori kat mamak tu entah macam mana tah boleh warna merah. Letak pewarna agaknya. Kalo nak ikutkan logik, memang susah ayam tu nak berwarna merah hanya dengan memerap bahan-bahannya. Tapi yang aku buat ni, ayamnya dibakar dalam oven tapi tak taulah kalau kat kedai tu kalau dia goreng atau bakar pakai arang. Yang aku peliknya, dalam internet tempat aku ambil resepinya pun ayam dia warna merah. Dari segi rasa ayamnya, aku rasa 87% rasa ayam tandoori (berangan, sedapkan hati).


inilah rupa ayam tandoori aku..(tension tak merah)

Walaupun ayam tandoori aku tak berapa nak jadi, tapi sekali hadap licin. Mungkin semua orang agak kelaparan mennggu ayam tu masak. Antara kesalahan yang aku kenal pasti punca ‘ketakajaian ayam tandoori aku adalah:
1. Ayam tak cukup perap. Aku perap ayam dalam 1jam setengah. Mungkin nak jadi merah kena perap lagi lama agaknya(sehari semalam kot).
2. waktu mengisar bahan-bahan perap aku guna banyak sangat air. Jadinya bahan perapan agak cair.

Lepas ni entah bila lagi nak buat ayam tandoori. Mungkin lagi 5 tahun kot. Bagi siapa yang nak cuba, bawah ni aku letakkan resepi:

AYAM TANDOORI

Bahan
1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Perap:
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1 cawan yogurt
1 inci halia..........................]
1 labu bawang besar............]
3 ulas bawang putih.............]
2 biji tomato buah................] mesinkan dan gaul rata semua ini
1 pokok daun ketumbar........]
1 sudu besar madu/gula.......]
1 sudu besar minyak............]
garam secukupnya...............]

Cara:
1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
2. Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.


Sumber resepi: http://hanieliza.fotopages.com/

Monday, June 1, 2009

Bertunang juga..






Salam

Alhamdulillah akhirnya bertunang juga. Bukan aku tapi kakak aku. Majlis pertunangan berlangsung pada 29/5/09 selepas Isya'. Rombongan pihak 'sebelah' sampai dalam pukul 9.30 mlm (still lepas isya'). Perbincangan lebih kurang setengah jam yang agak tidak berapa lama mungkin kerana semua orang telah lapar. Majlis yang happening telah dihadiri oleh jiran-jiran, saudara-mara dan kawan-kawan kakak aku. Makanan semua 'catering' memandangkan semua orang tak larat nak masak. Ramai juga yang datang dan berpusu-pusu yang datang masuk dalam rumah menyebabkan keadaan dalam rumah menjadi panas (Nasib baik aku duduk luar).

Pihak lelaki telah membawa 13 dulang dan pihak kami membalas dengan 19 dulang. mungkin jauh beza dulangnya tapi lebihan dulang adalah hasil sumbangan saudara-saudara yang ikhlas menyumbang. Terima kasih kepada yang telah menyumbang isi2 dulang.

Diakhir majlis, ada upacara memotong kek tunang dan kek besday makngah merangkap kek bersara Pak Cik Mi yang bersara pada hari itu jugak. Terima kasih juga kepada kakak aku yang patuh kepada 'perjanjian'..haha

Thursday, May 21, 2009

Bidadari Dari Timur


“Aku bukan wanita kafir atau yang leka dan lalai dalam arus dunia. Suka mempamerkan keindahan tanpa batas, pemakaian melampau bagaikan barangan lambak yang murah lagi tidak laku, kemudian dijajakan di kebanyakkan tempat, dapat dilihat dimerata-rata, tanpa nilai dan kehormatan nilai agama”.


Itu adalah antara kata-kata Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku ini merupakan epilog bahagia seorang isteri kepada Ulama serta pemimpin berjiwa besar yang menyentuh nurani. Buku ini menekankan tentang disetiap kejayaan lelaki tentulah terdapat wanita dibelakangnya. Wanita itu tidak kiralah sama ada ibu mahupun isteri.

Buku ini disarankan untuk dibaca lebih-lebih lagi kaum wanita yang mengidamkan kehidupan bahagia. Buku ini menerapkan tentang tanggungjawab seorang wanita terhadap suami dalam mencari redha Illahi disamping tanggungjawab sebagai seorang ibu. Kaum Adam juga disarankan untuk membaca kerana daripada buku ini kita dapat menghargai kaum Hawa yang mungkin perit jerihnya tidak kita nampak terutama sekali ibu kita.

Tuan Sabariah telah dilamar menjadi isteri kepada Nik Aziz sejak umurnya 14 tahun. Beliau mengorbankan masa remajanya yang mana bagi kebanyakan wanita lain pada umur itu sebagai masa untuk menikmati kemanisan dunia demi menjadi isteri lantas mencari redha Allah. Beliau bukan sahaja sebagai isteri kepada seorang ulama dan juga pemerintah, malah merupakan ibu kepada 10 orang anak yang didik dengan kedua belah tangannya sendiri.

“Tidak perlulah pembantu rumah untuk memastikan rumah tangga kami ini aman, teratur kemas dan bersistem. Aku senang melakukannya sendiri. Dengan dua tangan ini. Bukan bibik yang mengharapkan redha Allah SWT dengan redhanya suami ke atas pengorbanan dirinya, tetapi akulah yang mendambakan redha itu saban waktu. Aku selaku seorang isteri yang syurganya terletak di bawah tapak kaki suaminya”.


Bergelar ‘Datin’ bukanlah bermakna kehidupan mestilah bergaya dan sentiasa mewah seperti yang dipaparkan dalam cerita-cerita dalam tv. Kehidupan beliau serba sederhana seperti suri rumah yang lain tanpa memerlukan banglo mewah, menghabiskan wang dengan ‘shopping’, bersolek dll. Beliau lebih gemar bergaul bersama jiran tetangga, melakukan kerja-kerja rumah, mendidik anak dan membela haiwan ternakan seperti ayam serta bercucuk tanam.

Buku yang kecil dan ringkas ini menceritakan tentang kehidupan Tuan Sabariah sejak beliau remaja, bergelar isteri sejak Tok Guru menjari guru sehingglah menjadi menteri besar. Buku ini diterbitkan oleh Anbakri Publika Sdn Bhd berharga RM12.90 (KLIBF 09 berharga RM10 shj). Ditulis oleh Datin Tuan Sabariah sendiri dan disusun oleh Illi Sarah Annual Bakri seta mempunyai 107 muka surat..Wallahu’alam.

Monday, May 18, 2009

Nyamuk pilih kasih

“Wan cepat Wan, cari kain..tutup periuk-periuk, pinggan mangkuk semua..” arah mak.

“Dah dekat ke mak?? Alah..orang fogging ni dah dekat baru nak bagitau” sahut aku.

“Dah kat umah sebelah, cepat sikit keluar..bawak budak-budak ni” tegas mak lagi.

Macam nilah keadaannya ─ huru-hara dalam umah aku bila pejabat kesihatan datang untuk mengasap (fogging) untuk membunuh nyamuk aedes. Biasanya bila dah ada satu atau dua orang jiran rumah aku kene denggi, maka keraplah umah aku kene ‘fogging’. Kadang-kadang tu sampai dua atau tiga hari berturut-turut. Lagi-lagi rumah teres macam aku ni, hanya tembok batu sebagai pemisah antara setiap satu rumah.

Kebiasaannya orang ‘fogging’ ni datang waktu petang, dekat-dekat nak maghriblah. Ada banyak jenis ubat @ bahan kimia yang digunakan untuk bunuh nyamuk aedes ni. Kadang-kadang tu guna asap yang tebal dan busuk, ada juga yang macam air takde asap atau ada yang sembur dari atas lori sambil memecut. Tapi apa bahan kimia yang digunakan aku pun tak tau. Yang asap tebal tu paling aku tak gemar, sebab biasanya lambat benar dia nak mengosongkan umah aku ditambah dengan baunya agak pekat maung dan dengan berminyak. Jenuhlah kami nak kene mengemop lantai satu umah.

Bila ‘fogging’ ni, makanya ramailah jiran-jiran ni keluar rumah sambil menunggu asap ‘fogging’ ni mengosongkan umah. Aku pun ‘join’ sekali. Bila dah ramai-ramai kat luar tu, takkanlah nak duduk diam, mestilah borak-borak. Adalah salah sorang jiran aku ni meluahkan perasaan tak puas hatinya:

“Apelah diorang ni, patutnya kalau nak fogging tu tanyalah dulu, kalau kita bagi masuk, barulah masuk rumah kita. Ni tak, main masuk je. Tengok rumah kita kene fogging, yang takde orang dalam rumah ni takde pulak dia fogging, sembur kat luar je. Patutnya rumah kita pun fogging kat luar pun jadilah. Ni menyusahakan orang je”

Aku hanya mampu tersenyum. Senyum tanda puas hati sebenarnya. Sebab ada sesetengah jiran aku ni biasanya bila dengar orang ‘fogging’ je, terus kunci umah, amik kunci kereta terus je keluar pergi mane tah. Tapi mungkin kali ni dia tidak sempat nak lari.

Sebab apa aku puas? Wahai jiran-jiranku dan jiran orang lain atau sesiapa yang bergelar jiran, sedarlah anda semua bahawa nyamuk aedes itu tidak pernah pilih bulu atau pilih kasih. Nyamuk dalam rumah anda semua tu hanya gigit tuan rumah dia je ke? Dia pandai terbang hanya dalam rumah anda je ke? Matikah nyamuk tu bila melepasi sempadan rumah? Kalau nyamuk dari rumah anda gigit anak jiran anda, anak anda ke kene denggi? Kalau nyamuk ni Allah bagi akal aku tak kesah tapi masalahnya siapa yang ada akal sekarang ni?



Wahai manusia yang bergelar jiran, sedarlah kenapa rumah kita di’fogging’? Pejabat kesihatan tu ‘fogging’ untuk membunuh nyamuk dalam rumah anda. Bukannya dengan fogging rumah anda, nyamuk rumah dia yang 10 km tu pula yang mati. Nyamuk aedes tu boleh bawa kepada penyakit denggi. Denggi boleh membawa maut. Jangan dah sampai kene batang hidung sendiri baru nak tergadah. Pejabat kesihatan tu ada ke minta bayaran atau duit kopi lepas fogging tu? Percuma kan? Apa yang susah sangat? Buka pintu umah je kan. Bila dah kene denggi hospital kerajaan juga tu dia pergi. Awal-awal dulu duk maki orang kerajaan buat ‘fogging’ pastu dengan muka tak malu bila dah kene denggi nak masuk hospital kerajaan. Malulah sikit.

Kalau terasa tak sayang anak atau diri sendiri dan merelakan untuk kene denggi, ingatlah jiran anda yang masih sayang diri mereka dan anak-anak mereka. Lagi satu, dahlah tak nak buka rumah waktu ‘fogging’ lepas tu rumah sendiri jadi depot 10 salasilah keluarga nyamuk membiak. Waktu orang suruh gotong-royong menghapuskan tempat pembiakan aedes, janganlah kita duduk terkepuk dalam rumah sambil membuta ataupun tengok tv. Wallahua’alam.

p/s: pasang ubat nyamuk waktu tidur. Tak pun pakai kelambu..

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Tinggal..

Salam


Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Dengan limpah nikmat dan rahmatnya dapatlah kita meneruskan hidup didunia yang sementara ni. "Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah"..sambil menahan sebak didalam hati, menahan perasaan sedih bercampur gembira setelah kertas peperiksaan terakhir dipungut. Kerana itulah peperiksaan terakhir yang aku ambil sebagai 'undergrad' dan itulah penanda aras yang menunjukkan aku sudah habis Ijazah (Insyaallah)..

Aku sangat-sangat bersyukur kepadaMu. Segala penat lelah, sukar senang dan pahit manis yang aku lalui selama 4 tahun akhirnya bertemu titik nokthtah juga. Tanpa bantuan Mu ya Allah aku tidak dapat mengharungi semua ini. Selama 4 tahun inilah juga persahabatan mula dibina sehingga ia menjadi amat-amat kukuh. Tapi sekukuh manapun persahabatan itu, perpisahan pasti berada dipenghujung. Tapi percayalah, persahabatan ini tidak pernah pudar dalam hati.


Sedih memang sedih. Tapi hidup perlu diteruskan. Lepas ni semua akan memandu diri kearah yang berlainan yang memang telah ditetapkan Allah sejak azali lagi. Tak mungkin persahabatan seperti ini dapat dicipta lagi. Zaman belajar sudah berakhir maka zaman pekerjaan yang muncul tiba. Zaman pekerjaan yang tidak diketahui mana manisnya ataupun pahitnya perlu kita tempuhi.

Nasihat aku, kalau kita bekerja, kerjalah untuk mendapat keberkatan dan redha Allah. Kita habis belajar hanya sebagai 'undergrad'. Tapi 'belajar' itu tidak pernah ada penghujungnya kerana kita perlu belajar sampai mati. Jika kita jadi 'pharmacist', janganlah disempitkan bidang ilmu itu. Carilah juga ilmu-ilmu lain untuk hidup kita di dunia dan akhirat. Walaupun kita tak bersama lagi ketahuilah sesungguhnya doa aku tak pernah melupakan korang. Aku minta maaf dunia dan akhirat dan aku maafkan dosa korang semua. Semoga berjaya dunia dan akhirat semua. Jangan lupakan aku... =(

RASULULLAH SAW bersabda yang antara maksudnya: “... Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah... ” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)