Tuesday, December 27, 2011

Exhausted Digestion Enzyme

Salam

Amylase, peptidase, lipase dan rakan-rakan telah dipaksa bekerja keras tanpa henti tanpa diberi upah. (papase termasuk tak??). Bersempena Krismas dan tahun baru, aku telah membuat 'investment' dengan mengambil cuti 4 hari tetapi mendapat pulangan cuti selama 10 hari.

Hari ini adalah hari keempat aku duduk dirumah dan 3 hari yang lepas aku menghadiri kenduri + jalan-jalan cari makan + orang belanja makan. rasa macam nak meletup perut ni sebab asyik makan. Minta maaflah perut sebab terpaksa memaksa anda bekerja teruk dalam masa hari ni. kejadian luar biasa ini hanya akan berlaku beberapa kali dalam setahun.

Mungkin aku lepas ni patut memotivasikan lagi diri dengan menghalang wujudnya tempat-tempat baru untuk lemak-lemak ini bertapak dan bergumpal. Dan kerap menengok bentuk tubuh serta pusat perhimpunan lemak yang memalukan ini dihadapan cermin.ada lagi 6 hari untuk makan makanan sedap. lepas ni balik Sabah mesti diet dan amalkan pemakanan sihat..

Maaflah perut dan anggota badan lain yang terlibat.aku terpaksa kerna aku dah lama tak menikmati kesedapan makanan dunia yang sementara ini..

Thursday, November 24, 2011

Inikah Petanda

Judul : Inikah Petanda
Album : Mahabbah
Munsyid : Rabbani (feat. Mawi)


Ya Illahi...

Inikah petanda dekatnya dunia
wadah akhir kehancurannya
Menahan dari setiap impian
halalkan segala jalan

Inikah petanda senangnya kesombongan
akhir peradaban manusia
Saling mengejar saling menindas
hancurkan semua

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran
aku kan kesombongan
Inikah petanda dariMu Tuhan

Ya Allah...

Inikah petanda dekatnya dunia
wadah akhir kehancurannya
Serakah manusia cipta petangga
menguji nafsu mereka

Sedih benih-benih bumi mulai menitis
menyaksikan gelagat manusia
Kiri dan kanan tiada bezanya
hancurkan semua

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran
aku kan kesombongan

Inikah petanda dariMu Tuhan
Jernihkanlah hati tetapkan jiwa
agar diri ini selalu dekat denganNya
Nikmati anugerah Yang Maha Kuasa
usah persia

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran
aku kan kesombongan

Inikah petanda dariMu Tuhan...


Friday, October 28, 2011

Bawalah Ia Bersama..


Salam

Aku merupakan insan terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang merupakan batch pertama atau batch 'pioneer'. Makanya bila jadi batch 'pioneer' semua yang kami buat adalah menjadi kayu ukur atau pun sebagai bahan uji kaji. Semua benda masih serabut dan sangat banyak kekurangan.

Walaupun aku pernah bersekolah 'multiracial' sewaktu lower form dulu, tapi aku tidak tinggal bermalam bersama-sama bangsa lain. Cuma sekolah harian biasa, pagi pergi dan petang balik. Bagi aku, mungkin objektif PLKN untuk memupuk perpaduan adalah agak berjaya tapi banyak aspek yang gagal disamping kerajaan mengalami kerugian akibat kerosakan banyak harta benda serta wujud juga pergaduhan dalaman antara bangsa di dalam kem itu sendiri.

Ada satu perkara yang amat terkesan sewaktu aku berada di PLKN. MEMBAWA ALQURAN KEMANA SAHAJA KITA BERMASTAUTIN. Adakah kita akan membawa kitab suci kita, Al-Quran bersama-sama jika kita pergi kursus atau kem atau mesyuarat yang mengambil masa lebih 3 hari? Kalau dalam 10 orang ada tak 1 orang? aku pun tanya pada diri sendiri. sebab diri ini pun selalu lupa dan alpa.

Sebelum pergi PLKN, perspektif aku, kat surau mesti ada al-Quran. Guna je yang surau punya kalau nak baca. Tapi malangnya, kem yang aku pergi kem yang baru, di surau cuma ada 1 atau 2 sahaja al-quran yang terpaksa bergilir-gilir untuk membaca. Sebab apa kena bergilir-gilir? sebab mungkin semua orang berfikir sama dengan aku dan mungkin ada menganggap membawa al-Quran akan membebankan dan menambah jisim beg.

Apa yang paling terkesan, bila melihat kebanyakkan rakan-rakan yang beragama kristien membawa kitab mereka sewaktu di kem. mereka membaca kitabnya sewaktu tiada aktiviti dijalankan. sebab apa mereka bawa? sebab mereka telah ditanamkan dalam diri mereka untuk membawa kitab ke mana sahaja. walaupun bilangan mereka kurang daripada orang Islam, tapi dari segi nisbah mereka yang membawa kitab injil dan kita yang membawa Al-Quran, sudah tentulah kita kalah.

Sebab apa kita selalu tidak bawa al-Quran? sebab kita tak rasa kepentingan al-Quran tu dalam diri kita. Tak menjadikan membaca Al quran itu sebagai amalan harian kita. hidup kita jauh dengan keyakinan dan kebergantungan kepada Allah. ada yang bawa Al-Quran tu pun dengan harapan untuk elak hantu ataupun jin. Bukan untuk dibaca. Letak Al-Quran dalam kereta untuk elak kemalangan. tapi malangnya al-Quran tidak dibaca dan diamalkan.

Oleh itu, aku yang banyak dosa ini menyarankan, latihlah diri kita untuk membawa al-Quran ke mana sahaja kita pergi untuk jangka masa yang lama. atau sekurang-kurangnya kitab kecil yang memuatkan surah-surah lazim atau setidak-tidaknya surah Yasiin. Tapi janganlah hanya membawa, baca dan amalkanlah juga Ia. Bagi yang berkeluarga, latihlah anak kita untuk menjadikan al Quran sebagai sesuatu yang penting serta bergantung terhadapnya. Bacalah al Quran sehingga diri terasa kosong bila tidak membacanya.

dari Abu Umamah al-Bahili RA, ia berkata, 'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah al-Qur`an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat bagi ahlinya (yaitu orang yang membacanya, mempelajari dan mengamalkannya)." HR. Muslim.


Wednesday, October 5, 2011

Anjing


Salam

Seperti yang pernah diceritakan sebelum ni, di Sabah kuantiti anjing adalah agak banyak dan banyak berkeliaran di rumah-rumah dan tepi jalan. Bagi orang Islam, anjing adalah najis mughallazah, iaitu kita perlu menyamak (ada orang kata kena sertu) jika terpegang atau tersentuh dengan mereka.

Apa yang kita akan buat bila kita ternampak anjing?

Baling batu? baling kayu? cabut lari?

Jujur pada diri sendiri, dulu bila nampak anjing aku akan lari atau "ssshhuuhh"kan anjing tu. tapi di Sabah ni anjing terlalu banyak. rumah yang aku sewa sekarang ni kanan kiri bela anjing yang dah bercucu cicit. sangat banyak. tapi biasanya kita memang benci anjing. Sebab kita malas nak menyamak atau takut anjing kejar kita dan gigit. tapi bila aku fikir balik, jika Rasulullah nampak anjing adakah rasulullah akan baling anjing dengan batu?

Ni nak cerita sedikit:

Sewaktu perjalanan Rasulullah dari Madinah ke Mekah pada tahun kemenangan (Ya'um al fath) atas kota Mekah. Nabi melihat seekor ibu anjing berbaring disisi jalan dengan anaknya yang baru lahir. Anjing itu sedang menyusukan anak-anaknya. Beliau khuatir pasukan Islam yang ramai itu akan mengganggu keasyikkan anak anjing itu menyusu atau mungkin akan mencederakannya. Maka Rasullulah telah menyuruh seorang sahabat yang bernama Ju'ayl untuk menjaga anjing itu sehingga habis pasukan Islam melewati anjing itu.

Lihatlah betapa mulianya budi pekerti Rasulullah berbanding kita. tak kiralah binatang tu najis mughallazah sekalipun. Beliau bukan sahaja berbuat baik kepada manusia bahkan berbuat baik kepada setiap yang bernyawa. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasullulah SAW, apakah kami memperoleh pahala karena kami berbuat baik kepada haiwan?” Rasullulah SAW menjawab, “Kita memperoleh pahala karena berbuat baik kepada setiap yang bernyawa.”

Dalam hadist lain, Rasullulah SAW menceritakan bahwa suatu ketika ada seorang pelacur sedang berjalan kaki, dia merasa sangat haus, kemudian turun ke sumur dengan bersusah payah untuk minum. semasa dia keluar, dia telah melihat seekor anjing yang mengeluarkan lidahnya karena kehausan. Pelacur itu berkata pada dirinya sendiri, “Anjing ini sedang menderita seperti apa yang aku rasakan tadi,” Lalu dia kembali turun ke sumur dan penuhi kasutnya dengan air, serta memberikan airnya kepada si anjing. Sungguh Allah SWT berterima kasih kepadanya, dan Dia serta merta mengampuni dosa si pelacur itu.

Kadang-kadang pernah tak kita terfikir kenapa Allah mengkategorikan anjing sebagai najis mughallazah. antara sebabnya adalah anjing ni adalah haiwan yang makan segalanya. makan benda yang kotor dan makan juga makanan yang bersih. Apa hikmahnya? Hikmahnya adalah Allah menyuruh kita berbuat baik pada anjing ni atau lebih umum lagi berbuat baik kepada semua makhluk Allah.

Rakyat Malaysia inikan dikurniakan Allah dengan rezeki yang melimpah-ruah. sehingga kadang-kadang membazir dan membuang makanan. Apa kata kita niatkan makanan yang kita nak buang tu kita sedekahkan kepada anjing ataupun haiwan-haiwan lain. Mungkin lepas ni, jika kita ada kuih, nasi, mee, bihun dll yang terlebih yang dah nak basi tu, kita bagi pada anjing ditepi jalan. Makanan kat rumah kita pun clear dan tak busuk, pada masa yang sama anjing pun kenyang dan kita pun dapat pahala.

Abu Uthman Sa'id al-Abbas al-Razi mentakrij daripada Ibn Abbas R.a, beliau berkata: "Anjing itu teramsuk jin, iaitu jenis jin yang paling lemah. Sesiapa yang dihampiri anjing yang meminta makanannya, maka hendaklah dia memberikannya makanan atau hendaklah dia menghalaunya" (majalah Solusi)

Wallahu'alam

Sunday, September 11, 2011

Kehijauan Ranau

Salam

Duduk di perantauan ini banyak dugaan. Pada masa yang sama, banyak juga hikmah dan kebaikan disebalik setiap dugaan. kadang-kadang kita hanya akan menghargai sesuatu nikmat bila nikmat itu telah pergi.

Dah setahun aku berkhidmat di bumi Ranau. banyak pahit manis yang telah dilalui. walau hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, negeri sendiri lagi best. Allah tahu yang terbaik untuk diri kita. nasihat untuk diri sendiri, kurangkan merungut dan hargai apa yang ada sekarang dan depan mata.

Ok dengan ini, aku sajikan beberapa pemandangan menarik di Ranau ini. Maaf kalau gambar tidak secantik mana. Tiada kamera DSLR digunakan. hanyalah kamera hanset biassa je..
















Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum

Pada bulan yang mulia ni, saya menyusun sepuluh jari ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Mudah-mudahan Allah menerima segala amal ibadat kita.

Kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini, saya minta ampun dan maaf jika tersalah kata yang menyinggung perasaan, termengumpat secara sedar atau tidak sedar, ada perbuatan aku yang menjengkelkan serta segala makan minum minta dihalalkan dunia dan akhirat.

Kepada rakan-rakan alam maya atau pembaca blog, mungkin ada tulisan aku yang mengguris perasaaan, atau tercuri artikel kamu semua, minta maaf dunia akhirat

Sesungguhnya kita adalah hamba Allah yang tidak pernah zero dosa ataupun ma'sum. Maka sama-samalah kita bermaaf-maafan dan jangan disimpan didalam hati. Moga kita dipertemukan lagi pada bulan Ramadhan tahun depan dan istiqamah dengan amal ibadat kita. Jemputlah datang rumah

Thursday, August 18, 2011

check list?

Assalamualaikum

Soalan dan perbualan kita pada bulan puasa ni..

baju raya dah beli ke?

kuih raya dah beli ke?

langsir, sarung kusyen dah beli ke?

raya kali ni ko balik kampung mana?

lagu raya mana yang ko paling suka?

balik kerja ni nak makan apa? dll

Hari ni dah hari ke 18 kita berpuasa..mari kita check balik kita punya check listyang lebih penting ni..

Sembahyang 5 waktu kita macam mana?

cukup ke sembahyang terawikh kita?

Bersahurkah kita hari-hari?

Berap juzuk kita dah baca al-Quran?

Berapa banyak kita bersedekah?

Dalam 18 hari ni, berapa banyak hari kita tak mengumpat?

Sembahyang malam pula macam mana?

Berzikir banyak tak?

Jika kebanyakkan jawapan kita tidak atau tidak cukup atau sikit je..jujur untuk diriku, jawapan semua soalan itu adalah belum sempurna lagi..maka kita masih ada 12 hari lagi untuk mempertambahkan lagi amal ibadat..tepuk dada tanya iman..

Wednesday, August 10, 2011

Doa Dhuha


Salam

Pernah kah kita sembahyang dhuha? jika tidak, marilah kita amalkan, jika jarang mari kita kerapkan. Sembahyang dhuha antara solat sunat yang digalakkan untuk kita amalkan. Solat dhuha dapat memurahkan rezeki. Rezeki bukanlah duit sahaja, rezeki disini termasuklah ketenangan, kebahagiaan, kesihatan dll. Yang aku tertarik dekat sini adalah doa selepas solat dhuha ini, sungguh mengagumkan.

Mari sama-sama kita amalkan solat sunat dhuha, dan amalkan bacaan doa solat sunat dhuha ini.


download mp3

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Friday, July 8, 2011

Bertemu dan berpisah kerana Allah

Salam

Ya Allah berikanlah aku kekuatan..itu saja yang mampu aku berdoa. Hidup diperantauan ni, kawan itu adalah kawan, kawan itu adalah keluarga dan kawan itulah pengubat luka tempat berkongsi suka duka. Bukan satu, bukan dua tapi tiga orang kawan aku yang akan berpindah serentak.

Itu kawan yang memang confirm dapat pindah. Ni yang dah tinggal tunggu tempat nak pindah dah ada beberapa orang. Adakah aku orang yang akan menjadi pemerhati setiap seorang kawan aku ni pergi meninggalkan bumi Ranau? Tak sanggupnya nak menghadapi kesedihan ini.

Masih adakah rakan nak berborak dan bertukar-tukar cerita. Tempat meluah perasaan, pengubat kebosanan dan mengisi masa lapang ketika hari cuti. Tak taulah ada lagi kah kemanisan tinggal disini bila orang yang rapat dengan aku semuanya pergi meninggalkan.

Bersabar, bersabar, bersabar..tu je yang mampu aku buat. Ya Allah berikanlah kekuatan aku untuk teruskan hidup. Walau kita tidak suka macam mana pun perpisahan itu, perpisahan tetap akan terjadi. InsyaAllah yang pergi akan ada pengganti. Cuma memberi tumpuan dan ikhlas pada kerja. Hidup perlu diteruskan. Aku masih ada Allah sebagai peneman hidupku. Ya Allah aku redha dengan perpisahan ini, maka aku mohon keredhaaaMu ya Allah, jadikanlah kecintaan aku kepada Mu mengatasi segala bentuk kecintaan.Amiin

Hadis daripada Abu Hurairah,Rasulullah S.A.W bersabda...

Apabila akhirat nanti, ada 7 orang yang akan mendapat naungan Allah.Mereka adalah:

-imam yang adil
-pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah
-lelaki yang hatinya terikat kepada masjid
-dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah dgn mengharapkan keredhaanNya
-lelaki yang menolak pelawaan wanita yang rupawan lagi bangsawan dan hartawan yg mengajaknya untuk melakukan kemungkaran
-lelaki yang bersedekah secara diam-diam
-lelaki yang mengingati Allah, lalu menitis air matanya


Saturday, July 2, 2011

Kualiti Filem

Salam

Aku ni sekarang nak memberikan sedikit komen tentang dunia perfileman negara kita. Bila cerita pasal filem ni memang sedih tengok kualiti yang cuba ditonjolkan oleh syarikat perfileman negara kita. Tema cerita semua stereotaip yang boring, tiada pengajaran yang dapat diambil dan cerita yang menghampakan. Cerita-cerita hantu yang seram, kisah cinta yang mengarut dan kisah gangster yang merosakkan fikiran antara tema-tema yang asyik-asyik diulang-ulang oleh filem negara kita ini.

Negara jiran kita, seperti Indonesia yang terkenal dengan cerita sinetron 24/7 pun, masih banyak filem-filem yang berkualiti dapat mereka hasilkan. Tulah sebabnya aku lebih gemar menonton filem Indonesia yang banyak pengajarannya. Buat masa sekarang ni aku masih belum jumpa satu filem Malaysia yang benar-benar memberikan kepuasan selepas menonton. Cukup sedih. Kalau nak buat cerita cinta pun tak jadi masalah, tapi cuba buat cerita cinta yang berlandaskan syariah seperti yang cuba ditonjolkan oleh Habiburrahman dalam semua novel yang telah dijadikan filem.

Jom kita jelajah cerita dari negara lain yang pernah aku tengok yang bagi aku mempunyai kualiti tersendiri:

INDONESIA

1) Emak Ingin Naik Haji


2) Ketika Cinta Bertasbih


3) Dalam Mihrab Cinta


4) Ayat-ayat Cinta


5) Laskar Pelangi


6) Perempuan Berkalung Serban


7) Sang Murabbi


8) Kun Fayakun


HINDUSTAN

1) Taare Zameen Par


2) Kabhi Kushi Kabhi Gam


IRAN

1) Children of Heaven


FRANCE

1) Le Grand Voyage


Nak komen setiap satu cerita memang aku malas. makanya siapa yang berminat nak tau lebih lanjut, adalah lebih baik untuk google ataupun paling senang tengok 'trailer' di youtube. tapi kalau tengok di youtube biasanya tak berapa puas. kalau susah nak dapat vcd original, bolehlah download di internet. Dan sesiapa yang mempunyai cerita yang seangkatan dengan cerita macam yang aku listkan di atas, tolonglah bagi cadangan. Sekian ~N~


Friday, June 3, 2011

Pulau Mantanani





Salam

Sabah cuti 4 hari sempena Pesta Keamatan pada 30 & 31 Mei. Macam tiada apa-apa pun Pesta Keaamatan ni. itu tak penting, yang penting dapat cuti extra 2 hari. Nak balik, tapi tiket mahal. maka terpaksa menghabiskan masa di Sabah.


Rancangan untuk ke Pulau Mantanani hanya dibuat 3 hari sebelum. Kalau di semenanjung, tak mungkin merancang nak pergi bercuti ke pulau-pulau macam ni dalam masa 3 hari. Tapi sejak duduk Sabah ni, tiba-tiba aku suka pergi pulau dan tempat cantik-cantik ni sambil snokerling melihat kebesaran Allah. nak diving belum ada lesen lagi.





Pulau Mantanani merupakan pulau yang terletak di daerah Kota Belud. Pulau yang baru hendak dikomersialkan dan masih lagi belum tercemar. terdapat 2 kampung di pantai ni. hanya satu saja penginapan untuk pelancong iaitu Mari-mari Backpackers lodge. Perjalanan dari jeti Kuala Abai ke pulau Mantanani mengambil masa selama 45 minint dan tambang rm50 sehala (mahal tu). Perjalanan terpaksa merempuh laut dalam dan dijamin basah terkena air laut. Diingatkan supaya memakai baju basahan untuk ke pulau ni.



Setibanya di sana, sangat terpegun dengan keindahan laut dan pulau ni. Air laut dia tersangatlah jernih crystal clear. tak nampak ikanlah. tapi coral nampak dari atas bot. bermandi manda ditepi pantai sudah cukup memuaskan. di tepi pantai juga boleh melihat coral dan ikan yang cantik-cantik seperti nemo, tapak sulaiman warna biru, gamat dan beberapa ikan kecil yang lain. Suatu ketiaka dulu, terdapat dugong dipulau ni, tapi dah tiada sekarang. mungkin dah mati atau berhijrah.

Kemudian kami pergi untuk snokerling di lautan yang agak dalam. lebih kurang 5 meter. sekali celup muka nak start snokerling, terus angkat kepala balik (macam nak gosok-gosok mata tapi tak boleh sebab ada goggle)..Subhanallah, tersangat cantik..macam tgh tengok lukisan. coral sangat cantik dengan ada ikan yang bermain-main di celah-celah coral. ikan yang berwarna warni biru, hijau, oren merah semua ada. ya Allah engkaulah tuhan sekalian alam yang meciptakan makhluk dengan ssempurna dan teramat cantik sekali.








Memang puas dapat tengok keindahan alam dekat Pulau Mantanani ni. cuma pertama kali snokerling dekat laut dalam tu yang buat macam nak lemas dan tak biasa. InsyaAllah jika ada rezeki, memang nak datang untuk beberapa kali lagi.


Wednesday, May 18, 2011

Mari menjajah


Salam

Walaupun aku datang ke Sabah untuk bekerja, tetapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. dengan berbekalkan peribahasa itulah aku mengorak langkah untuk teruskan berjalan-jalan sambil melihat kebesaran Allah dimuka bumi Sabah.

Rasanya dah lebih separuh dari Sabah aku dah tawan..cuma tinggal beberapa daerah je lagi yang belum pergi. dan mungkin juga ada beberapa daerah yang aku tak berminat nak pergi memandangkan tiada tempat yang menarik ditempat tersebut. mari kita tengok check list:

01 Tawau (Belum lagi sampai, rasanya nak naik flight je kot pergi sini satu hari nanti sebab agak jauh)
02 Lahad Datu (belum sampai, agak jauh kan datang juga satu hari nanti)
03 Semporna (belum sampi juga, mabul tunggu kehadiran ku)
04 Sandakan (dah sampai)
05 Tongod (lalu dah kat simpang, tapi tak perlu masuk sampai dalam hutan kot)
06 Labut Dan Sugut (tak pernah dengar nama daerah ni, mungkin hutan suluk mane tah)
07 Kota Kinabalu (of cos, wajib at least 2 kali sebulan)
08 Ranau (hari-hari kot, tempapt bermastautin)
09 Kota Belud (Dah singgah, bajau area)
10 Tamparuli (Wajib lalu bila nak pergi KK, jambatan tamparuli)
11 Penampang (Dah sampai juga, bandar lah)
12 Papar (dah sampai tapi malam tak berapa clear apa yang ada kdekat sini, tapi rumah cantik2)
13 Kudat (Dah sampai, simpang mengayau yang cantik, tapi tak dapat tegok sunset)
14 Kota Marudu (Dah lalu simpang dia, ada jagung bakar)
15 Pitas (belum sampai, perlu ke sampai sini? macam tak perlu je)
16 Beaufort/ DL Mampakur (dah sampai, banjir tapi pekan yang besar)
17 Menumbuk (dah sampai, macam tiada pekan cuma ada jeti ke Labuan)
18 Sipitang (belum sampai, tunggu musim buah kata Yeq baru datang)
19 Tenom (belum sampai, datang untuk rafting satu hari nanti)
20 Nabawan (tak perlu kot datang sini, jauh teramat, dapat elaun kesusahan lagi kalau kerja sini)
21 Keningau (belum sampai lagi, mungkin datang akan datang juga)
22 Tambunan (dah sampai, ada air terjun mahua, pekan dia agak boring)
23 Labuan (Dah sampai, 2 jam cukup boleh khatam satu pulau, takdelah murah sangat)
24 Kunak (Belum sampai, mungkin akan lalu je suatu hari nanti, macam tiada yang menarik)
25 Beluran (dah sampai, daerah kaya dengan udang yang besar & murah..nyum3x)
26 Tenghilan (tak pernah dengar, mungkin juga terletak di ceruk suluk mana ntah)
27 Bundu Tuhan (ni rasanya dekat Ranau, kira daerah ke? dah lalu jugak setiap kali pergi KK)
28 Menggatal/ Inanam (dah sampai, bandar je)
29 Kinabatangan (tempat hanip & jat, dah sampai, bosan, tapi ada sukau yg belum sampai)
30 Banggi (tak berminat kot nak menjelajah sampai pulau banggi ni)
31 Tuaran (dah sampai, biasa-biasa jer)
32 Kuala Penyu (dah sampai, pekan yang sunyi tapi bersih)
33 Telupid (dah sampai, tengah-tengah antara Ranau & Sandakan, tak menarik)
Ungu = Daerah yang telah dijelajah

Merah = Daerah yang ingin dijajah

hitam = Tiada nafsu untuk dijajah

19/33 daerah dah dijelajah daripada semua daerah = 60.6%

19/26 daerah dah dijelajah daripada daerah yang ingin dijajah = 73%

Kesimpulan: tinggal sikit je lagi tepat yang hendak jalan tapi belum kesempatan..soalan yang bermain difikiran. dah boleh hantar borang pindah ke belum??



