Monday, January 5, 2009
10 Sahabat Dijanjikan Syurga
salam
1) Abu Bakar As Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin Affan
4) Ali bin Abi Thalib
5) Talhah bin Ubaidullah
6) Zubair bin Al Awwam
7) Abdul Rahman bin ‘Auf
8) Saad bin Abi Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah
Inilah 10 sahabat Rasulullah S.A.W. yang mana sejak hidup di dunia lagi mereka telah dijanjikan Syurga oleh Allah. Kita (termasuk aku) sering kali mencari biodata tentang orang terkaya di dunia, orang yang paling berpengaruh di dunia dan macam-macam lagi tapi jarang mengambil tahu tentang biodata para sahabat yang sememangnya mempunyai akhlak yang terpuji. Sedarlah kita bahawa orang-orang barat yang kita kagumi sebelum ini hanya kita boleh contohi untuk kehidupan dunia sahaja tetapi para sahabat ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga.
Nama-nama sahabat ni juga ada yang baru aku dengar buat pertama kali. Tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya baru tahu daripada langsung tak tahu dan tak nak ambil tahu lagi teruk. Mungkin pernah belajar dalam subjek pendidikan Islam masa sekolah dulu tapi lupa. Biasalah kebanyakan kita belajar di sekolah hanya sekadar untuk exam sahaja. Lepas exam habis semua hilang termasuk aku.
Buku ni aku beli waktu Pesta buku Selangor berharga RM15 keluaran Klang Book Centre. Bukunya agak ringkas. Cuma bagi aku teknik penceritaan buku ni perlu dimantapkan lagi agar pembaca lebih tertarik untuk membaca. Ni aku ceritakan serba sedikit tentang 10 sahabat ni.
Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.
Saidina Umar Al Khattab adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasullah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah dikalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“.
Saidina Uthman bin Affan adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. , Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“.
Saidina Ali adalah sepupu rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan belaiutelah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz alquran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, dimana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan.
Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga. Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“.
Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“. Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.
Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.~N~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam wbt akhi.. saya mintak pinjam artikel ni ye.. nk smpikn kpda rakan2.. jazakallah!~ :D
its useful indeed...
million thnx
Salam.. saya minta izin nak copy entry ni ye.. :) saya akan letak link saudara nanti ye..
sesiapa nak copy entry yang serba ringkas ni..silakan..tiada bayaran dikenakan
Hi, yup this paragraph is genuinely nice and I have
learned lot of things from it concerning blogging.
thanks.
Feel free to surf to my web page ... Cheap Ray Ban Sunglasses
Post a Comment