Monday, February 4, 2013

Trip to Hanoi Day 1 - Part 2

Salam

barsambung dari part 1

24 Jan 2013

Kami bertolak dari LCCT pada pukul 630 petang. Tiada sebarang kekalutan berlaku semasa di airport sebab semua mengikut seperti dirancang. Cuma waktu kapal terbang mendarat tu ada masalah sikit. Aku dah rasa lain macam sebab macam terhoyong-hayang bila dia nak landing tu, tiba-tiba bila rasa tayar kapal terbang dah cecah tanah, kapal terbang tu macam senget sebelah dan pilot tu terus balas balik stering tu sebab nak kasi seimbang (sila bayangkan seperti anda bawa kereta). Terasa macam ala-ala nak terbabas. Macam nak terasa hilang jantung kejap. Walaupun dulu aku selalu ulang-alik naik AirAsia, tapi ni pertama kali berlaku macam ni. Lepas tu tanpa rasa bersalah, boleh kapten buat pengumuman anda telah selamat sampai dan suhu di Hanoi waktu tu 26c. Jelas penipuan disitu. Jejak je kaki dah terasa kesejukkannya. Kalau dia cakap 16c baru aku percaya. Tapi apa-apapun kami bersyukur sebab semua selamat dan sampai dalam pukul 850 malam waktu Hanoi.

Dari segi visa, memanglah amat mudah urusan di Vienam ni. Kita rakyat Malaysia boleh buat 'visa on arrival'.  Tak perlu isi borang-borang semua. Cuma beratur kat imegresen dan cop je. Tak ada nak skan mata, tak ada nak kena letak cop jari dan tak ada nak kena 'declare' hotel mana nak tinggal. Airport Hanoi adalah Noi Bai International Airport. Agak maju jugalah airport dia. Tapi KLIA lagi besar, maju dan canggih. Sebenarnya, kami dah bincang dengan pemilik hotel tentang pengambilan kami di airport. Dia charge kami dalam US$18. Actually boleh je kalau nak survive sendiri cari teksi. Tapi awas! Sebab teksi ni banyak 'scam'. Melalui pembacaan, harga teksi ke bandar Hanoi dalam $16. Tapi kami berempat, tak terasa sangatlah kalau $2 dibahagi 4. Kalau nak tau macam mana nak ambil teksi sendiri boleh google kat Wikitravel. Siap ada tip-tip lagi.

Pemandangan di hoan Kiem Lake. Mercu tanda Old Quarter Hanoi

Kami selamat tiba di hotel agak lewat, dah nak pukul 1030 malam. Ini disebabkan oleh pemandu tu yang bawa van macam orang bercinta. Kami tinggal di Advisor Hotel di Old Quarter Hanoi. Kami booking melalui hostelworld.com. Harga bilik yang kami dapat untuk 4 orang ialah US$8/night/person. Hotel budget yang murah dan lengkap. Hotel macam atas rumah kedai. Antara kelengkapan disediakan adalah radiator, hot shower, aircond, fridge dan flatscreen tv. Tapi hotel ni tiada lif je. Agak tak sesuailah kalau nak bawa keluarga yang tak boleh naik tangga tu. Hotel ni ada 4 tingkat dan mujurlah kami tinggal di tingkat 1.


Advisor Hotel, tempat kami tinggal

Tauke hotel ni namanya Mr Duan. Dia jalankan bisnes  ni dengan isteri dia dan beberapa orang pekerja. Diorang ni bolehlah speaking dan sangat membantu memudahkan urusan. Kami sampai je terus dia bagi 'welcoming drink' air vietnamese tea. Tak sedap ok, macam chinese tea juga. Sebab orang vietnam ni tak suka minum air ada gula.  Aku tengok tauke ni macam tak tidur je sebab, setiap kali kami balik tengah malam dia belum tidur dan bila kami nak keluar pagi-pagi dia dah bangun. Sekali tu, kawan aku balik lambat dan nampak isteri dan anak tauke ni bentang tilam dan tidur kat lobi hotel je. Jimat ko.

Malam tu disebabkan semangat nak berjalan masih ada, terus kami keluar nak cari buah-buahan sebab tengok buah dekat kedai buah masa naik van tadi macam sedap. Sebenarnya, kerajaan tak benarkan kedai dibuka selepas pukul 10 malam. Tetapi masih ada juga kedai buka, gerai-geraii tepi jalan dan beberapa kedai runcit masih buka. Kami berjalan tepi-tepi lorong gelap untuk mencari buah atas nasihat tauke hotel. Akhirnya jumpa nenek-nenek dan makcik jual buah dalam bakul yang macam dacing tu. Biasalah komunikasi kami adalah dalam bahasa itik dan ayam. Makcik tu nak bagi tau harga dengan tunjuk duit dia. Contohnya, jika buah 20000 dong sekilo, dia keluarkanlah 20000 dong tunjuk kat kami. Cara lain nak berurusan jual beli dengan orang yang tak faham bahasa kita ni adalah dengan menggunakan kalkulator. Tekan je kat kalkulator tu harga yang kita nak.

Keadaan di luar hotel. Mereka berniaga menggunakan basikal 

Kesian sebenarnya tengok makcik-makcik ni berniaga malam-malam dengan cuaca sejuk. Jadinya, atas unsur sedekah kami malas lah nak tawar-menawar lebih-lebih. Walaupun sebenarnya buah-buah ni kat Malaysia lagi murah. Banyak juga kami rembat buah malam tu antaranya pisang, limau dan manggis. Konon-kononnya nak 'stanby'lah kalau-kalau semua makanan tak halal esok-esok. Kemudian kami terus balik ke hotel semula untuk urusan lawatan kami esok. Tips untuk ke Hanoi: jika anda ingin mengambil pakej berjalan-jalan sekitar Hanoi, adalah lebih baik sekiranya anda semua 'book' terus di travel agent sekitar Hanoi. Tak perlu nak pre-booking online atau ambil pakej online mana-mana website. Sebab harga sangatlah berbeza. Lebih murah. Selain itu, jika kita booking di Hanoi juga, kita boleh 'customize' perjalanan kita. Tak perlu terikat dengan mana-mana jadual. Setelah berbincang, kami telah bersetuju untuk mengambil pakej ke...

Bersambung...

No comments: