Sunday, January 13, 2013

Kira Kalori..

Salam

Apa itu kalori?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.


Pernah tak tengok cerita biggest loser di channel astro Diva 702? waktu mula-mula tengok dulu tak paham kenapa peserta dalam tu sibuk mengira kalori dalam setiap makanan yang diambil. Dulu cuma syok tengok orang yang gemuk tu boleh jadi kurus dengan cara bersenam membakar kalori.

Disebabkan pada satu masa dahulu, badan aku ni tak berapa nak besar dan lemak tak reti nak menggumpal, maka kesedaran tu agak rendah. Tapi bila sekarang badan seperti dipam-pam, muka dah macam moon face dan perut pun dah.....(sila sambung ayat ikut keadaan perut anda), maka kesedaran tu muncul balik.

Selain daripada sedar diri dengan melihat 'kecantikan tubuh badan' dalam cermin, bagi orang yang pernah bekerja di hospital dan mempunyai mata sebenar dan mata hati yang celik, mereka akan dapati banyak orang muda kurang daripada 30 tahun sudah mula mendapat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan lebih malang ada yang sudah mendapat serangan strok.

Orang Malaysia ni kebanyakkannya boleh dianggap kurang rajin untuk melakukan aktiviti fizikal. Pengalaman aku di negara China, memang sukar nak jumpa orang dewasa di sana mempunyai bentuk fizikal seperti buah-buahan (pear, strawberi, jambu). Jika dia melihat orang yang gemuk, dia ingat kita ni tengah atas pentas masuk pertandingan Maharaja Lawak. Confirm kena gelak sebab mereka jarang tengok orang gemuk. Tapi baby dan budak kecik sana memang gebu-gebu dan yang peliknya makin besar makin kecut. sebab apa?

Sebabnya, walaupun kita tak nampak mereka bersenam setiap pagi atau petang, tapi mereka sangat banyak membakar kalori dengan berjalan dan berbasikal. Kita macam mana? tepuk lemak tanya selera. Pergi kedai yang jarak 100 meter pun naik motor atau kereta. Nak pergi kedai selang 3 dari kedai tadi, masuk kereta ubah parking..macam mana ni? (bercakap berdasarkan pengalaman..)

Pernah tau tak macam mana susahnya nak bakar kalori? Gambar bawah ni adalah salah satu contoh catatan peribadi aku (bukan yang terbaik, contoh sahaja) nak tunjukkan betapa susahnya nak bakar kalori.

Berjogging sejauh 6.36km dan kalori yang terbakar adalah 421cal. dalam masa....(terpaksa dikaburkan untuk mengelak perasaan malu  riak.

Baru ~6 km. Adakah anda tau berlari sejauh ~6km itu sangat memenatkan? (Sebenarnya boleh lari lagi jauh tapi dah maghrib..alasan si lemah). belum cuba belum tahu. Ataupun mungkin pandangan anda semua, wow!! banyaknya 421cal. dah terbakar. Mari aku tunjuk kat korang semua berapa pula kalori untuk makanan kegemaran rakyat Malaysia ni:

1) Roti canai: ~300cal./piece
2) Murtabak kosong: ~332 cal./piece
3) Mee goreng mamak: ~660 cal.
4) Kek chocolate: ~294 cal.
5) Pisang goreng: ~170 cal./piece (sekeping je ke ko makan??)
6) Nasi lemak: ~400 cal.
7) Nasi Ayam: ~278cal.
8) Ayam goreng: ~232cal/piece
9) Char kuey Teow: 744cal.
10) Nasi Briyani Ayam: ~646cal.

Amacam ada sentak? Ada berani nak makan char kuey teow? dah makan banyak tu ada pernah bersenam? jika tak pernah bersenam makanya kalori itu akan ditukar menjadi......(sila isi sendiri). Marilah sama-sama kita mulakan dari langkah pertama dengan bersenam dan jaga makanan. selain daripada untuk kurus atau kurangkan lemak, bersenam boleh tingkatkan kesihatan. Dah sakit banyak duit pun tak guna. Meh aku share kan beberapa Apps bagi pengguna telefon pintar yang boleh membantu kita untuk hidup sihat.
1) My fitness pal: Ini merupakan database untuk bilangan kalori bagi setiap makanan. Majoriti makanan yang kita selalu makan tu ada dalam ni. Apps ni pun boleh set bilangan kalorie yg diperlukan untuk mencapai berat yang diinginkan
2) RunKeeper: On je GPS dan kemudian dia boleh kirakan berapa masa yang kita ambil, jarak yang diambil, kalorie terbakar, pace, dll. Apps ni juga boleh mengukur aktiviti berbasikal, berjoging  dan ada modul tersendiri untuk kita ikut.

Oleh itu marilah tanamkan dalam diri, SAYA INGIN JADI KURUS DAN SIHAT!!


No comments: