Saturday, March 9, 2013

Trip to Hanoi Day 3 - Part 5

Salam

Bersambung kita daripada part 4

Sebenarnya dalam perancangan kami ke Hanoi, hari kedua akan pergi ke Ha Long Bay yang merupakan "7 wonders of nature". Tapi memandangkan kami kepenatan yang teramat sangat daripada perjalanan semalam, kami terpaksa membatalkan niat tersebut. Nasib baik tak booking online, kalau tak, terkulai kepenatan balik Malaysia nanti. Tu lah antara bagusnya ambil trip dari Hanoi, kita boleh 'confirm'kan dengan tour agent selewat-lewatnya 730 pagi pada hari yang sama sebelum bertolak. Antara sebab kami terpaksa cancelkan rancangan ini adalah jarak perjalanan ke Ha Long Bay lebih kurang 4 jam pergi dan 4 jam balik untuk 'day trip'. Larat? Semalam dah sehari suntuk pergi berjalan. Sebab esok nak balik Malaysia seawal pagi. Tu tak dapat nak ambil pakej overnight dalam kapal di Ha Long Bay. Lagi satu sebab juga adalah pemandangan di Tam Coc tu seolah-olah Ha Long Bay juga. Alasan semua tu (Tapi aku tetap tanam misi nak pergi Ha Long Bay ni juga satu hari nanti).

Apakah plan pada hari ni? Kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan sekitar bandar Hanoi ni sebab sekitar bandar ni pun banyak benda yang boleh dilawati. Makanya lepas sembahyang Subuh, semua sambung tidur lagi, penat kononnya. Pukul 10 pagi baru nak mula jalan. Disebabkan berjalan-jalan sekitar bandar Hanoi ni tiada dalam perancangan awal, jadinya aku tak berapa nak 'study' pasal tempat menarik di bandar. Setelah mengorek maklumat daripada tauke hotel, akhirnya berbekalkan sekeping peta kami bergerak ke kawasan Ho chin Minh Mausoleum kerana area kawasan ni juga banyak tempat menarik. Jadinya tak perlu banyak kali naik teksi. Tauke Hotel ni yang tolong telefonkan teksi dan dia juga tolong cakapkan dengan driver teksi ni tempat yang kami hendak pergi.

Corridor sepanjang nak masuk Mausoleum. Banyak Tv tuyang pertunjukan kebudayaan.


HCM Mausoleum



Setelah tiba di kawasan ni, hujan pun turun. Tapi hujan di Hanoi ni menarik. Sebab titisan air dia kecil-kecil dan tidak membasahkan. Semua orang macam tak endah je dengan hujan dan teruskan dengan aktiviti mereka. Menurut tauke hotel tu mausoleum ni dah tutup tapi boleh je jalan di luar. Kami pun main bantai jelah pergi. Sekali bila sampai rupanya masih buak. Bag-bag semua tak boleh bawa masuk ke kawasan ni. Kena letak di kaunter luar tu. Balik nanti baru boleh ambil. Sekali bila nak masuk mausoleum ni semua orang macam beratur, jalan dalam barisan dan agak sopan lah nak melawat kawasan ni. Kami ni mengekor je, bukan paham pun apa diorang ni cakap sambil posing-posing ambil gambar. Orang-orang Vietnam jalan dalam keadaan serius dengan polis berada disepanjang perjalanan sambil perhati orang yang nak masuk dan pandang sinis dengan kami ni yang tak henti-henti ambil gambar.

Sebenarnya kami adalah rombongan terakhir yang dapat melawat kawasan ni sebab mausoleum ni buka  dari 7.30-10.30 am during summer dan 8.00-11.00am during winter. kami ni kira bernasib baiklah sebab sampai pun dah nak pukul 11 dan masih dibenarkan melawat. Kami ni berfikiran yang mausoleum ni sama macam makam-makam di Malaysia. Macam makam Tunku Abdul Rahman kat Masjid Negara tu. Intai-intai dari luar tengok kubur.  Tapi makan Ho Chin Minh ni sangatlah berprotokol nak masuk dan polis sangatlah banyak. Bila masuk bangunan mausoleum tu, lampu macam ala-ala malap dan semua orang jalan sehala je. Kawan aku ni pegang kamera, sekali kena tahan dengan polis situ, sebab tak boleh ambil gambar dan tak boleh pegang kamera. Dengan keadaan kami yang blur, kami jalan sampai ke kawasan dewan makam tu. Rupanya semua orang vietnam ni memberi penghormatan kepada pemimpin mereka Ho Chin Minh ni. Dan yang paling terkejutnya, mayat Ho Chin Minh ni masih ada dekat situ. Diorang awet mayat dia. Nampaklah muka dan berkameja sekali. Muka dia sebijik-sebijik macam gambar dalam duit Vietnam tu. Macam melawat rumah hantu, tak pun melawat rumah mayat pun ada. Dengan jasad Ho Chin Minh tu terkujur baring di tengah-tengah, dikelilingi 4 orang polis bersenapang yang kaku disetiap bucu katil tu. Sekali dibuatnya bangun tiba-tiba mayat tu, mau lintang pukang semua lari.

Patutlah berprotokol sangat. Dah lah orang Vietnam ni sangat menghormati pemerintah mereka, yang kami ni duk terkinja-kinja ambil gambar. Maaflah ye sebab kami tak tau pun dalam tu ada mayat macam tu lagi. Sedikit info pasal Ho Chin Minh:


Hồ Chí Minh (19 May 1890 – 2 September 1969), born Nguyễn Sinh Cung and also known as Nguyễn Tất Thành and Nguyễn Ái Quốc, was a Vietnamese communist revolutionary leader who was prime minister (1945–1955) and president (1945–1969) of theDemocratic Republic of Vietnam (North Vietnam). He was a key figure in the foundation of the Democratic Republic of Vietnam in 1945, as well as the People’s Army of Vietnam (PAVN) and the Việt Cộng (NLF or VC) during the Vietnam War.
He led the Việt Minh independence movement from 1941 onward, establishing the communist-ruled Democratic Republic of Vietnam in 1945 and defeating the French Union in 1954 at the battle of Điện Biên Phủ. He officially stepped down from power in 1955 due to health problems, but remained a highly visible figurehead and inspiration for those Vietnamese fighting for his cause—a united, communist Vietnam—until his death. After the war, Saigon, capital of the Republic of Vietnam, was renamed Hồ Chí Minh City.
Sumber: wikipedia


Setelah habis satu pusingan melawat makam tu, kami keluar dan masuk ke kawasan Ho Chi Minh Museum. Orang Vietnam masuk free, pelancong kena bayar 25000 dong/head. Apa yang menarik dekat sini adalah kita boleh tengok rumah Hồ Chí Minh ni dan segala aset-aset dia. Dari bilik tidur, bilik study, kereta, dapur, laman rumah dll. Biasa-biasa jer dalam ni. Pusing sekali harung je. Masa nak keluar dari kawasan tu kita boleh lihat "One Pillar Temple". Ramai kot masa tu orang berimpit dekat kawasan ni. Malas nak masuk dan ambil gambar dari luar je. Dah katanya 'one pillar', tapi orang yang masuknya tak hingat dunia. Silap-silap runtuh pula.

Rumah HCM

Kereta HCM

Bilik tidur HCM

Ruang makan HCM

Bilik Study HCm



Akar pokok berbentuk pagoda

One pillar temple

Pokok unik. Ditengah-tengah pokok ni tumbuh pokok kelapa.

One Pillar temple




Kemudian kami keluar dari kawasan tu, dan bercadang nak pergi lagi satu muzium. Yang terdekat adalah Vietnam Fine Art Muzium. Berjalan kaki lah kami. dalam peta macam dekat tapi sebenarnya jauh jugalah. Kami ni pun memandai-mandai tanya orang tempatan semua. Sekali jumpa satu bangunan ni. Dah yakinlah ini adalah muzium yang dicari sebabnya ada orang membuat khat kaligrafi cina kat luar ni. Betul lah ni. Nak cari pintu dia, punyalah jauh ke depan, kami sampai dari belakang. Kenalah tawaf. Masuk kawasan ni kena bayar 20000dong/head. Sekali masuk rupanya kami bukan pergi Vietnam Fine Art muzium, yang kami masuk adalah Van Mieu-Temple of Literature. Ah..bantailah masuk, lagipun dah bayar. Tiada apa yang menarik cuma landskap dia cantik jugalah. Waktu ni kami dah kelaparan sebenarnya, melawat pun tak ikhlas tiada perasaan nak ambil tau pun sejarah tempat ni. Tengok-tengok bukan kami paham pun. Dah tak faham tu bukannya reti nak bertanya atau upah guide. bodoh sombong katanya!. Nak tau pasal Van Mieu-temple of literature ni boleh tengok di sini.






Sekitar kawasan Van Mieu-Temple of Literature, Hanoi

Kemudian kami terus cari teksi untuk pergi cari restoran nak makan. Tengah hari ni kami sebenarnya cari restoran D'Nyonya tapi tak jumpa. Orang situ cakap restoran ni dah pindah. Aku pun tak tau dia pindah mana. Jadinya, kami makan di Restoran Nisa lagi (akan diulas pada part terakhir). Di sebabkan Restoran Nisa ni dekat jugalah dengan Hoan Kiem Lake, kami pun berjalan kaki ke kawasan tasik sebab member sorang ni ada dia aim satu barang malam tadi tapi belum beli lagi. Jadinya aktiviti seterusnya adalah sambung membeli belah. Aku tak adalah berminat sangat nak shoping tapi ikut jelah.

Terpanjang sangatlah entry kali ni. Bersambung...

4 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

Assalammualaikum.. tumpang baca~

hazwanali said...

Waalaikumsalam..jemput-jemput masuk..

Anonymous said...

boleh saya tau kenderaan apa kamu gunakan untuk berjalan2? kamu tidak ambil pakej kan? so kamu cuma tempah tiket ke hanoi dan ambil travel agen kat sanaa? macam mana nak cari travel agen kt sana?

hazwanali said...

@anonymous - kalau setakat dalam bandar saya guna teksi je. bgtau receptionist hotel kita nk pi mana, lepas tu suruh dia cakapkan dekat driver taxi tu. tak pun bawa peta, tunjuk dekat driver taxi tu mana nak pergi. tak pun suruh receptionist hotel yg paham english tu tuliskan nama tempat yg nak pergi tu atas kertas then tunjukkan pada driver taxi. Taxi dekat hanoi tak susah rasanya. jalan sikit dekat jalan besar pastu tahan je. jangan lupa minta kad hotel supaya senang nk balik hotel semula.

Travel agent bersepah-sepah dekat bandar hanoi. kebanyakkan hotel pun boleh buatkan tempahan utk trip kita. tapi better survey dulu then cuba cari range harga. kalau hotel tawar mahal baru jalan pi kedai travel agent yg lain. jangan duduk jauh sangat dari tengah bandar.