Bersambung daripada Part1
Maaf pembaca-pembaca sekalian. Ikutkan hati memang malas nak sambung. Report banyak tak buat tapi sibuk nak tulis blog pula. Tapi atas permintaan 'pembaca', daku gigihkan juga.
Syarat pertama nak pergi China adalah mesti ada VISA. Macam mana nak buat visa, silalah google kerana dah banyak blog cerita.
Perjalanan dari Malaysia untuk sampai ke Kunming mengambil masa lebih kurang 4 jam. Waktu aku pergi ni adalah musim sejuk. Jadinya bila sampai tu memang semua penumpang sibuk mengeluarkan pakaian sejuk masing-masing. Dalam flight masa aku pergi tu cuma beberapa orang je Melayu. Aku cuma bawa jaket je sebagai persiapan di Kunming. Suhu di Kunming lebih kurang 8 - 15 darjah celcius. Jaket atau sweater dah cukup sebenarnya. Tapi kalau kulit sehalus Che Ta tu kenalah pakai Windbreakers atau Padding.
Setelah sampai, waktu nak cop passport tu, mata aku tertangkap satu perkataan yang menghilangkan segala keresahan, hati berbunga-bunga dan terasa lega dengan perjalanan yang bakal ditempuh. Nak tau apa, ada satu restoran di bahagian atas airport tu ada tulis HALAL dalam jawi (tak sia-sia mak aku hantar sekolah rendah agama dulu). Ini satu petanda baik. Kemudian memandangkan hari dah petang, aku dah macam nak nekad untuk solat je dekat bucu mana-mana airport. Sebab ikut jangkaan, aku memang akan sampai hotel malam. Tak sempat nak solat Jamak Qasar Zohor dan Asar.
Maaf gambar tak terang. Tapi signboard tu adalah tanda halal. Tapi tak sempat cuba pun makan dekat restoran tu.
Papan tanda yang menyatakan terdapatnya Musolla @ Surau. Maaf gambar surau terlupa ambil.
Selesai solat, kami pun memulakan misi pertama mencari hotel berdasarkan arahan dalam itinerary booking hotel yang diberikan. Hari pertama kami menginap di Kunming Upland Youth Hostel. Harga hotel ni waktu tu lebih RM80 semalam untuk private room & toilet. Cabaran jugalah nak selesaikan misi pertama ni. Sebab orang jaga kaunter semua tak faham english. Jadinya cuba jaya jelah. Mula-mula naik bas pergi ke terminal West inn. Kaunter tiket bas ni dekat luar airport. Sampai West Inn menggagau sebab semua orang wajib turun. Jalanlah kami sampai tepi jalan besar untuk tahan teksi. Kemudian tunjuk alamat hotel, sampai lah kami ke sana. Bagi yang poket tebal tu sebenarnya boleh je naik teksi dari Airport. Tapi cheapskate macam aku ni terpaksalah naik bas.
Sampai hotel terus check in. bagi yang keluarga tak berapa sesuai menginap di hotel ni. Sebab nama di youth hostel. haha. Sebab hotel dia kena naik tangga sikit kemudian baru jumpa lif. Tapi bila dah masuk bilik, sangatlah berbaloi-baloi. TV, Heater, Kettle dan electric blanket pun ada. Lengkaplah. Waktu sampai hotel ni dah malam. Cuaca dah semakin sejuk. Lepas siap-siap tu kami terpaksa keluar semula sebab nak kena dapatkan tiket keretapi ke Lijiang untuk malam esok.
Gambar hotel dari luar. Hotel ni ada 7 ke 8 tingkat. Nampak dari luar memang kecil.
Gambar dari dalam bilik.
Gambar tandas dalam bilik.
Dari hotel nak pergi stesen keretapi aku naik teksi je sebab penat dah. Malas nak bermisi-misi di malam hari. Awal-awal nak bagitahu yang stesen keretapi dia memang semua bahasa cina. Tiada maaf bagimu orang kampung yang mengharap papan tanda english. Jadinya petua nak beli tiket. Suruh orang hotel tuliskan butir-butir tiket yang kita nak beli tu dalam bahasa cina. Yang wajib sekali make sure receptionist tu faham english. Dan jangan lupa juga suruh tuliskan 'stesen keretapi' dalam bahasa cina untuk tunjuk dekat driver teksi nanti. Nak beli tiket tu kena bagi tau detail sikit. Boleh rujuk website http://www.seat61.com untuk rancang perjalanan anda.
Lepas beli tiket tu, aku pun jalan-jalan dekat luar stesen keretapi tu. Sekali nampak pakcik pakai kopiah jual sate kambing dekat kaki lima. Terus bersorak gembira. Yeay. Hari pertama dah jumpa sate kambing. Siapa pernah pergi China mesti tau yang sate kambing dekat China ni memang sedap. Sebagai appetizer sebat je 5 batang dulu. Sedap hingga jilat lidi tapi pedas. Harga sebatang dalam RM1. Makan dengan gembira.
Sate kambing yang lazat!! Model tiada kepala.
Kemudian kaki kami digerakkan lagi dengan melalui kawasan kedai kecil-kecil. Waktu ni perut dah lapar. Sate tadi tak cukup. Tiba-tiba nampak kedai makan kecil je masih buka. Sekali tengok macam ada lambang masjid. Terus berhenti. Mari skodeng dalam kedai. Yeay ada orang pakai tudung dengan pakai kopiah. Kedai makan halal detected. Dah duduk, tak tau nak order macam mana. Pelayan dia haram jadah tak faham langsung english. Pasrah je. Masa nak order tu, aku tunjuk je makanan mamat meja belakang tu dengan satu pinggan macam mee terdedah tak habis tu sebagai menu malam tu. Sampai je makanan, sebat je terus. Biasa-biasa je rasa makanan dia. Yang penting halal. Restoran kat China ni kebanyakannya tak jual air. Jadinya siap-sedialah bawa air dimana-mana.
Perut sudah kenyang, jadi kami pun balik hotel. Cari jalan besar, tahan teksi, tunjuk kad hotel dan sampai hotel. Tamatlah malam pertama kami di Kunming.
Bersambung....
5 comments:
bl nak smbg cita lg??
Masih menunggu sambungan cerita di China ni.. sebab ada planning nak ke China tahun depan hehee..
Betul tu buahan2 semua Halal.. bagus airport sana ada restoran Halal ada musolla lagi tu.. alhamdulillah makin senang nampak nya :D
alaa...dah abis...sambung plss...hehe..camne nak g jade dragon mountain dari kunming?
Saya cuuba habiskan cerita walaupun perit.. hehe.. ena azman,nak detail email pls.. haha sebab blog ni ikut turutan.. nnti tak suprise..haha
Post a Comment