Tuesday, November 25, 2008

THE END..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam..tiada yang lebih gembira melainkan kegembiraan aku kerana semester 7 berakhir..bagai nak mencurah-curah air mata ni kerana kesyukuran aku terhadap mu ya Allah kerana dengan kudrat dan izin Mu dapat juga aku menghabiskan sem yang tersangat-sangatlah meletihkan ni..rasanye bebanan yang dipikul selama 5 bulan semuanya dah luruh dan terkubur..

Kenapa semester 7? semester lain tak letih ke?.. pada pandangan aku semester 7 adalah semester yang paling mencabar sepanjang aku menjadi pelajar..subjek sem ni tak adalah sangat-sangat susah seperti subjek-subjek sebelum ni, tapi sem ni memerlukan kesabaran yang tinggi,kekuatan fizikal dan mental dan pembahagian masa yang cemerlang..

Mari aku ceritakan apa yang berlaku sem ni..setiap hari Isnin aku perlu pergi kuliah dari pukul 1030 sampai pukul 6.. hari selasa dan rabu aku kene pergi hospital Sg Buloh dari pukul 7 pagi - 5 petang (Ya ampun..2 hari ni penat sangat-sangat)..hari Khamis kuliah dari pukul 830-1230 (After that always ada kelas ganti)..dan dari Khamis petang sampai hari Ahad biasanya aku akan buat lab untuk thesis aku..yang baru dihantar pada 21/11/2008.

Buat lab memang memerlukan kekuatan fizikal, mental dan strategi.. mana taknya, bulan puasa yang terpaksa menahan lapar dan haus(more priority)tu pun, terpaksa membuat lab yang banyak dan sangat memenatkan..Antara strategi aku buat lab adalah datang seawal subuh untuk 'book' test tube secukupnya untuk eksperimen aku sebab test tube sangat terhad (org lain datang lab bengang sebab test tube dah habis..haha). ada satu hari tu, tanpa strategi yang betul, aku telah buat lab dari pukul 730 pagi sampai pukul 1030 malam unstop..except pergi sembahyang Jumaat..sampai terketar-ketar tangan dan kaki aku sebab dah macam takde tenaga..

Tapi, itu semua pengalaman yang tak boleh dilupakan dan pengajaran yang paling bererti dalam hidup aku..pada kesempatan ni aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih yang tak terhingga kepada family aku especially mak & abah sebab paling memahami kesibukan aku (sorry ye sebab tak dapat balik selalu)..kawan-kawan yang bagi support..tanpa korang aku tak segagah ni..dan last but not least, supervisor aku Dr Mizaton Hazizul Hasan..yang tak pernah kenal penat layan karenah aku yang suka tanya ni (thanks also for the burger, mc D, Pizza and nasi gorang telur bungkus)..mudah-mudahan Allah berkati hidup Dr miza, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang..tanpa Dr Miza tak adalah thesis aku..Amiin

lastly, Ahlan wasahlan Ya Semester 8. pejam celik-pejam celik sampai juga aku ke semester akhir. sedih pula nak meninggalkan alam student & kawan-kawan sebelum masuk alam remaja..hidup perlu diteruskan..belajar dan terus belajar Hazwan..habis degree bukan bermakna habis belajar..chaiyookk!!~N~

Saturday, November 22, 2008

Matahari





"Ternyata matahari terbit dari Timur dan tenggelam di Barat, dengan sangat teraturnya. Matahari tidak pernah terlambat terbit. Matahari juga tidak pernah bermain-main, berlari-lari ke sana ke mari di langit seperti anak-anak kecil bermain bola atau sorok-sorok. Ia beredar di jalan yang ditetapkan Tuhan untuknya. Dan selalu tenggelam di ufuk Barat tepat pada waktunya. Peraturan ini menunjukkan, Tuhan yang menciptakan alam semesta ini adalah satu, iaitu Allah 'Azza wa Jalla, Tuhan yang Maha Kuasa". Petikan dari novel Ketika Cinta Bertasbih.

salam..
cantik sungguh susunan ayat ni..sesungguhnya dengan melihat kejadian alam akan mendekatkan diri kita dengan Allah..mari sama2 kita renungkan kejadian alam dan kaitkan dengan kebesaran Illahi..

Tuesday, November 18, 2008

Habis juga..

Salam..

Alhamdulillah..akhirnya penyeksaaan selama 3 minggu sampai ke penghujung..biasalah apa lagi kalau bukan..exam. seperti biasa kalau exam tu confirm penat satu badan (penat otak + penat fizikal).. kenapa sangat penat? mestilah sebab tak cukup tidur,stress, mengadap buku @ lecture note dari pagi sampai malam, duduk statik dll..

seperti biasa setiap sem.. mesti paper first aku pada first day satu universiti punya exam dan paper last mesti hari terakhir universiti punya exam..jenuh dan sangat tension sebab letih menunggu nak habis satu per satu paper..tapi yang bagusnya, gap tu dapat baca banyak sikit..nasib baik duduk rumah sewa..kalau dulu tu duduk asrama..stress mesti berada ditahap klimaks sebab 'psycho' bila tengok orang dah start balik kampung..

Macam biasa setiap kali abis exam, mesti celebrate dengan reward diri dengan makan sedap..kali ni, aku dan housemate sebulat suara untuk masak..sebab dah lama dapur tak berasap..lagipun tahun ni tak buat 'open hause raya'..setelah berbincang, nasi lemak menjadi pilihan..lepas tu apa lagi buat nasi lemak ikut bantai..main campak-campak je bahan..nasib baik jadi..marvelous sungguh rasanya..kalah nasi lemak burung or kepak satu shah alam..huhu..kalo tak percaya..buat-buat percaya je lah..ni aku tunjuk gambar sikit.. jangan terliur pula..


sedap tak? (gambar: ihsan dari hanip)

tapi istilah merdeka tu hanyalah pada exam..satu lagi bebanan belum aku siapkan..cuba teka?.. mestilah thesis..ya Allah banyak lagi..nampaknya proses mitosis melebihi apoptosis akan terus berlaku di bawah bahagian mata aku ni..nak kene siapkan thesis dalam masa 3 hari + slide presentation.. akunye viva hari isnin depan..Mudah2an Allah bagi kekuatan aku present dengan jayanya..aminn
Dah banyak buang masa dah ni..nak pergi buat thesis..~N~

Friday, November 14, 2008

Haji Muda..

salam..



"Haji dan umrah sebaik-baiknya mampu merobek keegoaan, membina tsunami keinsafan dan menghampar perjalanan insan meniti renjisan kedamaian". Ridzwan Bakar


Alhamdulillah...segala puji bagi Allah sebab diberi kesempatan untuk membaca buku yang bertajuk 'haji muda'.hasil pengalaman menunaikan haji membolehkan saudara Ridzwan Bakar menulis buku ini untuk dikongsi bersama..buku travelog yang bercorak santai seperti ni mula menarik minat aku dan mungkin orang lain diluar sana..

Buku ini menyelitkan banyak pengajaran disebalik setiap pengalaman. dibahagikan kepada 4 topic besar dan diikuti dengan beberapa subtopic bagi setiap bab. bermula dengan pengalaman sebelum berangkat,berada di Madinah munawwarah, cabaran di Mekah serta haji dan cabaran pascahaji.

Haji muda ini menceritakan bagaimana penulis terpaksa berkorban meninggalkan anak-anak yang masih kecil untuk mencari redha Allah. Antara yang paling menarik perhatian aku tentang mengapa perlu bertaubat. perkataan yang paling membuatkan aku tersentak adalah 'Adakah amalan aku sejak baligh diterima Allah?' Astagfirullah..

Buku ini sesuai untuk orang macam aku sebab pengalaman penulis yang kurang pengalaman sewaktu pergi haji menarik minat kita agar mengutip ilmu semaksimum mungkin sebelum menunaikan haji. selain itu, ape yang penting sewaktu berada di tanah haram ialah berfikiran positif dan menjadikan Allah sahaja sebagai tempat bergantung.

Tips-tips yang diberikan sangat bermanfaat diselitkan bermula dari bagaimana hendak mendaftar haji, kenapa perlu pergi haji sewaktu muda dan tips bagaimana handak istiqamah ada dalam buku ni. Tips paling menarik adalah tips mencium hajarul aswad menggunakan formula RIDZ(iaitu relaks dan istiqamah dalam zero dan mungkin juga berdasarkan nama penulis).

Buku ni mempunyai 180 muka surat dengan harga berpatutan rm19.Aku sarankan kepada semua untuk baca buku ni lebih-lebih lagi orang muda. Haji rukun Islam kelima, Haji bukan untuk orang tua, haji untuk orang berkemampuan tak kira muda atau tua. aku sarankan diri aku dan orang lain supaya menanamkan keazaman untuk membuat haji dari sekarang.InsyaAllah~N~

Sunday, November 9, 2008

Satu Impian..



Salam

Bulan Syawwal sudah sebulan berlalu. Seperti tahun-tahun sebelumnya, habis raya maka bermulanya para tetamu Allah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji. Tahun ni tanggal 30 Oktober berlepasnya kapal terbang KT01 untuk menghantar para jemaah haji terus ke Madinah.

Maka setiap kali dengar jiran-jiran nak menunaikan haji, hati ni rasa sebak dan seakan-akan sedih. Tapi punca berlakunya perasaan ni tidak diketahui. Mungkin terasa diri ini ingin turut serta menemani mereka. Mungkin juga teringatkan pengalaman menunaikan umrah pada 2006 yang mempunyai 1001 kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah mungkin mereka dapat menggambarkan keadaan di sana. Madinah pada pandangan aku adalah bumi yang paling aman dan damai dengan kebanyakkan penduduknya mempunyai akhlak yang terpuji. Terngiang-ngiang sewaktu berada di makam Rasulullah s.aw. dan para sahabat, terasa diri ini berada disisinya dan timbulnya rasa perasaan rindu yang amat sangat. Mekah pula adalah tempat yang paling tenang lebih-lebih lagi, apabila terpandang Ka’bah mungkin disebabkan keberkatannya. Sepanjang hidup aku, hati ini tak pernah rasa tenang-setenang-tenangnya melainkan berada dalam Masjidil Haram. Mungkin hati ini terasa sangat dekat denganNya.

Teringat pengalaman sewaktu praktikal di kedai Farmasi Alpha Banting tahun lepas. Ramai pelanggan terdiri daripada bakal jemaah haji yang datang mencari vitamin & supplement sebagai penambah tenaga dan kekuatan sewaktu mereka berada di sana. Aku menjalankan tugas sebagai penulis label dan promote sikit-sikit. Sambil menulis, dalam hati terdetik, “ walaupun aku tak dapat pergi haji, tapi sekurang-kurangnya tulisan aku dah sampai sana dulu ”, mudah-mudahan aku dimurahkan rezeki untuk menyusul kemudian.

Mak aku pun tak habis-habis nasihatkan aku suruh buat haji sebelum kahwin. Sebab bila dah kawin tanggungjawab banyak. Aku pun dengan selamba jawab, “Mak, kalo diikutkan hati sekarang juga nak pergi, tapi tunggulah kerja nanti baru dapat kumpul duit ”. Aku pernah dengar ceramah, ustaz tu cakap, salah satu syarat wajib haji adalah berkemampuan. So, kalau kita mempunyai rezeki lebih, kita diwajibkan pergi haji bukannya membantu orang lain untuk tunaikan haji sebab yang mampu tu kita.