Sunday, May 8, 2011

Please do self check in!!


Salam

Akhirnya ada juga post setelah sebulan tak menaip untuk blog tercinta. Ok hari ni nak cerita pasal syarikat tambang murah AirAsia. Memandangkan aku ni duduk di seberang laut (oversea), maka pengangkutan yang boleh digunakan untuk pulang ke kampung halaman Banting tercinta adalah dengan menaiki kapal terbang.

Alhamdulillah sekarang dah banyak kapal terbang ke Kota Kinabalu yang menggalakkan aku untuk kerap pulang ke semenanjung. Syarikat yang ada adalah:
i) AirAsia- 12x sehari
ii) Firefly- 5x sehari
iii) Mas- Ntah..adalah beberapa flight

Sekarang nak cerita pasal AirAsia sebab dia yang paling kerap menawarkan tambang murah dan dialah yang paling orang ramai suka naik. Sila buat self check in di rumah sebelum menaiki AirAsia. Kalo tiada printer atau komputer atau internet di rumah sila pergi ke cybercafe atau pergi rumah jiran atau rumah orang yang tidak dikenali (kalau tak malu) untuk membuat self check in.

Apa ke binatang self check in tu? self check in maksudnya buat boarding pass@tiket dari rumah. dan bila sampai airport terus masuk. kalau ada beg, cuma masukkan beg guna kaunter. tak payah suruh mereka buat tiket untuk anda.

Kenapa? Sebab AirAsia sedang mengganas sekarang. Mereka sangat strict dan cuba mengaut keuntungan atas kelewatan kita. Sebelum ni mereka agak bermurah hati tetapi sekarang agak kurang ajar. Mungkin polisi mereka agar penumpang check in 1 jam sebelum penerbangan (aku tak pernah baca). dan jika lewat dari 1jam walaupun 10 min mereka tidak benarkan kita buat boarding pass. tak kiralah korang nak merayu atau menangis sampai banjir sekali pun.

Apa yang berlaku pada aku? Flight aku pukul 1250 dan aku sampai di LCCT pukul 1205. terus ke kiosk check in tapi tak boleh nak buat. dan beratur selama 10 minit di kaunter untuk mendapatkan boarding pass dan dia telah kata gate dah tutup dan suruh aku pergi kaunter 16. Pergi ke kaunter 16 ingatkan membantu. rupanya dia suruh aku beli tiket baru untuk next flight yang berharga RM230. Yang buat aku marah sebab kapal terbang kita ada lagi dan orang belum masuk pun lagi tapi dia tak bagi kita masuk..huh

Ape perasaan anda jika kena macam ni? Nasib baik hari tu gaji baru masuk. terpaksalah aku beli memandangkan keesokan harinya aku bekerja. Orang yang beratur belakang aku pun kebanyakkannya satu flight dengan aku dan dipaksa untuk beli tiket baru. Aku seorang takpe. cuba bayangkan kalau korang datang satu rombongan ada 10 orang..nak beli tiket baru ke? Kalau student macam mana?

Oleh itu, sila buat self check in sebelum menaiki AirAsia. mungkin modal untuk ke cyber cafe cuma rm3 termasuk print. tapi itu lebih menguntungkan daripada rugi Rm230 untuk benda mengarut macam ni. Kalau yang tak tau macam nak buat tu, sila belajar kerana sangat senang nak buat self check in. buka website airasia cari perkataan self check in di bahagian bawah kiri. pastu masukkan booking number dan masukkan arah tujuan kita beserta waktu flight. kemudian tekan continue, continue sampai print.

Ok tu saja..Semoga bermanfaat dan selamat beramal..~N~