Thursday, July 31, 2008

Quran Berjalan..


Salam
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk(menjadi) rahmat sekalian alam..(Al-Anbiya':107)

Alhamdulillah dapat gak aku abiskan buku Quran berjalan ni dalam masa 2 bulan cuti sem + beberapa minggu selepas cuti..bila baca tajuk dia macam pelik je..so tergerak hati nak tgk isi kandungannya..bile tengok pengarangnye terus terpikat sebab buku ni dikarang oleh Dr Aidh Abdullah AlQarni..one of my favourite authors..actually buku ni di translatekan dr bahasa arab yg bertajuk Rahmatan lil 'alamin yg bermaksud rahmat bg sekalian alam..aku beli buku ni waktu pesta buku antarabangsa kat PWTC dulu..aku beli softcover mase tu rm 35 je n dalam 590 muka surat..

"tak kenal maka tak cinta"...itu istilah yg biasa kita dengar org ckap..so, slalu kita cakap kita cintakan nabi Muhammad s.a.w..betul ke kita cintakan nabi kita sedangkan kita tak kenal dia...ni lah perkara yg berlaku pada zaman sekarang..kita sibuk baca biodata Bill Gates, Dr Mahathir, Siti Nor Haliza dll tp pernah kah kita tau biodata n perjalanan hidup nabi kita yg slalu kita bangga2kan...so, saya seru kpd diri sdr n kwn2 marilah kita membaca or try cari ilmu pasal sirah n peribadi nabi Muhammad..

buku ni berkisahkan tentang sirah nabi Muhammad dari beliau dilahirkan hingga saat nyawanya dikembalikan kpd Allah swt...lepas baca buku ni terasa jahilnye diri tentang sirah Rasulullah yg sepatutnya dicontohi serta mengamalkan dalam kehidupan harian..kita dapat lihat betapa mulianya akhlak nabi serta bagaimana cabran yg dilauli dalam menyampaikan dakwah agar umat amnusia tidak sesat didunia dan akhirat..

dalam buku ni ada cerata pasal saat kelahiran, penghijrahan rasulullah,perang uhud, perang khandak dan perang hunain serta beberapa peristiwa lain sepanjang hidup nabi..tidak ketinggalan tentang bulan kesediahan yg dilalui oleh Nabi serta saat kematianNye yg amat menyedihkan...tak lupa ada penerangan tentang mukjizat2 nabi dan bagaimana hidupnya bersama sahabat2..

ape yg menarik tentang buku karangan Dr Aidh ni, dia menceritakan sirah nabi dan diselitkan dengan ayat Quran dan hadith serta puisi2 yg indah sepanjang buku ni..selain tu, terdapat juga kesimpulan yg dibuat oleh pengarang dalam setiap bab yg diulas utk diamalkan dalam kehidupan seharian...

So, dinasihatkan bacelah buku ni atau buku2 sirah nabi Muhammad yg lain utk menambahkan rasa cinta kita kepada nabi kita Muhammmad saw n mengamalkan sunnahnya..mudah2an Allah berikan kita kekutan untuk melaksanakannya..aminn

Sunday, July 27, 2008

Kuatkan Semangat!!

salam
minggu lepas adalah minggu yg memenatkan..almaklumlah..dah final year..mggu lepas paling terasa sebab minggu pertama yg kene gi hospital..mggu2 sblm ni pergi gak tp 1 mggu sekali je gi..minggu pertama gi hospital selayang n miggu kedua gi hospital klang..tp dua2 hospital ni just gi utk briefing je..so takdelah penat sangat.

