“Aku bukan wanita kafir atau yang leka dan lalai dalam arus dunia. Suka mempamerkan keindahan tanpa batas, pemakaian melampau bagaikan barangan lambak yang murah lagi tidak laku, kemudian dijajakan di kebanyakkan tempat, dapat dilihat dimerata-rata, tanpa nilai dan kehormatan nilai agama”.
Itu adalah antara kata-kata Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku ini merupakan epilog bahagia seorang isteri kepada Ulama serta pemimpin berjiwa besar yang menyentuh nurani. Buku ini menekankan tentang disetiap kejayaan lelaki tentulah terdapat wanita dibelakangnya. Wanita itu tidak kiralah sama ada ibu mahupun isteri.
Buku ini disarankan untuk dibaca lebih-lebih lagi kaum wanita yang mengidamkan kehidupan bahagia. Buku ini menerapkan tentang tanggungjawab seorang wanita terhadap suami dalam mencari redha Illahi disamping tanggungjawab sebagai seorang ibu. Kaum Adam juga disarankan untuk membaca kerana daripada buku ini kita dapat menghargai kaum Hawa yang mungkin perit jerihnya tidak kita nampak terutama sekali ibu kita.
Tuan Sabariah telah dilamar menjadi isteri kepada Nik Aziz sejak umurnya 14 tahun. Beliau mengorbankan masa remajanya yang mana bagi kebanyakan wanita lain pada umur itu sebagai masa untuk menikmati kemanisan dunia demi menjadi isteri lantas mencari redha Allah. Beliau bukan sahaja sebagai isteri kepada seorang ulama dan juga pemerintah, malah merupakan ibu kepada 10 orang anak yang didik dengan kedua belah tangannya sendiri.
“Tidak perlulah pembantu rumah untuk memastikan rumah tangga kami ini aman, teratur kemas dan bersistem. Aku senang melakukannya sendiri. Dengan dua tangan ini. Bukan bibik yang mengharapkan redha Allah SWT dengan redhanya suami ke atas pengorbanan dirinya, tetapi akulah yang mendambakan redha itu saban waktu. Aku selaku seorang isteri yang syurganya terletak di bawah tapak kaki suaminya”.
Bergelar ‘Datin’ bukanlah bermakna kehidupan mestilah bergaya dan sentiasa mewah seperti yang dipaparkan dalam cerita-cerita dalam tv. Kehidupan beliau serba sederhana seperti suri rumah yang lain tanpa memerlukan banglo mewah, menghabiskan wang dengan ‘shopping’, bersolek dll. Beliau lebih gemar bergaul bersama jiran tetangga, melakukan kerja-kerja rumah, mendidik anak dan membela haiwan ternakan seperti ayam serta bercucuk tanam.
Buku yang kecil dan ringkas ini menceritakan tentang kehidupan Tuan Sabariah sejak beliau remaja, bergelar isteri sejak Tok Guru menjari guru sehingglah menjadi menteri besar. Buku ini diterbitkan oleh Anbakri Publika Sdn Bhd berharga RM12.90 (KLIBF 09 berharga RM10 shj). Ditulis oleh Datin Tuan Sabariah sendiri dan disusun oleh Illi Sarah Annual Bakri seta mempunyai 107 muka surat..Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment