Monday, June 8, 2009

Ketika cinta bertasbih the movie


Salam..

ketika cinta bertasbih the movie akan keluar. Sebelum ni aku pernah beri ulasan tentang novel ketika cinta bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy. kini novel ini telah diadaptasikan untuk menjadi filem pula. Filem ini akan mula ditayangkan pada 11 jun 2009. tetapi pada tarikh ini filem ini hanya ditayangkan di Indonesia sahaja (hanya Tuhan je yang tahu perasaan hati ini menunggu filem ini untuk memasuki Malaysia).

Ketika cinta bertasbih merupakan novel kedua karangan Habiburrahman yang diadaptasi menjadi filem selepas filem Ayat-ayat cinta. Apa yang membezakan Ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih adalah penulis novel ini terlibat secara keseluruhan dalam pembikinan filem ini. Dan penerbit menjanjikan kepada pembaca novel yang mereka tidak akan hampa setelah menonton filem ini. ini kerana pada filem ayat-ayat cinta, para pembaca novel agak hampa dengan filemnya kerana agak terpesong dari cerita asal seperti dalam novel. apa yang menarik tentang filem ini, para pelakonnya adalah hasil daripada audition yang ditelah dibuat sebelum pembikinan filem ini.

Kepada sesiapa peminat novel atau peminat filem, aku sarankan supaya membaca novel ketika cinta bertasbih dulu sebelum menonton filemnya. Diharapkan supaya filem ini tidak menghampakan aku dan semua pembaca novel ini. Bawah ni aku ada selitkan beberapa 'trailer' filem ketika cinta bertasbih.







OST ketika cinta bertasbih:


downloah Ketika cinta bertasbih Mp3: Download

Website rasmi filem ketika cinta bertasbih: www.filmketikacintabertasbih.com

4 comments:

SuryaRahman said...

hazwan, bile nak outing lagi ni???hari tu gosip tak abis lagi.

shakila said...

emm..mnunggu jugak filem nie..bile la agaknye...

keretasorong said...

bileer la yerh.....

harap film KCB nih mantap...

n bkn mcm film ayat2cinta...

^_^

hazwanali said...

tulah..lama dah menunggu filem ni..sejak dia audition dah start follow website dia..skrang dh siap taks abar nk tgk..harap2 tak menghampakan..