so, sepanjang sem ni aku ditempatkan untuk belajar di hospital sungai buloh..kenelah gi 2 hari dalam 1 minggu..hari selasa n rabu..tp malangnye kat hosp sg buloh cuma 2 org je lelaki..tu pun dua2 name stat dr nor..bangun subuh2 sebab kul 7 bas dah sampai..everything kene rushing..almaklumlah ketua bas hosp sg buloh..hosp sg buloh br 2 tahun buka..agak cantik macam hospital swasta..hosp tu more specialized in infection disease..kat situ pun ada klinik HIV yg diuruskan oleh pharmacist..1st week aku ditempatkan kat in patient department..kat situ jumpa mdm ooi..hari selasa banyak briefing..ptg kene datang talk pasal knape ICU ditutup..ICU ditutup sebab 7 org patient kat ICU tu infected by acenobacter yg menyebabkan 4 org mati..tp blajar dr kesilapan lah..hari rabu dia buat 'mock interview'..dia bg prescription n then try to bed site dispense depan pharmacist tu..dia pun tanye pasal cr nak guna inhaler n novopen..menggagau aku menjawab..tp satu pengalaman yg bagus..balik, sampai s.alam kul 5.00 n terus gi lab ambik result research..mggu depan aku gi store department huhu..

hari isnin n khamis setiap mggu ada kuliah..hari isnin paling exhausted..stat kelas kul 1030 tp sampai kul 6..balik macam nk pengsan..hari khamis klas stat kul 830 sampai kul 1230..pastu sambung ptg kul 4-5..tp skrang ni klas petang tu tak pernah ada lg..nasib baik..

hari jumaat..the whole day kene duduk kat lab..buat research..aku kene buat pasal anti oxidant guna extract pokok..research ni tak pernah blaja pun sblm ni..ni pengalaman pertama buat lab..tiga mggu lepas aku just blaja cam mane nak interprete result, buat calculation(macam SPM dulu) n prepare chemicals..

lebih menyakitkan hati,sem ni banyak lak talk n kelas hari sabtu..wawawa..terpaksalah melepaskan jawatan sebagai bendahari PBSM(persatuan balik setiap miggu) fakulti farmasi..sedih nye..mak abah mintak ampun sbb tak dapat balik slalu sem ni..

tp..sebagai seorang pelajar kita semua tak boleh mengeluh..kuatkan semangat wahai rakan2..bersabarlah..kene ingat bukan senang nak senang..lagi pun Allah dah janjikan setiap orang yg bersabar akan bertemu kejayaan..jangan sesekali putus asa..

Ya Allah..bglah kekuatan diriku dan rakan2 untk menempuh sem ni..dan dikuatkan semangat serta bersabar dengan setiap cubaan..bglah kami kejayaan dalam setiap ape yg kami buat..berkatilah ape yg kami lakukan..amiin..

Tuesday, July 22, 2008

Forgive me!!

Salam..
"aku selalu merungut mengapa aku tidak dapat kasut baru yang cantik seperti orang lain... sehinggalah satu ketika aku berhenti merungut apabila aku bertemu dengan seorang lelaki yg tidak berkaki.."

jadilah kita hamba yg bersyukur..sesungguhnya Allah akan menambahkan nikmat bg orang yg bersyukur...dengar dan hayati lagu ni..bile tengok video ni dia menyedarkan kita bahawa sesungguhnya setiap ape ketetapan dan kehendak Allah kita kena redha dan bersyukur..janganlah kita merungut jika kita tak dapat sesuatu atau kita dapat benda yg buruk..kerana masih ade org yg lagi bernasib malang dari kita..Sesungguhnya nabi Muhammad pun tetap beribadat dengan bersungguh2 sampai bengkak2 kaki sedangkan beliau telah dijamin oleh Allah untuk masuk syurga..ini keran sifatnya yg hanya ingin menjadi hamba yg bersyukur...

marilah same2 kita muhasabah diri dan bersyukur serta anggap setiap kekurangan dalam diri kita merupakan kelebihan yg Allah berikan kepada kita yg tidak ada pada org lain..



Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

Monday, July 21, 2008

Mutiara Ibnu Qayyum


This path may be difficult, but the final destination is certain

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah
keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai
dunia dan isinya diberikan kepada manusia
masih tidak lagi dapat membendung hajat hati
si hamba itu

Saturday, July 19, 2008

Dajjal...



http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=66&ShowID=370&MenuID=2&TemplateID=2&SubMenuID=1&VideoID=5844&EpID=11453#anchorVid
kalo tak kluar video ni..just tekan Link ni.

salam...
TOLONG TENGOK!! video ni aku amik dr website tv9..crite halaqah episod 21..sape yg nk tgk full episode..gi lah tgk kat website dia..kat episod ni aku just nk tekankan kat ending dia je..tp the whole episode sgt best..

Sangat terkejut bile dgr ending ust Daniel pasal dajjal tu..lepas dah tgk tu, kita kena tingkatkan amal ibadat n byk2 bertaubat...so, mari kita tingkatkan amal ibadat sebagai persiapan kita nanti..sbb org yg tk berpegang teguh dgn Islam, akan senang2 je jadi pengikut dajjal..so, kalo dah ikut dajjal jadilah kita kafir..nauzubillah

p/s: banyakkan berzikir dan hafal n amalkan 10 ayat terawal or 10 ayat terakhir surah kahfi utk elak fitnah dajjal..moga Allah bg kekuatan utk kita amalkannye..amiin

Thursday, July 17, 2008

Buat Sampai jadi..



salam..
buku ni aku dah habis baca bln lepas..saje je nak share..ni buku dr Tuah yg ke-4 yg aku dah baca..aku suka penulisan dr Tuah..sangat santai n cara dia tulis seolah2 kita sedang borak dengan dia..

kebanyakkan yg di ceritakan dalam buku ni adalah tentang motivasi especially kepada orang melayu yg beragama Islam...dr Tuah menceritakan dalam buku ni melalui pengalaman dia sebagai pakar motivasi..especially cerita tentang perangai orang melayu skrang ni..yg paling menarik, setiap cerita akan diselitkan dengan pengajaran..dia akan menyedarkan kita tentang perangai kita sekarang yg kita sendiri tak sedar kalo buat..so byk gak lah terkene batang hidung sendiri..

satu bab yg paling aku suka dia crite pasal penyakit lupa,latah n nyanyuk (LLN)..atau dementia, alzheimer n latahzer(istilah yg dicipta oleh dr Tuah..so, yg dapat disimpulkan disini..banyaklah membaca n tuntut ilmu kalo nak elak kene penyakit ni..

kpd sesiapa y gtak baca buku ni..aku sarankan..bacelah..best sangat..harganye cuma rm10..tak rugi pun kalo beli..

p/s: mak aku cakap kalo nak elak nyanyok dah tua nnti..jangan lupa baca doa lepas wuduk tu..mari lah same2 kita amalkannya..

Wednesday, July 16, 2008

My Ummah!!

My Ummah atau ummati atau ummat ku..itu lah kata2 terakhir nabi Muhammad s.a.w sebelum dia dipanggil menghadap Illahi..lihatlah..betapa nabi risaukan sangat ummat nye yg akan hidup selepas kewafatannya..tp ummat dia ade tak risaukan pasal mereka sendiri bahkan ingat tak kat nabi kita sendiri...marilah kita bangkit utk memartabatkan Islam dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w...moga Allah memberi kekuatan untuk kita berbuat demikian..Aminn..hayati lagu dan maksud lirik ni..



My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we’ve strayed from him and his way


My brothers, my sisters, in Islam
Let’s struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way

CHORUS:
Ya Allah ya rabbal ‘alamin
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord


Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again

Let’s become whole again
Proud again
’Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way

Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he’d want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory

Tuesday, July 15, 2008

Top 5 Qari yg paling aku suka

"Tenangkanlah hatimu dengan mendengarkan firman Allah yang dibaca dengan merdu dan indah oleh qari yg fasih. Dengan demikian, hatimu akan terasa sejuk dan senang, jiwamu kan tenteram, keyakinanmu akan bertambah" kata2 Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan..

so, ini senarai qari yg paling aku suka...semua qari2 ni aku ada mp3 dia yg full quran nye..semua aku beli original...

aku nasihatkan diri aku n korang yg takde mase nk baca quran tu..marilah kita sekurang2nye dengar org lain baca quran..banyak pahala tuh..

