Sunday, February 10, 2013

Trip to Hanoi Day 2 - Part 3

Salam

bersambung dari part 2

Setelah berbincang kami telah bersetuju untuk mengambil pakej ke... Hua Lu-Tam Coc di daerah Ninh Binh. Kawasan ini berada di selatan Hanoi dan jarak perjalanan adalah lebih kurang 2jam. Sebenarnya lebih kurang 100km je. Kalau kita memandu di lebuhraya PLUS tu kalau jarak macam tu, 1 jam lebih je boleh sampai. Tapi mereka memandu ala-ala orang bercinta jadinya lebih lama lah perjalanan ni.

Pagi sebelum bertolak, sarapan kami disediakan oleh pihak hotel. Sebenarnya adalah beberapa pilihan yang diberi, cuma kami ni 'play safe' tak nak yang ada berunsurkan daging dan minyak. Jadinya sarapan kami adalah roti dan telur rebus. Walaupun ala kadar, tapi telan je sebab takut lapar nanti. Untuk air, aku pilih vietnamese tea tanpa gula yang aku minum satu sudu je sebab pahit yang amat, stok boleh sembelit punya. Dalam pukul 830 pagi, bas dah datang ambil depan hotel. Ingatkan kami lah yang last, rupanya banyak lagi nak kutip orang. sampai bas tu betul-betul penuh. Jimat gila. Pakej untuk ke tempat ni kami ambil dari hotel adalah US$28 termasuk sewa basikal. Bagi kami dah murahlah, sebab ada baca-baca dari blog lain mereka bayar dalam US$30. Sekali dalam bas kami jumpa lah seorang aunty dari Sarawak ni, sekali dia cakap dia bayar cuma US$26 termasuk basikal. Ada sedikit kucewa disitu. Pakej ini termasuklah, melawat 2 buah temple, naik sampan lebih kurang 2 jam, bas pergi dan balik, "lunch" dan berbasikal.

Breakfast kami. telan jelah. Kalau ada sos cili ataupun black pepper ni alangkah nikmatnya.

Dalam perjalanan itu, kami singgah di satu R&R. Disediakan untuk sesiapa yang nak pergi "Happy room" bak kata mamat tourist guide tu. Kebanyakkan bilik air di Vietnam ni mempunyai bilik air separa lutcahaya termasuklah bilik air di hotel kami. Tapi lebih menjengkelkan lagi, bilik air di R&R ni separa lutcahaya dan menghadap keluar tak kiralah toilet lelaki ataupun perempuan. Jadinya jika banyak bas datang dan ramai yang nak pergi 'happy room ni' ramailah orang beratur dihadapan toilet tu. Jadinya janganlah cuba buat aksi paranormal dekat dalam toilet tu sebab pergerakan anda diperhatikan. (Maaf tak dapat ambil gambar toilet, takut ada ternampak aktiviti kurang normal). Kalau aku, lebih baik tahan. Kawan aku cakap dalam bangunan ni ada satu lagi toilet lebih 'proper'. Tak sempat nak usha sebab memang tiada niat pun nak berhajat. Selain itu, di R&R ini ada tempat menjual cenderahati yang dibuat oleh persatuan orang cacat di Vietnam ni. Cantik memang cantik tapi harganya mahal. Jadinya kami yang budget ni hanya mampu tengok dan puji sahaja. 

Kad KLCC 3D. Bangga menjadi rakyat Malaysia. 

Orang kurang upaya sedang menunjukkan bakat menjahit lukisan. memang cantik tapi mahal bebeno.

Mula-mula kami pergi ke Hua Lu dulu. Disini kami dibawa untuk melawat 2 buah temple iaitu Dynasty Dinh dan Dynasty Le temple. Sebelum berpindah ke Hanoi, ibu negara Vietnam adalah Ninh Binh ni. Kawasan ni memang cantik sebab dikelilingi oleh kawasan bukit batu kapur. Dulu, kawasan ni dijadikan ibu negara sebab banyak bukit-bukit untuk dijadikan kawasan pertahanan. Tetapi disebabkan bukit-bukit inilah, seorang maharaja mereka berfikiran kawasan ini tidak boleh dimajukan dan dijadikan ibu negara kerana ekonomi susah untuk membangun. Jadinya mereka memindahkan ibu negara ke Hanoi kerana tanah rata dan mempunyai sungai. 

Kami punya tourist guide agak bersemangat nak ceritakan sejarah 2 buah temple ni sehingga mewajibkan setiap ahli bas kami mengikut dia ke mana dia pergi. Tetapi sejarah kawasan ini agak menarik juga mengikut apa yang diceritakan oleh tourist guide kami. Tapi dia buat ala-ala sinetron tu yang sakit hati. Cerita sikit lepas tu tengah syok-syok dengar, boleh dia cakap 'to be continue'. Terpaksalah kami mengekor je dia sebab nak tau kisah lanjut. Mengikut apa yang diceritakan oleh tourist guide ni, orang Vietnam sangat-sangat mengagungkan pemerintah mereka dan mereka terlalu mempercayai kisah berkaitan dengan naga. Kami dengar-dengar juga, tapi sibuk juga ambil gambar. Sampai tourist guide tu panggil kami 'slow boys'. Gaya cakap macam tak dah lama tak makan selipar je. Nak tau kisah lanjut pasal 2 temple ni pergilah google ataupun pergi Hanoi cari mamat tu. 

Berlatar belakangkan bukit batu kapur. Subhanallah..sangat cantik

Pintu masuk kawasan tample

Maskman bergambar dengan singa jadian

Gambar salah satu temple

Lepas habis melawat dua temple ni, kami meneruskan perjalanan untuk ke Tam Coc. Tempat yang ditunggu-tunggu. Tujuan utama ke sini iaitu untuk menaiki sampan. Sebelum itu, kami di bawa untuk makan tengah hari di kawasan yang berhampiran dengan tempat kami nak naik sampan. Makanan yang disediakan adalah secara buffet. Anda semua boleh pilih binatang apa yang anda nak makan. Tapi setiap makanan tu ada lebel yang menyatakan nama masakan tersebut. Konon-kononya aku nak cubalah juga makanan yang ala-ala halal contohnya sayur-saturan dan ikan. Sekali dah pegang pinggan tapi tak ambil apa-apa lg waktu ni, jalan sambil hujung nampak 'pork caremel'. Terus sadakallahulazim. Letak pinggan ambil pisang jer. Duduk balik dekat kerusi, buka beg.  Nasib baik kami ada bawa 1 buku gardenia bersama tuna pedas. Syukur Alhamdullilah. Kongsi 4 orang, bantai sampai kenyang. Licin sebuku roti. 

Lepas habis rehat, kami akan menaiki sampan. Teruskan ikuti pengembaraan kami di bumi Hanoi.. (dah macam mamat tourist guide tu pula buat sinetron)..

Antara yang menarik di episod akan datang, perjalanan menaiki sampan yang dipenuhi 'scam'..

bersambung..

4 comments:

Time Traveller said...

Cuaca okay tak time nie?

hazwanali said...

@time traveller boy: cuaca agak sejuk..belas2 deg celcius..pakai jaket pn dh blh tampung..ada macam gerimis2 sikit tp tak sampai basah lah..

hazwanali said...

@time traveller boy: cuaca agak sejuk..belas2 deg celcius..pakai jaket pn dh blh tampung..ada macam gerimis2 sikit tp tak sampai basah lah..

gento.. said...

wow cantiknya..

salam,pharmacist eh?td jump in yr page sebab tgh search pasal kaunseling..salam kenal..