Sunday, January 6, 2013

Hati saya rindu..


Salam

Lama tak update blog (ayat typical setiap kali update blog). Selamat tahun Baru 2013. Dah hampir 2 bulan meninggalkan bumi di bawah bayu dengan seribu satu kenangan. Walaupun tempoh 2 bulan ni agak lama dan telah melapor diri untuk bekerja ditempat baru, namun kerinduan dengan kehijauan dan keindahan alam ciptaan Allah di bumi Sabah tetap dirindui.

Cop kat passport biru..dah 3 page guna..bukti asyik balik je..lepas ni passport hanya tinggal kenangan je

Gunung kinabalu yang tersergam kukuh berdiri dengan pelbagai ragam dan gaya tersendiri sering terngiang-ngiang dipandangan.  Biasanya setiap kali keluar pergi kerja, mata terus mencari kelibat gunung Kinabalu yang biasanya tanpa segan silu menunjukkan susuk tubuhnya dengan jelas. Ditempat kerja baru, keluar seawal pagi, 630am dah bertolak untuk elakkan traffic jam. Jarak perjalanan untuk sampai lebih kurang  30 min dan jika lambat 15 minit keluar rumah, tempoh perjalanan boleh cecah 1 jam dan kadang-kadang lebih untuk sampai tempat kerja.


Sayang Kinabalu

Disini, setiap kali matahari memancarkan wajah, mata mula mencari kelibat gunung Kinabalu. Dan bila nampak awan bergumpal, dengan harapan adalah puncak kinabalu yang malu-malu nak tonjolkan diri. Tapi malangnya itu hanyalah kenangan. Apa yang ada hanyalah hutan-hutan batu yang berdiri megah dan kereta-kereta yang memecut laju kearah masing-masing.


Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh 
hati saya rindu...

Selain gunung, kehijaun tumbuh-tumbuhan dan sawah padi terbentang yang tak seberapa nak besar tu tetap menjadi punca kerinduan. Setiap pagi setiap hela nafas yang disedut seolah-olah tidak memerlukan penapis kerana udara yang masuk tu confirm bersih dan segar. Sayur-sayuran jangan cakaplah, semuanya segar bugar dan pelbagai sayur kampung atau hutan yang memang susah untuk dijumpai. Teringat dekat inan-inan yang duduk jual sayur sambil borak-borak dan makan sigut (tembakau). Chomell!!

Sebenarnya yang paling paling paling dirindui adalah kawan-kawan.  Bila hidup merantau ni, kita tiada keluarga atau saudara-mara disekeliling kita. Yang ada hanyalah kawan-kawan. Susah senang semuanya kita kongsi dengan kawan-kawan. Terutama sekali semua staf aku. Hari-hari kerja jumpa muka yang sama, dengan seribu satu karenah. Tak taulah diorang rindu kat aku ke tak. Haha.  

Dan semestinya kawan-kawan semenanjung yang masih lagi di Sabah. Mereka inilah kawan yang temankan jalan-jalan pusing Sabah dan ‘berhibur di KK’. Dan kawan-kawan nilah sebenarnya memberi kekuatan untuk kita lebih kuat kat sana. Takkan lah setiap kali hujung minggu nak duduk rumah. Serius paling boring didunia kalau tiada aktiviti hujung minggu. Dan yang masih disana, teruskan berkhidmat dan bergembiralah anda semua disana.
 keindahan Pekan Ranau..

Ketahuilah semua, aku tak pernah menyesal datang Sabah walaupun pada mulanya agak sedih untuk bekerja di sana sebab tiada gambaran keadaaan di sana. Ia tidak menjadi masalah untuk aku kerja di Sabah dengan lebih lama lagi tapi disebabkan jarak yang jauh dan dipisahkan dengan Laut China Selatan serta tanggungjawab terhadap keluarga membuatkan aku terpaksa balik ke bumi asal usul aku. Sesiapa yang dapat kerja di Sabah, janganlah takut. Pergilah dan cari pengalaman di sana.
~ Wassalam~

4 comments:

Anonymous said...

bintul>>kan..kan...rindu kt tempat lama kan..huhuh

hazwanali said...

bintul: haah sangat rindu, sedang cuba menyukai tempat kerja baru..haha

Anonymous said...

Conny >> Ada masa datang lah melawat kami di Ranau.. Jasa & kenangan tidak mungkin dilupakan.. :)

hazwanali said...

InsyaAllah..tgh cari tiket murah tp tiada..rindu semua orang