Salam
Salam ramadhan diucapkan kepada semua pembaca blog aku yang serba daif ni.
sekarang kita berada di trimester ke-3 atau yang terakhir yang mana kita diminta untuk berdoa agar dijauhkan daripada api neraka. mudah-mudahan kita tergolong daripada golongan itu. Dan diharapkan pada hari-hari terakhir ni dimana terdapatnya malam lailatul qadar kita akan melipatgandakan amal ibadat. Aminn.
Hari ni aku agak kepenatan. kerna apa? kerana hari ni merupakan hari perpindahan. memindahkan barang-barang dari Melaka balik ke Banting. Terima kasih diucapkan kepada Laila dan Daniel kerana membantu aku dalam proses perpindahan ini. walaupun barang tak banyak mana pun nak pindah, tapi daripada tinggal je kat Melaka baik aku bawa balik Banting.
Sewa lori punyalah besar. 3 tan tu. tapi banyak gila kosong. kalau nak bayar seorang untuk satu lori memang lah tak termampu. nasib baik boleh share 2 orang. maka setengah jelah bayar. dan perpindahan ni rasanya tak boleh claim dengan gov, sebab aku bawak balik Banting bukan terus dibawa ke Sabah. Halal jelah.
Tinggal seminggu sahaja lagi untuk aku akan menghabiskan sisa hidup di bumi Melaka bandaraya bersejarah diiktiraf UNESCO tu. lepas ni tak taulah bila nak datang Melaka lagi. banyak sangat memori yang ditinggalkan. terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan-rakan especially PRP batch 09/10 yang banyak tolong aku. daripada aku sebatang kera. memulakan hidup dari zero to hero..haha. Dan sekarang aku terpaksa memulakan hidup baru sekali lagi. dan pengalaman dekat Melaka mungkin jadi pengajaran terbaik untuk aku meneruskan hidup baru. Kepada rakan-rakan yang masih tak dapat terima takdir dipindahkan ke tempat yang bukan pilihan, sama-sama kita yakini dan hayati kalam Allah bawah ni. Wassalam ~N~
“…barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)
No comments:
Post a Comment