Monday, January 19, 2009

Doa rabithah


salam

Lagu ni adalah sound track dalam filem Sang Murabbi. Cerita Sang Murabbi adalah sebuah filem Indonesia yang berkisahkan tentang seorang daie (pendakwah) yang berusaha menyebarkan dakwah dikalangan umat nabi Muhammad.

Filem ini adalah sebuah filem kisah benar yang menceritakan tentang Ust Rahmat Abdullah. Ust ni telah kembali kerahmatullah pada 2005 dan filem ini dibuat bagi mengenang jasa beliau dalam dakwahnya. Pelbagai dugaan yang dihadapi oleh Ust Rahmat dalam menjalankan tugasnya dalm berdakwah sehingga terpaksa berdakwah secara bersembunyi, meredah hutan dan sebagainya.

Lagu ini amat sesuai dengan cerita ini. Lirik lagu ini diambil daripada doa rabithah yang terdapat dalam kitab Al-Mathurat. Sama-sama kita dengari dan hayati lagu ini.

DOWNLOAD

Doa Rabithah
Album :
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

P/s: kalo kawan2 ade yang nk pinjam cd cerita Sang Murabbi ni..aku ada :)

1 comment:

Mohd Saifulhaziq B Noorman said...

salam akhi ana nak pinjam cd sang murabbi....ana nk sgt tgk ceritanye...