5. Sheikh Abdul Rahman As-sudais
-sheikh ni imam Masjidil Haram..kiranye macam senior lah jugak..dah lame jadi imam..aku pernah jadi makmum dia waktu kat Mekah dulu..sangat menusuk qalbu..lagi2 kalo dengar live..



4. Sheikh Muhammad Jibrel
-suara Sheikh ni sgt sedap..setiap satu sebutan dia boleh sebak gak hati ni bile dengar..



3. Sheikh Abu Bakr as Shtri
-MashaAllah..imam ni suara dia merdu sangat..dia punya lagu waktu baca Quran tu tak dapat digambarkan dengan kata2..same2lah kita hayatinye..



2.Sheikh Saad Al Gahmdi
-sheikh ni kita slalu dengar..especially kat ikim.fm..Subahnallah..thanks Allah sebab menjadikan suara Sheikh ni macam ni punye sedap dan dapat dihayati oleh kaum muslim..



1.sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
-tak silap aku sheikh ni imam masjid Nabawi..lembut sungguh suaranya..sangat menusuk qalbu jika dihayati betul2..sheikh ni pun ade nyanyi lagu nasyid..Subhanallah sedapnye..



ni nasyid dia..


Moga Allah ampunkan dosa semua sheikh2 ni dan berkati hidup mereka..moga Allah panjang kan umur dan beri rahmat keatasnye juga..Ammiin

Monday, July 14, 2008

Anak peranakan (anak buah)

Alhamdulillah aku dah dapat 2 anak sedara..sorang laki sorang pompuan..dah jadi pak cik ni..rase macam dah tua..yg pompuan namenye nureen suraya baru 3thn lbh & adiknye ahmad sufi hanafi br 3 bulan lbh..bile tgk kat sufi teringat kat atuk..petang tu atuk datang umah then malam tu kak ina terus bersalin..atuk cakap"kakak ko tu tunggu atuk jugak nak bersalin"..tu sebab name dia ada ahmad sempena memperingati atuk..huhu..dah ada dua anak buah ni rase macam dah huru-hara rumah...moga dua2 anak buah ni jadi org berguna..aminn..








Saturday, July 12, 2008

Innalillah

"Setiap yang bernyawa pasti akn mati"...ini lah perkataan motivasi yang patut dijadikan pengajaran..mggu lepas atuk baru je meninggal(Sabtu,5 Julai 2008,6.45 am)..dah seminggu masih lagi teringat2 lagi kat atuk..so, cuba pikir benda lain kalo teringat kat atuk sbb nk elak perasaan sedih..perasaan sedih mayb datang sebab dah 22 thn hidup ngan atuk..walaupun atuk sakit tp atuk ttp ingat kat aku..
sehari sebelum atuk meninggal dapatlah aku menabur bakti kat atuk buat kali terakhir..
balik je praktikal hari kamis tu..terus siap2 pegi umah mak long sbb org telefon cakap atuk sakit..sampai je terus rase macam sedih sangat sbb atuk nampak macam lemah sangat..tp dia punya ingatan masih kuat..dia masih ingat name anak2 dia n cucu2 yg rapat dgn dia..mase dtg tgk atuk hari isnin sblm tu tak delah lemah macam ni..tp kali ni dapat rase lain macam..
malam tu tika (kakak) ajak balik umah..tp rase macam tak sedap hati..pikir2 punye pikir so, decide lah nk tidur je umah mak long..mayb Allah masih nak bg aku kesempatan tuk same2 atuk..so, tidurlah kat sblh atuk..tidur lambat gak dalam kul 1 am..dalam kul 3.30pg atuk panggil..cakap dia takleh tido..so temankanlah n picit2 sikit2..pastu tidur balik..dalam kul 4.15 dia kejutkan lg..cakap dia nak mandi..so bawaklah dia gi mandi(naik wheelchair)..dah sampai bilik air dia cakap dia nak mandi sendiri..so,biarkanlah dia mandi..then dia kata nak amik air sembahyg..pastu macam tak sampai kat paip tu..aku tolong dia amikkan air sembahyg..
dah siap mandi waktu tu baru pukul 5..atuk cakap dia nk duduk..nk tunggu waktu sembahyg subuh..so aku temankanlah je dia..waktu tu nampak atuk macam dah segar sikit..tiba2 air smayg dia terbatal..so, amiklah balik wuduk dia..yg aku terkejut dia cakap dia blh jalan..so dia jalanlah sendiri n aku ikut kat blkang sampai bilik air..dia amik air smayg then tibe kat bilik air dia panggil cakap dia dah tak leh jalan..cepat2lah aku pegang dia takut dia jatuh n amik wheelchair..dah nk 1/2jam gak lah atuk amik smayg kali ke-2 tu..dah settle tu, atuk sembahyg lah subuh..dah tgk semua dh settle aku pun dalam kul 6 tu baliklah umh sbb tgk atuk pun macam dah segar sikit..lgpun tika keje n hari tu (jumaat) hari akhir aku praktikal..takkanlah tak nak gi pulak walaupun berat hati sbnrnye nk pegi..malam tu aku tidur tak sampai 3 jam tp aku puas dapat jaga atuk..
seperti biase aku gi lah keje ari tu..tp ari ni balk lambat sikit..dalam kul 6..sampai umah dah nk kul 7..pastu tiba2 mak tepon cakap atuk dah tenat..ape lg aku siap2 terus je gi umah mak long..org semua bace yasin ptg tu..ramai lah waktu tu kat situ..semua dik bradik mak ade kat situ..tgk atuk makin tak bermaya..disebabkan terlalu penat n kurang tido..dlm kul 11 mlm aku dh tertido dah kat umah mak long..dalam kul 230 pg tu (sabtu) sepupu kejutkan aku..cakap atuk suruh bacakan yasin..terus je semua org bgn bacakan Yasin..pada mase yg same,atuk pun ikut gak baca yasin..walaupun sebutan tak berapa jelas tp dgrkn bunyinye mmg dia tgh ikut baca skali..badan atuk makin lemah...pastu atuk suruh turunkan semua gambar dalm bilik tempat dia baraing tu..maybe dia dah dpt tau dia nk menemui Illahi..then dia asyik mintak air je..so, tanda2 dah makin jelas..sebak dihati dah tak terkawal..pakcik2 semua ajr atuk kalimah suci..satu persatu badan atuk makin lemah...sampai waktu subuh yg dingin..ramai keluar dr bilik utk sembhyg subuh..tp atuk tetap diajar dengan kalimah suci..lepas je solat subuh aku terus je masuk bilik tgk atuk..keadaan semakin teruk..sampai lah aku tgk nafas atuk semakin perlahan..tp lidah atuk tetap bergerak sambil menyebut kalimah Allah...dan akhirnya Allah tetap lebih sayangkan nye...tp Alahmdulillah atuk pergi dengan keadaan aman..semua anak ade kat sisinye waktu ajalnye..aku pun dapat tgk betapa sakitnye apabila rohnye terisah dari jasad..atuk selamat dikafan, dimandi n disembahygkan di surau sek 6 shah alam dan dikebumikan disebelah kubur wan(nenek) di tanah perkuburan kg batu laut,banting..terima kasih kepada semua yg terlibat menguruskan jenazah atuk..sesungguhnya dari Allah kita dijadikan dan kepadanyelah kita di kembalikan..

Al-Fatihah ke atas ruh Allahyarham hj Ahmad bin hj Rusin..moga Allah mencucuri keatas ruhnya..

Air mata Taubat

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun.Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana beliau terlampau malu kepada Allah S.W.T. Beliau sujud di atas gunung selam 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini".

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakain hebat menangis.

Akhirnya Allah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang sungguh lazat dan hebat dari air mata taubatmu"