Sunday, September 26, 2010

Bagilah susu ibu..

Salam

Pesakit: tiada bagi ubat selsema?
Pembantu farmasi: Untuk budak kurang dari 2 tahun tiada ubat yang sesuai. Terus bagi saja susu ibu tu, nanti mesti baik.

Pernah tak kita dengar, kalau bayi ataupun orang dewasa sakit mata @ mata merah, kalau nak baik titiskan dengan susu ibu?

Biasanya apabila pergi ke sesuatu tempat yang baru, perkara pertama yang aku tengok adalah kelakuan masyarakat setempat. Dan aku akan cuba membezakannya dengan keadaan tempat sendiri. Setelah sampai di negeri bawah bayu ini, aku dapati kebanyakkan orang Sabah ni, sangat menghormati orang lain. walaupun pada luarannya nampak ganas, tapi pada hakikatnya mereka sangat merendah diri. Dan perkara yang paling aku kagum adalah kebanyakkan masyarakat setempat yang datang ke hospital akan membawa anak-anak kecil mereka.

Apa yang membezakannya adalah, anak-anak mereka hanya duduk diam disebelah ibubapa mereka. malah bayi yang berusia kurang dari satu tahun pun dalam dakapan ibu masing-masing tidak sedikit pun mengeluarkan suara. tidak ada anak yang berlari-lari, usik-usik barang dan juga menjerit-jerit malah jauh sekali untuk mendengar ibu memarahi anak mereka didepan orang ramai.

rahsianya adalah SUSU IBU. kenapa pula? mungkin hipotesis aku ni tak berapa tepat dan tiada bukti saintifik, tapi mungkin ada sedikit betulnya. Jika diperhatikan, ibu bapa yang membawa anak ke hospital Ranau, mereka tidak pernah membawa botol susu ataupun beg yang mengandungi botol susu, thermos dan sebagainya.

Mungkin perkara yang aku nak ceritakan ni jelek bagi kita, tapi aku tetap nak cerita. Ibu-ibu yang sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor, tanpa segan silu menyusukan anak mereka dikerusi menunggu. mungkin bagi kita perbuatan ini tidak sopan atau tidak senonoh, tapi inilah yang terbaik untuk anak kita. mungkin kita boleh terapkan perkara ini tapi dengan cara yang lebih sopan. (bukan niat untuk mengaibkan tapi untuk pengajaran- dan jangan fikir kerja aku skodeng je..mintak tolong ye)

Lagi satu, mereka tidak pernah membawa anak mereka dengan menggunakan 'stroller'. mereka akan mendukung anak mereka didalam satu kantong (biasanya kain batik) yg dikenali sebagai hambin (bahasa dusun). mungkin bagi kita di semenanjung, jika melakukan seperti ini, kita dianggap seperti kolot, orang kampung, dan memalukan. tapi mungkin cara ini hati seorang ibu dan hati seorang anak begitu hampir menjadikan hubungan anak beranak menjadi lebih akrab

Pernah sekali aku mengikuti ceramah yang disampaikan ustaz Hasan Din Al-Hafiz. Beliau berkata yang lebih kurang macam ni: ulama'-ulama' berpendapat punca anak-anak sekarang banyak yang keruntuhan akhlak adalah disebabkan susu yang diambil sewaktu kecil. Jika sejak dari kecil anak itu diberikan susu lembu, tidak mustahil, anak itu membesar dan berperangai seperti lembu. fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman, ayat: 14)




Antara kelebihan susu ibu:

1) Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

2)
mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

3)
Susu ibu bersih dan bebas bakteria

4)
mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri

5)
terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit

6)
bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

7)
susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

8) jimat duit..haha

sumber: http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/wanita/susu_ibu.htm

Wednesday, September 22, 2010

Musafir di bumi Sabah 2

Salam

Jumaat pagi, semua akan bergerak ke hospital masing-masing. Satu saja teksi yang digunakan untuk menghantar 4 daripada kami ketempat berlainan. bermula dengan menghantar Anip dan Jat ke airport kerana akan menaiki flight ke Sandakan, kemudian menghantar aku ke stesen teksi jarak jauh, kemudian Nini ke beufort dan akhirnya Yek ke sipitang.

Jarak hotel ke stesen teksi jarak jauh lebih kurang 3 km dan bayaran teksi RM15. fuh terbaik lagi sekali. Kemudian aku mengambil teksi dari kota kinabalu ke ranau. teksi ni lain sikit. teksi toyota unser. boleh naik lebih kurang 7 orang dewasa. jarak ke ranau lebih kurang 100km dari KK. aku sampai di stesen teksi pukul 610 pagi dan teksi berjalan lebih kurang 700 pagi. nasib baik tak perlu punch kad. masa diambil lebih kurang 2 jam dan tambang teksi rm16. cuma lebih seringgit dari harga teksi hotel ke stesen teksi.

Perjalanan ke Ranau agak mencabar. jalan tidak begitu banyak kereta. tetapi di Sabah seperti di Shah Alam. terkenal dengan round about. Dan sampai di suatu tempat (tidak tahu nama tempat itu) bermulalah perjalanan yang mencabar. Rupanya perjalanan ke Ranau kena mendaki gunung. Saling tak tumpah perjalanan ke Cameron Highland. Tapi bagi aku, Cameron lagi mencabar. Di Ranau kereta kurang dan kurang memeningkan. Selain tu jalan disini ada masanya agak berkabus dengan teruk dan jarak penglihatan amatlah terhad.

Perjalanan menjadi semakin menarik apabila kelihatan kaki gunung kinabalu dan puncaknya. MasyaAllah, cantiknya. walaupun aku tak pernah tengok gunung kinabalu, tapi aku yakin tu gunung kinabalu sebab dia adalah paling tinggi dan berbeza dengan gunung-gunung yang lain. Dan perjalanan ke ranau akan melalui kinabalu park tempat dimana pendaki akan memulakan pendakian ke gunung Kinabalu. selepas tu, aku akan melalui pekan kundasang iaitu kaki gunung kinabalu. tempat yang sejuk dan ditepi jalan kelihatan orang menjual sayur-sayuran yang fresh-fresh. sedapnya.

lepbih kurang 12km dari kundasang barulah bertemu dengan pekan Ranau. pekan yang tidak berapa besar tetapi bukanlah kawasan yang hulu-hulu seperti yang orang semenanjung gambarkan. tiada menaiki bot, tiada orang pakai cawat dan juga tiada sumpit menyumpit..
Cukuplah tu..kalau rajin menaip akan teruskan lagi penceritaan di Ranau..~N~




Saturday, September 18, 2010

Musafir di bumi Sabah


Salam

pukul 7 pagi aku dah bersiap-siap untuk ke KLIA. Perasaan: tak ada perasaan. Nak kata Sedih tak sedih, nak kata gembira tak gembira. flight pukul 920am. lepas settle semuanya, aku dengan gagahnya check in. walaupun pernah beberapa kali naik flight, tapi kali ni berbeza kerana semuanya bersendiri. rakan-rakan lain semuanya telah bertolak bersama geng masing-masing menggunakan flight awal pagi. aku yang paling lambat.

ketika kapal terbang nak mendarat, dapatlah dilihat pemandangan yang teramatlah cantik dari kapal tebang keadaan pulau dan laut di kota kinabalu. Subhanallah. Setelah sampai di airport, teruslah mengambil teksi ke rumah persekutauan yang jaraknya lebih kurang 3km. Tambangnya: RM25. fuh terbaik

dengan bagasi yang besar-besar itu, aku terus membawanya dan melaporkan diri di JKN Sabah. mereka masih belum menetapkan tempat untuk kami lagi. pada waktu itulah mereka berbincang untuk memberikan penempatan. Dengan kuasa veto mereka, tanpa mendengar pujuk rayu sesiapa pun, aku seorang diri telah diarahkan berkhidmat di hospital ranau. Redha je. lagi pun situ dekat dengan gunung kinabalu. Ada yang dapat hospital kinabatangan, sipitang, kudat, dan beufort.

Hampir pukul 5 baru semua urusan selesai. memandangkan esok cuti (16/9-hari 1 malaysia), kami pun menetap di KK selama 2 malam. dan semua bersetuju untuk pergi ke hospital masing-masing pada hari jumaat pagi. di KK kami tinggal di hotel Tabung Haji berdekatan dengan rumah persekutuan. Walaupun tak sehebat hotel 5 bintang, tapi aku sangat puas hati. bilik besar, staf baik dan yang paling penting murah. recommended by Hazwan.

Seharian kami berjalan-jalan di kawasan KK. sebenarnya semua orang nak tak nak je jalan-jalan. memandangkan semua resah memikirkan keadaan hospital, di mana nak duduk, macam mane nak bergerak memandangkan semua tiada kenderaan. tapi buat-buat gembira je. semua paham perasaan masing-masing. tapi macam mana keadaan pun, kita harus tempuh untuk terus hidup.

Ikuti kisah seterusnya dalam episod 2, perjalananku ke Ranau.~N~



Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri



Salam

Sekejap masa berlalu..tup tap dah sebulan kita puasa. Puas buat amal ibadat? meningkat ke menurun prestasi kita compare dengan tahun lepas? aku memang tak puas..rasa banyak gila melagha..tahun depan ntah berjumpa ntah tidak Ramadhan lagi..

Berakhirnya bulan Ramadhan ini maka berakhirlah perkhidmatan aku di Hospital M. Sekejap je rasanya setahun. Diharapkan semua yang aku lakukan di Hospital M diberkati dan diterima Allah. Amiin. minggu depan akan bermulalah hidup baru aku. mungkin makin mencabar? sekurang-kurangnya dapatlah dapat pengalaman baru dan belajar benda baru kat tempat orang.

Sempena bulan Mulia ni, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja yang zahir mahupun batin. mungkin kalau lebih elok dimaafkan dosa akan datang (in advance). ~N~