Wednesday, January 30, 2013

Trip to Hanoi Part 1

Salam

Peta vietnam. Nampak tak kat mana Hanoi?


Trip ke Vietnam merupakan antara trip yang diidamkan. Kenapa Hanoi? Mula-mula cuma terfikir nak pergi area Saigon je tapi sejak menonton Rasa Halal Antarabangsa Vietnam suatu masa dahulu yang dihostkan oleh Heliza AF berkenaan Hanoi, terus jatuh hati dan tanamkan azam nak pergi Hanoi.

Hanoi ni terletak di utara Vietnam. Negara Vietnam ni memanjang. Aku rasa kalo ditengok secara mata kasar, panjang Hanoi ni macam dari JB sampai Bangkok. Sebab aku ada tanya owner hotel yang aku duduk, dia cakap kalau naik bas dari Hanoi ke Ho Chin Minh City (Saigon) boleh cecah 40 jam termasuk berhenti rehat semua. Larat? confirm sampai terus parkinson.

Hanoi merupakan ibu negara Vietnam. Jika naik flight, lebih kurang 3jam lebih. Lama tu. Mengalami 4 musim dalam setahun dan waktu aku pergi baru-baru ni, waktu musim sejuk dalam 16c. Penerbangan aku ditaja oleh AirAsia. Tetapi menaja separuh je. Sebab tiket flight aku booking sangat murah dalam rm192 pergi dan balik. Memang berbaloi-baloi.

Disebabkan Hanoi ni mengalami 4 musim, ada orang cakap, jika nak dibandingkan dengan Saigon, orang Hanoi ni banyak yang lawa-lawa. Tapi berdasarkan pemerhatian sendiri memang benarlah kenyataan tu. Kulit licin-licin dan jika nak bayangkan juga, macam orang cina tapi mata bulat. Kalah Korea (Gatal jap) Lepas tu majoriti kenderaan di sini adalah motosikal dan memakai topi keledar sewaktu membawa motor adalah macam optional. Semua topi keledar adalah yang halfhelmet (helmet kura-kura) then funky pulak tu. Boleh je keluarkan sanggul kat belakang topi keledar. Tiada full face helmet, tiada visor.
Ni contoh helmet. Jual di kaki lima je.(Sumber: di sini)

Dari segi persekitaran, udara di Hanoi memang agak kotorlah. Boleh dikatakan disepanjang perjalanan, memang ada je construction. Negara ni memang sedang membangun. Baru nak maju. Jika di bahagian Old Quarter Hanoi ni, bangunan dia kurus-kurus macam orang dia juga (serius, tak jumpa orang gempal kat sana). Bangunan dia pula agak rapat-rapat dan kebanyakkannya ada beranda.

contoh gambar rumah dan bangunan di Hanoi. (sumber: di sini)

Antara tempat menarik jika anda berada di Hanoi yang boleh dilawati (nak tau detail sila guna Mr Google):
1) Bandar Hanoi-selain shopping, banyak juga muzium dan pagoda yang boleh dilawati
2) Ha Long Bay-merupakan 7 worders of nature
3) Hua Lu Tam Coc
4) Pagoda Perfume 
5) Sapa dll

Untuk ikuti kisah travelog aku ke Hanoi.. TUNGGU!!

bersambung...

Sunday, January 13, 2013

Kira Kalori..

Salam

Apa itu kalori?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.


Pernah tak tengok cerita biggest loser di channel astro Diva 702? waktu mula-mula tengok dulu tak paham kenapa peserta dalam tu sibuk mengira kalori dalam setiap makanan yang diambil. Dulu cuma syok tengok orang yang gemuk tu boleh jadi kurus dengan cara bersenam membakar kalori.

Disebabkan pada satu masa dahulu, badan aku ni tak berapa nak besar dan lemak tak reti nak menggumpal, maka kesedaran tu agak rendah. Tapi bila sekarang badan seperti dipam-pam, muka dah macam moon face dan perut pun dah.....(sila sambung ayat ikut keadaan perut anda), maka kesedaran tu muncul balik.

Selain daripada sedar diri dengan melihat 'kecantikan tubuh badan' dalam cermin, bagi orang yang pernah bekerja di hospital dan mempunyai mata sebenar dan mata hati yang celik, mereka akan dapati banyak orang muda kurang daripada 30 tahun sudah mula mendapat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan lebih malang ada yang sudah mendapat serangan strok.

Orang Malaysia ni kebanyakkannya boleh dianggap kurang rajin untuk melakukan aktiviti fizikal. Pengalaman aku di negara China, memang sukar nak jumpa orang dewasa di sana mempunyai bentuk fizikal seperti buah-buahan (pear, strawberi, jambu). Jika dia melihat orang yang gemuk, dia ingat kita ni tengah atas pentas masuk pertandingan Maharaja Lawak. Confirm kena gelak sebab mereka jarang tengok orang gemuk. Tapi baby dan budak kecik sana memang gebu-gebu dan yang peliknya makin besar makin kecut. sebab apa?

Sebabnya, walaupun kita tak nampak mereka bersenam setiap pagi atau petang, tapi mereka sangat banyak membakar kalori dengan berjalan dan berbasikal. Kita macam mana? tepuk lemak tanya selera. Pergi kedai yang jarak 100 meter pun naik motor atau kereta. Nak pergi kedai selang 3 dari kedai tadi, masuk kereta ubah parking..macam mana ni? (bercakap berdasarkan pengalaman..)

Pernah tau tak macam mana susahnya nak bakar kalori? Gambar bawah ni adalah salah satu contoh catatan peribadi aku (bukan yang terbaik, contoh sahaja) nak tunjukkan betapa susahnya nak bakar kalori.

Berjogging sejauh 6.36km dan kalori yang terbakar adalah 421cal. dalam masa....(terpaksa dikaburkan untuk mengelak perasaan malu  riak.

Baru ~6 km. Adakah anda tau berlari sejauh ~6km itu sangat memenatkan? (Sebenarnya boleh lari lagi jauh tapi dah maghrib..alasan si lemah). belum cuba belum tahu. Ataupun mungkin pandangan anda semua, wow!! banyaknya 421cal. dah terbakar. Mari aku tunjuk kat korang semua berapa pula kalori untuk makanan kegemaran rakyat Malaysia ni:

1) Roti canai: ~300cal./piece
2) Murtabak kosong: ~332 cal./piece
3) Mee goreng mamak: ~660 cal.
4) Kek chocolate: ~294 cal.
5) Pisang goreng: ~170 cal./piece (sekeping je ke ko makan??)
6) Nasi lemak: ~400 cal.
7) Nasi Ayam: ~278cal.
8) Ayam goreng: ~232cal/piece
9) Char kuey Teow: 744cal.
10) Nasi Briyani Ayam: ~646cal.

Amacam ada sentak? Ada berani nak makan char kuey teow? dah makan banyak tu ada pernah bersenam? jika tak pernah bersenam makanya kalori itu akan ditukar menjadi......(sila isi sendiri). Marilah sama-sama kita mulakan dari langkah pertama dengan bersenam dan jaga makanan. selain daripada untuk kurus atau kurangkan lemak, bersenam boleh tingkatkan kesihatan. Dah sakit banyak duit pun tak guna. Meh aku share kan beberapa Apps bagi pengguna telefon pintar yang boleh membantu kita untuk hidup sihat.
1) My fitness pal: Ini merupakan database untuk bilangan kalori bagi setiap makanan. Majoriti makanan yang kita selalu makan tu ada dalam ni. Apps ni pun boleh set bilangan kalorie yg diperlukan untuk mencapai berat yang diinginkan
2) RunKeeper: On je GPS dan kemudian dia boleh kirakan berapa masa yang kita ambil, jarak yang diambil, kalorie terbakar, pace, dll. Apps ni juga boleh mengukur aktiviti berbasikal, berjoging  dan ada modul tersendiri untuk kita ikut.

Oleh itu marilah tanamkan dalam diri, SAYA INGIN JADI KURUS DAN SIHAT!!


