Thursday, December 18, 2008
Alahai Mc Donalds
Salam
“Mahalnya, minyak turun tapi makanan makin mahal”. Perkataan pertama terdetik dalam hati aku apabila membeli ‘Prosperity Burger’ di Mc Donalds. Tidak dapat dinafikan bahawa ‘Prosperity Burger’ yang hanya keluar setahun sekali sewaktu hampir-hampir Tahun Baru Cina ini adalah antara burger kegemaran aku. Setiap tahun boleh katakan aku akan membelinya setelah melihat iklannya yang menggiurkan tu.
Tapi tahun ni aku rasakan macam tidak berbaloi untuk makan ‘Prosperity Burger’ yang mana setnya yang hanya burger, air gas dan ‘curly fries’ tu berharga Rm14+ (ni harga seketul daging, yang ‘Double Prosperity’ RM18+ - ya ampun mahal sungguh). Sedap tu memang sedap. Tapi RM18 tu untuk sekali makan aku rasa melampau yang mana sama dengan 2 hari makan makanan kat restoran biasa. Bukannya ‘Prosperity Burger’ je yang aku rasa mahal, tapi boleh katakan semualah dah mahal.
Lagi satu makanan McD yang aku rasa tak berbaloi adalah McFlurry. Masa bulan puasa dulu last aku makan aiskrim ni. Lebih kurang RM5 lah juga harganya. Aiskrim untuk seorang berharga RM5. Aku rasa tak berbaloi. Cadangan aku daripada beli McFlurry tu, lebih baik korang beli aiskrim kat supermarket jenama Nestle, Walls, Kings dll yang boleh dapat dengan harga RM5 juga. Bukannya tak sedap. Lagi puas makan, siap boleh makan ramai-ramai lagi. Dapatlah juga pahala sedekah.
Ramai juga kawan-kawan aku ‘complain’ tentang harga makanan McD yang melampau sekarang ni (ingatkan aku seorang je). Rungutan yang biasa aku dengar, “Sekarang ni, kalau takde orang nak belanja aku makan kat McD takdelah aku pegi” (aku mengharap juga kalau ada orang nak belanja ).
Kadang-kadang bila makan makanan mahal-mahal ni aku teringat cerita ‘Bersamamu’. Cuba kita tengok macam mana diorang susah payah nak besarkan anak yang ramai yang mana pendapatan cuma RM10 atau RM20 sehari. Kita ni lebak-lebuk, sekali makan McD tu sama dengan pendapatan diorang makan anak-beranak sehari. Lagi satu, cuba kita tengok macam mana orang di Kemboja dan Sudan. Semuanya kurus kering tak cukup makan. Kadang-kadang makan daging pun setahun sekali tu pun waktu raya korban. Sesetengah dari kita termasuk aku, kalau masak ikan rebus atau kuah tumis air tu terus merungut tak nak makan.
Aku bukannya anti McD atau melarang orang lain makan fast food. Aku pun jenis makan juga fast food ni (ada pula orang takut ajak aku gi makan fast food pula lepas ni). Kalau orang ajak, aku pergi ja. Tapi cuma aku nak sarankan agar kurangkan makan fast food ni lebih-lebih McD. Sekali-sekala nak makan tu boleh, tapi nak dijadikan makanan ruji janganlah. Dengan harga RM18 tu macam-macam boleh beli. Aku rasa makan RM8 tu kalau di restoran biasa tu dah cukup sedap makanan yang kita boleh dapat. Lepas tu lagi RM10 buat sedekah untuk masjid lagi elok.
Teringat pula nasihat Saidina Uthman Radiallahu Anhu:
Barang siapa yang suka kepada makanan yang lazat dan mewah harus sentiasa ingat bahawa badannya terpaksa berlapar di akhirat.~N~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Apa kata ramai-ramai kita boikot McD..itu kan salah satu produk YahuDi?hehe..tp tulah.."said is easier than done"..untuk diri sendiri ni..
betul tu..kalo tak dapat nak boikot, at least kurangkan..lagpun fast food x baik utk kesihatan..
jangan cari dan makan di McD, itu yahudi punya..boikot2...lupakan ...tukar ke pizza , kfc, marrybrown atau tempat yg lebih ekonomic...
Post a Comment