Friday, February 12, 2010

sakit hati

Salam

entry kali ni berkisarkan aku yang sakit hati.

semalam aku buat DD (Dangerous Drug). semalam merupakan hari indent DD bagi sesetengah wad. DD ni merupakan benda yg sangat melecehkan. dan benda-benda leceh ni biaselah PRP je yang kene buat. biar apa-apa masalah dan salah biar PRP kene marah.

DD ni setiap keluar masuk mesti direkod. tak boleh hilang or lebih satu pun. kalau jadi, ni boleh buat laporan polis.

cerita yang menyakitkan hati tu begini. lebih kurang pukul 1130 pagi aku dah siapkan semua DD yang diindent oleh wad. sebab pukul 12 aku ada meeting. biasanya wad juga ada indent ubat-ubat lain. so, bila DD dah siap, aku senaraikanlah semua wad yang hantar indent DD. so, aku tengok semua mana wad yang dah siap ubat lain dan DD, makanya, aku telefonlah suruh datang ambil. tapi mana yang ubat lain tu belum siap tapi DD dah siap aku tak call lagi sebab KESIAN lah kat nurse, takkan nak datang 2/3 kali kan.

senarai yg aku buat tu, aku letak sebelah telefon, dan telah pesan kat staf lain, kalau ubat lain dah siap, suruh amik DD sekali. list letak kat sebelah telefon. tapi sebelah petang aku sibuk dengan wad check, counseling dan check patient yg nk guna restricted antibiotic. so, aku balik ke pharmacy adelah kejap-kejap. adalah 5-10 min. aku pun takda lah nk check2 DD dalam almari tu. aku balik kerja semalam pun kul 6lbh sebab nk siapkan kerja.

pastu waktu maghrib masa aku kat umah, ada orang telefon suruh aku balik sebab wad minta DD dia. ape kejadahnya. aku baru balik, pastu nk suruh aku datang bagi DD semata-mata. dah lah farmasi satelit tu jauh gile kat belakang. nak kene amik kunci kat depan pastu buka farmasi terpencil tu lepas tu pulangkan balik kunci kat depan. pastu tak fikir pasal aku yg nak datang dari umah tu. memanglah aku tak nak.

hari ni aku masuk keje pukul 2-10. pastu pagi tadi kecoh-kecoh kat farmasi cakap farmasi tak pulangkan DD. akulah tu. yang buat aku geram, nurse ni memang kerja dia nak salahkan orang. dia tak pernah salah. Dia tau farmasi satelit tu tutup pukul 5, apesal dia tak datang ambil sebelum tu? pukul 7 baru nak kecoh. dah ko tau ko tu hantar DD, waktu ambil ubat lain tu amillah DD skali. ape susah sangat.

So, hari ni orang semua kecoh-kecoh pasal aku tak bagi DD. pastu marah-marah. ok fine. tak kesah. bagus gak aku buat hal. jangan retain kan aku kat hospital M ni. aku pun tak ingin. dah lama dah tak tahan kerja kat sini. buat-buat gembira ja. memang aku dah banyak buat hal. tapi pada hakikatnya semua salah yang aku buat tu, bukan salah aku. dan selalunya aku jadi mangsa keadaan. lantak lah situ. aku mintak lepas 1 tahun ni aku dah tak stay ah kat hosp ni. Buat nurse-nurse, korang ni bila dah kene marah selalu tuding jari kat orang lain. padahal salah sendiri dan tak boleh di bagi muka.

Entry kali ni memang berunsur marah & geram..sekian...

2 comments:

ckin said...

hazwannn,
S.A.B.A.R

~NURUL~ said...

bengang juge kalau orang xreti bahase ni kan.. istighfar je la.. :)