Salam
Ya Allah berikanlah aku kekuatan..itu saja yang mampu aku berdoa. Hidup diperantauan ni, kawan itu adalah kawan, kawan itu adalah keluarga dan kawan itulah pengubat luka tempat berkongsi suka duka. Bukan satu, bukan dua tapi tiga orang kawan aku yang akan berpindah serentak.
Itu kawan yang memang confirm dapat pindah. Ni yang dah tinggal tunggu tempat nak pindah dah ada beberapa orang. Adakah aku orang yang akan menjadi pemerhati setiap seorang kawan aku ni pergi meninggalkan bumi Ranau? Tak sanggupnya nak menghadapi kesedihan ini.
Masih adakah rakan nak berborak dan bertukar-tukar cerita. Tempat meluah perasaan, pengubat kebosanan dan mengisi masa lapang ketika hari cuti. Tak taulah ada lagi kah kemanisan tinggal disini bila orang yang rapat dengan aku semuanya pergi meninggalkan.
Bersabar, bersabar, bersabar..tu je yang mampu aku buat. Ya Allah berikanlah kekuatan aku untuk teruskan hidup. Walau kita tidak suka macam mana pun perpisahan itu, perpisahan tetap akan terjadi. InsyaAllah yang pergi akan ada pengganti. Cuma memberi tumpuan dan ikhlas pada kerja. Hidup perlu diteruskan. Aku masih ada Allah sebagai peneman hidupku. Ya Allah aku redha dengan perpisahan ini, maka aku mohon keredhaaaMu ya Allah, jadikanlah kecintaan aku kepada Mu mengatasi segala bentuk kecintaan.Amiin
Hadis daripada Abu Hurairah,Rasulullah S.A.W bersabda...
Apabila akhirat nanti, ada 7 orang yang akan mendapat naungan Allah.Mereka adalah:
-imam yang adil
-pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah
-lelaki yang hatinya terikat kepada masjid
-dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah dgn mengharapkan keredhaanNya
-lelaki yang menolak pelawaan wanita yang rupawan lagi bangsawan dan hartawan yg mengajaknya untuk melakukan kemungkaran
-lelaki yang bersedekah secara diam-diam
-lelaki yang mengingati Allah, lalu menitis air matanya
3 comments:
Aku tau ni ms aku n pokcik dpt pindah ni.. haha.. touching jg ko wan. Tq.aku pun terharu gak ni. Walau dh brthn. Ahakkss.. :)
P/s : yg pergi akan ada pnganti?? Amboi2..
Erk. Apsal kuar nm penuh. Ciss
@athirah jujur gila kau ni keluar nama penuh. Waktu tu thiru sekali pindah. Terpaksa baca semula semua sebab cerita dah lama. haha.
Post a Comment