Kadang-kadang dalam hati ni selalu berangan, Suatu hari nanti bila jadi ahli farmasi, harap-harap adalah peluang dipanggil oleh tabung haji untuk kerja untuk jemaah haji dekat Mekah nanti. Dapat buat double pahala: tolong jemaah haji dan dapat buat haji . Mudah-mudahan angan-angan ni menjadi doa yang dimakbulkan Allah.Amiin. Petang tadi, jumpa satu buku baru tajuknya Haji Muda yang ditulis oleh saudara Ridzwan Bakar. Dengar tajuknya macam menarik dan mesti beli satu. Ni ada link blog dia ridzwan-bakar.blogspot.com.

Ya Allah murahkan rezeki aku dan umat Islam lain untuk sama-sama menunaikan Rukun Islam yang kelima ini. Mudah-mudahan Engkau terima amal ibadat jemaah haji tahun ini dan pulang dengan mendapat haji yang mabrur.Amiin..~N~

Saturday, November 8, 2008

Soket ilmu

“Laila! lama sungguh tak jumpa kau” ujar kak Nab semasa bersalam dengan Laila sambil berpelukan.

“Aah lah kak Nab, kalo tak ada raya macam ni entah jumpa tah tidak kita ni” balas Laila.

“Eh! Ni anak ko Naim ye?, yang sebaya dengan anak aku Sham tu ke?. dah besar panjang budak ni. Dulu kecik je”, tanya kak Nab sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah Naim.

“Ha yelah. Dulu kecik je, sekarang lagi besar daripada emaknya. Si Sham tak ikut ke? ”soal Laila.

“Alah biaselah budak sekarang bukannya nak ikut kita pergi ziarah rumah orang ni” jawab laila. “ko buat ape sekarang ni Naim? ” soal Laila lagi.

“Owh..sekrang saya dah tahun akhir mak cik amik jurusan kimia kat Universiti Malaya”, jawab Naim dalam nada bangga.

“Ha tu lah..Naim ni kalau belajar memang bersungguh-sungguh. Setiap semester dapat anugerah dekan. Lecturer dia suma kenal dia. Ni dengar cerita lecturer dia nak recommend kan untuk sambung master kat US. Silap-silap terus sampai PhD”, tambah Laila sambil membangga-banggakan anaknya.

“Sham buat ape pulak cik?”, Tanya Naim tentang pesaingnya sewaktu sekolah dulu.

“Sham tu, baru habis sijil kat politeknik. Mane taknya, belajar kat sini, berhenti..hantar pula kat sana berhenti juga..tak taulah ape nak jadi kat budak tu”, sayup jawapan yang diberikan Kak Nab.

Bisik Naim dalam hatinya, “Ai bukan ke mase sekolah rendah dulu si Sham ni bukan main pandai. Asyik masuk kelas pertama je. Kalau macam tu, antara budak sekolah rendah dulu, aku ni antara orang paling berjayalah..tunggulah habis belajar nanti, aku lah yang bawak kereta paling mahal sekali”

Sifat takbur dan riya’ adalah penyakit hati dan merupakan antara sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kita. Terasa diri sendiri paling pandai dan berbangga-bangga dengan kepandaian merupakan antara sifat buruk yang wujud apabila kita dikurniakan Allah dengan kebijaksanaan. Ingatlah kita bahawa tidak akan masuk syurga jika ada perasaan riya’ dalam diri kita walau sebesar zarah pun.

Menilai kepandaian seseorang melalui nilai gred atau ‘pointer’ menjadi perkara lumrah dalam hidup masyarakat kita. Ada juga yang menilai ilmu seseorang itu berdasarkan kehebatan universiti tempat mereka belajar. Adakah Allah akan tanya ‘pointer’ atau universiti mana tempat kita belajar di dalam kubur serta di akhirat kelak? Atau dengan ‘pointer’ yang tinggi dan universiti hebat dapat dijadikan tiket untuk kita masuk ke syurga di akhirat nanti. Ingatlah, apa yang Allah akan tanya nanti adalah sejauh manakah ilmu yang diberikan itu digunakan serta dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan semua.

