Thursday, January 1, 2009

Kita Rakyat Palestin


salam

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan orang mukmin dalam kasih, sayang dan kelembutannya bagaikan satu tubuh, jika ada bahagian tubuh yang merasa sakit, maka seluruh tubuhnya juga ikut merasakannya dengan tidak boleh tidur dan merasa riang”.

Beginilah perumpamaan yang digariskan oleh Rasulullah tentang ukhwah berlandaskan Islam. Namun, kita sekarang ramai yang leka dan tidak ambil tahu tentang umat Islam lebih-lebih lagi tentang umat Islam di Palestin. Lihatlah bagaimana kanak-kanak dan wanita yang tidak bersalah yang mana beragama Islam mereka bunuh dengan sewenang-wenangnya. Mungkin kita tidak sedih sebab kita tak mengalaminya. Cuba luangkan masa sekejap dan fikirkan yang peristiwa terjadi terhadap Palestin ni berlaku kepada kita dan keluarga kita.

Rakyat Palestine tidak pernah tidur lena kerana pada bila-bila masa sahaja nyawa mereka dan ahli keluarga mereka akan melayang. Bukan sahaja nyawa mereka sahaja jadi ancaman malah bantuan kemanusiaan kepada mereka dicatu oleh orang Israel laknatullah yang menguasai sempadan. Cuba kita fikirkan, negara yang mengalami kemusnahan, sudah tentulah kegiatan sosioekonomi mereka lumpuh, macam mana mereka hendak hidup sekiranya tanpa bantuan pihak-pihak luar. Jika kita sebagai ibu bapa, apa yang nak kita nak jawab apabila bayi dan anak-anak kecil merengek-merengek meminta makanan?



Teringat aku tentang buku dari Beirut ke Jerusalem karangan Dr Ang Swee Chai. Umat islam di Palestine terpaksa makan rumput dan pohon-pohon untuk meneruskan hidup. Apa yang lebih menyedihkan, mereka meminta para ulama’ mengeluarkan fatwa supaya menghalalkan untuk memakan mayat iaitu daging manusia yang merupakan ahli mereka sendiri. Sampai tak hati kita nak makan daging mak ayah kita untuk meneruskan hidup? Itulah yang terjadi kepada saudara kita di Plestin

Apa yang aku nak ingatkan ialah janganlah kita jadi umat Islam yang langsung tidak ambil peduli tentang saudara kita sendiri. Jika di akhirat kelak kita ditanyakan tentang sumbangan atau bantuan kita terhadap umat Islam Palestin yang memperjuangkan agama yang sama dengan kita iaitu Islam, apakah yang kita nak jawab dengan Allah? Tolonglah fikirkan. Cuma apa yang aku harapkan, sebagai umat Islam yang mengambil berat tentang saudara mereka sendiri, sekurang-kurangnya kita mendoakan kesejahteraaan pada Palestin dan mudah-mudahan Allah memberi pertolongan untuk para mujahid terus membela tanah air mereka dan yang lebih penting agama Islam kita. ~N~

No comments: