Wednesday, October 5, 2011
Anjing
Salam
Seperti yang pernah diceritakan sebelum ni, di Sabah kuantiti anjing adalah agak banyak dan banyak berkeliaran di rumah-rumah dan tepi jalan. Bagi orang Islam, anjing adalah najis mughallazah, iaitu kita perlu menyamak (ada orang kata kena sertu) jika terpegang atau tersentuh dengan mereka.
Apa yang kita akan buat bila kita ternampak anjing?
Baling batu? baling kayu? cabut lari?
Jujur pada diri sendiri, dulu bila nampak anjing aku akan lari atau "ssshhuuhh"kan anjing tu. tapi di Sabah ni anjing terlalu banyak. rumah yang aku sewa sekarang ni kanan kiri bela anjing yang dah bercucu cicit. sangat banyak. tapi biasanya kita memang benci anjing. Sebab kita malas nak menyamak atau takut anjing kejar kita dan gigit. tapi bila aku fikir balik, jika Rasulullah nampak anjing adakah rasulullah akan baling anjing dengan batu?
Ni nak cerita sedikit:
Sewaktu perjalanan Rasulullah dari Madinah ke Mekah pada tahun kemenangan (Ya'um al fath) atas kota Mekah. Nabi melihat seekor ibu anjing berbaring disisi jalan dengan anaknya yang baru lahir. Anjing itu sedang menyusukan anak-anaknya. Beliau khuatir pasukan Islam yang ramai itu akan mengganggu keasyikkan anak anjing itu menyusu atau mungkin akan mencederakannya. Maka Rasullulah telah menyuruh seorang sahabat yang bernama Ju'ayl untuk menjaga anjing itu sehingga habis pasukan Islam melewati anjing itu.
Lihatlah betapa mulianya budi pekerti Rasulullah berbanding kita. tak kiralah binatang tu najis mughallazah sekalipun. Beliau bukan sahaja berbuat baik kepada manusia bahkan berbuat baik kepada setiap yang bernyawa. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasullulah SAW, apakah kami memperoleh pahala karena kami berbuat baik kepada haiwan?” Rasullulah SAW menjawab, “Kita memperoleh pahala karena berbuat baik kepada setiap yang bernyawa.”
Dalam hadist lain, Rasullulah SAW menceritakan bahwa suatu ketika ada seorang pelacur sedang berjalan kaki, dia merasa sangat haus, kemudian turun ke sumur dengan bersusah payah untuk minum. semasa dia keluar, dia telah melihat seekor anjing yang mengeluarkan lidahnya karena kehausan. Pelacur itu berkata pada dirinya sendiri, “Anjing ini sedang menderita seperti apa yang aku rasakan tadi,” Lalu dia kembali turun ke sumur dan penuhi kasutnya dengan air, serta memberikan airnya kepada si anjing. Sungguh Allah SWT berterima kasih kepadanya, dan Dia serta merta mengampuni dosa si pelacur itu.
Kadang-kadang pernah tak kita terfikir kenapa Allah mengkategorikan anjing sebagai najis mughallazah. antara sebabnya adalah anjing ni adalah haiwan yang makan segalanya. makan benda yang kotor dan makan juga makanan yang bersih. Apa hikmahnya? Hikmahnya adalah Allah menyuruh kita berbuat baik pada anjing ni atau lebih umum lagi berbuat baik kepada semua makhluk Allah.
Rakyat Malaysia inikan dikurniakan Allah dengan rezeki yang melimpah-ruah. sehingga kadang-kadang membazir dan membuang makanan. Apa kata kita niatkan makanan yang kita nak buang tu kita sedekahkan kepada anjing ataupun haiwan-haiwan lain. Mungkin lepas ni, jika kita ada kuih, nasi, mee, bihun dll yang terlebih yang dah nak basi tu, kita bagi pada anjing ditepi jalan. Makanan kat rumah kita pun clear dan tak busuk, pada masa yang sama anjing pun kenyang dan kita pun dapat pahala.
Abu Uthman Sa'id al-Abbas al-Razi mentakrij daripada Ibn Abbas R.a, beliau berkata: "Anjing itu teramsuk jin, iaitu jenis jin yang paling lemah. Sesiapa yang dihampiri anjing yang meminta makanannya, maka hendaklah dia memberikannya makanan atau hendaklah dia menghalaunya" (majalah Solusi)
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment