nilah pen insulin
Salam
kaunseling pesakit mengenai ubat-ubatan atau alatan ubatan (device) merupakan perkara biasa bagi pegawai farmasi. kaunseling ni kerap kali diberikan oleh farmasi pesakit dalam ataupun farmasi klinikal dan sesekali farmasi pesakit luar.
antara kaunseling yang farmasi akan berikan adalah pen insulin, inhaler, warfarin, cardiac rehab dll. memandangkan aku sekarang di department pesakit dalam, makanya aku dipertanggungjawabkan untuk memberi kaunseling kepada pesakit yang berada dalam wad.
Alkisahnya bermula begini, biasalah pada awal-awal pagi borang kaunseling akan sampai di farmasi setelah doktor round. biasanya aku buat kaunseling lepas makan tengah hari sebab pada waktu pagi aku penuhkan dengan filling prescription. hari rabu tu, ada lebih kurang 4 kaunseling yang aku kena buat. dan ada pasal 1 kaunseling ni je yang aku nak cerita. pak cik ni doktor suruh kaunseling tentang pen insulin (Humapen). memandangkan satu kaunseling mengambil masa paling cepat pun setengah jam, makanya aku kaunseling pakcik ni lebih kurang pukul 530 petang (tak blh claim overtime tau).
biasalah, sebelum memulakan sesuatu kaunseling, kita perlu membina hubungan baik (rapport) dengan pesakit terlebih dahulu. makanya kita kena mulakan dengan berbual-bual supaya pesakit lebih selesa bila kita kaunseling. aku ceritakan secara ringkaslah tentang pesakit ni, umur dia lebih kurang 50++, ada dua orang anak, seorang laki dan seorang perempuan dan dah berpisah dengan isterinya. dah lama menggunakan pen insulin dan doktor suruh aku review technique dia. GM (glucose monitoring) atau aras gula pakcik ni tinggi. lepas tu beberapa jari kaki pakcik ni dah potong disebabkan DFU (diabetic foot ulcers). berdasarkan pemerhatian aku yang hina-dina ni, pakcik ni menunjukkan symptom necrosis (tisu mati disebabkan DFU) yang dah menjalar sampai betis.
Disebabkan diabetes ni juga, pak cik ni mempunyai komplikasi diabetis seperti retinopathy (mata dah tak nampak) dan neuropathy (masalah saraf:kebas-kebas). makanya aku sangat terkejut, aku tanya pakcik tu:" macam mana pakcik cucuk ni, mata tak berapa nampak? anak tolong cucukkan ke insulin ni?". pak cik tu jawab: "tak delah pakcik cucuk sendiri, pakcik dah biasa cucuk, taulah pakcik guna pen ni". "Cermin mata ada tak cik kat umah?" tanya aku. "Cermin mata dekat rumah tu pakai pun dah tak nampak". "Abis tu pakcik nampak saya tak?"tanya aku lagi. "Nampaklah, cuma pak cik tak boleh nampak yang kecil2 je, warna pakcik nampaklah tapi tulisan tu memang dah tak nampak" jawab pakcik tu.
pakcik ni akan tukar insulin dari pada 2 kali sehari sebelum ni kepada 4 kali sehari. yg mana, jika 4 kali sehari, 3 kali sebelum makan dan 1 kali sebelum tidur. 1 kali sebelum tidur tu ubatnya berbeza dengan 3 kali sehari itu. makanya aku meng'assess' technique pak cik tu guna pen insulin. berdasarkan pemerhatian aku, pakcik ni menggunakan kaedah bunyi 'click' untuk memasukkan dose dan meraba-raba untuk menggunakan pen insulin tu. secara teorinya pakcik ni memang reti menggunakan pen ni. tapi apa yang paling merisaukan aku adalah pakcik ni akan kena 'needle prick injury', salah dose yg blh menyebabkan hypoglycemia (kurang gula dlm darah) dan tersalah ubat insulin.
bagi mengelakkan semua masalah tersebut, aku telah telefon anak perempuan pakcik ni dan minta bawa semua jenis ubat dan pen insulin yang dia ada sebab aku nak check condition pen dia. ok petang tu aku bgtau yang esok aku akan datang dan check pen dan jika perlu aku nak bagi dia pen lagi satu bagi mengelakkan pakcik ni tersalah ambil ubat. aku abis kaunseling pak cik ni dalam pukul 6 petang. sewaktu balik dari kaunseling tu aku turun guna lif. bila masuk tu, terus lampu lif tu mati dan aku keseorangan. dipendekkan cerita, aku terperangkap lebih kurang 30 minit seorang dalam lif yang panas, gelap-gelita, loceng n telefon tak berfungsi, tiada no tel kecemasan dan aku bernasib baik masih ada line telefon dan yang penting ada oksigen. ok terpesong.
kembali kepada cerita asal. so, hari khamis tu dalam pukul 5 aku jumpa pakcik tu.so aku tengok pen dia. dan satu je pen dia elok.aku bercadang nak bagi satu lagi pen dekat pakcik tu. bila aku nak reassess technique pakcik tu, pakcik tu kata dia tak berapa sihat. aku pun tengok pak cik tu tengah on oxygen mask. dia cakap:" pak cik tak sihat lah hari ni, esk awak bawalah pen lagi satu lepas tu pakcik tunjuk balik cara guna". sahut aku "ok lah pakcik, esk saya datang bawa pen lagi satu. anak pakcik tak boleh tolong cucukkan ke insulin ni?". pakcik tu senyap sekejap. lepas tu dia bagi tahu "anak pak cik yang perempuan tu rumah dia dekat dengan umah pakcik, yang laki tu duduk dgn pakcik". "kalau macam tu, suruhlah anak pakcik yang lelaki tu cucukkan".pakcik tu senyap je. aku terus sambung:" kenapa cik? anak pakcik kerja balik malam-malam ye?". pak cik tu tiba-tiba cakap "budak-budak sekarang tak boleh pakai sesen pun!!". tersentak aku. terus aku minta beredar takut pakcik tu cerita panjang lagi.
hari jumaat tu aku kerja pukul 245-1000 malam. petang tu aku dah buat macam-macam tanda dekat pen insulin baru pak cik tu bagi mengelakkan masalah berlaku(modified). dan petang tu juga aku terlalu sibuk dengan wad check dan kaunseling lain. makanya pukul 5 aku terpaksa bergegas pergi kaunter pesakit luar. dan hari jumaat tu terlalu sibuk dan aku tak sempat jumpa pakcik tu walaupun aku dan sediakan pen dia.
Hari sabtu tu aku kerja malam. 1000-730 pagi. dan sabtu siang tu pergi jumpa kawan yang dah lama tak jumpa. dan aku tak jumpa pak cik tu. memandangkan hari ahad tu aku kerja sampai 730 pagi, maka pagi ahad tu aku bercadang pergi wad, kaunseling dan bagi pen baru dekat pakcik tu. bila aku pergi wad, pagi tu aku tengok nama pakcik tu dah tiada dalam list tu. owh aku assume pakcik tu dah transfer wad lain atau pun discharge.
aku pun masuk wad dan tanya nurse, "Nurse, pakcik bed 27 tu pergi mana?". nurse tu sahut "awak ni siapa?".alamak lupa pulak kenalkan diri. dah lah tak pakai labcoat. "owh saya farmasi, saya dah janji dengan pakcik ni nak bagi kaunseling dan nak bagi pen baru". nurse tu jawab"owh pakcik bed 27 tu baru je meninggal malam tadi". aku tersenyap dekat situ..owh sedihnya aku. tak sempat aku nak bagi pen yang aku modified sendiri tu dekat pakcik tu.
mungkin Allah melengahkan aku tu ada hikmahnya. pen baru tu mungkin deserve untuk patient lain. tapi jangan salah anggap yang bukan disebabkan pen tu pakcik tu tak dapat ubat dia. dekat wad nurse tolong cucukkan. pen tu hanya digunakan bila patient tu discharge. walluhua'lam
-Al fatihah untuk pak cik Md Nor-
cara cucuk pen insulin..
3 comments:
salam... waaa sayu nye... die sakit apa pakcik ni...??? instead of DM tu...??? riso aku nak keje... takut jadi apathy... huhu...
Salam kenal,
Moga roh pakcik tu dicucuri rahmat Allah swt.
Apa yg penting buat kta yg msh b'nyawa utk memberi kesedaran masyarakat bahaya penyakit diabetes nih.
ESULIN : Diabetes Herbs | membantu memperbaiki Rintangan Insulin
Post a Comment