Thursday, January 22, 2009
Budaya Walimatul Urus
Salam
Pada musim-musim cuti ni, hujung minggu kita tidak sah kalau tiada jemputan walimatul urus (majlis perkahwinan). Di Selangor (aku tak tau macam mana di tempat lain), majlis perkahwinan biasanya disambut agak besar-besaran tak kira sama ada rumah lelaki atau rumah perempuan. Berpuluh-puluh atau belasan ribu ringgit jugalah habis. Tu yang banyak pihak perempuan hentam habis pihak lelaki tang duit hantaran tu.
Apa yang aku nak tekankan di sini tentang budaya majlis perkahwinan sekarang ni. Yang paling aku pelik tentang cenderahati @ goodies yang biasanya diberikan kepada tetamu yang hadir. Budaya sekarang, tuan rumah seolah-olah bertanding siapa yang memberikan cenderahati paling banyak, mahal atau cantik. Aku rasa 10 tahun akan datang, tuan rumah bagi cenderahati dalam guni kot. Bagi aku itu tak menjadi masalah. Asalkan cenderahati yang diberikan itu seikhlas yang mungkin.
Pada masa sekarang ini, yang menjadi masalahnya cenderahati yang pelbagai itu hanya diberikan kepada tetamu yang menghulur. Menghulur ni maksudnya yang memberikan duit sebagai sedekah kepada tuan rumah. Pada pandangan aku budaya ni sungguh tidak molek. Kita perlu balik kepada tujuan asal majlis perkahwinan itu sendiri iaitu untuk memberitahu tetangga atau sedara mara tentang hubungan yang terikat antara lelaki dan perempuan (pengantin) adalah sah mengikut syariat dan untuk menjauhkan fitnah.
Memberi cenderahati kepada orang yang menghulur ni seakan-akan majlis perkahwinan yang dianjurkan itu adalah satu perniagaaan. Seolah-olah untuk mendapatkan cenderahati itu kita perlu bayar. Yang tak hulur tak dapat cenderahati. Munasabah ke? Kan tetamu tu membawa rezeki kepada kita. Bagi jelah semua. Dari segi ikhlas dengan pemberian tu aku tak berani komen sebab ikhlas tu tugas Allah. Nabi pun tidak tahu tentang keikhlasan seseorang, inikan kita yang gemar nak tuduh orang tu tak ikhlaslah, orang ni tak ikhlaslah. Nauzubillah.
Aku ingat masa zaman aku kecil-kecil dulu. Biasanya tuan rumah bagi telur kepada setiap tetamu yang datang dan budak-budak dapat gula-gula. Aku rasa budaya ni lagi elok daripada budaya sekarang ni. Kita kena ingat yang bukan semua tetamu yang datang tu golongan berada. Siapa yang tahu, entah-entah tetamu tu nak datang rumah kita susah payah guna duit simpanan mereka dan datang susah-susah naik bas atau teksi semata-mata untuk memenuhi undangan. Kalau rasa mahal sangat cenderahati tu untuk diberikan kepada semua tetamu, cuba kurangkan kepelbagaian dalam goodies tu dan tambahkan bilangannya. Malu atau jatuh standard ke kalau bagi goodies yang tak cantik atau tak mahal ?. Bagilah apapun, mulut manusia ni bukan boleh ditutup mesti ada yang nak dikatakan. Biarkan diorang nak kata apa pun, tu urusan diorang dengan Allah di akhirat nanti.
Budaya sesetengah orang jawa untuk majlis perkahwinan patut mendapat pujian(bukan sebab aku orang jawa). Biasanya, mereka memberikan ‘berkat’ kepada tetamu yang nak pulang. ‘Berkat’ ni bermakna mereka membekalkan tetamu yang datang dengan nasi dan lauk pauk. Cenderahati tu memang dah bagi kepada semua orang. Tapi biasanya modal dan kuantiti yang nak masak perlu digandakan. Budaya ni pun dah semakin jarang kita tengok sebab sekarang zaman moden ni semuanya katering. Tuan katering pun masak cukup-cukup mengikut bilangan kepala yang dianggarkan datang.
Ada lagi satu budaya tuan rumah yang aku dengar yang mana bagi aku perlulah dihindarkan. Budaya ni pun teruk juga. Iaitu, Tuan rumah mencatatkan nama tetamu yang sedekah tu dan jumlah yang disedekahkan. Siap buat ‘table’ tu. Nak tau sebab apa? sebab untuk rujukan tuan rumah tentang kadar yang dia hendak sedekah bila tetamu ni buat majlis perkahwinan nanti. Contohnya, kalau tetamu ni sedekah RM4, nanti dia buat majlis dia bagi balik RM4. Kan buruk perangainya tu. Nauzubillah. Cubalah sedekah tu ikut seikhlas hati.
Sebagai nasihat aku kepada rakan-rakan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan, tolonglah nasihatkan kepada ibubapa korang semua. Kalau nak sedekah kepada tetamu tu janganlah pilih bulu. Nak sedekah tu sedekah saja kepada semua. Tak payah nak mengharap balasan daripada orang. Cuma ingat setiap perkara yang yang baik atau buruk tu semua akan diperhitungkan di akhirat nanti. InsyaAllah, kalau kita sedekah tu ikhlas, Allah akan melipatgandakan rezeki kita. Tak dapat di dunia, Dia akan bagi di akhirat nanti.~N~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
btol tue, aku stuju 120%
esp psal org jawa tue muahaha
aku pun nak semak kat cni gak. ko citer ni semua pasal kO pun DAH btunang n bakal nak kawen gak ke? aku nasehatkan ko besedekah le byk2 bile aku dtg majlis ko nanti ye hazwan. aku xyah SALAM KERUK pun xpe kan2?? hahha
itu bezanya ADAT dan SYARIAT.orang sekarang malu kalau langgar adat tapi tak kisah kalau ketepikan syariat.."biar mati anak jangan mati adat"?..maaf, aku tidak pernah bersetuju dengan pepatah ini..
tulah pasal..org sekarang ni malu dengan manusia lebih dari malu dgn Allah..kpd Odah..aku blm bertunang bahkan kawin..ura2 pun takde..utk kawan2 takyah salam keruk pun takpe..tp kene bg hadiah mahal..wahaha..utk widi..org jawa mmg murah hati...ko kawin nnti aku nk seguni lauk..haha
emm..ape yg penting sbenarnye pengantin tu kawin dan berita tu dikhabarkan kpade masyarakat..ko nak bagi salam keruk ke,ko nak bagi hadiah ke, suke ati ko..asal ko ikhlas..bukan nanti ngungkit or canang2kan ape yg ko da bagi tu..pade aku souvenir tu tak penting pun (jgn tkejut kalo aku kawin nnti tade souvenir) sbab aku pk bende ni mmbazir je..tapi tepulang kat orang..
lain padang lain belalang, lain orang lain ragam..
btw, idup JAWA!
bersederhanalah :)
amboi wan...ko tu dah nak dkat kan..??dengar2 org jauh..haha..bila nak bgtau semua org nih..lalalalala
wah betul tu surya..lebih baik tak yah bagi kalo tak ikhlas..aku rase org melayu bg cenderahati ni asalnya niatnye betul..maksudnya bila org tgk cenderahati ni..oh teringat anak si polan ni dah kawin..tp sekarang dah jadi budaya pelik2..tp yg penting is our intention..kepada muzamir..nonsense
Post a Comment