Tuesday, January 31, 2012

Pelik pasal kuku



Salam..

Baru-baru ni aku naik teksi. Sambil tengok pemandangan yang indah, tiba-tiba terselit satu pemandangan yang tak indah. Iaitu driver teksi tu punya kuku jari kelingking panjang.

Kadang-kadang terfikir juga, kenapa mereka nak bela kuku panjang hanya pada satu jari. Mungkin ada yang bela untuk banyak jari. Aku cuba berfikir tapi tiada sebarang alasan yang rasional terkeluar malah yang negatif pula keluar. Tanggapan pertama aku terhadap orang yang saja bela kuku panjang ni adalah pengotor dan pemalas. ye ke?

Kadang-kadang aku terfikir, bila dah bela tu tak rasa menyusahkan ke? nak angkat barang kena berhati-hati takut kuku patah, nak beristinjak takut terguris, nak buat penumbuk pun tak boleh, nak pegang stering pun susah, nak taip komputer leceh dan lain-lain lagi.

Tapi aku cuba berpandangan positif terhadap orang yang berkuku panjang lagi-lagi jari kelingking ni. Antaranya mereka senang untuk:

1) Korek hidung??
2) Korek telinga??
3) Pencungkil gigi??!
4) Senjata penyelamat??
5) Pembuka tin milo dan biskut?
6) Screw driver??
7) Menggantikan garfu atau chopstick??
8) Pengumpil cat??
9) pembaris??

Cubalah kita fikir-fikirkan. Nak buat sesuatu tu cuba fikirkan apa faedahnya. apa manfaat yang kita boleh dapat. Jika nak mengikut arus masa pun, berfikiran logiklah dulu. Jika nak nampak macho atau seksi pun, cuba baca dan selidik paling tidak pun guna otak. Moga Allah ampunkan segala dosa dan salah silap kita..~Wallahua'lam~

2 comments:

Suez Mohd said...

good point...memang saya pun beranggapan deorang ni pengotor.bukan ke kalau kuku panjang seolah2 macam bela 40 ekor babi.. (tak ingat fakta sebenar)...

muzamirmahat said...

owh gile geli kan.

mmg kalau kuku pjg, persepsi aku sama cam ko, mesti mls +pengotor!

dulu cikgu sekolah ckap, sapa kuku pjg, susah nak ingat sbb bela setan

hahaha