Tuesday, April 28, 2009

3 in 1

Salam..

Alhamdulillah 1 paper dah habis..maka tinggal 2 paper lagi untuk aku menamatkan pengajian dan menamatkan degree aku InsyaAllah..

2 papers yang menyeramkan yang belum diambil:
1. Clinical Pharmacy II - 3 Mei 09
2. Pharmacy Practice IV - 7 Mei 09

Doakan kami dimudahkan jawab exam dan lulus dengan jayanya..Amiin.

--------------------------------------------------------------------

Pagi tadi (28 April 09) dalam pukul 730, aku dapat panggilan dari family aku..tapi tak jawab..Almaklumlah handphone silent 24jam..(dah 2 tahun aku tak on ringtone..).
Biasanya family aku jarang call pagi-pagi ni..mesti ada benda penting. So, aku pun call balik dan aku dikejutkan dengan pemergian jiran sebelah rumah aku kat Banting..yang telah kembali kerahmatullah malam tadi, di Tanah Suci Mekah kerana sedang melakukan umrah..Innalillah wainna ilaihirajiuun..

Sama-sama kita sedekahkan Al fatihah kepada Cikgu Mohd Nor (tak ingat nama penuh)..

--------------------------------------------------------------------

Aku telah menambah koleksi buku aku yang dibeli di KLIBF09. Adakah aku pergi buat kali kedua?? jawapannya tidak. Aku hanya memesan kepada Balkis yang pergi pada hari terakhir KLIBF iaitu selepas exam..Terima kasih tak terhingga kepada Balkis dan kawan-kawan..mudah-mudahan korang dimurahkan rezeki..Amiin. Dikatakan pada hari terakhir, buku-buku dijual dengan harga yang lebih murah. Rugi tak pergi. Antara buku yang aku pesan dan menyesal tak beli waktu datang sebelum tu ialah:

1. Bidadari Dari Timur - Tuan Hjh Sabariah & Ili Sarah
2. Catatan Hati Nik Nur Madihah - Nik Nur Madihah & Ummu Hani Abu Hasan
3. Nota hati Seorang Lelaki - Ust Pahrol Mohd Juoi

Buat pengetahuan semua aku dah khatamkan buku Bidadari dari Timur dan Catatan Hati Nik Nur Madihah..kesimpulannye: dua-dua buku ni best!!

3 comments:

Manar said...

last day memang ada discount lebey (x smua publisher) tapi orang sangatlah ramai...xdpt nak menikmati keseronokan membelek-belek buku sambil bersantai berjalan from satu booth ke booth yang lain...mungkin juga terlepas pandang buku yang best sebab terselindung di sebalik org...hehe
jazakallah tlg belikan ari tuh..juga kpd rahmat n zahran =)

balkisomar said...
This comment has been removed by the author.
balkisomar said...

sama2 hazwan...hehehe...sonok pegi KLIBF..nanti taun depan2 leh pg ke x ek? allahualam.