Salam..
memandangkan aku bekerja di hospital, dah tentulah hari-hari kerja aku mengadap orang sakit. Bila fikir-fikir balik, mungkin ada hikmahnya Allah menghantar aku bekerja di tempat orang supaya aku boleh muhasah diri sendiri. Selalu aku duduk di kaunter untuk bagi ubat pada masa yang sama aku akan melihat gelagat orang.
Syukur Alhamdulillah, bila kita tengok diri kita susah, sesungguhnya ramai lagi orang susah daripada kita. Aku paling tersentuh bila tengok nenek tua yang datang hospital tu. mungkin disemenanjung, kebanyakkannya tiada banyak masalah. mereka selalunya datang ditemani anak atau cucu mereka.
Tapi berlainan di Sabah, banyak nenek tua ni datang berseorangan terbongkok-bongkok dengan bertongkat yang dibuatnya sendiri daripada batang pokok. Tidak dapat diketahui juga dengan apa mereka datang. Cuba kita fikirkan, berapa jauh mereka terpaksa keluar berjalan kaki daripada rumah mereka, semata-mata untuk mendapatkan kenderaan untuk ke hospital. mungkin perjalanan mereka ke hospital dengan menaiki kereta sewa dengan tambang rm10 pergi dan balik. rm10 tu bagi kita mungkil kecil, tapi besar nilainya untuk nenek ini.
siapa tahu rm10 yang diperlukan untuk tambang ini, nenek ini terpaksa kumpul berhari-hari atau mungkin berbulan-bulan. Sementara menunggu duit mereka cukup, pernah kita terfikir macam mana nenek ni menanggung penderitaan kesakitan itu. Aku juga selalu terfikir, macam mana nenek ni berjalan jauh daripada perhentian untuk sampai dikaunter pendaftaran dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Cuba juga kita bayangkan, dengan langkah yang perlahan-lahan mereka terpaksa berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Alangkah malangnya sekiranya, nenek tua ini datang diwaktu orang tengah ramai. Staf juga manusia, memangkan semua kerja perlu dilakukan dengan cepat pada waktu puncak dan pada masa yang sama penat, lapar mengantuk pasti ada pada setiap manusia, sudah tentu rawatan yang dia terima boleh dikatakan ala kadar sahaja. bila rawatan yang diteriam ala, kadar, sudah tentu ubat yang mereka dapat pun ala kadar. penyakit yang dihadapi mereka mungkin akan berkurang, harap-harap pada masa yang lama. bagaimana jika penyakit itu datang menyerang kembali atau langsung tidak berkurang?
Pada masa yang sama, setelah mendapat rawatan perubatan, sudah tentu mereka sudah kelaparan kerana keluar dari awal pagi dengan perut yang kosong. adakah mereka mempunyai duit untuk makan? atau mereka terpaksa balik dengan menempuhi kesusahan yang sama sepertimana dia datang tadi untuk memakan sayur pucuk hutan yang mereka cari beberapa hari yang lepas?
Ya Allah, aku memohon keampunan daripada Mu, sekiranya aku tidak menggunakan kemampuan yang Engkau telah berikan untuk membantu orang-orang yang sepatutnya. Daripada cerita ni, kadang-kadang aku bermuhasabah diri, macam mana jika keadaan seperti berlaku pada kita. mungkin kita selesa dengan kehidupan kita sekarang, tapi masa akan datang siapa tahu. bila kita senang kita akan dikelilingi ramai orang. bila kita susah, ada ke orang akan bantu kita? Nasib kita pada masa tua tiada siapa yang tahu melainkanNya. Sesungguhnya aku bersyukur pada mu ya Allah atas segala nikmat yang telah engkau berikan..Alhamdulillah..~N~
No comments:
Post a Comment