Sunday, September 26, 2010

Bagilah susu ibu..

Salam

Pesakit: tiada bagi ubat selsema?
Pembantu farmasi: Untuk budak kurang dari 2 tahun tiada ubat yang sesuai. Terus bagi saja susu ibu tu, nanti mesti baik.

Pernah tak kita dengar, kalau bayi ataupun orang dewasa sakit mata @ mata merah, kalau nak baik titiskan dengan susu ibu?

Biasanya apabila pergi ke sesuatu tempat yang baru, perkara pertama yang aku tengok adalah kelakuan masyarakat setempat. Dan aku akan cuba membezakannya dengan keadaan tempat sendiri. Setelah sampai di negeri bawah bayu ini, aku dapati kebanyakkan orang Sabah ni, sangat menghormati orang lain. walaupun pada luarannya nampak ganas, tapi pada hakikatnya mereka sangat merendah diri. Dan perkara yang paling aku kagum adalah kebanyakkan masyarakat setempat yang datang ke hospital akan membawa anak-anak kecil mereka.

Apa yang membezakannya adalah, anak-anak mereka hanya duduk diam disebelah ibubapa mereka. malah bayi yang berusia kurang dari satu tahun pun dalam dakapan ibu masing-masing tidak sedikit pun mengeluarkan suara. tidak ada anak yang berlari-lari, usik-usik barang dan juga menjerit-jerit malah jauh sekali untuk mendengar ibu memarahi anak mereka didepan orang ramai.

rahsianya adalah SUSU IBU. kenapa pula? mungkin hipotesis aku ni tak berapa tepat dan tiada bukti saintifik, tapi mungkin ada sedikit betulnya. Jika diperhatikan, ibu bapa yang membawa anak ke hospital Ranau, mereka tidak pernah membawa botol susu ataupun beg yang mengandungi botol susu, thermos dan sebagainya.

Mungkin perkara yang aku nak ceritakan ni jelek bagi kita, tapi aku tetap nak cerita. Ibu-ibu yang sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor, tanpa segan silu menyusukan anak mereka dikerusi menunggu. mungkin bagi kita perbuatan ini tidak sopan atau tidak senonoh, tapi inilah yang terbaik untuk anak kita. mungkin kita boleh terapkan perkara ini tapi dengan cara yang lebih sopan. (bukan niat untuk mengaibkan tapi untuk pengajaran- dan jangan fikir kerja aku skodeng je..mintak tolong ye)

Lagi satu, mereka tidak pernah membawa anak mereka dengan menggunakan 'stroller'. mereka akan mendukung anak mereka didalam satu kantong (biasanya kain batik) yg dikenali sebagai hambin (bahasa dusun). mungkin bagi kita di semenanjung, jika melakukan seperti ini, kita dianggap seperti kolot, orang kampung, dan memalukan. tapi mungkin cara ini hati seorang ibu dan hati seorang anak begitu hampir menjadikan hubungan anak beranak menjadi lebih akrab

Pernah sekali aku mengikuti ceramah yang disampaikan ustaz Hasan Din Al-Hafiz. Beliau berkata yang lebih kurang macam ni: ulama'-ulama' berpendapat punca anak-anak sekarang banyak yang keruntuhan akhlak adalah disebabkan susu yang diambil sewaktu kecil. Jika sejak dari kecil anak itu diberikan susu lembu, tidak mustahil, anak itu membesar dan berperangai seperti lembu. fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman, ayat: 14)




Antara kelebihan susu ibu:

1) Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

2)
mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

3)
Susu ibu bersih dan bebas bakteria

4)
mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri

5)
terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit

6)
bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

7)
susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

8) jimat duit..haha

sumber: http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/wanita/susu_ibu.htm

1 comment:

Anonymous said...

It took me a while to search on the web, only your site explain the fully details, bookmarked and thanks again.

- Laura