Monday, August 2, 2010

Dah habis ke?

Salam

Macam dah lama tak update..bukan macam tapi kebenaran. Tulah kesannya bila sikap malas menguasai diri. Sepanjang setahun banyak perkara yang aku dah cerita tentang kehidupan aku sebagai PRP. ape tu PRP? bagi yang tak tahu maksud PRP lagi sila rujuk entry-entry sebelum ni.

Setelah berhempas pulas selama setahun, dengan ini aku ishtiharkan yang aku telah menamatkan PRP aku. Diulangi, telah menamatkan PRP. Setahun ye.. Setahun yang begitu mencabar.. kalau nk cerita kehidupan 1 tahun ni, dua siri novel pun tak tentu habis. Maka dengan ini, aku tidak akan mengeluarkan entry ketidak puasan hati tentang kehidupan PRP lagi. tutup buku.

Bermakna aku akan hidup senang lenang, tak ada stress, tidak dibuli dan tiada sakit-sakit kepala lagi. Siapa cakap? mustahil, cuma istilah yang akan digunakn selepas ni adalah FRP. FRP tu apa benda pulak? FRP tu fully registered pharmacist. namanya macam gah. macam sahaja ok? hakikatnya sama je.

Lepas ni jadi boslah,
terpaksalah aku panggil ko En Hazwan lepas ni,
dah jadi FRP boleh lah buli junior

Tu semua antara ayat-ayat yang keluar dari mulut orang. Dengan ini aku memaklumkan yang aku tak rasa apa-apa pun walaupun telah bertukar title. Rasa takut lagi adalah. lepas ni semua masalah orang tanya aku. decision kene buat sendiri, aku ni selalunya buat keputusan mesti salah. Sebab semua benda bermain dengan nyawa orang.

Dan aku telah di 'floating'kan di In patient (IP) farmasi sementara menunggu surat posting. Bersyukur sebenarnya dapat IP sebab aku tak nak out patient (OP). Almaklumlah, dah nak bulan Ramadhan. Kalau duduk OP confirm penat gile n kering tekak. So apa lagi yang mampu aku lakukan selain Bersyukur. Cuma kepada staff nurse, jangan sesekali menguji aku yang akan berpuasa ramadhan ni dan tolonglah jangan mengurangkan pahala puasa aku.

Sekarang hanya mampu berdoa agar aku akan ditempatkan di tempat yang aku minta. Dan berharap juga agar tempat baru tu nanti kurang lah bebanan dan masalah politik pihak atasan yang mengkusutkan hidup aku.. Amiin

No comments: