Sunday, February 8, 2009

Less Sugar..



Salam

Aku sekarang memang sedang cuba mengubah cara hidup aku atau dalam englishnya ‘lifestyle modification’. Nak ubah dari segi ape ye? Bukannya nak buang tebiat. Tapi nak mengubah untuk mengamalkan cara hidup lebih SIHAT. Tak semestinya orang kurus tu SIHAT dan tak semestinya orang gemuk tu tak sihat. Apa yang penting waktu hidup ni tak kiralah gemuk atau kurus adalah SIHAT.

Keluarga aku ni memang dah ada kencing manis. Tu yang buat aku tak senang tidur tu. ye ke? Kiranya diabetes ni penurunan genetik (genetic inheritance) lah kat aku ni. Sebagai bakal ‘healthcare provider’, kerja aku mestilah memberi nasihat kepada orang ramai supaya jaga kesihatan. Orang nak percaya ke kalau kita nak nasihat orang tapi diri sendiri asyik keluar masuk hospital atau kaki kena potong sebab kencing manis?

Langkah awal yang aku nak buat biasalah, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. ‘Prevention is better than cure’. So bila terasa nak minum air manis tu, belilah air kotak atau air tin kat kedai. Tapi air kotak yang biasanya aku pilih mesti ada perkataan less sugar. Orang kata less sugar tu tak sedap. Aku peduli ape, yang penting aku SIHAT. Tujuan sebenarnya aku tulis entry ni adalah aku pelik satu perkara. Persoalan ni biasa bermain kat kepala aku:

KENAPA AIR LESS SUGAR LAGI MAHAL DARIPADA AIR YANG BULK SUGAR?

Kalau ada sesiapa tau jawapan kepada persoalan ni tolong lah bagitau. Dah penat fikir. Secara logiknya dah tentulah lagi banyak gula lagi banyak kos yang keluar tapi sebaliknya. Pelik tak? Susah betul nak hidup SIHAT ni.~N~

2 comments:

muzamir said...

wahai bakal healthcare provider(ataupon ko nak penguatkuasa..?ahahaha),

ku rasa kan,sebab mahal less sugar tu coz diorang kene letakkan bahan2(sensitip ni bahan2 ni..ahaks)lain in order to maintain die punye rasa bagi sedap since sugar tu dah kurang kan..

tu la aku rasa..
kalau budak nutrition mesti tau kan.

azizi said...

tak taw la pulak..mgkin pendapat muzleela(tabah)@muzamir tu ada kebenarannya..ko risau ke wan??rase je air kencing ko tuh manis ke x...hahaha