Wednesday, May 13, 2009

Selamat Tinggal..

Salam


Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Dengan limpah nikmat dan rahmatnya dapatlah kita meneruskan hidup didunia yang sementara ni. "Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah"..sambil menahan sebak didalam hati, menahan perasaan sedih bercampur gembira setelah kertas peperiksaan terakhir dipungut. Kerana itulah peperiksaan terakhir yang aku ambil sebagai 'undergrad' dan itulah penanda aras yang menunjukkan aku sudah habis Ijazah (Insyaallah)..

Aku sangat-sangat bersyukur kepadaMu. Segala penat lelah, sukar senang dan pahit manis yang aku lalui selama 4 tahun akhirnya bertemu titik nokthtah juga. Tanpa bantuan Mu ya Allah aku tidak dapat mengharungi semua ini. Selama 4 tahun inilah juga persahabatan mula dibina sehingga ia menjadi amat-amat kukuh. Tapi sekukuh manapun persahabatan itu, perpisahan pasti berada dipenghujung. Tapi percayalah, persahabatan ini tidak pernah pudar dalam hati.


Sedih memang sedih. Tapi hidup perlu diteruskan. Lepas ni semua akan memandu diri kearah yang berlainan yang memang telah ditetapkan Allah sejak azali lagi. Tak mungkin persahabatan seperti ini dapat dicipta lagi. Zaman belajar sudah berakhir maka zaman pekerjaan yang muncul tiba. Zaman pekerjaan yang tidak diketahui mana manisnya ataupun pahitnya perlu kita tempuhi.

Nasihat aku, kalau kita bekerja, kerjalah untuk mendapat keberkatan dan redha Allah. Kita habis belajar hanya sebagai 'undergrad'. Tapi 'belajar' itu tidak pernah ada penghujungnya kerana kita perlu belajar sampai mati. Jika kita jadi 'pharmacist', janganlah disempitkan bidang ilmu itu. Carilah juga ilmu-ilmu lain untuk hidup kita di dunia dan akhirat. Walaupun kita tak bersama lagi ketahuilah sesungguhnya doa aku tak pernah melupakan korang. Aku minta maaf dunia dan akhirat dan aku maafkan dosa korang semua. Semoga berjaya dunia dan akhirat semua. Jangan lupakan aku... =(

RASULULLAH SAW bersabda yang antara maksudnya: “... Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah... ” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

1 comment:

ckin said...

hazwan..aku nk minta maaf kalo ade pape salah & silap
halalkan ape2 yg aku terambil
good luck..jgn lupe ktorang tau!!