Thursday, September 4, 2008
Dari Beirut ke Jerusalem
salam..
ni buku terbaru yg aku habis baca..buku kisah benar tulisan Dr Ang Swee Chai..satu buku yang amat menakjubkan n aku vote 5 bintang utk buku ni..mula2 macam tak berminat utk baca..setelah di trigger oleh classmate utk bacanye br lah aku baca..sbb akunye perception: buku yg berkaitaan org Palestin kenapa pulak orang cina yg tulis..mesti dia ada terpesong2 sikit crite pasal rakyat Palestin n Islam..
Dr Swee merupakan anak kelahiran Malaysia yg dibesarkan di Singapura dan menetap di Britain..beragama kristian dan beliau merupakan seorang pakar ortopedik yg pernah bertugas di beirut sewaktu peristiwa serangan di kem Sabra dan Shatila 1982..beliau sanggup mengumpul dana bg membantu org palestin dan menubuhkan persatuan yg membela nasib rakyat Palestin..beliau juga diancam bunuh oleh musuh kerana bersahabat dengan rakyat Palestin..
apa yg menariknya buku ni, ia di tulis berdasarkan persepsi org bukan Islam yg pada mulanya beranggapan bahawa org Islam sbg pengganas dan yakin ape yg Yahudi dan Kristian buat keatas umat Islam Palestin adalah betul dan tidak menyalahi undang2..setelah berada di Beirut bersama2 org Palestin, pandangan ini semuanya berubah dan menyedari bahawa org Palestin dizalimi, dibunuh serta di seksa seperti binatang..
apa yang menyedihkan sekali adalah peristiwa di Kem Sabra dan Shatila..dimana setelah pejuang pembebasan Palestin(PLO) yg merupakan ketua keluarga dan pejuang2 palestine ini dihantar pulang serta meninggalkan kem..askar Israel telah datang untuk menyerang penduduk2 kem yg majoritinya adalah kaum wanita dan kanak2 tanpa belas kasihan..sehingga pesakit yg berada dihospital juga dibunuh..mereka membunuh semua yg bergelar rakyat Palestin dan ada juga kaum wanita diseksa serta dirogol..padahal waktu itu rakyat palestin baru sahaja ingin memulakan hidup baru setelah tamatnya perang..
banyak cerita dalam buku ni membuatkan hati tersentuh dan sebak..aku sarankan kepada rakan2 yg merasakan diri mereka adalah saudara kepada umat Islam di Palestin tolong bacalah buku ni..banyak pengajaran yg dapat kita perolehi dan blh memotivasikan diri kita..dan setelah membaca buku ni marilah kita doakan agar Dr Swee diberikan hidayah oleh Allah atas keperihatinan beliau..
pengajaran yg diperolehi:
1. bantulah orang lain yg memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa agama dan warna kulit..tanamkan perasaan simpati keatas musibah orang lain dan buangkan semua perasaan benci, geli, jijik dll..kerana semua manusia dalah makhluk ciptaan Allah..ini ditunjukkan oleh Dr Swee yg sanggup bersusah payah utk memperjuangkan hak rakyat Palestin
2. hormatilah tetamu..ini dapat dilihat dimana sikap org Palestin yg sgt menghormati tetamu dan gemar memberikan hadiah & cenderahati yg terbaik yg mereka ada kepada tetamu..
3. tiada perasaan putus asa dalam naluri rakyat Palestine..mereka dihalau dari tanah air mereka sendiri dan menjadi pelarian di negara org..pada masa yg sama hidup mereka tidak pernah aman dimana ahli keluarga mereka dibunuh dan rumah mereka dimusnahkan..tapi mereka tidak pernah putus asa dan tetap berjuang mempertahankan hak mereka walupun kesediahan menghimpit hidup..
4. redha dengan setiap ketentuan tuhan..walaupun diuji dengan kemusnahan dan kematian..penduduk Palestin akan tabah meneruskan hisup serta redha dengan setiap ketentuanNya..ini kerana jika mereka bersedih bermakna mereka telah mengaku kalah dan memberi kemenangan kepada musuh
5. sabar dalam menempuhi dugaan..kerana setiap org yg bersabar sentiasa menemui kejayaan..
ni ada link n gambar2 yg dirakamkan oleh Dr Swee: link
mari sama2 kita doakan agar rakyat Palestin dapathidup aman damai dan Allah akan mengampunkan dosa para syuhada' yg telah berjuang untuk Palestin..Aminn ~N~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
nanti aku try carik..n kalau sempat nak baca..huhu
best giler..rugi tak baca..
penduduk dalam kem yang dikepong mengalami kebuluran makanan, masalah kesihatan, tiada air dan ubat-ubatan..lalu mereka meminta mengeluarkan fatwa memakan daging manusia mati dan kucing...aduh, pilunya
betul tu..kita kat sini..duk pulun melantak sampai senak2 perut..pastu tak abis buang pulak..diorg sampai nak makn daging manusia n daging ahli keluarga sendiri..sedih tu...
jangan kita hanya cakap..kesian..simpati..sedih..jom sesama kita menyumbang sesuatu untuk saudara-saudara kita di Palestin..mereka bukan nak meraih simpati kerana itu bukan sikap pejuang sejati..tapi, mengharapkan semangat jihad dan juang bersama-sama membantu menentang Israel..Yahudi..dan musuh-musuh Islam..say NO to Yahudi..boikot Yahudi!!hulurkan tangan..ringankan beban..=) Allahuakbar..!!
Post a Comment