Sunday, November 9, 2008

Satu Impian..



Salam

Bulan Syawwal sudah sebulan berlalu. Seperti tahun-tahun sebelumnya, habis raya maka bermulanya para tetamu Allah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji. Tahun ni tanggal 30 Oktober berlepasnya kapal terbang KT01 untuk menghantar para jemaah haji terus ke Madinah.

Maka setiap kali dengar jiran-jiran nak menunaikan haji, hati ni rasa sebak dan seakan-akan sedih. Tapi punca berlakunya perasaan ni tidak diketahui. Mungkin terasa diri ini ingin turut serta menemani mereka. Mungkin juga teringatkan pengalaman menunaikan umrah pada 2006 yang mempunyai 1001 kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah mungkin mereka dapat menggambarkan keadaan di sana. Madinah pada pandangan aku adalah bumi yang paling aman dan damai dengan kebanyakkan penduduknya mempunyai akhlak yang terpuji. Terngiang-ngiang sewaktu berada di makam Rasulullah s.aw. dan para sahabat, terasa diri ini berada disisinya dan timbulnya rasa perasaan rindu yang amat sangat. Mekah pula adalah tempat yang paling tenang lebih-lebih lagi, apabila terpandang Ka’bah mungkin disebabkan keberkatannya. Sepanjang hidup aku, hati ini tak pernah rasa tenang-setenang-tenangnya melainkan berada dalam Masjidil Haram. Mungkin hati ini terasa sangat dekat denganNya.

Teringat pengalaman sewaktu praktikal di kedai Farmasi Alpha Banting tahun lepas. Ramai pelanggan terdiri daripada bakal jemaah haji yang datang mencari vitamin & supplement sebagai penambah tenaga dan kekuatan sewaktu mereka berada di sana. Aku menjalankan tugas sebagai penulis label dan promote sikit-sikit. Sambil menulis, dalam hati terdetik, “ walaupun aku tak dapat pergi haji, tapi sekurang-kurangnya tulisan aku dah sampai sana dulu ”, mudah-mudahan aku dimurahkan rezeki untuk menyusul kemudian.

Mak aku pun tak habis-habis nasihatkan aku suruh buat haji sebelum kahwin. Sebab bila dah kawin tanggungjawab banyak. Aku pun dengan selamba jawab, “Mak, kalo diikutkan hati sekarang juga nak pergi, tapi tunggulah kerja nanti baru dapat kumpul duit ”. Aku pernah dengar ceramah, ustaz tu cakap, salah satu syarat wajib haji adalah berkemampuan. So, kalau kita mempunyai rezeki lebih, kita diwajibkan pergi haji bukannya membantu orang lain untuk tunaikan haji sebab yang mampu tu kita.

Kadang-kadang dalam hati ni selalu berangan, Suatu hari nanti bila jadi ahli farmasi, harap-harap adalah peluang dipanggil oleh tabung haji untuk kerja untuk jemaah haji dekat Mekah nanti. Dapat buat double pahala: tolong jemaah haji dan dapat buat haji . Mudah-mudahan angan-angan ni menjadi doa yang dimakbulkan Allah.Amiin. Petang tadi, jumpa satu buku baru tajuknya Haji Muda yang ditulis oleh saudara Ridzwan Bakar. Dengar tajuknya macam menarik dan mesti beli satu. Ni ada link blog dia ridzwan-bakar.blogspot.com.

Ya Allah murahkan rezeki aku dan umat Islam lain untuk sama-sama menunaikan Rukun Islam yang kelima ini. Mudah-mudahan Engkau terima amal ibadat jemaah haji tahun ini dan pulang dengan mendapat haji yang mabrur.Amiin..~N~

4 comments:

Azemi Ali said...

Salam saudara Nor Hazwan Ali.

Saya doakan saudara dapat menunaikan haji ketika usia muda. Saya dan isteri juga sedang berusaha untuk menunaikan haji ketika muda.

Salam ukhwah.

Azemi Ali

INTAN MASYITAH RUMLI said...

Amiin..niat yang baik dan mulia pasti tidak akan disia-siakan Allah..Insya`Allah..

ridzwan bakar said...

Salam adik Hazwan,
Saya berdoa dan mengaminkan moga hasrat ke Tanah Suci bukan lagi sebuah impian. Rancanglah perjalanan Haji anda supaya kenikmatan Haji dapat dirasai. Perjalanan Haji adalah perjalanan suci. Airmata keinsafan pula bukanlah satu lakonan.

ridz

Al-Ibrah said...

thanks kepada semua yg bg support..especially saudara penulis(ridzwan bakar)..mudah2an impian menjadi kenyataan dan Allah memudahkan segalanya..InsyaAllah..