Alhamdulillah dengan segala rahmatNya.
Abaikan segala cerita yang tergantung. Kita mulakan yang baru, InsyaAllah kalau sempat nanti aku akan sambung mana yang tergantung tu.
Hari ini adik-adik, abang akan ceritakan tentang perjalanan abang ke negara paling ramai manusia iaitu China (abang?? puiih). Aku ke China pada bulan Januari yang lalu selama 9hari 8malam. Lama beb, kurang sikit daripada pergi umrah. Habis cuti tahunan aku.
Kenapa China? Kan Nabi pernah suruh kita belajar hingga ke negeri China. Walaupun tak jadi pelajar di universiti tempatan, tetapi belajar dalam universiti kehidupan. Selain itu, waktu ni tiket AirAsia pergi Kunming dapat tersangatlah murah. Nak tahu berapa? RM360 return. Murah kan? Ini kali kedua aku pergi China selepas Guangzhou.
Kenapa Kunming? Aku pun tak tau. Pada mulanya beli sebab nampak murah, lepas tu dengan yakinnya beli untuk 9hari. Nak pergi mana area Kunming ni? Dah beli baru nak cari aktiviti dan tempat nak pergi. Sekali geledah banyak pulak tempat best. Kunming ni sebenarnya macam Ibu negeri bagi Yunnan Province. Sebenarnya sebelum pergi ada jumpa dan borak dengan sorang pakcik cina ni pasal China. Dia memang ulang alik China dan banyak Province dia dah pergi. Dia cakap di Yunnan antara tempat paling banyak Muslim. So, aku membuat kesimpulan, jika tak ada tempat nak pergi aku nak tengok kehidupan orang Muslim sana. Sekali dah google, banyak pulak tempat best, jumpa orang Muslim dekat restoran jelah.
Kenapa nak cerita pasal Yunnan ni? Sebenarnya banyak tempat aku pergi tapi tak sempat
Berikut adalah route yang aku jelajah sepanjang 9 hari disini:
Kunming - Lijiang - Tiger Leaping Gorge - Shangri La - Lijiang - Kunming
Lokasi Yunnan Province berdasarkan peta China
Ini peta Yunnan Province, bersempadan dengan Myanmar, Laos, Vietnam dan Tibet
Trip ke China ni totally backpacking. Aku cuma guna teksi beberapa kali je. Soalan yang biasa aku terima bila balikdari China ni adalah:
Makan macam mana?Rasa-rasa pembaca blog ni ada tertanya-tanya tak? (Macamlah ada pembaca) Persoalan-persoalan ini aku akan rungkaikan dalam episod akan datang.
Macam mana nak berkomunikasi?
Berapa banyak spend?
Macam mana nak pergi satu tempat ke tempat lain?
Macam mana nak naik bas dan beli tiket?
Macam mana hotel?
Macam mana toilet? macam mana nak cebuk?
Orang China pengotor tak?
Sebagai permulaan aku bagi sedikit gambar introduction sebagai halwa mata:
Shilin a.k.a Stone Forest, Kunming
Lijiang Old Town
Halal Foods
Tiger Leaping Gorge
Sonzanlin Monastry, Shangri-la
View of Shangri-La Town
Snow Jade Dragon Mountain from Black Dragon Poll
Peak Snow Jade Dragon Mountain
Blue Moon Valley
Sekian Wassalam
19 comments:
Antara tempat idaman untuk diterjah. China memang sentiasa menjadi tempat pilihan untuk pergi.
Thanks for sharing, please keep writing about this trip, nanti boleh jadikan panduan :)
@PM tq kerana sudi membaca. China memang menarik & banyak tempat cantik walaupun orang dia banyak pelik..InsyaAllah cuba untuk habiskan entry ni
salam kenal ;)
singgah sini masa mencari tip2 ke medan. wah!banyak tempat dah pegi ye.seronoknya
Subahanallah.. teruja dengan pemandangan dari kaca lense bro..
perkongsian terbaik :D
Assalamualaikum..... Antara lijiang n kunming, mana yg paling menarik n senang nak makan? Dua2 bandar tu dekat?
salam...sy akan ke kunming bln 3 thn depan...skrg ni gh cari info psl ke kunming...sy nk tyer...klu nak wat visa china mcmner...coz sy pergi dlm 10 org..adakah semua kne pergi sekali@wakil sahaja yg ley watkan...
time traveller: kaca lensa hp je.. edit sikit kasi cantik
anonymous: dua-dua senang nak makan. tak dekat sangat. Naik train 9 jam. nak cepat naik flight.
Shieda zain: nak buat visa boleh tengok blog2 lain. boleh google. Banyak blog dah cerita. Dulu saya pergi berdua, tapi saya sorang je yg pergi embassy. Boleh buatkan kawan. Cuma kena lengkaplah dengan itinerary jika backpackers dan bukti booking hotel dan keperluan2 wajib lain untuk buat visa
wahhh banyak info.. sy baru nak riki2 pasal kunming ni.. thks yeah!
Salam, nak tanya, saya beli tket ke Kunming utk 10 hari. Kalau tolak dengan waktu fly, ada 8 hari sempat tak nak ke Lijiang, Shangri La, dan Dali? Dan sy pegi awal Dec. Dah masuk winter kan so nak kena guna ke pakaian2 winter tu. Hehe. Btw, bajet awak berapa ya utk 9 hari ni?
Saya bru book flight ke kunming..this december ni..boleh share itenary x...my email..adawiyyah_rabiah@yahoo.com
@fella'd lieez: ok.. lepas riki tu pergilah.. berbaloi2
@syita: sempat.. tp korbankanlah sikit jalan2 area kunming.. kalo nak masa lebih berkualiti pilihlah antara dali atau shangrila.. sy cadangkan masukn tiger leaping gorge dlm itinerary.. dec confirm winter tu.. sejuk kot.. beli baju sejuk kat sana.. bajet saya masa tu lbh kurang rm1700+ all in termasuk tiket flight + shopping
@rabiah adawiyah: sy akan email secara ringkas itinerary saya..
Saya bercadang utk ke kunming tp saya masuk ikot lao cai vietnam jalan darat.. sy masih blm dapat method utk cross border dari vietnam ke china
Assalaamu'alaikum
Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an. Kalau ada kesempatan.
Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab uia akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
Kami juga ingin backpacking dari kunming ke vietnam. Htp bg tipsnya.
Minggu lps kami backpacking ke chiangmai dgn airasia. Dari situ ke Tachilek, myanmar dan ke sempadan lais dgn bas.
جزاك الله خيرا
Assalaamu'alaikum
Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an. Kalau ada kesempatan.
Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab uia akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
Kami juga ingin backpacking dari kunming ke vietnam. Htp bg tipsnya.
Minggu lps kami backpacking ke chiangmai dgn airasia. Dari situ ke Tachilek, myanmar dan ke sempadan lais dgn bas.
جزاك الله خيرا
Salam boleh share x itenary. shaqmickey@gmail.com
Tq.
China itu besar juga ya :)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Tercari2 part 2..dimana?
Post a Comment