Friday, June 3, 2011

Pulau Mantanani





Salam

Sabah cuti 4 hari sempena Pesta Keamatan pada 30 & 31 Mei. Macam tiada apa-apa pun Pesta Keaamatan ni. itu tak penting, yang penting dapat cuti extra 2 hari. Nak balik, tapi tiket mahal. maka terpaksa menghabiskan masa di Sabah.


Rancangan untuk ke Pulau Mantanani hanya dibuat 3 hari sebelum. Kalau di semenanjung, tak mungkin merancang nak pergi bercuti ke pulau-pulau macam ni dalam masa 3 hari. Tapi sejak duduk Sabah ni, tiba-tiba aku suka pergi pulau dan tempat cantik-cantik ni sambil snokerling melihat kebesaran Allah. nak diving belum ada lesen lagi.





Pulau Mantanani merupakan pulau yang terletak di daerah Kota Belud. Pulau yang baru hendak dikomersialkan dan masih lagi belum tercemar. terdapat 2 kampung di pantai ni. hanya satu saja penginapan untuk pelancong iaitu Mari-mari Backpackers lodge. Perjalanan dari jeti Kuala Abai ke pulau Mantanani mengambil masa selama 45 minint dan tambang rm50 sehala (mahal tu). Perjalanan terpaksa merempuh laut dalam dan dijamin basah terkena air laut. Diingatkan supaya memakai baju basahan untuk ke pulau ni.



Setibanya di sana, sangat terpegun dengan keindahan laut dan pulau ni. Air laut dia tersangatlah jernih crystal clear. tak nampak ikanlah. tapi coral nampak dari atas bot. bermandi manda ditepi pantai sudah cukup memuaskan. di tepi pantai juga boleh melihat coral dan ikan yang cantik-cantik seperti nemo, tapak sulaiman warna biru, gamat dan beberapa ikan kecil yang lain. Suatu ketiaka dulu, terdapat dugong dipulau ni, tapi dah tiada sekarang. mungkin dah mati atau berhijrah.

Kemudian kami pergi untuk snokerling di lautan yang agak dalam. lebih kurang 5 meter. sekali celup muka nak start snokerling, terus angkat kepala balik (macam nak gosok-gosok mata tapi tak boleh sebab ada goggle)..Subhanallah, tersangat cantik..macam tgh tengok lukisan. coral sangat cantik dengan ada ikan yang bermain-main di celah-celah coral. ikan yang berwarna warni biru, hijau, oren merah semua ada. ya Allah engkaulah tuhan sekalian alam yang meciptakan makhluk dengan ssempurna dan teramat cantik sekali.








Memang puas dapat tengok keindahan alam dekat Pulau Mantanani ni. cuma pertama kali snokerling dekat laut dalam tu yang buat macam nak lemas dan tak biasa. InsyaAllah jika ada rezeki, memang nak datang untuk beberapa kali lagi.


7 comments:

cikikasyed said...

bot transfer jetty - pulau = rm50. harga untuk pegi snorkeling pulak berapa rm yer? thank u

Mariam =P said...

walla~ cantik gak hidupan laut pulau ni~ cuma persekitaran agak xbest~huhu
ko g la pulau redang hazwan~ lg best~

hazwanali said...

cikikasyed: snokerling rm20 per session tp fin n goggle kena sewa lain..rm10 each.

mariam: pulau redang jauh..haha...tunggu aku pindah semenanjung balik baru aku pi sana..nk tgk gak betul ke tak ape yang ko gembar-gemburkan ni..haha

Hunny Kitty said...

next trip mmg nak ke mantanani hari tu tak cukup hari nak singgah sini...

diari rara said...

sy nk honeymoon sana.bpe bajet utk accomodation kt lodge tu?

hazwanali said...

@nor azira: Stay dekat lodge tu murah RM50/night/person (harga pada masa tu). Dia boleh masuk 4 orang per chalet tu. cuma tambah kos bot + makan + aktiviti jadinya banyak sikitlah..ada juga orang pergi daytrip je tapi harga saya tak sure

Zila said...

wow beautiful scenery. tgk dekat online, mari2 backpacker tu mcm mhl je. 50/night tu mari2 ke?