Friday, August 13, 2010
Sabar Sabar Sabah Sabar Sabar
Nurse: Dik..akak nak topup vancomycin untuk patient ni lah dia dah lama on..nak serve sekarang..
briiiip..briiip...briiip (acah2 bunyi vibrate hp aku dalam kocek)
Aku: macam tu saya supply stat dose dululah..(sambil malas nak layan sebab nak angkat telefon)
aku meninggalkan nurse sambil melihat skrin hp yang banyak calar tu..
Aku: Assalmualaikum..ye Reza kenapa..?
Reza: Waalaikumsalam..Hazwan macam mane nak buat ni? Knapa kita yang kene pilih?
Aku: Ape ni Reza tak paham..?
Reza: Aku kene posting Sabah..aku dah check, ko pun sama..
Aku: ye ke? (sambil berjalan ke almari ubat sambil darah berhenti mengalir)
Sambil memegang hp dan dalam keadaaan subconscious serta terputus hubungan dunia seketika. Habis apa yang Reza leterkan, haram aku dah tak dengar. Sambil memandang ampule atropine, ranitidine, metoclopramide yang tersusun sebelah-menyebelah tu.. seperti melupakan kehadiran nurse yang meminta vancomycin yang seolah-olah tergesa-gesa tu..aku tetap memerhatikan ampule2 yang tersusun kemas hasil pengamalan '5S'. Dimanakah vancomycin?? Fikiran aku dah melayang-layang..apa yang aku patut buat? macam mana nak mulakan? kenapa mesti aku? dan beribu2 lagi soalan terkeluar...Ya Allah apa yang berlaku..?
Setelah hampir 5 minit tidak menjejakkan kaki dibumi nyata..baru aku sedar yang vancomycin tidak terletak dekat almari di depan mata aku.dan aku terus memberitahu Reza yang aku akan telefon dia nanti sebab tengah busy..sebenarnya aku dah tak boleh concentrate apa yang dia cakap...sambil mengintai nurse yang gelisah tu..aku terus beralih ke almari dimana terletaknya vancomycin..dan terus memberikan kepada nurse...dan aku terus sambung episod tidak sedarkan diri...
Habis satu hari, aku tak boleh buat kerja. hanya membelek-belek slip kuning tanpa membuat apa-apa pun. aku terus memegang Hp aku dan telefon semua orang untuk mengadu nasib. dan berjalan ke satu department ke department yang lain untuk menanyakan pendapat orang. aku dikehendaki melapor diri pada 16/8/10 sedangkan hari itu sudah 12/8/10. Ahh..tinggal 3 hari je lagi, apa harus aku buat? macam mana nak pindah barang? tiket flight tak beli lagi? surat macam mane? tak sempat nak ucap bubye lagi kat hosp M, Macam mana nak raya?
Setelah mendapat kepastian dari KKM, kami diberi masa 30 hari melapor diri. Memandangkan baru 1 batch je yang dah habis PRP dan hanya 5 orang sahaja yang dapat Sabah, makanya aku telah mebuat keputusan untuk menunggu dulu surat tawaran dari KKM dan akan melapor diri selepas raya..huhu raya puas-puas baru fikir kerja.. dan dengan muka tak malunya, aku akan meneruskan perkhidmatan aku di hosp M walaupun pahit. kalau ikutkan hati nak aje aku cuti sampai lapor diri nanti.
Walaupun pada mulanya agak pedih dan seolah-olah tidak dapat terima hakikat, tetapi akhirnya aku redha. Sesungguhnya pasti ada hikmah aku hantar ke sana dan matlamat yang perlu diselesaikan. dan aku cuba berfikiran positif yang tujuan aku ke sana adalah untuk mencari rezeki dan menimba ilmu di negeri orang. Bak kata Surya: kat Sabah ni semua cantik-cantik dan gaji pun lebih (toing toing terus mata aku bertukar kepada lambang $$). Makanya aku akan terus bersabar.. tak perlu fikirkan sangat perkara akan datang..fikirlah perkara yang berlaku hari ni..
Makanya aku akan menghirup saki baki udara di bandaraya bersejarah ni. Aku harus lebih mengutamakan bulan Ramadhan dan meningkatkan amal ibadat. Lupakan sementara perkara berkaitan Sabah.. Cuma mampu berdoa agar Allah memudahkan segala urusan..walaupun banyak dugaan yang perlu ditempuh di Melaka..tapi hati tetap sedih nak meninggalkan rakan-rakan yang banyak tolong aku sepanjang keberadaan aku kat sini...oklah cukup..~N~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
sabar la banyak2..mesti ade hikmah..mgkn bile duit ko dh banyak bleh blanje aku beli kete ke..umah ke..huuhuhu
akhirnya maybe dah cukup 40kali kawan2 kata ko ke sabah..hehehehhe
think positive to be good!
org sabah cun2..sekian!
Dapat sabah hazwan!! saba2, anway, tahniah btw!..ade hikmah..kat sane ok sbenanye, abg aku dulu sampai umo 30 kat sane then balek semenanjung..harap2 itu pasti yg terbaik drNYA...Redha saje ;)
Salam'alaik.
enta ni pharmacist ke?
tika: ko duit je lah yg ko pikir..ni emosi ni..
muz: mesti mulut ko yg cakap 38 kali kan..ni sumpahan taik lalat keramat ko ni..
ani:tahniah?? haha..aku ingin jadi hamba yg redha..
qamar: yup
Post a Comment