Sunday, January 6, 2013

Hati saya rindu..


Salam

Lama tak update blog (ayat typical setiap kali update blog). Selamat tahun Baru 2013. Dah hampir 2 bulan meninggalkan bumi di bawah bayu dengan seribu satu kenangan. Walaupun tempoh 2 bulan ni agak lama dan telah melapor diri untuk bekerja ditempat baru, namun kerinduan dengan kehijauan dan keindahan alam ciptaan Allah di bumi Sabah tetap dirindui.

Cop kat passport biru..dah 3 page guna..bukti asyik balik je..lepas ni passport hanya tinggal kenangan je

Gunung kinabalu yang tersergam kukuh berdiri dengan pelbagai ragam dan gaya tersendiri sering terngiang-ngiang dipandangan.  Biasanya setiap kali keluar pergi kerja, mata terus mencari kelibat gunung Kinabalu yang biasanya tanpa segan silu menunjukkan susuk tubuhnya dengan jelas. Ditempat kerja baru, keluar seawal pagi, 630am dah bertolak untuk elakkan traffic jam. Jarak perjalanan untuk sampai lebih kurang  30 min dan jika lambat 15 minit keluar rumah, tempoh perjalanan boleh cecah 1 jam dan kadang-kadang lebih untuk sampai tempat kerja.


Sayang Kinabalu

Disini, setiap kali matahari memancarkan wajah, mata mula mencari kelibat gunung Kinabalu. Dan bila nampak awan bergumpal, dengan harapan adalah puncak kinabalu yang malu-malu nak tonjolkan diri. Tapi malangnya itu hanyalah kenangan. Apa yang ada hanyalah hutan-hutan batu yang berdiri megah dan kereta-kereta yang memecut laju kearah masing-masing.


Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh 
hati saya rindu...

Selain gunung, kehijaun tumbuh-tumbuhan dan sawah padi terbentang yang tak seberapa nak besar tu tetap menjadi punca kerinduan. Setiap pagi setiap hela nafas yang disedut seolah-olah tidak memerlukan penapis kerana udara yang masuk tu confirm bersih dan segar. Sayur-sayuran jangan cakaplah, semuanya segar bugar dan pelbagai sayur kampung atau hutan yang memang susah untuk dijumpai. Teringat dekat inan-inan yang duduk jual sayur sambil borak-borak dan makan sigut (tembakau). Chomell!!

Sebenarnya yang paling paling paling dirindui adalah kawan-kawan.  Bila hidup merantau ni, kita tiada keluarga atau saudara-mara disekeliling kita. Yang ada hanyalah kawan-kawan. Susah senang semuanya kita kongsi dengan kawan-kawan. Terutama sekali semua staf aku. Hari-hari kerja jumpa muka yang sama, dengan seribu satu karenah. Tak taulah diorang rindu kat aku ke tak. Haha.  

Dan semestinya kawan-kawan semenanjung yang masih lagi di Sabah. Mereka inilah kawan yang temankan jalan-jalan pusing Sabah dan ‘berhibur di KK’. Dan kawan-kawan nilah sebenarnya memberi kekuatan untuk kita lebih kuat kat sana. Takkan lah setiap kali hujung minggu nak duduk rumah. Serius paling boring didunia kalau tiada aktiviti hujung minggu. Dan yang masih disana, teruskan berkhidmat dan bergembiralah anda semua disana.
 keindahan Pekan Ranau..

Ketahuilah semua, aku tak pernah menyesal datang Sabah walaupun pada mulanya agak sedih untuk bekerja di sana sebab tiada gambaran keadaaan di sana. Ia tidak menjadi masalah untuk aku kerja di Sabah dengan lebih lama lagi tapi disebabkan jarak yang jauh dan dipisahkan dengan Laut China Selatan serta tanggungjawab terhadap keluarga membuatkan aku terpaksa balik ke bumi asal usul aku. Sesiapa yang dapat kerja di Sabah, janganlah takut. Pergilah dan cari pengalaman di sana.
~ Wassalam~