Tujuan utama hidup kita di dunia adalah untuk mencari keberkatan dan keredhaan Allah. Sesungguhnya untuk mendapat ilmu yang berkat kita perlulah mengamalkan panduan yang telah digariskan Allah. Sebagai contoh, Rasulullah bersabda “sekali seseorang itu menghadiri majlis ilmu maka Allah akan buka baginya sepuluh pintu syurga untuknya”. Adakah dengan ponteng kuliah dan belajar di rumah semata-mata untuk mendapat ‘pointer’ yang tinggi akan mendapat keberkatan Allah?. Atau belajar sampai lewat malam sehingga terlajak sembahyang subuh itu boleh mendapat redhaNya?. Sama-sama kita renungkan.

Mari kita muhasabah diri kita semula, sejauh mana cara kita dalam menuntut ilmu itu betul mengikut syariat . Ilmu Allah itu luas. Maka carilah ia sebanyak-banyaknya. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 27 yang bermaksud:

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah ditulis.


Lagi banyak ilmu dicari sepatutnya lagi kerdil terasa diri ini bila berada disisiNya. Bukannya dengan ilmu yang banyak menjadikan diri kita ego, bongkak dan sombong.

Bila kita telah diberikan kebijaksanaan dan berada di atas janganlah sesekali memandang rendah orang di bawah. Siapa tahu orang yang berada dibawah itu lebih mulia disisi Allah tempatnya. Mungkin pernah terdetik dihati kita seperti “siapa dia nak tegur aku? SPM pun tak lepas pandai nak nasihat orang”. Setiap manusia yang dijadikan Allah mempunyai bakat dan keistimewaan masing-masing. Biarlah orang itu seorang tukang cuci, tukang kayu atau penarik beca sekalipun mereka perlulah kita hormati. Andai kata Allah jadikan semuanya doktor, siapa pula nak jadi jadi bomba, siapa pula nak tangkap penjenayah dan siapa pula yang nak betulkan kereta jika rosak.

Oleh itu, jika Allah kurniakan kepandaian itu kepada kita, panjatkanlah banyak-banyak kesyukuran kita kepadanNya. Jadikanlah kepandaian itu sebagai nikmat Allah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya. Ilmu bukanlah senjata untuk kita bermegah-megah atau memandang rendah kebolehan orang lain. Tingkatkanlah ilmu kita setinggi-tingginya kerana orang yang berilmu itu dipandang mulia disisi Allah.

p/s: Jangan jadikan artikel ini sebagai alasan untuk tidak “score” dalam exam. Jadikan artikel ini sebagai ‘boost’ kita untuk berjaya + mendapat keberkatan Allah. InsyaAllah..Amiin.~N~

Sunday, November 2, 2008

Baitulmaqdis..

Salam..

Dah lama rasenye tak share video..ini ade video kumpulan xifu..tajuknya Baitul maqdis...lagu ni dicipta berdasarkan hadis Rasululah..before this, pernah dengar name group ni je, tapi tak pernah dengar lagunya....tiba-tiba terbaca dekat dalam blog sang pelangi...tak silap aku kumpulan ni memperjuangkan lagu berkaitan hadis..nanti aku cuba cari detail tentang group ni..

lagunye sangat sedap dan menusuk kalbu..ade diselitkan dengan video dan gambaran keadaan di palestin..tapi, formal videoclip tak pernah jumpa lagi..so, diharapkan agar kita sama-sama dapat menghayati dan doakan untuk mujahidin di Palestin tidak pernah kenal putus asa memperjuangkan agama Islam kita..

bawah ni aku ada sediakan lirik sekali..

AMRULLAH (BAITUL MAQDIS)

Sumber hadis : Musnad Imam Amad
Lagu : Xifu Naser (Nature Records Publishing)
Lirik : Xifu Naser (Nature Records Publishing)

لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ


Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”