Saturday, December 4, 2010

Cuti-cuti Ranau tak hengat dunia..

Salam

mmm..lamanya tak menaip..lebih sebulan tu dari post terakhir...nak kata busy, macam tak.. tapi malas menguasai diri, nak buat macam mana. haha. So far kehidupan aku kat sini semakin lama semakin baik jika nak dibandingkan masa mula-mula dulu. Walaupun belum baik sepenuhnya, tapi alhamdulillah mungkin segala kesulitan yang kita hadapi akan menjadikan kita lebih kuat dan tabah. Tapi walau macam manapun, BANTING tetap menjadi pujaan hati aku..

sekarang ni macam setiap minggu ada aktiviti. Almaklumlah dah dapat geng semenanjung yang tiada mak bapak dan keluarga di negeri bawah bayu ni. Hujung minggu kerja kami adalah pergi melancong. Orang semua macam nak muntah kot, tengok gambar aku yang tak habis-habis berjalan di FB. orang tag aku k..Aku ni hanya mengikut jer, kalau ada orang ajak jalan, aku pergi je. banyak orang cakap aku tengah long vacation lah, jalan tak ingat dunia lah.. kalau tak buat macam ni apa lagi aku nak buat. Tak kan aku nak ikut cara sesetengah orang Sabah berhibur kot.uii Nauzubillah hi minzalik..

nampak macam gembira selalu, memang macam gembira tapi ada gak yang tak gembira juga. yang tak gembira tu biarlah aku simpan sendiri. biarlah Allah je yang tau segalanya..Ok penatlah nak membebel.. memandangkan aku duduk Ranau sekarang, meh aku cerita apa yang menarik dekat Ranau ni..macam promosi cuti-cuti Malaysialah pula..

1) Poring Hot Spring.
Ni tempat air panas semulajadi. ramai pelancong yang datang ke Ranau ni akan singgah di Hot Spring ni. Nak masuk bayar RM3. jangan tertipu dengan nama dia. tempat ni bukan sahaja ada air panas, banyak lagi benda menarik dalam ni. nanti aku akan huraikan satu persatu. Kalau nak datang dan jelajah hot spring ni, tak cukup 1 hari. Kolam air panas sini dibahagikan kepada kolam kecil-kecil. tapi nak tunggu kolam ni penuh agak jenuh jugaklah. dia ada 2 paip, satu air sejuk, satu lagi air panas. tapi lepas sorang dah guna kolam tu, kenalah buang air tu kecualilah kalau korang lalu nak guna air celupan orang lain tu.

Di kawasan air panas ni ada jugak macam swimming pool lain yang kene bayar lagi rm3 kalau nak masuk. ala-ala sunway lagoon. walaupun jauh sangat bezanya tapi sekurang2nya adalah juga. ada macam gelongsor tu. Sebenarnya aku pun tak pernah masuk. haha

sinilah tempat nak mandi air panas..ok jugaklah kalau nak privacy..air panas sendirian berhad..


2) Canopy Walk
Yang ini pun dalam poring hot spring. nak masuk sini kena bayar lagi rm3 selain dari rm3 masa masuk tadi. kalau nak bawak camera kena bayar lagi. nak sampai sini agak kena jungle trekking sikit. ada mendaki bukit. Boleh pakai baju kurung bagi perempuan, tapi tanggung sendirilah. agak penak jugaklah nak sampai ke tempat canopy ni. apa yang ada kat sini..? ada jambatan gantung yang menghubungkan dari satu pokok ke satu pokok. menarik. tapi yang tak biasa agak gayat jugaklah. tapi aku dah banyak kali naik jambatan gantung kat sini..dah jadi biasa (guna ayat takbur kejap). Berbaloilah bayar sebab..memang cantik tengok ciptaan Allah.
Merenung sambil berfikir tentang keajaban ciptaan Allah..

Rakan-rakan sedang menyeimbangkan badan..gayat jugak tu sambil jambatan goyang-goyang

ni dia, pandangan bawah jambatan gantung..panjang jugak jambatan ni..terbaekk..

3) Air Terjun Kipungit
Air terjun yang cantik. kena jungle trekking sikit juga nak ke sini. Lebih kurang 400+ meter. Masih dalam poring. tiada bayaran tambahan. Siapa yang teringin nak mandi air terjun, bolehlah mandi dekat sini. Tapi satu je nasihat aku, air di Ranau ni semua sejuk. sangat sejuk. tapi bila dah masuk abis lupa semua. aku tak pernah mandi dekat sini. tapi pernah celup kaki. Yang best dekat sini ada natural fish spa. sambil celup kaki, ade jer ikan kecil yang datang nak makan kulit mati. aku tak paksa. ikan ni yang suka rela. best2x. kalau nak pergi supermarket tu, dah berpuluh2 ringgit aku kena bayar. haha. kalau sesiapa yang datang kejap je ke poring ni, bolehlah cepat2 pergi kipungit ni.
Cantik tak air terjun kipungit..posing jap..

nampak tak ikan kecil2 tu tengah bersantap?..sedap kot..

Kami geng semenanjung sedang berposing berlatar belakangkan air terjun kipungit..

4) Air Terjun Langganan
Ok ni paling best yang ada dekat poring hot spring. tiada bayaran tambahan selain rm3 masa masuk mula-mula tadi. emm.. rasanya cerita air terjun langganan ni nak tulis di entry berasingan..akan bersambunglah..jangan marah..teruskan membaca blog ini..sebab sangat best dan cantik...jap tunjuk gambar satu jer..
Amacam? cantik tak? MasyaAllah paling cantik..

5) Bunga Refflesia
Semua tau kan pasal bunga ni. bunga paling besar di dunia kot (kalau tak salah). Banyak kat Sabah. Bunga ini ada kat ranau. ada dekat poring. nasib-nasib je dapat tengok sebab bunga ni hanya berkembang dalam masa 7 hari. masa kami datang sini, ada pulak bunga ni kembang. tapi bukan dalam kawasan hot spring.. kat kawasan kampung-kampung kat luar poring tu. kena bayar juga lah..mahal rasenye..kene naik van masuk kat hutan, pastu kene kebun trekking pulak. bunga ini orang kata busuk macam bau bangkai. mungkin masa aku datang tu dia baru kembang, takdelah bau busuk. cantik ok bunga tu..banyak serangga area bunga ni sebab bunga ni pun makan serangga rasanya..
Ni dia refflesia yang kami jumpa..

ni dia kebun trekking..mencabar juga

aku dan refflesia..BESHH!!

Ok entry ni dah melimpah ruah..orang nanti malas nak baca. Ada lagi tempat menarik di kawasan poring, antaranya taman rama-rama, muzium poring..tapi tak menarik minat aku..ikutilah kisah seterusnya, tempat menarik di ranau ni selain dari kawasan poring ye..harap bersabar..sekian

3 comments:

puanstoberi said...

Salam,

Sgt bagus lah entry di Ranau/Kundasang neh. Kak Reen tgh carik info nak pegi sana ujung minggu neh.

by d way, salam kenal dari Kak Reen a.k.a Pnstoberi :))

g_dah86 said...

Tq ye hazwan :) banyak membantu blog ko ni. hehe tq jugak byk bagi info pasal Sabah kat aku :)

hazwanali said...

ur welcome..tak tau pulak ko pn ada blog..hehe