Saturday, March 13, 2010

KLIBF datang lagi!!


Salam

KLIBF 10 atau Kuala Lumpur International Book Fest 2010 akan berlangsung lagi pada 19-28 Mac 2010 bertempat di PWTC. Inilah saat yang ditunggu-tunggukan aku. Pesta buku gilang gemilang yang biasanya diadakan setahun sekali sudah beberapa tahun ni aku tak pernah tinggal. dah jadi macam acara tradisi.

InsyaAllah, minggu depan aku akan pergi menerjah PWTC. Aku dah atur aku punya jadual kerja bagi membolehkan aku pergi ke sini. Khamis malam aku akan buat A&E dan secara automatiknya aku akan bercuti pada hari jumaat. huhu..tapi rasanya pergi hari sabtu kot..(kan best kalau gaji masuk minggu ni..aku merinduimu gaji!!)

Sebelum ni aku datang sebagai pelajar dan kali ni datang sebagai orang yang bekerja. tahun tahun sblm ni KLIBF sering diadakan pada waktu study week yang sememangnya busy. tapi aku gagahkan juga untuk pergi. tahun ni dah tiada lagi istilah study week lagi..huhu..sebelum ni pergi naik komuter je..adakah tahun ni akan pergi naik krete terchenta?? owh masih tertanya-tanya..aku ni walaupun dibesarkan di Selangor tapi jalan area KL ni mmg fail..nak sesak-sesak dalam komuter atau sesak dalam trafic jam? owh dua-dua tak sanggup..macam mana ni..?

Sekarang sedang mencari teman yang nak temankan aku pergi sana. kalau tiada kawan pun aku redah je pergi seorang macam tahun-tahun sebelum ni. ada siapa nak ikut?? tapi sebelum ni aku pergi weekdays bagi mengelakkan kesesakan (sesak juga). tapi malangnya oleh sebab kerja, aku terpaksa pergi weekend tahun ni..terpaksalah meningkatkan stamina emosi dan fizikal.

Buku apa nak beli?? sekarang dalam tempoh mencari tajuk-tajuk buku yang menarik untuk dibeli. dan yang paling pasti, buku Abdul Latip Talib mesti aku beli..huhu..history lover aku ni..sesiapa ada cadangan buku-buku yang best, jangan lupa bgtau aku k..wassalam

4 comments:

wirdiana said...

mau g klibf hari sabtu juga kah?
jom sama2 meredah kesesakan..
lgpn best gak klu dpt mrasa buku senior blanja.. =D
pastikan beli terbaru ustaz hasrizal juga.. =)

hazwanali said...

alamak mc na..dah tukar jadual..gi hari jumaat..1st day tu..sebab2 yg xdpt dielakkan..

wirdiana said...

alaa.. saje je ek ngelak xmo blanja.. =p
no problemo.. mmg nk g 20hb kot..
sbb g BRAIN 2010 di subang parade.. then cabut g klibf..
sdg kumpul tenaga nk "berarak" smbl usha buku.. =S

hazwanali said...

hehe..laa tak sama tarikh..xdpt ah nk tolong..pegi bile2 pn mesti sesaknyelah..mesti bestkan BRAIN..