Salam
Jumaat pagi, semua akan bergerak ke hospital masing-masing. Satu saja teksi yang digunakan untuk menghantar 4 daripada kami ketempat berlainan. bermula dengan menghantar Anip dan Jat ke airport kerana akan menaiki flight ke Sandakan, kemudian menghantar aku ke stesen teksi jarak jauh, kemudian Nini ke beufort dan akhirnya Yek ke sipitang.
Jarak hotel ke stesen teksi jarak jauh lebih kurang 3 km dan bayaran teksi RM15. fuh terbaik lagi sekali. Kemudian aku mengambil teksi dari kota kinabalu ke ranau. teksi ni lain sikit. teksi toyota unser. boleh naik lebih kurang 7 orang dewasa. jarak ke ranau lebih kurang 100km dari KK. aku sampai di stesen teksi pukul 610 pagi dan teksi berjalan lebih kurang 700 pagi. nasib baik tak perlu punch kad. masa diambil lebih kurang 2 jam dan tambang teksi rm16. cuma lebih seringgit dari harga teksi hotel ke stesen teksi.
Perjalanan ke Ranau agak mencabar. jalan tidak begitu banyak kereta. tetapi di Sabah seperti di Shah Alam. terkenal dengan round about. Dan sampai di suatu tempat (tidak tahu nama tempat itu) bermulalah perjalanan yang mencabar. Rupanya perjalanan ke Ranau kena mendaki gunung. Saling tak tumpah perjalanan ke Cameron Highland. Tapi bagi aku, Cameron lagi mencabar. Di Ranau kereta kurang dan kurang memeningkan. Selain tu jalan disini ada masanya agak berkabus dengan teruk dan jarak penglihatan amatlah terhad.
Perjalanan menjadi semakin menarik apabila kelihatan kaki gunung kinabalu dan puncaknya. MasyaAllah, cantiknya. walaupun aku tak pernah tengok gunung kinabalu, tapi aku yakin tu gunung kinabalu sebab dia adalah paling tinggi dan berbeza dengan gunung-gunung yang lain. Dan perjalanan ke ranau akan melalui kinabalu park tempat dimana pendaki akan memulakan pendakian ke gunung Kinabalu. selepas tu, aku akan melalui pekan kundasang iaitu kaki gunung kinabalu. tempat yang sejuk dan ditepi jalan kelihatan orang menjual sayur-sayuran yang fresh-fresh. sedapnya.
lepbih kurang 12km dari kundasang barulah bertemu dengan pekan Ranau. pekan yang tidak berapa besar tetapi bukanlah kawasan yang hulu-hulu seperti yang orang semenanjung gambarkan. tiada menaiki bot, tiada orang pakai cawat dan juga tiada sumpit menyumpit..
Cukuplah tu..kalau rajin menaip akan teruskan lagi penceritaan di Ranau..~N~
No comments:
Post a Comment